" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

29 December 2010

3 HARIKU

[24/12/10]:USRAH BERSAMA CRYSTAL CORMON,AMERIKA

Alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang oleh Allah untuk berdiskusi usrah bersama non-muslim,Crystal Cormon.Memberi pengalaman baru bagaimana untuk serba sedikit memberi penjelasan kepada non-muslim walaupun english lintang pukang hari tu,yang penting Crystal faham :)
Tajuk yang kami ketengahkan berkaitan aqidah Islam.Secara tidak langsung kami juga 'refresh' kembali tajuk tersebut.Usrah diketuai oleh mak usrah sementara,hehe...sahabatku Nur farhana Omar.
Moga ukhuwah kita tak berhenti sekadar ini sahaja Crystal.Moga Hidayah Allah mengiringi bersamamu.Kami menanti anda menjadi salah seorang saudara Islam kami dengan izinNYA.InsyaAllah!

[25/12/2010]:MYSMAC BY MYCONCERN

Keputusan untuk turun ke Program anak Melaka dibuat secara tiba-tiba,memandangkan program adik beradik sebatch ditunda pada esoknya,Ahad.Maka memandangkan Sabtu kosong,terus cari kereta dan teman untuk pulang ke Melaka.Bertolak daripada UIA lebih kurang jam 7.45am bersama adikku Ruzaini.Program MYSMAC'10 ini 24-28/12/10,tapi hanya berkesempatan turun pada 25/12/2010.
Destinasi awal pulang ke rumah dulu,,kebetulan ada sedikit urusan di sana.Lebih kurang jam 11.30am bertolak daripada rumah terus ke tempat program berpandukan 'direction' yang diberikan seorang sahabat.Alhamdulillah tak sesat,mula-mula tak yakin juga nak mencari tempat tu,Alhamdulillah hari tu segalanya dipermudahkan olehNYA.
Sampai di tempat program ,Pantai Klebang lebih kurang 1.30pm.Alhamdulillah dapat ketemu dengan adik beradik seperjuangan di Melaka.Alhamdulillah juga dapat ikut 1 slot dalam kumpulan bersama peserta program dan dapat juga berkongsi pandangan bersama adik-adik dalam 1 kumpulan ni.Adik-adik adalah penyambung rantai perjuangan Islam!bukan sekadar dalam program.insyaAllah!Pulang ke UIA lebih kurang 6.30pm,agak kepenatan kerana memandu secara solo,sampai di UIA lebih kurang jam 11pm.

[26/12/2010]:MENDAKI BUKIT TABUH

Pada mulanya bentuk aktiviti kami,explorace.Tapi tibe-tibe bertukar kepada mendaki Bukit.Bertolak daripada UIA lebih kurang jam 10am.Kami pergi berkonvoi muslimin muslimat,sebuah kereta dan lebih kurang 8 motor.
Pendakian Bukit Tabuh,keistimewaan bukit ini ialah kami boleh lihat UIA daripada bukit tersebut.Ada 5 level yang perlu kami lepasi.MasyaAllah level pertama lagi kami pancit dah.Mula-mula tak mampu dah nak teruskan,tapi disebabkan dicabar oleh muslimin,kami muslimat tetap jua untuk teruskan pendakian...ha ingat apa muslimat?pantang dicabar tau...MUSLIMAT POWER3x
Alhamdulillah,akhirnya kami hanya mampu sampai 4 setengah level sahaja memandangkan mengikut kata seorang adik muslimin ni,agak bahaya untuk ke setengah level lagi,memandangkan ada sahabat-sahabat yang tunggu di level lain,dan ada sedikit muhasabah di level tersebut dan juga waktu tidak mengizinkan,maka kami tetap berbangga mampu sampai ke tahap tersebut.SubhanaAllah sungguh muhasabah bersama adik beradik seperjuanganku terkesan di hati dan memberi sedikit impak buat diri.SAYANG KALIAN SEMUA(*_*)

1/1/11

MAKLUMAT LANJUT KLIK :HIMPUNAN MAHASISWA 1111

27 December 2010

PATAH TUMBUH,HILANG BERGANTI

"PEMIMPIN YANG BAIK AKAN MENGHASILKAN PIMPINAN YANG LEBIH BAIK DARIPADA DIRINYA!"

::AMANAH KEPIMPINAN,MAMPU MENAIK MARTABAT MAHUPUN MENGUNDANG LAKNAT!NAUZUBILLAH!::

mujahidah : Semua warga UIAM dijemput hadir ke majlis dia atas (*_*).Pendaftaran ahli baru untuk Kelab kami juga bakal dibuka.InsyaAllah kami barisan kepimpinan Ma'ruf Club sesi 2009/2010 bakal melabuhkan tirai pemerintahan kami.Bakal digantikan dengan pimpinan yang lebih baik,insyaAllah.Diri ini bakal beralih angin dengan bebanan kepimpinan dalam lapangan yang lain dan baru,insyaAllah.Tuntuni daku ya Rabbi!

