09 March 2009

TERBUKTI!


ZALIM!
KEJAM!
TAK BERPERIKEMANUSIAAN!
saya,yan,k.wani,najwa dan k.su bergegas ke Masjid Negara untuk sertai demonstrasi membantah PPSMI.kami lewat,sepatutnya mula perhimpunan daripada SOGO(dalam hati saya rasa tak rasa la aura demo macam ni).Setibanya di perkarangan Dataran Merdeka,ada seorang pak cik India memberi isyarat kepada kami dengan mengatakan "pedih".seterusnya kami segera bergegas,dan ada pak cik yang mengatakan demo sudah habis dan pihak polis sedang memebedil gas pemedih mata,tapi dia kata kalau nak pergi tegok, pergilah.Apabila jarak Masjid Negara makin dekat,kami melihat ramai manusia berlarian dan akhirnya jelas menunjukkan FRU sedang menjalankan kerja kotor mereka.

Walaupun jarak kami masih agak jauh daripada Masjid Negara,tapi kami sudah dapat rasakan pemedih mata tersebut hinggap di mata dan pipi kami.kami diarahkan untuk beranjak jauh daripada bedilan FRU,ramai yang berlari kebelakang cuba mendapatkan air dan melarikan diri mereka daripada keadaan kucar kacir tersebut.Kesian mereka,mata merah-merah(bangga dengan semangat mereka).

Setelah itu ada beberapa orang menjerit mengarahkan kami masuk ke masjid.Semua yang berada di situ berlari menuju ke masjid.MasyaAllah,ramainya manusia.Setiba sahaja kami masuk ke dalam masjid,saya nampak bedilan pemedih mata yang bagaikan bentuk api(tak pernah tengok sebelum ni)bagaikan peluru yang sedang membedil mangsanya.Masa tu saya rasakan bagaikan perang.Ada suara-suara menjerit"tunduk-tunduk","lari-lari".Ketika itu,dah tak fikir apa dah.berlari dan melompat macam kami berpakaian sukan,padahal tidak.masa tu saya dan Yan sahaja yang tinggal.Najwa entah hilang ke mana,k.su dan k.wani juga terpisah.

Kami dah tak tahan lagi,pemedih mata menguasai diri kami,mata pedih(tak boleh buka),pipi pedih,kepedihan itu terasa sehingga ke paru-paru(bagaikan nak mati,sungguh rasa tak tahan yang amat)saya ludahkan kepedihan yang rasa di tekak,ingin keluarkan racun yang menyerap ke paru-paru.masa tu lah,hati saya amat-amat geram(zalim!,kejam!,tak berperikemanusiaan!).sebelum ni saya hanya mendengar dan melihat di akhbar yang mengatakan yang polis ni kejam,zalim.manakan sama dengan hanya melihat dan mendengar.bila dah rasa sendiri,TERBUKTI! kaa-kata dan apa yang saya lihat sebelum ini.

Yan amat-amat tidak tahan(kesian yan),saya juga begitu,pertama kali dalam hidup tempuh begitu(teruk lagi di Gaza)kami terserempak dengan k.Faez(bekas pelajar UIA),dia mengajak untuk dapatkan air.tapi kami tak jumpa,sehinggalah ada 2 orang kakak mendekati kami dengan memberi garam dan air(dapat melegakan).dia minta untuk meletakkan garam tersebut di bawah lidah dan sapukan sedikit di bahagian muka.keadaan masa tu sudah mula agak tenang,saya melihat yang lain,sedang cuba menenangkan diri...tiba-tiba ada seorang pak cik yang berada tinggi(tangga) daripada kedudukan kami berkata
di sinilah p.cik tu berkata...

"INGAT NI SAMPAI BILA-BILA,KERAJAAN APA YANG MEMERINTAH SEKARANG NI YANG SANGGUP BUAT RAKYA BEGINI!!!"

