" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

29 December 2012

Sandaran Cinta

Alhamdulillah ketenangan diperolehi,
Andai memang bukan,
KAU buang terus keyakinan,bulatnya hati,cenderungnya rasa di sanubari.
Andai memang 1 jawapan bukan 1 ujian,
 KAU tawarkan hatiku daripada menerima tawaran lain dan daripada terlalu memikirkannya.
Ku sandarkan hanya padaMU.
Apa yang ku mahu dan perlu adalah sentiasa dalam peliharaanMU,cintaMU,redhaMU

20 December 2012

إليك


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu & keampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia

~~Syair Imam As-Syafiee~

15 November 2012

HANCUR!

Ya Allah...! hantar tenteraMU buat saudara seIslam kami di sana...!kejamnya mereka 'hadiah'kan saudara seIslam kami sempena awal hijrah ini dengan bedilan bom!Hancurkan mereka hasil tangan2 jahat mereka!



HIJRAH 1434H

Solat tiang agama.Hijrahkan solat kita,andai masih ada kelompangannya.Khusyu',solat di awal waktu dan sewaktu dengannya.Baik solat kita,insyaAllah baiklah yang lainnya.Makin seronok melakukan kebaikan,makin menyampah dengan kejahatan."Innassolata tanha 'anil fahsha' iwal munkar walizikrullahi akbar!"(pesanan buat diri juga)Salam ma'al hijrah 1434H daripada hamba hina dina,Halimah Jaapar.Jangan dilupa mendoakan dan berbuat yg termampu terhadap saudara seIslam kita di Palestin,Syria,Rohighya dan tidak lupa kemenangan Islam di negara kita Malaysia tercinta.

11 November 2012

SABAR & ISTIQAMAH

ALLAH MEMBERI UNTUK KITA MEMBERI

Begitu banyak Allah memberi,begitu sedikit manusia yang bersyukur.Tetapi,Maha Hebatnya Allah terus menerus memberi.Justeru,siapa kita yang memberi hanya sedikit,tetapi mengharapkan terima kasih yang banyak?

 Memberi bukan ditentukan oleh banyak atau sedikitnya harta.Tetapi oleh baik atau buruknya rasa di dalam jiwa.Bukan soal kuantiti harta yang kita miliki,tetapi oleh kualiti hati yang ada di dalam diri.

Memberilah dengan penuh gembira & kasih sayang.Iman berkadar terus dengan kasih & sayang.Cinta dan kasih sayang kepada Allah dalam diri seseorang akan merangsang kasih sayangnya kepada manusia.


Kita miskin,kaya,ada rupa,bangsa apa sekalipun,berpangkat apa sahaja dan sebagainya,kita sebenarnya sentiasa ada sesuatu untuk diberikan.Cuma perluaskan pengertian rezeki.Rezeki itu bukan hanya pada wang ringgit,yang berbentuk material,tetapi juga meliputi segala nikmat termasuk ilmu,kesihatan,sahabat,masa,tenaga,hidayah & banyak sangat lagi.

Nikmat Allah itu terlalu banyak,sehingga kita pun tak terhitung.Jadi Nikmat Tuhan yang mana lagikah ingin kita dustakan?Maka,saya dan anda sentiasa ada peluang dalam memberi.Tiada alasan lagi untuk memberi mengikut kemampuan dan kondisi diri.

Memberilah dengan gembira & ikhlas.Lalu kita akan melakukannya dari hati,bukan sekadar ambil hati :)

[ALLAH MEMBERI UNTUK KITA MEMBERI]

-COPIED BY USTAZ PAHROUL MOHD JOUI,EDITED BY MUJAHIDAH PUTERI-

08 November 2012

DENGAR INI DUHAI TENTERA ALLAH

WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI.

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sek
uat-kuat tipu daya dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama-sama kamu supaya menjauhikan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan.

Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama -sama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan". Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita, maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api).

Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu, sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami...."




-copied from abi Mohd Noor Omar,TPJ 2 Melaka-

24 October 2012

MIMPI ITU...

Minggu lepas dapat sebuah mesej daripada seorang adik saya , Wan Maizatul Akmal Hashim atau lebih mesra dipanggil Nur.

 "Kak,pagi tadi Nur mimpi kita pi Mekah sama-sama,kita lari-lari nak ambik gambar kat tingkat atas yang betul-betul nampak masjid,subhanaAllah,doa-doa ya,sangat-sangat merindui lambaian haji :'( "

Allah...!saat dapat mesej tu,meremang 1 anggota,lalu menitiskan airmata.Sejenak terfikir,saya dengan adik saya ni bukanlah selalu bersama,jarang sangat nak dapat jumpa,tapi ni buat kali ke-2 saya masuk dalam mimpinya,mimpi yang syahdu je pulak tu...

Senang je diri ni,kalau ada je yang menyatakan ada yang mimpi diri ni,tak tahu kenapa hati terus kata...saat ajalku makin tiba...itulah setiap kali yang terpacul keluar dari ruang hati.Tak tahu kenapa nak kaitkan dengan MATI .Tetiba teringat pernah mimpi arwah seorang kakak,saat tu dah pun dia selamat disemadikan di 'sana',mimpi dia senyum seolah-olah bahagia dan berpakaian bersih dan saya dalam dakapannya...bangun sahaja,kenapa aku yang mimpi,tanya-tanya yang rapat dengan dia tak ada pulak...mungkin the next orang aku agaknya yang bakal menyusul...

Beberapa hari ni,naik kereta pasang IKIM mesti terdengar lagu ni....Semoga kami diberi kesempatan,ruang dan peluang dariNYA untuk menjadi tetamuNYA 1 hari nanti!Hadir penuh dosa,hina dan papa,moga pulang dengan ada 'bekalan suci' ke sana ..Semoga diri ini sempat bertapak ke sana,sebelum diambil pulang ke pangkuanNYA selamanya.Ameen!