24 December 2010

INILAH JALANNYA

"Hai orang-orang yang beriman, berTAQWAlah kepada Allah dan hendaklah Setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat),dan berTAQWAlah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Al Hasyr: 18)

Umar Al-Khattab bertanya kepada Ubai bin Ka'ab tentang TAQWA.
Ubai menjawab "Bukankah anda pernah melewati jalan yang penuh duri?"
Jawab Umar"Ya".
"Apa yang anda lakukan saat ini?"
"Saya bersiap-siap dan berjalan dengan hati-hati".
"Itulah TAQWA"

Melalui dialog di atas,Sayyid Qutub berkata dalam tafsir Fil Zhilalil Qur'an."itulah taqwa,kepekaan batin,kelembutan perasaan,rasa takut terus menerus,selalu berwaspada dan hati-hati jangan sampai kene duri jalanan...jalan kehidupan yang selalu ditaburi duri-duri godaan & syahwat,kerakusan dan angan-angan,kekhuatiran dan keraguan,harapan salah atas segala sesuatu yang tidak boleh diharapkan.Ketakutan palsu dari sesuatu yang tidak pantas untuk ditakuti...dan masih banyak duri-duri yang lainnya".

JALAN MENCAPAI SIFAT TAQWA

  • MU'AHADAH (mengingati perjanjian) : memberi komitmen terhadap janji kita terhadap Allah.apa dia?sebagaimana dalam surah al-fatihah ayat 5 yang bermaksud "Kepada DIKAU kami menyembah dan kepadaMU kami memohon pertolongan" dan di dalam takbirratur ihram antara janji kita,"sesungguhnya solatku,amal ibadahku,hidupku,matiku kerana Allah TUHAN sekalian alam".sentiasa ingat janji kita ini supaya kita sedar bahawa tujuan kita adalah DIA!
  • MUROQABAH(merasakan kehadiran Allah) :"hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya,dan jika memang kamu tidak melihatnya,maka sesungguhnya Allah melihat kamu (Al-hadis).Bila melakukan sesuatu,atau berlaku sesuatu yang baik atau tidak...pastikan Allah yang kita rasakan dalam hati kita.InsyaAllah keikhlasan akan kita perolehi,keredhaan dan kesabaran daripada Allah akan kita rasai bila sesuatu musibah menimpa diri.Allah...Allah...Allah...!
  • MUHASABAH (koreksi diri) :sentiasa koreksi diri kita,sama ada yang kita lakukan selama ini,sepanjang seharian ini dan sebagainya...kita buat atas sebab apa?redha Allah atau redha manusia?mendekatkan diri kita padaNYA atau mengudang amarahNYA ! membuat suruhanNYA dan tinggalakn laranganNYA atau amar munkar nahi ma'ruf?
  • MU'AQOBAH (denda diri) : orang yang ini mencapai tahap taqwa,dia akan sanggup mendenda dirinya atas ibadah yang dia tertinggal buat ataupun maksiat yang dia lakukan supaya dia tidak akan mengulangi kesilapannya itu berulang kali.Dia sentiasa ingin jadi lebih baik daripada sebelumnya.Ketika Abu Talhah sedang solat,di depannya lalu seekor burung ,lalu beliau leka sehingga lupa rakaat ke berapa solatnya.kerana hal itu,beliau menyedekahkan kebunnya kepada fakir miskin sebagai balasan terhadap kelalaiaannya.Dendalah mengikut kemampuan diri kita,contohnya jika tak bangun solat malam,didenda diri kita supaya berpuasa 3 hari.
  • MUJAHADAH(bersungguh-sungguh) : Allah...inilah yang paling sukar.Mudah menyebut,tapi aplikasinya dalam kehidupan?fuhhh...mujahadah,bersungguh-bersungguh dalam melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan perkara perkara yang dilarangNYA.Karz bin Wabrah selalu mengkhatamkan Al-Quran 3 kali sehari.SubhanaAllah mujahadahnya beliau dalam beribadah...aku?baru cerita pasal baca Quran,tak lagi ulang Quran,lagi lompang.Allah...MUJAHADAH ITU PAYAH SANGAT...TAPI NILAINNYA DAN HASILNYA INDAH SANGAT DUHAI DIRI! "Dan orang-orang yang berjihad(bersungguh-sungguh mencari keredhaan)Kami,kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat baik! (Al-Ankabut 29:69)
:: HASIL BACAAN ::

mujahidah : hasil pengisian bersama anak-anak usrah pada Isnin,20/12/2012 bersamaan 14 Muharram.Kini saya kongsinya dengan anda sekalian.Semoga diriku,anak-anak usrahku,dan anda sekalian sama-sama dapat cuba dan dapat tempuhi jalan-jalan taqwa ini,MUTTAQIN insyaAllah!


