28 September 2011

MENARIK TERTARIK!

SubhanaAllah banyak sungguh tawaran ilmu ditawarkan di bumi UIA yang bagi saya semua menarik hati saya.Jom,orang luar pun dijemput untuk turut merebut peluang ini!Menjadi keterujaan saya dan yang bagi saya yang benar-benar buat saya tertarik,iaitu Seminar Penulisan Putra Putri Serumpun pada Convest tida lama sahaja lagi.InsyaAllah moga ada ruang dan peluang dariNYA!




mujahidah : Pilih sahaja yang mana berkenan di hati,nak pergi semua memang terbaik!

27 September 2011

TAHNIAH ADIKKU!

~ketika menunggu giliran~

Tahniah buat satu satunya adik saya,iaitu Omar Jaapar yang secara rasminya telah pun menamatkan pengajiannya di UKM dalam Sarjana Muda Perakaunan.Alhamdulillah adik saya juga telah mendapat beberapa panggilan untuk ditemuduga,moga dipermudahkan urusan temuduga.Adik dah selamat dah,kakaknya?InsyaAllah tak lama je lagi :) perjalanan saya tidak sama dengan adik saya.Perjalanan kakaknya lambat dan jauh daripada adiknya :)Lepas ni dah dapat kerja,boleh dah sara mak dan abah,nak sara kakakmu ni pun amat-amat dialu-alukan :)
~makin comel adik saya ni,ingat makin kecik dah...opsss :D peace no war~

24 September 2011

MENUNTUT ILMU,MENAGIH AMAL...

Assalammu 'alaikum.Alhamdulillah kita semua masih dikurniakan nikmat iman dan nikmat Islam.Alhamdulillah hampir 2 minggu diri ini berada kembali di bumi taman ilmu dan budi,UIAM Gombak.Apa yang diharapkan diri,semoga sem kali ini menjadi 1 titik perubahan buat diri terutamanya dalam hal akademik,dalam serious menjalankan tanggungjawab sebagai salah 1 tanggungjawab sebagai seorang hamba, seorang penuntut ilmu disamping dengan beberapa amanah lain.Tuntuni daku ya rabbi!

Dalam beberapa kelas yang telah dihadiri,beberapa mutiara kata daripada beberapa orang bukan sahaja bergelar seorang pengajar bahkan jua pendidik.Kerna era masa kini,terlalu melambak yang bergelar seorang pengajar tapi sayang tiada jiwa pendidik!

Ada dua mutiara kata,yang saya kira ia sebagai muhasabah dan jua penguat semangat buat diri untuk terus thabat di medan pencarian ilmu ini,serba sedikit yang saya dapat tangkap maksud mereka yang disampaikan dalam bahasa arab.

"ilmu itu memang wajib bagi semua dari kita kan?sebab ada hadis yang menyebutkan 'menuntut ilmu itu wajib bagi semua orang Islam 'jika seseorang tu,penebar roti canai,jadi penebar roti canai yang berilmu,jika suri rumah,jadi suri rumah yang berilmu.Itu dah memang tugas kita dan kena berterusan,bukan dah habis exam,dah cukup sampai situ je belajar,belajar untuk apa tu?untuk dapat result bagus je?lupakanlah pasal cikgu ni kedekut markah la,cikgu tu garang la,banyak bagi assignment la,sebab tu yang menjadi fokus pelajar sekarang ni dalam nak menuntut ilmu... "dush!

Dalam 1 kelas lagi jua,seorang pendidik ini sering menyelitkan kata-kata mutiara berharga dari dirinya,walaupun dengan nada perli,kadang-kadang kita sebagai pelajar cikgu perli pun kita sengih-sengih lagi,macam tak insaf pun,mentertawakan diri sendiri sebenarnya.

"kebanyakkan pelajar zaman sekarang ni,jika menulis untuk catatan ilmu hanya sekadar "fi qalamikum laysa fi qulubikum" hanya menulis dengan pen,tapi tidak cuba bawa hati bersama...Allah...!"dush!