06 October 2012

Ya Habibi Ya Rasullullah!




Allahumma Solli 'ala saiyyidina Muhammad!

12 August 2012

ISLAM DI HATI

Alhamdulillah dapat memenuhi 2 hari hujung minggu dengan program bermanfaat.InsyaAllah.

11/8/2012 : bersama 3 adik beradik seperjuangan berexpresi anak profesional muda ke putrajaya di Rumah exco-exco di Shah Alam.Pesanan dan harapan daripada ketua pemuda PAS,Ustaz Nasrudin terhadap golongan muda supaya dapat fokus pada bidang masing-masing, kerna ia adalah 1 amanah ,dan gunakan ia untuk parti nanti sebagai persediaan untuk membantu kelompangan banyak sektor dalam negara Malaysia tercinta ini.

Alhamdulillah,kehadiran cukup di luar jangkaan,sehinggakan Ustaz Din bila ditanyakan soalan,yakin kah dengan anak muda yang mahukan perubahan,beliau menjawab "lihat sahaja jumlah yang memenuhi dewan ini"


Sebelah petangnya bersama YB Mat Sabu,atau nama glamour abang Mat,tak sangka beliau ada,alhamdulillah penyampaian beliau sentiasa berfakta,itulah antara kekuatan yang ada pada diri beliau dan saya kagumi,tak pelik la kalau sejarah negara pun beliau pertikai  kerna pertikaian beliau dan ulasan beliau terarah,alhamdulillah insan ini ada di dalam perjuangan PAS.

12/8/2012 : Bermajlis khatam qur'an anjuran Muslimat Kawasan Selayang di Masjid tempatku mengajar KAFA,Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang.1st time jadi unit pendaftaran,banyak benda jugak jadi unit pendaftaran ni,ha baru rasa....Perasmian dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS pusat,YB Zailah,atau beliau lebih senang dikenali dengan Kak Lah.Beliau berkongsi berkaitan manusia yang makin jauh dengan Al-Quran dan Sunnah.Beliau menceritakan pengalaman beliau melawat penjara,amat mendukacitakan 95% adalah bangsa melayu,dan beliau berkongsi bagaimana muslimat berbuka puasa bersama golongan 3P(pondan,pelacur dan penagih),sungguh terharu mendengar cerita beliau,hakikatnya mereka semua tu tak mahu jadi begitu,tapi disebabkan kesempitan hidup,masalah keluarga mereka terpaksa jalan serong itu,itulah antara luahan yang mereka peroleh.Allah,semoga DIKAU kurniai mereka hidayah dan taufiqMU dan kekalkan kami dalam petunjukMU!

Allah...saya kagumi Kak Lah ini,dulu pernah berpeluang bertemu mata dengan beliau,kini sekali lagi.Ingatkan beliau datang dengan PA dengan beliau,tapi berseorangan sahaja dengan memandu sendiri,Allah...!rahmatilah pemimpin-pemimpin Islam kami terutamanya di Malaysia!Terus kuatkan mereka dan kami semua dalam medanMU!

complete each other


Allahu'alam

06 August 2012

Be Humble!


mujahidah : dengarlah 'pemberian' daripada Ustaz Ebit Lew,sungguh menusuk hati,semenjak dengar di motivasi ikim sepanjang bulan Jun hari tu,rasa 'ketagih' nak dengar 'leteran' beliau.Lalu menjadi antara penceramah yang disukai diri kini.Semoga Allah merahmati beliau!

30 July 2012

ولك بمثل

Apabila kita mendoakan orang lain,malaikat akan doakan sama seperti kita doakan untuk insan tersebut.Jadi ringankanlah mendoakan bukan sahaja diri,tapi jua orang lain.

"Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala ia tidak ada(tidak tahu),maka berkatalah malaikat,'kamu pun menerima sebagaimana doamu" [Riwayat Muslim]

 "Doa seseorang untuk saudaranya di kala ia tidak ada(tidak tahu),tidak akan ditolak(pasti dikabulkan)" [Riwayat Darul Quthni]

JANJI DITEPATI


Ini baru betul janji ditepati ^^,

BULAT HATI DARI ALLAH!

Kesalahan dalam istikharah: 1)Tiada ada ilmu tentang solat isitikharah. 2)Hanya menunggu mimpi atau alamat-alamat yang aneh tanpa mempertimbangkan alamat lain yang lebih penting seperti kelapangan fikiran,ketenagan emosi,dan kemantapan hati. 3)Hati sudah ada kecenderungan terhadap pilihan tertentu sebelum istikharah. 4)Menyalahkan taqdir atau menyesal setelah perkara yang tidak diingini atau buruk berlaku setelah istikharah. 5)Langsung tidak melaksanakan istikharah dalam membuat keputusan yang diragui atau keliru. [BIARLAH HATI BULAT ITU DARIPADA ALLAH!]

25 July 2012

YANG PERLU,BUKAN YANG DIHARAPKAN

Saya minta 'setangkai bungai segar' daripada Allah.DIA beri saya 'kaktus berduri'.
Saya minta minta 'rama-rama',diberiNYA pula 'ulat berbulu'.
Saya sedih dan kecewa.Namun kemudian...
'kaktus berbunga'dengan indah sekali & 'ulat' itu pun menjadi 'kupu-kupu' yang cantik.Itulah cara Allah:) indah pada masa yang ditetapkanNYA.
Tuhan tidak memberi apa kita harapkan,tapi DIA beri apa yang kita perlukan.

[Perkongsian mesej daripada seorang sahabat yang sedang menguatkan dirinya sendiri,tahniah dan syabas!semoga terus kuat sahabat!]

Lalu saya teringat bait ayat,antara ayat yang suka saya peringatkan buat diri,lalu saya hadiahkan untuknya...

."Dan sesungguhnya DIA lah yang menyebabkan seseorang itu gembira tertawa,berdukacita menangis".