22 December 2010

ULANGTAHUN KE-23

HAMAS menyambut ulangtahun ke 23 penubuhan dan perjuangannya. Ia terus menekankan perjuangan yang mesti diteruskan. Ia didahului oleh perjuangan pengasasnya Sheikh Ahmad Yaasin, Dr Abdul Aziz ar-Rantisi dan mereka yang telah mendahului syahid seperti Dr Ibrahim al-Muqadamah, Solah Syahadah, Jamal Mansur, Jamal Salim, Yahya Ayyasy dan lain-lain. Pemimpin utama, Ismail Haniyya mennggegarkan pentas dengan ucapan bersemangatnya. Sempena sambutan ulangtahun ini, satu kenyataan rasmi HAMAS dikeluarkan mengandungi 10 perkara. Saya terjemahkan secara ringkas:

1. Penentangan terhadap Zionis adalah berterusan bagi membebaskan bumi Palestin.


2. Hak kembali ke Palestin dan membebaskan seluruh bumi Palestin, memerdekakan Palestin dari Zionis, ibunegaranya al-Quds.


3. Pembebasan al-Quds tetap diperjuangkan tanpa tawar-menawar.


4. Kesatuan bangsa Arab, elak perpecahan, menyeru gerakan Fatah mendahulukan kepentingan nasional dari kepentingan parti, elak campurtangan luar memecahkan kesatuan.


5. Perunding Oslo digesa menghentikan rundingan yang merugikan. Tiada jalan melainkan penentangan dan perjuangan jihad.


6. Penyelarasan aspek keselamatan di antara pihak keselamatan Palestin dan Israel adalah senjata beracun membahayakan keselamatan Palestin. HAMAS menyeru Mahmoud Abbas menghentikan penyelarasan keselamatan yang menguntungkan musuh.


7. Menyeru Liga Arab menghentikan segala bentuk kepentingan politik di bawah rundingan bersama Zionis, bantuan Amerika kepada Zionis dalam isu pendudukan haram di bumi Palestin yang berterusan.


8. Menyeru negara arab bergerak segera mengangkat sekatan dari penduduk Gaza berdasarkan ketetapan Liga Arab dan menjalankan tugas agama dan bangsa. HAMAS puji misi damai menghantar bantuan dari laut dan darat.


9. Isu tahanan Palestin adalah isu penting. Tahanan Israel Jilad Shalit tidak akan temui jalan melainkan tukaran besar dengan tahanan Palestin. Netanyahu bertanggungjawab dengan kebuntuan apa yg berlaku.


10. HAMAS bersama perjuangan rakyat 1948 yang sedang menerima tekanan dan penindasan, pembersihan etnik , diskriminasi ras yang dinafikan hak di Tebing Barat.


Let's boycott these products!

21 December 2010

MU'AHADAH

“Wahai jiwaku,
sesungguhnya kau telah berjanji dengan Rabbmu setiap hari di saat kau berdiri membaca,
إيَّاكَ نَعبُدُ وَإِيَّاك نَستَعِينُ
“Hanya kepada ENGKAU kami menyembah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan.”(al-Fatihah :5)

Wahai jiwaku,
Bukankah dalam munajat ini dikau telah berikrar tidak akan berhamba selain kepada Allah,
Tidak akan meminta pertolongan selain kepadaNYA,
Tidakkah engkau telah berikrar untuk tetap di shiratal mustaqim yang bebas dari kerumitan
dan liku-liku perjalanan…
Tidakkah dikau telah berikrar untuk berpaling dari jalan orang yang sesat dan dimurkai Allah???

Jika benar begitu,
Hati-hatilah wahai jiwaku!
Janganlah dikau langgar janjimu setelah DIA dikau jadikan sebagai pegawasmu,
Janganlah dikau mundur dari jalan yang telah ditetapkan oleh Islam ,
Setelah dikau jadikan Allah sebagai saksimu.
Hati-hatilah jangan sampai dikau mengikuti jalan orang yang sesat,
dan menyesatkan dikau setelah Allah sebagai penunjuk jalan.

Hati-hati wahai jiwaku,
Jangan dikau ingkar setelah beriman,
Jangan tersesat setelah engkau mendapat petunjuk,
Janganlah engkau menjadi fasik setelah bertaubat
Barangsiapa melanggar maka akibatnya akan menimpa dirinya,
Barangsiapa tersesat maka kesesatannya itu akan menimpanya!

“Seseorang tidak akan memikul dosa orang lain.Dan Allah tidak akan menurunkan azab kecuali setelah mengutus seorang utusan”(Al-Isra’ : 15)

::JANJIKU PADAMU ABDIKAN SELURUH JIWA SEHINGGA MASANYA KAU SERU HUJUNG NYAWAKU::

17 December 2010

SANA SINI



mujahidah :pakat serbu buat mereka yang berkelapangan.

