Salam.. renung fikirlah semasak2nya sebelum membuat keputusan.. perkahwinan bukan utk 1mingu, 1bln, 1th tpp utk selamanya...
Pada hari ini lelaki mencari isteri seperti membeli ikan di pasar. Apabila melihat sahaja pada zahirnya baik dan cantik dia terus membeli. Tetapi sebelum membelinya dia akan membelek-belek ikan itu kiri dan kanan malah membuka insangnya untuk memastikan masih segar. Kalau dia tidak berkenan terus ditinggalkan.
Inilah realiti yang dapat dilihat pada hari ini di mana-mana. Kesan daripada itulah kita lihat perkahwinan yang terbentuk pada hari ini tidak mencapai tahap kecemerlangan seperti yang dihendaki oleh Islam. Mungkin hasil perkahwinan itu dikurniakan anak yang ramai tetapi kehidupan suami isteri terus tidak bahagia. Mungkin isteri terpaksa melahirkan anak itu atas kehendak suami sedangkan dia belum bersedia untuk menjadi ibu.
Inilah realiti yang dapat dilihat pada hari ini di mana-mana. Kesan daripada itulah kita lihat perkahwinan yang terbentuk pada hari ini tidak mencapai tahap kecemerlangan seperti yang dihendaki oleh Islam. Mungkin hasil perkahwinan itu dikurniakan anak yang ramai tetapi kehidupan suami isteri terus tidak bahagia. Mungkin isteri terpaksa melahirkan anak itu atas kehendak suami sedangkan dia belum bersedia untuk menjadi ibu.
Dalam keadaan itu isteri tidak senang dengan perbuatan suami dan sebaliknya suami juga tidak berpuas hati dengan sikap isteri. Hidup mereka penuh kepura-puraan, berlakon di pentas dunia sementara belum terbongkar segala rahsia di hati.
Sesetengahnya setelah 10 tahun berumah tangga, anak sudah lima enam orang, mereka masih berpeluang untuk memikirkan hendak bercerai dan hendak membawa haluan masing-masing atas alasan tidak sehaluan. Akhirnya anak dibiarkan menjadi mangsa perceraian pasangan tersebut. Persoalannya mengapa tidak sehaluan sedangkan pada awal perkahwinan dilihat seperti sehaluan. Mengapa tidak boleh sefahaman setelah lama membina rumah tangga. Bukankah semakin hari semakin mengenali isi budi masing-masing dan semakin memahami jiwa antara satu sama lain?
Jelas di sini, semasa mereka membina rumah tangga, tidak diambil peluang untuk saling mengenali hati budi pasangannya. Mereka ego dengan sikap masing-masing lalu apa yang difikirkan baik untuk diri dirasakan sudah difahami oleh pasangannya.
Di sinilah kesilapan umat Islam sama ada muda mudi, lelaki dan perempuan termasuk ibu bapa dalam memilih isteri untuk anak-anaknya. Sebenarnya dalam Islam, terdapat konsep, œapabila seseorang memilih isteri bererti dia memilih ibu untuk anak-anaknya.Maka kerana itu mereka perlu merancang masa depan kehidupannya dengan memilih isteri yang sesuai untuk dijadikan ibu suatu hari nanti.
Siapakah isteri yang layak menjadi ibu? Bagaimana sifat isteri itu? Bagaimana rupa dan tingkah lakunya? Persoalannya, bolehkah seorang isteri yang tidak berakhlak boleh mendidik anaknya menjadi seorang yang berakhlak. Bolehkah isteri yang berlatar belakangkan keluarga yang tidak menentu boleh menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya nanti?Berdasarkan itulah rasionalnya Rasulullah menyebut dalam sebuah hadis,pilihlah yang beragama, nanti kamu akan beroleh kebaikan dan keselamatan.Jadi, beragama adalah teras kepada kejayaan bahtera kehidupan. Seorang lelaki yang bijak sewaktu memilih bakal isteri akan melihat latar belakang kehidupannya, keluarganya dan cara hidupnya. Jika latar belakangnya adalah orang yang beragama pasti cara hidupnya sangat mematuhi peraturan agama. Mereka pasti tidak melanggar perintah Allah walaupun dalam soal yang kecil dan remeh-temeh.Jadi, mana mungkin isteri dipilih melalui internet, boleh terjamin imannya, ibadahnya dan akhlaknya. Tiada siapa yang boleh menyokong pemilihan itu kecuali sekadar pandangan zahir pada gambar atau tulisannya. Mana mungkin isteri dipilih melalui pandang pertama di majlis keraian, majlis hiburan dan sebagainya. Siapakah yang menyokong pilihan itu secara pasti? Walaupun dengan kadar kenalan zahir dalam tempoh yang lama, belum tentu terjamin kerana manusia biasa boleh berpura-pura.
Mana mungkin isteri dipilih melalui kenalan yang tidak tentu tahap keimanannya. Kenalan itu bukanlah boleh dijadikan sokong kerana lazimnya sokongan itu akan membawa rebah.Oleh sebab itu pilihan isteri mesti berasaskan agama, amalannya zahir dan batin sudah teruji, akhlaknya terpuji dan disenangi semua pihak. Pilihan isteri tersebut seharusnya dinilai dan diteliti oleh orang yang tidak berkepentingan dan yang pastinya dia juga orang yang beragama. Pilihan itu pasti disokong oleh bukti pergaulan harian, sikap dan akhlaknya dengan Allah dan manusia. Mereka yang beragama tidak mampu ditipu dengan kosmetik, tidak mampu dilakonkan dan tidak mampu disembunyikan rahsia yang tersirat.
Isteri berdasarkan pilihan ini pasti mampu menjadi ibu kepada anaknya dengan baik dan sempurna. Isteri yang mampu menjadi ibu ini akan terus mempertahankan maruah diri, suaminya dan anak-anaknya. Isteri inilah yang dijamin boleh membawa suami dan anak ke dalam syurga.
p/s:buat semua wanita,semoga kita ada ciri-ciri di atas,kalau tiada persiapakanlah diri kita ke arah itu.Buat lelaki,pilihlah yang beragama dan jangan terburu-buru membuat keputusan.Janganlah nanti tergolong daripada rumah tangga yang cerai berai,nauzubillah! semoga baitul muslim yang dibina dirahmati oleh Allah.insyaAllah.
SALAM..wah kak imah..mantaplah..insyaAllah..jd lah akak isteri yang hebat^^ isteri solehah..
ReplyDeletesalam.insyaAllah.doa2kan ok:-)moga laila juga isteri solehah itu;-)
ReplyDeleteA.A
ReplyDeleteSalam.. Artikel yang menarik... wanita yang baik untuk lelaki yang baik (Beriman), lelaki yang baik untuk wanita yang baik...
Wasalam...
salam.syukran atas kunjugan saudara/i A.A.yup,kita kene yakin dgn janji Allah tsebut:-)
ReplyDeleteTerima kasih balas komen saudari... :-)
ReplyDeletesama2.oh ye mengenai bapa tu,saya dah komen di entry tersebut:-)
ReplyDelete