."Dan bahawa sesungguhnya DIAlah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNYA) apa yang diperlukannya & memberikannya tambahan yang boleh disimpan.

."Maka yang mana 1 nikmat Tuhanmu yang tidak terhingga itu,engkau ragukan!"

[Suran An-Najm]

Kini saya hadiahkan buat semua,mudah-mudahan ada manfaat bersama.

~SubahanaAllah,Alhamdulillah,Allahuakbar!~

23 July 2012

MUSTAJAB DOA

Doa! Semua insan inginkan agar doanya mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan, namun kita juga perlu memohon agar tidak dihilangkan nikmat dan cita yang telah dicapai. Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar dari kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya. Betapa ramai para penguasa yang merasai diri mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas. Betapa canggih dan teguh kapal ‘Titanic’ yang bina, namun tenggelam selepas beberapa hari belayar. Siapakah yang menguasai alam?! Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.

Peranan Jiwa Semakin dekat insan dengan Allah, semakin mustajab doanya. Kemustajaban doa sangat berkait dengan kekusyukan jiwa hamba yang berdoa. Semakin tertumpu perasaannya kepada kebesaran Allah, semakin pantas doanya dimustajabkan. Sebenarnya, bukannya susah untuk berdoa, tetapi yang susah ialah mencari jiwa yang khusyuk yang menyebabkan doa mustajab. Ramai orang tersalah sangka dalam hal ini. Mereka hanya tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat berdoa tetapi melupai perkara asas iaitu kekhusyukan diri insan yang berdoa itu. Maka jangan hairan jika ada insan yang tidak dimustajabkan doanya sekalipun dia berada di Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadan. Walaupun unsur tempat yang mustajab ataupun waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal memenuhi perkara yang asasi iaitu jiwa yang khusyuk yang benar-benar memohon dengan penuh erti seorang hamba. Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu dipenuhi, kemudian diikuti dengan tempat ataupun waktu yang mustajab maka doa menjadi amat mustajab.

Setelah kita memahami hal ini, maka kita cuba memahami bahawa Allah menjanjikan untuk memustajabkan doa mereka yang berpuasa. Ini kerana, puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan pula waktu yang Allah sayang disebabkan bulan pilihanNYA dan suasana hamba-hambaNYA taat kepadaNYA. Maka Allah setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah ikuti dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya):

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).

Kesucian Nurani 

Setiap manusia yang hidup pada waktu ini akan memasuki Ramadan. Muslim dan juga bukan muslim. Mereka yang berpuasa dan juga mereka yang bermaksiat. Apakah setiap orang dimustajabkan doa mereka pada bulan Ramadan? Sudah pasti bukan demikian fahaman yang betul. Doa dimustajabkan apabila insan itu berpuasa. Puasa itu mendatangkan pahala. Puasa itu juga mendidik rohani agar tunduk kepada kehendak Allah. Puasa menyuburkan keikhlasan dalam jiwa. Lantas puasa membentuk kekhusyukan yang luar biasa. Dengan itu doa orang yang berpuasa dimustajabkan. Sesiapa yang berpuasa dalam ertikata yang sebenar akan dapat merasai perbezaan jiwanya. Lebih mendalam dia menghayati puasanya pada hati, lidah dan tingkah, maka bertambahlah kekhusyukan jiwanya. Bertambah pula sayang Allah kepadanya. Apabila dia berbuka puasa, dia telah menyempurnakan arahan Allah. Sayang Allah melimpah kepadanya. Maka Nabi s.a.w bersabda: Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. (Riwayat Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dll. Sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ahmad Syakir dalam ‘Umdah al-Tafsir menilainya sahih).

Al-Munawi menukilkan satu pendapat yang menyebut:

“Dikhususkan untuk umat ini mengenai doa dalam firman Allah: (maksudnya) “Berdoalah kepadaKU nescaya AKU mustajabkan untuk kamu” (Al-Ghafir: 60). 

Itu asalnya untuk para nabi. Kemudian diberikan kepada umat ini apa yang diberikan kepada para nabi a.s. Namun, urusan umat ini bercampur baur disebabkan nafsu menguasai jantung hati mereka maka ia pun terhijablah. Maka, puasa itu mencegah nafsu. Apabila seseorang meninggalkan syahwatnya, maka bersihlah jantung hatinya serta bersinarlah cahaya maka dimustajabkan doa. Maka hadis ini dan yang seumpamanya hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan hak puasa dengan sebenarnya. Dia memelihara lidah, jiwa dan perbuatannya”. (Al-Munawi, Faidh al-Qadir 2/634, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Justeru, Ramadan bulan diberkati. Puasa pula menjadikan kita bersih jiwa dan nurani. Gabungan keberkatan bulan dan kebersihan jiwa menjadikan doa kita mustajab. Jika sekadar bulan yang diberkati sedangkan jiwa kita tetap kotor, maka janji Allah ini mungkin tidak untuk kita.

22 July 2012

RAMADHAN TIBA


Nabi SollaAllahu 'alaihi wasallam bersabda : Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan & menjauhi diri daripada yang haram dan perkara batil dalam puasanya,nescaya Allah yang bersifat Ar-Rahman redha kepadanya & memastikan baginya syurga.

Ramadhan pertama tanpa arwah atuk di sisi.Semoga kehidupannya di sana bahagia,bahkan lebih bahagia kehidupannya di dunia.Al-fatihah!


Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.



Sebahagian insan telah selamat ke 'sana' tanpa sempat menghadapi ramadhan seterusnya,semoga yang terakhir itulah yang terbaik buat mereka!Kita yang Allah masih bagi peluang ni,gunakan sebaik mungkin,jangan jadi orang yang rugi dengan mensia-siakan medan tarbiyyah sekali setahun ini.Taqwa sama-sama kita cuba kecapi,insyaAllah kita semua boleh!Pesanan buat diri yang hina dan dina ini terutamanya dan anda semuanya. Ramadhan kareem(Allahu akram!)