SAIYIDUL AYYAM

“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Juma’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Juma’at.”
[HR. An Nasa’i dan Baihaqi.]

mujahidah : semoga hari ini lebih baik daripada semalam.Penuhi hari jumaat dengan kemakrufan dan menjauhi kemaksiatan.Pesanan buat insan hina lagi dina ini serta anda sekalian (*_*).

15 December 2010

WELCOME BACK TO MALAYSIA(*_*)

Berita gembira buat peminat Maher Zain.Beliau akan ke Malaysia buat kali ke-2 pada 26hb Disember ini. Tujuan utama kedatangan beliau adalah untuk mempromosikan Big Concert beliau di Malaysia pada hujung bulan Februari tahun 2011 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Ambil peluang : Dengan kehadiran Maher Zain ini Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia tidak melepaskan peluang dengan menganjurkan Malam Amal Setulus Kaseh pada 26,27 & 28hb Disember.Tiket berharga dari Rm200 – Rm1000 dibuka untuk tempahan.

Maklumat lanjut : Malam Amal Setulus Kaseh

mujahidah:belum berpeluang lagi ke konsert Maher Zain.InsyaAllah jika berpeluang 1 hari nanti :)

14 December 2010

HIKMAH

"Selagi mana manusia tidak bersangka baik pada setiap apa jua yang datang,maka hikmah tidak akan tersingkap dan wujud sama sekali.
Tapi bilamana manusia sentiasa bersangka baik dalam setiap detik kehidupannya,maka yang ada hanyalah hikmah!ujian kasih sayang!ujian tahap keimanan!yang pahit jadi manis,yang luka jadi penawar,yang sakit jadi sembuh!
-credit to adikku Naim-


mujahidah : carilah hikmah disebalik segala yang terjadi dalam hidup kita.Jangan sekadar menanti hikmah yang tersembunyi dan jangan sekadar meratapi ujian yang telah berlalu pergi.HIKMAH PERLU DISELONGKARI(*_*)

13 December 2010

BASHA!

::Setelah pelbagai ujian KAU beri ya Allah,setelah ketenangan yang KAU hadiahkan buatku,semoga segala urusanku berpaksikanMU ya Allah!alhamdulillah,syukra

nlillah!Moga sempena masuknya sem baru bersempena tahun baru segala urusan & kehidupan yg bakal ku lalui sebagai hambaMU,anak,pelajar,khalifah & segala amanah di bahu,ku laluinya di jalan yg KAU redhai,berkati lagi rahmati ! Sayangi daku,kasihi daku,pelihara daku hambaMU yg lemah,hina lagi dina ini.Sem baru,azam baru,semangat baru!LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA![BACK TO 'SCHOOL']::

(PERISAI MUJAHIDAHPUTERI)

رَبِّ أَعِنِّي وَلاَ تُعِنْ عَلَيَّ,وَانْصُرْنِي وَلاَ تَنْصُرْ عَلَيَّ,وَامْكُرْلِي وَلاَ تَمْكُرْ عَلَيَّ,وَاهْدِنِي وَيَسِّرِ الْهُدَى لِي,وَانْصُرْنِي عَلَيَ مَنْ بَغَى عَلَيَ,رَبِّ اجْعَلنِيْ لَكَ شَكَّارًا,لَكَ ذَكَّارًا,لَكَ رَهَّابًا,لَكَ مُطِيْعًا,إِلَيْكَ مُخْبَتًا,إِلَيْكَ أَوَّاهًا مُنِيْبًا,رَبِّ تَقَبَّلْ تًوْبَتِي وَاغْسِلْ حَوْبَتِي,وَأًجِبْ
دَعْوَتي,وَاهْدِي قَلْبِي,وَسَدِّدْ لِسَانِي,وَثَبِّتْ حُجَّتِي,وَاسْلٌل سَخِيْمَةَ قَلْبِي

"Ya Tuhan,bantulah aku dan janganlah ENGKAU bantu sesiapa yang ingin berbuat jahat padaku,dan menangkanlah aku dan jangalah ENGKAU menangkan sesiapa yang mahu membuat jahat padaku,dan rancanglah untukku dan janganlah ENGKAU rancang buat mereka yang mahu merancang jahat terhadapku,dan tunjukki daku,permudahkan dalam memberi petunjuk kepadaku,dan bantulah aku dalam menghadapi mereka yang mahu menzalimiku...

Ya Tuhan jadikan aku,orang yang bersyukur kepadaMU,mengingatiMU,takut padaMU,mentaatiMU,khusyu' padaMU,kepadaMU ku merayu lagi berharap...

Ya Tuhan terimalah taubatku,sucikanlah dosaku,perkenankan permintaanku,tunjukilah hatiku,lancarkanlah lidahku,dan bernaskanlah dan tetapkanlah hujjahku dan hilangkan kedengkian dalam hatiku..."