K.su yang lincah

Begitulah laungan yang saya anggap bagaikan ayah sedang memberi wasiat pada anaknya(ramai mahasiswa masa tu).Setelah keadaan dah surut,kami menuju ke hadapan perkarangan masjid.melihat "hansdet",ada "missed call" daripada sahabat UIA saya,kayah dan mesej daripada sahabat saya Izzati yang menanyakan keadaan kami(sungguh prihatin mereka walaupun dalam keadaan huru-hara sempat bertanya keadaan kami...terharu).setelah itu saya teringatkan Najwa yang terpisah,cuba ditelefon tapi tak dapat,beberapa kali dicuba tapi tak dapa juga.kami dapatkan k.wani dan k.su.Di perkarangan masjid,kami berjumpa dengan sahabat-sahabat sekampus(bagaikan jejak kasih pulak),nampaklah izzati,kayah dan beberapa yang lain.Kayah yang begitu "excited" menceritakan keadaannya.kesian dia,dah lah semput,polis ni tak fikir agaknya semua ni.

Sedang duduk berbual-bual,tiba-tiba najwa muncul.MasyaAllah,legalah kami,dengan penutup hidung di dagunya yang diberikan oleh salah seorang demonstrater kepada dia.setelah itu,mulalah laungan-laungan keramat daripada mahasiswa dengan mengangkut keranda 152 dan disusuli dengan ucapan daripada wakil PAS,Dato' Mahfuz Omar dan diakhiri dengan doa.Tapi semua masih tidak mahu berganjak,laungan-laungan "HIDUP RAKYAT" masih bergema.Tiba-tiba adalah beberapa kelibat beberapa polis berjalan dalam perkarangan masjid,berjalan penuh angkuhnya tapi di ejek oleh pendemonstrater di situ dengan macam-macam tohmahan(geram sangat).

ربنا نجنا من القوم الظالمين


Lebih kurang jam 4.30pm,mulalah semua orang bergerak pulang.Mahasiswi pula bermula malam tu pula ada program Smposioum Tindakan Gerakan Muslimat Muda(STIGMA).saya dan yan dah bawa semua keperluan,jadi kami terus menuju ke destinasi seerusnya dengan menuju ke KTM Kuala Lumpur,dalam perjalanan ke sana,ada seorang pak cik tu memberi salam kepada kami dan berkata"MOGA ADA LAH HASILNYA APA YANG KITA LAKUKAN"(sayu hati mendegar harapan seorang yang bergelar bapa)lepas tu,berpisahlah dengan najwa,k.su dan k.wani.

Masa di program STIGMA teringat Cik.Azmi presiden TERAS,ada berkata masa kuliyyah subuh mengenai hal ini"siapa yang tak pergi amat-amat rugi,yang pergi dan tak rasa pemedih mata juga rugi".pandangan dia.hmm mungkin yang tak pergi tu ada masyaqqah(kesulitan)yang tak dapat dielak.


mujahidah:Andaian saya,demo isu bahasa ini tak adalah sampai kene bedil dengan pemedih mata,mungkin macam perhimpunan yang dikawal rapi,nak-nak dah dapat permit.tapi andaian saya meleset.pengalaman yang amat bermakna,dengar khabarnya demo yang ni lagi amat dahsyat daripada BERSIH(tak pergi).cuma saya terkilan di sini,di mana sifat perikemanusiaan polis?tak fikir ke masa diorang nak bedil pemedih mata tu,ada kanak-kanak,orang tua,perempuan,yang kurang upaya pun ada.padahal yang peliknya dah dapat permit.faham dulu erti"menjaga keamanan dan keselamatan"tu.hadam habis-habis!


3 comments:

  1. hehe..cite kite sama. =) lame update gambar.hehe...

    ReplyDelete
  2. hehe.dah tentulah adikku cayang.kita bersama laluinya(*_*)

    ReplyDelete
  3. Ana bangga juga dengan semangat yg antuma tunjukkan.. Moga lebih ramai lagi yang sanggup perjuangkan Islam dan mengembalikan kemuliaan Islam.

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...