Selamat menyambut ramadhan dengan penuh kehambaan.Mudah-mudahan menempah ketaqwaan di sisiNYA.

Ampun maaf dipinta dari diri.Jangan dilupa saudara seIslam kita di Palestin,Syria dan seluruh dunia!

17 July 2012

JANGAN SOMBONG...

‎:: JANGAN SOMBONG DENGAN HIDAYAH YANG KITA PEROLEHI! ::

-Kita seorang Muslim?Jangan sampai merendah-rendahkan dan memperlekeh Non-Muslim,sehingga lupa hidayah itu miliknya Allah!

-Kita seorang pendakwah?Jangan sampai merendah-rendahkan,memperlekeh mad'u sekeliling,sampai terlupa Allah memberi dan menarik hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki!


-kita baru berubah ke arah kebaikan?berhijrah kepada kebaikan?jangan sampai merendah-rendahkan mereka yang masih tak berubah lagi!


"...Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah & rahmatNYA kepada kamu,nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih daripada dosa selama-lamanya.Akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNYA & ingatlah Allah Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui!" [Surah An-Nur 24 : 21]

Best!


MORE TOUCHING


"More touching,more feeling"Melakaku sayang

13 July 2012

INGAT TAK?


 Mak &abah : ingat tak?mak & abah serahkan anakandamu ini dalam jagaan atuk dan nek sedari darjah 1 dulu?Terima kasih mak dan abah,jika dulu anakmu ini merasakan mak dan abah tak sayang,tapi sebab sayanglah mak dan abah letakkan anakdamu ini di bawah penjagaan atuk dan nek.Bahkan anakdamu mu amat bersyukur,dengan asbabnya di bumi Melaka,anakdamu ini memiliki insan-insan berharga...Terima kasih mak abah!mak abah tiada galang gantinya!

Nek : ingat tak?dulu masa kecik,nek selalu bising suruh cucumu ini sembahyang,suruh mengaji qur’an,suruh ke surau belajar,suruh itu dan ini yang mana semuanya baik,dan nek ingat tak?ada masa nek bawa cucumu ini ke ceramah politik,ada masa cucumu ini tinggal di rumah sendirian sahaja disebabkan esoknya sekolah.Terima kasih nek!ia tarbiyyah ibadah!tarbiyah mengenal politik,tarbiyah berdikari .

Adikku Omar : ingat tak?dulu masa kakamu ini sekolah menengah,kau pernah tegur kakakmu ini sebab dah lama tak pakai bertudung labuh dan berjubah?kakakmu ini benar-benar tersentap,sehingga saat ini kalau dah lama tak bertudung labuh dan berjubah,tentu lain rasanya…terima kasih adikku!

Mak cikku Saadah : ingat tak?kita pernah perang besar?hal tu mengajar anak sedaramu ini untuk belajar lebih menghormati dirimu,dan ingat tak?mak dah pernah bagi gelaran yang best tu?anak sedaramu terasa diri ini lah anak buah yang paling disayangi?dan ingat tak?mak dah ceritakan yang mak dah pernah jaga anak buahmu ini masa kecil sehingga makan sesuatu tu…anak sedaramu ni tak terasa,tapi rasa beruntung!

Pak cikku Hassan : ingat tak?masa kecik dulu,pak bai bila nakmpak anak buahmu ini tak bertudung di luar rumah,pak bai marah dan terus suruh ambil tudung,terima kasih pak bai,berkat pak bai marah tu,buat anak sedaramu ini faham penting menutup aurat .

Sepupuku Hazwani : ingat tak?dulu akak suka marah ani masa kecik2?marah tanda sayang…hehe.ingat tak?ani pernah cerita,ani kumpul duit dan simpan duit nak bawa ayah dan mak pergi haji,hasrat ani tu sungguh murni,buat akak untuk turut serta ikut sama,belajar nak menabung dan cuba belajar berjimat.Terima kasih ani dengan sifat anda tu,akak terasa nak ikut buat!

Insan yang pernah menyakiti hatiku : ingat tak?anda pernah tak jujur dengan diri ini?anda penyumbang ujian hati dan sakit hati hati ini?tapi diri ini juga tak lupa anda pernah ajar saya perkara yang baik,hatta sehingga kini saya mampu mengekalkan apa yang anda ajar diri ini secara langsung atau tidak.diri ini telah pun memaafkan anda,terima kasih,boleh dikatakan disebabkan ujian itu,ia banyak menyumbang penghijrahan diri ini dan mengenal akan banyak hakikat hidup ini bahkan mengajar banyak perkara.Diri ini yakin,anda bukan anda yang dulu bahkan lebih baik daripada sebelumnya!insyaAllah,semoga bahagia dengan kehidupan yang sekarang .

Angahku Khairunnisa’ : ingat tak?alang pernah menangis dan mengadu macam-macam kat angah?ada masa angah pujuk,ada masa angah marah,ada masa angah tak tahu nak cakap apa.Ingat tak?angah sanggup datang UIA walaupun dah grad untuk teman alang nak final exam?alang amat terharu…dan ingat tak?ayat ni “alang kan penyabar dan angahkan baik hati “ hehe.dan angahlah tempat alang senang meluah rasa dan menyimpan rahsia.Terima kasih angah,moga sentiasa sudi dengan karenah alangmu ini.

Adikku Halimaton : ingat tak ? imad pernah cakap,sedikit ,mana pun gaji yang kita dapat,tapi jangan lupa diberi juga kepada mak abah kita.Mudah-mudahan ada keberkatan walaupun sikit,bagilah.Terima kasih!Ia benar-benar kata-kata yang terkesan pada akak,Alhamdulillah dan insyaAllah kekal dipraktikkan.