:: Hadis sunan ibn majah,juz 2,mukasurat 1259,nombor 3830,Kitab Doa',Bab Doa' Rasulullah S.A.W ::


JIKA KELMARIN TERSUNGKUR,
JADI HARI INI BANGUNLAH DARI LENA KEALPAAN,
TEGAK DI ATAS TUGU PERJUANGAN,
MELANGKAU DI ATAS LANDASAN PERTIMBANGAN,
MARA DI ATAS DASAR KESEDARAN,
BERLARI DI ATAS SINAR KEYAKINAN...


mujahidah : fokus! lupakan yang lain,yang menyakitkan yang mendukacitakan...syuhhhh! pergi jauh-jauh!jangan kembali lagi! mohon dengan sangat!

10 December 2010

BBQ

Salam jumaat semua (*_*) insyaAllah hari ni nak kongsi cara nak perap ayam untuk BBQ,adik saya Omar yang ajar.Terbaik la adikku sorang ni,tak disangka ;) Mudah je...Jom...!

BAHAN-BAHAN
1)Ayam
2)Serai dihiris halus
3)Lengkuas dipotong kecil-kecil
4)jintan
5)ketumbar
6)Sos Cili & Tomato
7)Madu/Gula Melaka
8)Garam

CARA-CARA
1)Mesin serai,lengkuas,jintan & ketumbar.Masukkan hasil yang dimesin tersebut ke dalam ayam dan gaul.Masukkan Sos Cili & Tomato dan gaulkan juga sekali bersama dengan gaulan di atas dan masukkan juga garam,madu/gula melaka.Siap perapan ayam ! (*_*)malam nanti baru bakar,kebetulan nak ke Port Dickson bersama keluarga.

mujahidah : Boleh juga digunakan untuk yang lain seperti sosej.selamat mencuba!

09 December 2010

ROAD TO PUTRAJAYA

mujahidah : jom tunjukkan sokongan anda!

08 December 2010

CINTA DALAM DIAM

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...



mungkin kerna hati wanita begini...maka duhai wanita dan lelaki mencintai dalam diam itu adalah lebih baik dan menenangkan.


Hati wanita,
Hatinya begitu lembut,
Namun agak sukar untuk disentuh,
Bila sudah disentuh jangan sesekali melukainya.


Hati wanita,
Bila sudah ditawan dia bagai layang-layang yang memerlukan tali,
Semakin kuat tali semakin kuat kebahgiannya,
Ketenangan hatinya akan kekal selagi mana tali itu tidak dikasari oleh orang lain.


Hati wanita,
Lembutnya bagaikan kapas dan embunan salji diTurkey,
Sekali digapai dia akan tetap dalam genggaman,
Apabila dilepaskan ia akan cair dan mengalir ke tanah,
Namun dia tetap akan mengingati siapa yang menggenggamnya pada awal penurunannya.


Hati wanita,
Kelembutannya itu tersirat pada batinnya,
Luarannya terkadang seperti kerasnya batu di Bukit Fraser,
Bila tiba waktu kekerasannya menonjol, biarkan lah dia untuk seketika,
Kerana kelebutannya akan terserlah selepas matahari senja terbenam.


Hati wanita,
Cemburumu membuktikan kasih sayangmu tidak terperi,
Kasih sayang terpancar dengan segala ragam kemarahanmu,
Cemburumu itu kadang-kadang tidak difahami oleh mereka yang bergelar lelaki,
Namun jauh di sudut hati mereka, sangat menyayangimu.


Hati wanita,
Ku mohon kemaafan pada hati yang telah terluka,
Bukan niatku untuk melakukannya,
Namun terkadang aku terleka dengan ujian dunia,
Menjadikan aku alpa pada PENCIPTA.


Hati wanita,
Biarpun hatimu itu telah terluka,
Kesalahanku tidak mendapat kemaafan,
Kau biarkan diri ini menanggung derita,
Hidup dalam rasa bersalah menjadikan diriku tidak keruan,
Namun percayalah tidak pernah terlintas untuk menyakitinya.


Hati wanita,
Bila disentuh ia akan bergoncang,
Berkoncang seperti mana gempa bumi di Medan,
Jangan dikotori kesuciannya,
Lupakan kisah lama,
Semailah ia dengan roh KEIMANAN,
agar segala luka dan lara dapat diubati sebaiknya.

"MAAFKKAN DIRI INI WAHAI TEMAN"

dari blog ini :jangan lupa siapa kita

mujahidah :jika 1 hari ku jatuh cinta,pertemukan orang yang mampu membuatku makin mencintaiMU,dan aku juga mampu membuat dia makin mencintaiMU.ameen ya rabb!


Free Signature Generator

RAHMATI PENGHIJRAHAN INI!