Fenomena dan realiti yang kita tidak boleh nafikan sekarang ini,terlalu ramai pelajar yang bijak pandai dari sudut tersuratnya tapi dari sudut tersiratnya?Terlalu ramai kuantiti yang mampu dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran,tapi dari sudut kualitinya?Bicaralah dalam apa sahaja bidang terlalu sedikit yang menuntut ilmu meletakkan ilmunya fi sudurihim,hanya berilmu dari sudut teori tapi dari sudut amalan dan pratikalnya?maaf saya katakan hampeh!
Dalam bidang saya sahaja,iaitu bidang agama pengkususan quran dan sunnah,tak perlu cerita jauh,hal berkaitan aurat sahaja sudah cukup membuktikan kehampehan dalam mengamalkan ilmu yang dipelajari,di dalam kelas faham,ketika menjawab exam,jawab aurat dari sini hingga sini,kemudian keluar keputusan dapat gred A++ ,tapi bila cerita mengenai sudut menghidupkan apa yang difahaminya dan dipelajarinya dalam kehidupan,gred Z--,cerita mengenai ikhtilat,budaya couple tu tak perlu cakap la...bahkan ada juga yang berani menafikan pulak kebenaran.Allahuakbar!Allahummastagfirlahum!

Duhai diri dan sahabat-sahabat yang masih lagi diberi kekuatan oleh Illahi untuk kita terus terokai ilmu milikNYA ini,menuntut ilmu wajib,sering juga dalam mengamalkannya.Mendapat keputusan yang baik juga adalah 1 keperluan,tapi dalam menghidupkan di sebalik result yang cemerlang itu lagi menjadi 1 kemestian.

Saya sebenanrnya tidaklah layak untuk berbicara mengenai hal ini kerna masih sedang cuba berusaha untuk membaiki yang mana masih ada kelompongan dalam diri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu.Tapi ini menjadi 1 koreksi diri dan muhasabah kita bersama dalam berusaha menjadi orang yang berilmu dan beramal.InsyaAllah!

"Ya Allah,ya Tuhan,berikanlah kami manfaat dengan perkara yang ENGKAU telah berikan pengetahuan kepada kami.Berikanlah pengetahuan yang bermanfaat kepada kami.Tambahkanlah pengetahuan kepada kami.Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan,dan kami mohon berlindung daripada keadaan ahli neraka"

mujahidah :Alhamdulillah akhirnya dapat memberi serba sedikit buat diri dan anda,setelah lebih kurang 2 minggu tidak memberi di laman ini.Semoga membawa manfaat dan keinsafan bersama.


08 September 2011

AMANAT BUAT ANAK MUDA

‎"Sebagai anak muda yang memperjuangkan Islam dan kebenaran : Jika hatimu keras, banyakkan baca al Quran, jika mindamu lemah banyakkan berselawat, jika lidah mu kesat banyakkan berzikir kpd Allah swt., jika bahasa mu kasar, teladani sirah Rasulullah saw., jika perwatakanmu angkuh, ziarahi para alim ulama', jika aqalmu selalu alpa, banyak mengingati mati. Sebagai abna'ul harakah, hiasi dirimu dengan sifat mahmudah dan bebaskan diri dari jangkitan mazmumah"



07 September 2011

RUMAH TANGGA ISLAMI

Rumah Tangga Islami
Oleh: Mustafa Masyhur
Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita.
Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.
Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi”
Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.
A: Pemilihan:
Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah, wajib lah ke atas keduanya, masing-masing memilih pasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untuk menjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencari putera Islam untuk menjadikan suaminya yang salih, sebagai kongsi hidup suami isteri.
Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya, memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.
Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah. Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepada yang demikian dengan sabda baginda:
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia”.
Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui hak wali yang menikahkan puterinya dengan seorang lelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberi peluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yang salih. ( didalam keadaan yang menepati sayrat-syarat nya–? KAtoi)
B: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:
Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak.
Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan. Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di Mesjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah wajar.
Akad nikah di dalam Mesjid tidak di gemari oleh manusia sebagaimana dulu mereka tidak menggemari fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk melangsungkan juga akad nikah itu di dalam mesjid, lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai oleh manusia dan akan menjadi perkara biasa. Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkara lumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lah pertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan.
Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia.
C: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:
Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama telah sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alam perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam.
Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh yang akan merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan dengan segala perhiasan rumahtangga.
Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri sendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, kerana Allah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yang telah berfirman:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)
Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.
D: Perkahwinan Itu Ibadat:
Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap kehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah.
Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.
Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:
” Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya.”
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