Ude Yani : ingat tak?ude pernah hadiahkan akak sisir ketika di matrik dulu?sehingga hari ini ada lagi dan masih akak gunakan.Ia mengajar akak,barangkali ude ikhlas dalam memberi sebab tu ia kekal hingga hari ini :)

anjang mar,ucu nurul,nija,ateh hafriza,hajar,fatimah,syikin,farha,ude yani : ingat tak?kita pernah ditarbiyyah bersama?ketawa,merajuk,menangis,tolong-menolong bersama?diri kalian amat akak rindui,setiap daripada kalian,pernah menyumbang sesuatu.akak ingat sangat,akak sentiasa diingat oleh kalian bila nampak akak "akak...senyum :) " saya rindu saat-saat itu!Terima kasih menjadi sudi menjadi adik-beradik akak !

Surayya & Julia : ingat tak?kita pernah berjaulah bersama?setiapa gerak geri anda berdua,anda berdua mengajar saya supaya menjadi kakak yang matang dan matang dalam bertindak. terima kasih awak berdua! anda mengajar saya untuk matang,sebab saya lah kakak paling tak matang antara kita bertiga ;)

Ude Sara : ingat tak?baru-baru ni ude Tanya berkaitan Saidina Ali?terima kasih,menjadi penyumbang untuk kak long rasa teruja nak mendalami berkaitan ini,dan hakikatnya diri ini memang banyak lagi sirah yang perlu dibaca.Terima kasih ude!Terima kasih juga banyak membantu gerak kerja anak negeri.dan ingat tak?ude hadiahkan kak long sempena hari jadi kak long buku yang ude sayang?ude mengajar kak long dan mengingatkan kak long mengenai ayat "tidaklah dikatakan pemberian sehinggalah anda memberi sesuatu yang anda sayang!"ude mengajar kak long untuk berilah sesuatu yang kita sayang pada orang bukan sebaliknya!

Adikku Jie : ingat tak?awal-awal dulu kita selalu berkepit?hehe.Lepas ni tak boleh dah...dan ingat tak akak pernah marah jie dulu di matrik?naishat yang terlalu syadid?Kini akak belajar untuk wasatiyyah :) dan apa yang akak boleh cedok dari jie,dalam berkaitan ukhuwah dan dakwah.Terbaik,terima kasih sudi jadi adik saya !

Adikku laila : ingat tak?awal-awal perkenalan kita dulu?terlalu banyak kenangan kita...kini ibu telah pun menjadi isteri orang...semoga kekal istiqamah di jalanNYA bersama mujahid pilihan :) terima kasih ibu,menjadi partner pegang usrah:)

Anak-anak usrah Ibu & mama : ingat tak usrah2 kita? ;) mama suka sangat usrah kali ni...setiap kalian mengajar mama banyak perkara...terima kasih sudi memilih mama dan ibu sebagai naqibah pilihan hati kalian ;)

Adikku Tuan Habsah : ingat tak?semalam kita keluar menyelesaikan banyak hal,akak rasa seronok sangat semalam,tak tahu kenapa.Dan ingat tak?kita selalu bercerita berkaitan anak murid kita yang pelbagai karenah?ke sana dan ke sini bersama?fikir nak masak apa?pergi pasar sama-sama dan kenangan paling tak leh lupa,di taman laying-layang ;)semoga kita cekal dan seronok dengan medan ini!Terima kasih menjadi antara insan yang sentiasa dengan saya di baitul sofea.

Adikku Iftitah & Ruzaini : ingat tak?akak pernah marah if?tapi if sikit pun tak marah akak,senyap je,padahal akak marah if depan beberapa adik beradik kita,tapi  if lepaskan marah dengan menulis sepucuk surat pada akak.Hal itu, menyedarkan akak tentang bagaiman mengawal marah dan melepaskan marah yang baik.Ruz pulak,akak marah by mesej,ia buat akak untuk belajar mengurus marah dengan baik .Terima kasih pernah buat akak marah satu masa dulu! dan seronok dengan anda berdua juga di baitul sofea ini ;)

Nazirah,G-ah : ingat tak?g-ah pernah minta akak jadi driver g-ah ke USIM,sebab g-ah nak bagi talk berkaitan lalang tak silap.Akak seronok tengok g-ah beraksi dalam memberi dengan penuh keyakinan di pentas,diri sendiri masih tak mampu.Terima kasih jadikan akak driver masa tu!akak belajar sesuatu

Ustazah Nadzirah : ingat tak?ustazah pernah minta saya dan beberapa orang menemani ustazah ke Perak,ke rakaman Tanyalah Ustazah?seronok melihat ustazah beraksi dengan yakin dalam memberi di kaca Televisyen..Terima kasih ustazah,memberi peluang itu untuk memberi gambaran dan motivasi memberi pada masyarakat!

sahabatku Izzati : ingat tak?ana suka minta pandangan anti?ana pernah luah perasaan dan menangis depan anti?kata-kata anti yang ana genggam " apa yang anti hadapi ini,ada baiknya untuk orang lain nanti"terima tie!rindu awak!saya suka anda yang keibu-ibuan gitu dan berkeyakinan walaupun lembut :)

Adikku Ain Sha : ingat tak?ain suka buat orang gembira dengan berlawak contohnya,antaranya akak.Ain mengajar akak untuk ceria dan belajar untuk berlawak juga.Itu juga bagi akak 1 sumbangan yang baik buat akak.dan ingat tak?ain baru-baru ni suggest untuk mendekati anak murid akak bagaimana.sehingga hari ni,akak menanam hasrat nak buat,cuma tak terbuat lagi,maklum la saya ni bab2 modul bukan orangnya:) terima kasih dik menjadi antara salah seorang daripada hidup saya!

Huda : ingat tak?kita pernah chat masa saya awal-awal ditanggungjawabkan sesuatu di Melaka?Awak suggest saya dengan beberapa perkara.Terima kasih awak,sudi membantu saya yang banyak tak tahu pape.Saya suka diri awak yang tenang dan matang.Itu juga buat saya belajar sesuatu!