SubhanaAllah awal muharram kembali lagi,cepat sungguh masa berlalu,kini menjejaki tahun 1432 Hijri.Alhamdulillah masih diberi kesempatan merasai nikmat daripadaNYA yang tak pernah putus-putus baik nikmat yang indah pada pandangan kita mahupun sakit dan perit pada padangan kita sebagai manusia.Allahuakbar!sesungguhnya keagunganMU tiada taranya...

Ya Allah pejam celik,pejam celik 1432 hijrah telah membuka tirainya.Jika dimuhasabah dan dikoreksi kembali kehidupan pada tahun 1431 hijrah bersama tahun 2010 apa lah yang diri ini dan anda telah buat dan lalui?Adakah segala kehidupan kita laluinya dengan berpaksikan DIA,TUHAN yang 1 atau kita berpaling daripada DIA?nauzubillah!Adakah perkara yang kita lakukan perkara yang diredhai,diberkahi dan dirahmatiNYA?tepuk dada tanyalah iman kita.Allah...Allah...Allah...!

Jika sepanjang kehidupan kita pada tahun 1431H penuh dengan kemaksiatan,penuh dosa dan noda,ayuh sama-sama kita mengorak langkah untuk menghijrahkan diri kita ke jalan yang diredhai,diberkahi & diredhaiNYA!

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah Setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat),dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. Al Hasyr: 18).

mujahidah : Alhamdulillah setelah menharungi kehidupan tahun sebelum-sebelumnya banyak perkara yang mematangkan diri,kehidupanku kini yang lebih terasa tenang dalam dakapanNYA.syukran lillah.banyak penghijrahan yang perlu ku lakukan.Semoga perubahan yang ingin ku lakukan kali ini dirahmatinya dan yang penting berpaksikan DIA!insyaAllah!sayangi daku,kasihi daku,rahmati daku ya Allah...duhai pemilik CINTAku!

Free Signature Generator

30 November 2010

JIKA TERAKHIR BUATKU

Oh Tuhan
HambaMU ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMU

Oh Tuhan
HidayahMU pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi padaMU
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjukMU
Untuk ku meniti ke jalan redhaMU
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMU
Oh Tuhan...

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba


Tajuk:Jika Terakhir Buatku
Penyanyi:Kump.Saujana
Free Signature Generator

28 November 2010

MUDAH TAPI SUKAR?


Sepatah perkataan yang mudah disebut. Perkataan yang memberi maksud sesuatu yang paling baik diantara perhiasan-perhiasan dunia yang lain. Perkataan yang indah bilamana ia benar melambangkan maksudnya. Perkataan yang cantik bila ia dimiliki dengan sebenarnya oleh pemiliknya.

Namun solehah ternyata bukan mudah pada realiti kehidupan ini.Solehah itu bukan hanya boleh dinilai dipenghujung perjalanan, namun sentiasa diberi nilai dalam setiap tahap-tahap kehidupan.

Mudahkah menjadi anak yang solehah? bila balik bertemu ibu ayah sekali sekala , dua tiga hari dikampung, mempamer dan menonjolkan akhlak terbaik, mentaati tanpa jemu setiap permintaan ibu dan ayah. Tapi bila tinggal lebih lama, hati mula jemu, mula kurang sabar, suara tidak lagi rendah dan lunak – disuruh mula berdalih dan merasa berat, ditegur mula memberontak mempertahankan kesilapan... wahai anak, di manakah solehahmu pada ayah ibu yang terlalu banyak pengorbanan dilakukan untukmu?

Mudahkan menjadi gadis yang solehah?Dengan akhir zaman yang membuka seluas-luasnya ruang perhubungan lelaki dan perempuan, dengan ransangan filem-filem, lagu-lagu dan bahan bacaan yang menghidup kan rasa cinta hingga menyala-nyala dalam dada, mudahkah untuk menepis kedatangan SMS, call, chatting YM, email etc yang bertalu-talu dari lelaki yang 'soleh' dan tak soleh? Awalnya mungkin mudah, dengan prinsip cinta hanya untuk suami dan isteri, tapi jika konsistennya SMS yang caring lagi prihatin hingga menghidupkan warna merah muda dalam hati, mampukah lagi menolak? Mampukah lagi mengelak dari serangan-serangan perasaan ‘fitrah’ yang ingin disayangi dan menyayangi, lebih-lebih lagi teman-teman disekeling juga tidak lagi sendiri ?

Mudahkah menjadi solehah, jika pergaulan yang dirasakan sederhana mengundang curiga dimata masyarakat? Mengundang cemburu dihati si isteri-isteri? Mengundang fitnah di hati yang berlainan jenis?

Mudahkah menjadi isteri solehah? Di awal mahligai cinta dibina dalam pernikahan, waktu kasih membara, solehah itu seolah pasti terjadi, ada ketaatan sebelum dipinta, ada layanan kelas pertama, ada pengorbanan yang tidak terasa, ada kelembutan yang mempesona, diri terhias tersembunyi dan nyata..