E: Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:
Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan.
Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.
F: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:
Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura’, tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:
`Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya”. (Al-Baqarah : 228)
” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”. (An-Nissa’: 34)
Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam.
Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya himgga ke hari ini.
G: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah
Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kamu. Benarlah Allah yang berfirman:
‘Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (At Tahrim : 6)
Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya”.
Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan itu, sebagai contoh, kita biasa memberi perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatian yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang anggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupun menyalahi ajaran Islam padahal itulah yang paling utama diperhatikan dan diubati.
H: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:
Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam dari seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.
Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka. Kita hendak melihat isteri yang muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.,
Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Ta’aala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu pagi:
” Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja”.
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini cuba dihapuskan oleh musuh-musuh kemanusiaan. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan bangunan masyarakat.
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada. Tuhan. Mereka taat setia kepada Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut mereka sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.
Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di luar kemampuannya, mereka menolongnya.
Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.
Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang di import dari luar.
Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.
I: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:
Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi markas dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik.
Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati jiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.
Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telah mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai wanita yang salihah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkar dan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan dan memerangi kehinaan.
Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di lalui oleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah dan bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.
Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan menyinari masyarakat dan memimpin nya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yang mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam dan seterusnya al-khilafah-al- Islamiah alamiah.
Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan.
:: perkongsian daripada e-mail::
mujahidah :Baitul Muslim,rumah tangga Islam dibina buka sebab ikut orang,bukan sebab suka-suka,bukan sekadar nak lepaskan nafsu syahwat je.Tapi peranan dan tanggungjwabnya lebih murni dan lebih besar daripada tu.Teringat pesanan abi @ ustaz Mohd Noor Omar merangkap Pesuruhjaya 2 PAS Melaka,antara orang pakar baitul muslim"Orang yang berjuang di jalan Allah ni,bila nak bina rumahtangga,dia kena consider banyak perkara,suami/isteri sama-sama berjuang,peranan suami/isteri di medan perjuangan nanti,bina rumahtangga pejuang,pendakwah tak sama dengan rumahtangga orang yang tak pernah berfikir mengenai perjuangan,berdakwah ni.Kehidupannya nanti lain daripada insan yang lain,jangan sama je macam orang lain,cari nak yang cantik,yang bergaya,yang handsome,smart,kerna realiti sekarang memang begitu...tu yang tak kekal berjuang tu ".Ini memang benar,apabila seorang lagi pakar BM di Melaka,Kak Mas dia berkongsi hari tu,"kita yang terlibat dengan perjuangan Islam ni,lepas kahwin,kehidupan kita akan berkait juga dengan perjuangan,ni rumah yang kami beli ni,akak dan abang mohsen pilih paling hujung,sebab luas,boleh buat bilik air di luar untuk untuk muslimin di luar,ruang tamu pulak,luas sesuai untuk menempatkan ramai orang untuk usrah" Allah...!ia benar-benar mengajarkan tentang sesuatu,tak banyak pun sedikit mengenai realiti rumah tangga pejuang.
Teringat pulak,kata-kata azimat seorang lagi orang kuat pejuang Melaka,yang dikenali sebagai ustaz wak,walaupun masa tu kami dengar sambil bergelak ketawa,"Tidakku mampu berikan emas dan permata,hanya ku mampu hadiahkan hanyalah kesusahan"ustaz pesan masa nak akad tu sampaikan pada isteri :)macam-macam aje.Tapi ada benarnya.

Jika yang dah bergelar huffaz tu,kena ada tambahan lagi,azam bahawa rumahtangga yang dibina makin mampu buat dia pertahankan hafalan,mengingat,mentadabbur,mengamalkan kalammullah.Allahua'lam!

06 September 2011

MERAGUI SEJARAH,SALAH?

Sejak beberapa menjak ni kecoh la isu berkaitan sejarah.Lantas kotak fikiran ni sibuk la tertanya-tanya dan sedikit pandangan juga terbit dari minda ni.Sebenarnya lah kan,salah ke jika kita meragui fakta sejarah?Baik sejarah Malaysia atau dunia seluruhnya.Bagi saya secara peribadi,LANGSUNG TIDAK!sebab dalil 'aqli saya(hujjah) saya,kajian&pendokumentasian dibuat oleh manusia.Barangkali ada berlaku penyelewengan,kelompok tertentu.Dan lagi bagi saya,hanya Al-Quran dan As-Sunnah yang tidak perlu diragui.Al-Quran dan As-Sunnah pun manusia sanggup selewengkan,inikan pulak fakta sejarahkan?Allahua'lam.

