04 March 2009

AYUH BOIKOT YANG INI!!!

Seringkali kita membincangkan dan mengenengahkan isu boikot...tapi boikot dari segi apa...barangan.tapi kali ni saya ingin menyeru kita semua memboikot budaya dan cara hidup Israel dan Amerika.

Allah berfirman:

...ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملّتهم

~tidak sekali-kali(selamanya) yahudi dan nasrani itu meredhai(duduk diam)sehinggalah kita mengikut mereka...~(Al-Baqarah 2:120)


kebayakkan masyarakat kita terutamanya yang beragama Islam dan berbangsa melayu terikut-ikut dengan ikutan budaya yang mereka bawa,daripada aspek pakaian,percakapan dan sebagainya.Seperti yang kita biasa dengar,anasir-anasir ini menyelitkan unsur-unsur budaya mereka yang merosakkan dan merugikan umat Islam...4S atau 5S tak berapa ingat..."sport","sex","song", dan "smoke" kalau ada 5 tak ingat yang 1 lagi.(sesiapa ingat bagi tahu la ye).maka,sedar tak sedar telah berjayalah agenda mereka.


Ok,kalau kita lihat kesemua... "jarum"lah kita katakan,"jarum-jarum" yang mereka gunakan ini seperti "sport",ia ditayangkan pada waktu tengah malam,sampai pukul 4pagi....sepatutnya umat Islam pada masa itu digalakkan untuk bertahajjud,taqarrub IlaAllah tapi lain pula yang kita buat,tambah-tambah malang lagi,tidur lepas tu sampai terlajak...sama ada tak solat atau subuh gajah(teringat kata-kata seorang ustaz...gajah pun bersolat,tak patut pun namanya subuh gajah...malu je pada gajah...hmm),tambahan lagi,pakaian yang cuba mereka tonjolkan terdedah sana sini.


"sex",yang ni tak payah cakap...paling berkesan "jarum"yang ni...kes buang bayi,berapa banyak sekarang ni!!!berzina,rogol,gangguan seksual,video-video lucah,filem-filem mengarut dan macam-macam jenislah,tiada kesudahan,bahkan bermusim,dalam berita tak sah kalau tak ada berita pasal ni.



Seterusnya"song",lagu-lagu yang mereka dedahkan bukannya lagu kebaikan,nak ingat Allah lagilah jauh,mengajak ke agama mereka,mungkin ya...dah memang tu tujuan diorang,"takkan redha selagi kita tak ikut mereka"itu janji mereka.


Dan jarum seterusnya,"smoke"...dah macam-macam kempen dah,"katakan tidak" lah(memanglah tak berkesan,sebab katakan tidak pada rokok yang bengkok,ya pada rokok yang elok:-)...ada orang cakap...hik3),rokok tu dah banyak dah dibagi pendedahan ,merbahaya,dah sampai dah tunjuk dah macam mana organ dalaman ni akan menerima kesan yang amat buruk...hmmm...penat dah kerajaan kita buat kempen...tapi masih juga berdegil...kenapa la agaknya yek(mungkin ada dikalangan pemimpin negara kita merokok juga kot...tu yang tak berkesan...oppps...)



Kesimpulannya,boikot barangan ye juga,tapi boikot gaya hidup mereka juga amat-amat perlu.Tiada gunanya lah pergi demo dan boikot barangan mereka,tapi masih bertopengkan budaya mereka.Mereka masih bertepuk tangan dan mampu bersenang hati,mereka mahu lemahkan dan melalaikan umat Islam melalui "jarum-jarum" ini.Sedarilah wahai saudara seislamku sekalian.Bangkitlah!!! jadikan "Islam Is The Way Of Life" tiada yang lebih indah daripada Islam.Allahuakbar!!!



JOM BOIKOT BUDAYA HIDUP YAHUDI & AMERIKA!!!

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...