Nasirah : ingat tak?dulu kita pernah berprogram bersama dengan huda sekalli?bila tak ada awak,rasa macam tak meriah.Dulu saya kenal awak seorang yang ceria,lepas tu saya kenal awak seorang yang sentiasa optimis dan berkeyakinan!Terima kasih awak,saya dapat sesuatu daripada awak yang sentiasa bersemangat waja!

adikku elany : ingat tak?pertama kali nany ajak akak pergi kuliyyah majlis murtadza di masjid muadz jabal setiap jumaat malam?sungguh sehingga hari ini,akak rasa ketagih nak pergi mendengar kuliyyah Habib Ali Zainal Abidin.Jangan serik ajak akak ye.Terima kasih mengenalkan akak dengan kuliyyah ilmu itu!

anak usrahku shafiyah : acik,ingat tak?masa perhimpunan hijau hari tu berkampung kat umah acik?SubhanAllah mama gembira sangat,dapat macam-macam manfaat.Dengan dapat jumpa habibnya,dengan dapat duduk di bahagian hadapannya hehe.Terima kasih acik!

anak usrahku najiha : ingat tak?kita pi demo syria?mama sebenarnya tak tahu pun perkara tu,sehinggalah alang ajak pi sama.Terima kasih alang!semoga kekal istiqamah untuk memperjuangkan Islam !

Insan yang memberi inspirasi untuk diri untuk baik dalam pelajaran : insan-insan ini terlalu ramai.Secara langsung dan tidak langsung.Antaranya ustaz ustazah,sahabat-sahabat yang mengambil master dah sekarang.Disebabkan itu,saya makin ada rasa semangat dan ketagih untuk maju dalam pelajaran.Doa'kan saya mampu sampai ke peringkat yang tinggi!insyaAllah!Mengharapkan,insan-insan di sekeliling orang yang suka mencari ilmu dan menggalakkan diri terus mendalami ilmu di muka Allah ini sehingga mati!

Mereka antara menjadi asbab untuk sedikit sebanyak menyumbang pada kehidupan ini,asbab itu pinjaman Allah buat diri untuk melayari kehidupan ini. Hakikatnya terima kasih yang ku wajib berTERIMA KASIH,iaitu ALLAH!SYUKRA YA ALLAH!Alhamdulillah Allah kurniakan mereka-mereka ini,untuk sedikit sebanyak saya mencedok menjadi resepi kehidupan hidup ini.Sebab saya sedar,hakikat kita manusia,tak sempurna,ada seseuatu yang boleh saya ambil daripada kelebihan dan kekurangan orang lain...dan hakikatnya terlalu ramai lagi sebenarnya…dan insan yang bagiku yang paling ku takkan lupa,!insan itu pernah memukulku kerna tak nak solat,insan itu yang membawaku belajar dan mengajarku di pengajian kelasnya setiap ahad,insan itu yang pernah menghantar dan mengambilku pulang dari sekolah,insan itu juga yang sedikit sebanyak membawaku mengenal perjuangan Islam!insan yang mengambil berat,dan sesungguhnya tak terungkap dengan kata-kata!insan itu,arwah atukku Hj.Md Said Omar.Al-Fatihah!

 “NIKMAT TUHAN YANG MANA LAGIKAH INGIN AKU DUSTAKAN?” 
 BAIK PAHIT,BAIK MANIS IA NIKMAT!

04 July 2012

CABARAN

5 cabaran Orang Mukmin :
 1)Mukmin yang dengki kepadanya.
 2)Munafiq yang benci kepadanya.
 3)Kafir yang memeranginya.
 4)Syaitan yang menyesatkannya.
 5)Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.

 ::Golongan 1: Mukmin yang dengki kepadanya sebab hasad dengki.Faktor yang meyebabkan hasad dengki ::
-rasa permusuhan & kebenciaan.
-merasa diri mulia(perasan bagus sangat-tambahan sendiri)
-takabbur -'ujub.
-takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan.
-ghairah nak jadi ketua dan mencari populariti.
-busuk hati.

 be aware!cabaran golongan ni lagi mencabar sebenarnya!'auzubillahimin zalik,wana'uzubillahi minzalik!

 [BAHTERA PENYELAMAT DALAM KEHIDUPAN PENDA'WAH oleh FATHI YAKAN]

03 July 2012

UPCOMING CERAMAH

14 Julai -Umbai- Datuk Fauzi bekas Timbalan ketua Polis
11 julai - Serkam Pantai - Bob Lokman, Ustaz Musa
7 julai Bukit Tembakau - Azman Shapawi
3 julai Markas PAS Sempang En Mazlan Aliman- AJK PAS Pusat, Ustaz Kamaruddin Sidek, Bro Damian Yeo .

19 June 2012

HIJAU DI MELAKA



mujahidah : Semoga ada ruang dan peluang dariNYA,seolah nampak tiada ruang pada tarikh ni buat ketika ini,dengan beberapa urusan family yang memang tak dapat elak.Allah...!beriku ruang dan peluang!Ku serahkan segala urusanku kepadaMU.

15 June 2012

MURRABBI



Allahuakbar!Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.

Al-fatihah!

[MURABBI ITU TELAH MENGHADAP ILLAHI,KITA HANYA MENUNGGU MASA UNTUK 'PERGI']

14 June 2012

SEGARNYA JIHAD MEREKA

Kadang-kadang tertanya-tanya.Di bumi Palestine,bumi Syria rakyatnya tentu banyak ingat akan KEMATIAN.Tak ada lah agaknya ingat pasal nak kahwin ke,berhibur,bershopping ke.Sebab barangkali mereka yakin dan berpegang perkahwinan,hiburan dan shopping sebenar di 'sana' kelak. Mereka diserang dengan terang-terangan oleh musuh Islam.Kita diserang secara 'sembunyi-sembunyi' oleh musuh Islam.Terfikir jugak,lebih untung mereka kerana jelas Islam cuba ditindas.Lalu ruh jihad segar di kalangan mereka.Berbanding kita,hanya insan yang celik hati sahaja jelas betapa Islam diperkotak katikkan di Malaysia ni!Moga kita tergolong dalam golongan yang celik,dan bertindak! Hanya sekadar andaian yang terbayang dan terfikir dibenak fikiran. Sungguh!salah sebuah negara yang teringin sangat diri berpijak ke sana, iaitu bumi Palestine!Mudah-mudahan ada ruang dariNYA buat diri nanti.