Namun, bila masa berlalu memaparkan suami sebagai insan biasa-biasa punya banyak alpa, yang terus zahir adalah terlalu banyak keburukan dan kelemahan. Hingga tidak merasa perlu mentaati dirinya yang dulu pernah paling ditaati, hingga acuh tak acuh pada suami yang dulu mendapat cinta kelas pertama, hingga tidak mampu melihat apatah lagi mensyukuri pemberian suami pada keluarga.

Pudar kasih, luput sayang, yang ada hanya lah hati yang luka berbisa. Tiada penghormatan, tiada penghargaan, yang ada hanya ungkitan kesilapan pasangan . Tiada kesyukuran, tiada keredaan hingga diri memikirkan untuk meruntuhkan, melarikan diri dari perjanjian dan ikatan yang dibuat atas nama ALLAH…

Dimanakah solehah? Waktu belum dituntut menjadi pasangan, diluar ikatan mampu menjadi solehah memenuhi segala permintaanya, memohon maaf penuh perasaaan atas kesilapan padanya, mengasihinya sepenuh jiwa raga, tidak mahu melukai hanya ingin mencintai… merasa hebatnya aura sayang dua jiwa dipenuhi kata-kata sopan lagi manja…namun bila ikatan pernikahan yang benar-benar menuntut soleh dan solehah,.. terus sirna, kesopanan dan kelembutan hilang ditelan kejemuan… solehah, dimanakah solehah…?

Solehah…bagaimanakah untuk solehah..? bagaimanakah untuk terus solehah selepas diri jauh meninggalkan solehah…? bagaimanakah untuk tetap solehah diwaktu tidak lagi ingin solehah? Bagaiman bertahan untuk solehah sewaktu sukarnya ingin menjadikan diri solehah?

Sukarnya solehah…sewaktu masih sendiri, terasa sukar menjaga kesucian diri dan hati.. kerana diluar sana tarikan untuk memudarkan solehah terlalu tinggi,… dan sewaktu sudah bersuami, mungkin lebih sukar kerana ada pula hati suami untuk ditaati , dijagai agar tidak tercalar, sedangkan hati dan iman sendiri masih erkontang kanting kering nur rabbani…

Solehah itu anugerah ilahi. Mahal harganya, Tak terhitung nilainya,Kerana syurga balasannya.Ya ALLAh ajari aku untuk solehah dalam menghadapi ujian-ujian dariMU uJian kesenangan atau kesusahan. Bantulah aku untuk memilih solehah dari yang lainnya dalam keadaan sukar atau mudah. Bantulah diri hambaMU ini agar mampu ku mentaatiMu, yang dengan nya menjadikan aku mampu mentaati ibubapaku dan sesiapapun yang perlu ku taati.

Bantu lah aku memenunaikan segala suruhanMu agar mampu ku tunai hak-hak sahabat dan saudaraku ingin ku cintaiNYA keranaMU.. Bantu lah diriku menjauhi segala laranganMu agar ENGKAU memberikan jalan keluar atas segala urusanku.. Bantu lah aku ya ALLAH, dengan rahmat da kasih sayangMU perbaiki lah urusan ku dan jangan biarkan ku membuat keputusan sendiri walau sekelip mata.

Bantulah diriku untuk memilih solehah walau memilih solehah terasa letih, sakit dan sukar bagi diriku, namun izinkan diriku bertemu Asiah, Maryam, Khadijah dan Fatimah.

mujahidah :bantulah aku dan sahabat-sahabatku dalam hidayahMU dalam membentuk diri kami ke arah SOLEHAH.~insan ini,insan ini wanita akhir zaman yang bercita-cita menjadi solehah lagi bertaqwa!insyaAllah !

Free Signature Generator

23 November 2010

DETIK KEWAFATAN!


"Bagaimana hati kita tidak getar merindui Baginda? Bagaimana kita lupa perintah agar mencintainya? Bagaimana hati kita tidak terikat dalam merindui kepada Baginda? Bagaimana hati kita tidak bergetar apabila diperingatkan tentang Baginda?'' ~lalainya kami ini ya Rasulullah dalam mengingatimu, merinduimu, menyintaimu...~
Free Signature Generator

22 November 2010

HIKMAH TERSINGKAP

Adakalanya kita merasakan doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah...tapi hakikatnya DIA sedang atau telah pun makbulkan doa kita...mungkin kita terhijab merasakan permintaan kita terhalang disebabkan pelbagai ujian mendatang dariNYA...sebenarnya dengan ujian itulah Allah sedang membawa kita ke arah permintaan yang kita pinta...hmm contohnya seorang yang miskin sentiasa berdoa supaya dia sentiasa diberi rezeki yang halal,menjadi kaya dan selesa dan dipermudahkan urusannya serta dia dapat menuju ke jalan yang diredhaiNYA...tapi si miskin itu hampa kerna sehingga sekarang dia masih tidak kaya-kaya bahkan lagi sempit.