Perkara ini turut saya diskusikan di laman facebook saya(dengan pertanyaan & hujjah yang sama),dan beberapa pandangan yang bagi saya menarik untuk dikongsi:

Menurut pendapat Bro Bob,beliau berpandangan bahwa "tu wujudnye pakar...tp pakar sejarah x disaring macm pakar hadis... Kalu cmtu la cre penerimaan sejarah kite, dikaji dari periwayatnye, akan bersihlah sejarah itu, paling kurng lebih jitu...:)"

dan juga paandangan yang menarik daripada Raja Johari "sumber sejarah dan ulasan sejarah adalah 2 perkara yang berbeza.. sumber sejarah adalah bahan mentah daripada peristiwa yang telah berlaku manakala ulasan sejarah adalah komentar terhadap sumber sejarah bergantung daripada kacamata mana pengulas sejarah itu melihat.. tidak salah kita mempersoalkan sejarah yang ada sekarang kerana sesiapa pun berhak untuk mengulas sejarah berdasarkan persepsi dan hujah serta bukti masing2 lebih2 lagi di negara demokrasi seperti Malaysia.. tidak ada mana2 pihak yang berhak mendakwa bahawa sejarah adalah hak eksklusif milik mereka... sejarah yang 100% tepat hanyalah sejarah yang disebut di dalam Al-Quran & Sunnah.."

mujahidah : Beberapa menjak ni baru terasa pentingnya sejarah.Dulu masa di sekolah ni la subjek paling bohsan dan tak seronok bagi saya,tapi bosan-bosan pun dapat A :) Tapi tidak cukup dengan dapat A,dan terima bulat-bulat daripada yang kita belajar,kene mengkaji sebenarnya,kalau tidak tertipu dan bergelak sakanlah si penipu dan si penyeleweng sejarah.Tapi rasa-ranya memang kita dah banyak tertipu,sebab musuh-musuh Islam sentiasa akan pastikan bahawa mereka adalah wira,merekalah perintis Ilmu dan sebagainya bagi memastikan kehebatan Islam tidak terserlah dan orang Islam tidak dikagumi.Mereka dah jalankan tugas untuk hancurkan Islam dan menguasai dunia ni zaman berzaman dah.Kene kena ingat,musuh Islam bukan orang bukan Islam sahaja,boleh jadi juga orang Islam,melambak je kan sekarang orang yang memusuhi dan emnyelewengkan Islam adalah terdiri daripada orang Islam sendiri.Allah...!berstrateginya diorang kan walaupun jahat.Saya setakat ni memang kagum dengan Mr.Mat Sabu :) Beliau ni,daripada fizikal, sudut lantunan suara tu dah hebat dah,kalau dengar ceramah beliau pasti tak terlepas untuk dia kaitkan dengan sejarah.Memang namapak kefaqihan sejarah,sejarah Malaysia,sejarah dunia.MasyaAllah hebak,hebak.Itu yang puak-puak UMNO kecut perut sangat kot :p Alhamdulillah orang hebat sejarah ni berada di dalam perjuangan Islam,silap-silap habis sejarah Malaysia dan dunia yang palsu dan diselewengkan dibongkarnya nanti ;)


01 September 2011

SYAWAL KE-3

Ramadhan telah pun berlalu pergi,
Semoga hasil pentarbiyyahan pada bulan itu,
kekal subur momentumnya dalam diri,
lantas kita mampu...
untuk terus menerus membentuk diri menjadi hamba yang bertaqwa kepadaNYA,
insyaAllah!kerna ingatlah!
kita hamba Allah,bukan hamba Ramadhan!

Jika ada langkah yang menoreh hati,
memek muka yang tidak menyenangkan :)
ada tingkah membekas luka,
ada kata yang tak terjaga,
ada janji yang tak tertunai,
ada hati yang berprasangka,
serta ucapan berbunga dusta,
mohon dibuka pintu kemaafan hendaknya.

Salam Syawal ke-3 daripada mujahidahputeri,halimah jaapar.

mujahidah : maaf kepada para sahabah sahabiah yang mengirimkan ucapan hari raya,tiada kesempatan membalas tahun ni,handset pun buat hal lak kali ni,banyak nombor yang hilang,maaf deh :) ni pun baru sempat nak ucap eidulfitri buat semua yang mengenali :)

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...