"Allahummansuril Islammawal muslimin fi palestin,fi surya,fi kashmir,fi malizia fi kulli makan wafi kulli zaman!"

SARAT,KENA SOLAT JUGA...

Ada 1 hari tu terfikir,kenapa perempuan yang mengandung tetap wajib solat...kadang-kadang bila tengok insan-insan yang dah 'terbeban' dengan kandungan,'terasa macam waduh sakitnya,larat ke...'tapi ilham dari Allah,lalu bermonolog sendiri"nak didik anak kan,kena dari awal,sebelum dia lahir ke dunia lagi,nak melahirkan anak kan azabnya... DIA je tahu,mestilah nak bergantung dengan Allah,kalau tak solat?mana pergantungan kepadaNYA?kalau tak solat,bagaimana nak melahirkan generasi yang akrab dengan Allah,yang takut akan Allah,yang buat apa yang disuruh,tinggal yang dilarang...!"

Allahua'lam,sekadar perkongsian monolog itu...


mujahidah : 'cuti' yang maksimum 15 hari sebulan pun tak tentu arah dengan tak solat,inikan pula 9 bulan...Allahuakbar!solat tiada alasan lagi manusia untuk meninggalkannya...!

NAFSU DALAM BERIBADAH

Ibnu Athailah As-Sakandari:"Nafsu dalam beribadah,ialah di mana seseorang yang melebihkan ibadah sunat daripada ibadah wajib!"

Contoh : 
-menangguhkan solat isya' lalu tidur dulu dengan berharap dapat menjadi asbab bangun qiyamulail.

-melebihkan solat sunat2 lain,tidak pulak bagi solat sunat 5 waktu.

-Bawa hati,khusyu',jaga sungguh-sungguh solat sunat berbanding solat wajib.



-bersedekah,tapi tidak keluar zakat.


 mujahidah: perkongsian daripada mendengar radio ikim bersama ustazah Hafizah beberapa minggu sebelum ni.

Sollu...

12 June 2012

KU LIHAT HIJAU

Alhamdulillah,tercapai jugak hasrat nak ke Kedah,baru je beberapa sebelum tu cakap dengan salah seorang anak usrah,dah lama sungguh tak ke Kedah,teringat masa zaman di DQ je pernah sekali.Alhamdulillah,Himpunan Hijau antara perkara menjadi asbab diri dapat jugak ke sana,bestnya berkonvoi 3 buah bas dari Sri Gombak.Saya dan the geng 5 orang.Alhamdulillah Allah atur jadual kami di sana cukup-cukup cantik,cukup-cukup baik,cukup-cukup bermakna tanpa diduga tanpa dipinta. Bertolak pada Khamis malam Jumaat,sampai di Kedah jam 6am.SubhanaAllah sampai-sampai di Kedah,terus nampak sawah sekelilingnya.Dulu tak nampak sangat,sebab naik kereta api,ni yang best naik bas.Indah ciptaan Allah,hijau dan terus menghijau bumi jelapang padi Malaysia itu,ditambah lagi dengan pemerintahan hijau sekarang...hehe.

Setibanya kami di sana,kami dibawa ke madrasah tahfiz,kami dilayan seperti...seperti tetamulah :) sarapan dan khidmat diri di sana.Setelah itu terus bertolak ke Stadium Darul Aman,kononnya nak melencong tempat lain,tapi disebabkan driver bas ada urusan di Perlis terpaksa terus ke Stadium. Kami berlima yang budak-budak ni macam biasa,ada je la auta kami,salah seorang daripada kami orang Kedah,apa lagi nak melencong ke sana la,pergilah ke rumah yang kebetulan dia pun anak usrah sendiri,Shafiyah Khodri.

Sesampai sahaja ayahnya mengambil kami,kami tak terus dibawa ke rumah,kami dibawa menyatap santapan rohani dulu,baguih sungguh pak cik khodri,dan bagusnya Kedah loni (tak tahu pun sebenaqnya dulu lagu mana~~) majlis ilmu mencurah-curah.Dapatlah kami mendengar sedikit pengisian dari 10am-11am.

Adab bersahabat,ada 4:
 -kasih sahabat sebab suka zatnya,contoh cantik.
 -kasih sahabat kerana keadaan dirinya,contoh dengan kawan dengan dia,boleh dapat projek.
 -kasih sahabat,sebab sahabat dapat mengingatkan dia akan akhirat,pasal solat n etc.tahap ini dikira ,ukhuwah fillah.
 -yang tertinggi,dia kasih sahabatnya hanya kerana Allah dan dalam agama Allah. 2 peringkat yang di bawah itulah sebenar-benar sahabat.Kita yang mana 1 la agak2nya?

[Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam]


Hujung majlis ustaz dapat soalan mengenai ayaq penawaq,orang tu nak tau sejarah dan hadith berkaitan tu.Saya tak nak sentuh sangat la hal tu,ustaz pun bagitahu sikit-sikit je sebab ustaz cakap kena tanya ustaz Haron Din.Cuma yang buat saya suka sangat,persoalan saya yang bermain-main di fikiran sejak akhir-akhir ni terjawab.Sebab arwah atuk pun kira 'pawang' la...Tertanya-tanya ketika kecil-kecil dulu,saya amat ingat arwah suruh saya minum bekas seorang yang arwah kata golongan soleh,ustaz tu datang bertandang ke rumah...masa tu kecik-kecik tak tahu apa,mula-mula geli gak tapi ikutkan saja permintaan atu,seingat masa tu air sirap,hehe.Arwah kata,ambil berkat.Saya dapat jawapan daripada ustaz,Saidatina Aisyah suka lihat,nabi minum di bahagian mana di gelasnya,lalu aisyah akan minum ditempat yang sama dan gelas yang sama nabi minum tadi.Jadi terjawablah saya berkaitan berkat tu dan juga dalam masa yang sama ia juga ilmu romantik dalam rumahtangga.