Allah...Allah...Allah tidakkah kita sedar Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA!DIA tahu dengan ujian kemiskinan itulah yang akan membuatkan si miskin itu terus dalam redhaNYA,DIA lebih mengetahui dengan kemiskinan itulah membuat diri si miskin itu sentiasa bergelumang dengan rezeki yang halal...bukankah itu dambaan si miskin itu tadi?dan DIA maha mengetahui akan tahap kemampuanmu,jika diberi kekayaan padamu...dirimu dalam kelalaian,barangkali kau akan bergelumang dengan rezeki yang haram dan terus leka dan alpa daripada dalam redhaNYA...Allah...Allah...Allah DIA telah pun mengkabulkan doamu sebenarnya walaupun ia nampak perit dan sakit...subhanaAllah yaAllah...!Asykurulak atas petunjukMU ini...!maka pandanglah setiap apa yang berlaku itu Allah dalam proses mengkabulkan doamu (*_*) apa sahaja yang anda dan saya...bila diujiNYA pasti tidak sia-sia disebalik ujian itu.SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN-NYA!

mujahidah : sedikit demi sedikit hikmahNYA tersingkap.Masih mencari hikmah-hikmah lain disebalik apa yang berlaku...~NUR HIDAYAH-NYA SEMAKIN CERAH~SubhanaAllah.Alhamdulillah,Allahuakbar!
Free Signature Generator

13 November 2010

AKU HAMBA

Ya Allah...
Aku hambaMU yang tidak terlepas daripada dosa,
Aku hamba yang sentiasa dalam kelalaian dan kealpaan,
Aku sedar aku takkan terlepas daripada ujian,
itu JANJIMU TUHAN.

Tapi Ya Allah...
aku ini hambaMU yang lemah,amat lemah...
aku ini hambaMU yang hina,lagi dina...
Tika mana diuji pasti tak tertahan diri...
Tika mana diuji pasti serba tak kena...
Tika mana diuji pasti mengeluh kesah,lagi gelisah...
Apa lagi yang tak kena pada diri ini Ya Allah....

Ya Allah...
Aku tak tertahan lagi dengan mehnahMU ini...
Aku tak kental lagi untuk hadapi ujian ini...
Ujian yang ku tahu mematangkan diri...
Ujian yang ku tahu ada hikmah tersirat di sebaliknya ...


Ya Rahman Ya Rahim...
Dalam solatku ya Allah...
ku hayati bait kataMU....
"kepadaMU aku sembah dan kepadaMU aku memohon pertolongan,
tunjukkan aku jalan yang lurus,
jalan orang-orang yang KAU beri nikmat,
bukan jalan orang yang KAU murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat"
Allahumma amin...
Air mata kehambaan mengalir membasahi pipi...

"ketahuilah! sesungguhnya Al-Quran itu adalah 1 peringatan yang sangat besar pengajarannya*oleh itu sesiapa yang mahu mendapat peringatan,dapatlah peringatan daripadanya"-(Al-Mudatsir:ayat 54-55)-


Ya Mannan Ya Hannan...
Aku tahu KAU penolong setiaku,
KAU penunjuk jalan terbaikku,
KAU tempat ku mengadu,
KAU tempat luahan apa yang terbuku di qalbu...

Ya Allah...
Ku mohon petunjukMU,
Berikanku jalan keluar dari dibelenggu...
Ku mohon pertolonganMU,
Berikanku penyelesaian berhikmah daripada terburu-buru...
Dengan berkat InayahMU beriku jalan keluar,
Berikanku cara terbaik menghadapi ujianMU Ya Allah.

Ku mohon padaMU Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku mohon padaMU Ya Ghaffar,Ya Kareem
Ku mohon...ku mohon...
MOHON DENGAN SANGAT

Free Signature Generator
r

10 November 2010

SYARIAT VS ADAT.

1.0 Pendahuluan

Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى
nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.

2.0 Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan... maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.



Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.

Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng'upload'kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.

Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh.

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.





3.0 Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama... kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.

Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang 'gharib/asing' walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih. Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu... yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya...

4.0 Penutup

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah.

Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , "Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin...Macamana pula gayanya!"sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia " Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!" dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira.... kerana dendamnya telah berbalas.

Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)

Selepas Tengah Malam
13 Oktober 2010


~ Hidup dengan perjuangan, Syahid menjadi idaman~


mujahidah:perkongsian daripada sahabat di Yahoo Group.Betapa pentingnya ingat mengingati antara kita...kadangkala kita tak perasan apa yang kita lakukan rupanya tidak selari dengan ajaran Islam dan tersasar daripada pegangan kita sebelum mendirikan baitul muslim.Astagfirullah...!Nastagfirullah...!

Free Signature Generator