Setiba di rumah,pak cik Khodri buat saya kagum,turun-turun kereta dia cakap nak masak tengah hari dah pulak,ingat main-main je,rupanya memang makan tengah hari kami disediakan chef khodri,hebatlah pak cik.Isterinya pulak,kebetulan terlibat sebagai AJK himpunan hijau.Masuk-masuk rumah rasa macam berada di pondok.

Cadangnya,kami akan bertolak ke Stadium lepas asar,tapi Allah penentu segalanya,terpaksa dianjak waktu kerna adiknya yang belajar di Yaman yang sedang cuti,menjemput tuan syeikhnya jemput ke rumah,jadi kelam kabut family tersebut menyediakan juadah,mula-mula kami cuba juga usaha untuk minta sahabat-sahabat yang dah berada di stadium untuk ambil untuk tidak menyusahkan pak cik,tetapi atas permintaan mak cik untuk kami stay,kami fikir ia memang amat berbaloi,kerna dapat jumpa tuan syeikh,dengarnya beliau ada kaitan dengan habib Umar,nama syeikh tersebut Habib Salleh.

Hampir maghrib,tuan syeikh tiba bersama isteri,anak dan anak muridnya setelah melalui kesesakan lalu lintas.Solat maghrib diimamkan beliau dan dapat sedikit tazkirah,masa tazkirah tu baru dapat lihat jelas wajah syeikh,memang ada iras habib Umar,beliau share berkaitan Uwais Al-Qarni ,ni share setakat yang terdengar ada yang terberangan:

-beliau tidak dikenali oleh makhluk dunia,tapi terkenal di langit.
-beliau amat menjaga hubungan dengan orang tuanya.
-"ibu bapa kita boleh jadi neraka atau syurga buat kita"

Bukan itu sahaja,bahkan kami dapat dengar bait lagu dalam bentuk qasidah kot daripada 2 orang murid syeikh dan didoakan daripada syeikh dan isteri tuan syeikh moga berkat doa orang soleh ada kebaikannya buat kami.Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.Lebih kurang jam 915pm kami bertolak seluruhnya ke Stadium.Sesampai je,seperti diduga jalan sesak dan manusia melimpah ruah sampai ke luar,mula-mula terbayang dah mesti kena duduk luar ni,tapi terlupa mak cik,isterinya pak cik khodri ajk,jadi...hehe,Alhamdulillah dapat duduk tempat ala-ala VIP gak,sebaris dengan pentas,mula-mula malu la pulak dok menghadap rakyat jelata depan mata,cewah..,alhamdulillah perencanaan yang memang langsung tak sama dengan perancangan kami,Maha Suci Allah hadiah perencanaan Allah cukup-cukup cantik(bila ok,baru nak kata cantik ek...hehe,jangan macam tu,perencanaan Allah semua cantik walaupun pada zahir pandangan kita ia menyakitkan dan tak cantik).

Alhamdulillah,dapat dengar Mat Sabu berucap,dah lama sangat tak dengar dia berucap,tak tahulah salah 1 insan yang teringin nak dengar berucap malam tu,adalah beliau.Alhamdulillah,cukup 'sikit' manusia kat sana...ramai tau...sebab kami 'dibayar',banyak cantik,sape yang cakap macam tu...isk3 tak patut cakap macam tu,nasib baik tak cakap yang BERSIH hari tu pun kena bayar...ha tu kami 'dibayar' dengan pemedih mata adalah...'Semoga kerajaan yang zalim akan jatuh,tertegaknya pemerintahan Islam diseluruh Malaysia,di Melaka jua!tempat utama Islam bertapak 1 masa dulu..."

Jumpa la Kedah,insyaAllah ada andai ada umur:)


Ajmal yang keletah,dia pun berjuang,anda bagaimana?



Go Green,Go Green!




09 June 2012

BULATAN BULAT


Bulatan bulat itu... 
diberi nama usrah ibu & mama ^_^ kelu awalnya dengan gelaran masing-masing... 
tapi akhirnya menjadi sebati dan tidak asing... 
Alhamdulillah ya Allah... 
thabatkanlah kami kekal teguh terus utuh... 
terus bersama di dalam saff yang sama... 
tiada lain hanya untuk agamaMU ya Allah...! 
tiada lain untuk terus menyubur cinta pada junjunganMU... 
Allah...Allah...Allah...!
 cinta,kasih dan sayang kami hanya demiMU dan Rasullullah S.A.W.
Perkenankanlah.
Sayang anak-anak semua ;)


kredit to alang & ateh ;)

05 June 2012

PELUANG KE-2?



Semoga ada ruang dan peluang dariNYAbuat kali ke-2 untuk mengutip mutiara ilmu daripada mereka semua,insyaAllah!

HUBUNGAN DENGAN DIA

Teringat ketika jumpa seorang ustaz di biliknya,ustaz ada bertanya "kenapa ada orang,dia cakap perkara yang biasa je,tapi ia mampu memberi kesan pada diri,adakalanya mengalir mampu membuat airmata kita mengalir,contoh 2 orang yang berlainan,bercakap berkaitan sabar,seorang tu bila kita dengar,Allah...!tersentap,terkesan,memberi kesan,zouq bahkan mengalirkan airmata,tapi yang seorang lagi,bila dengar biasa je,masuk telinga kanan keluar telinga kiri..."

Jawapannya " Kuatnya pergantungan,jaganya dia hubungan,dan akrabnya dia dengan Allah...!"

17 May 2012

GEMPUR!



‎{GEMPUR MELAKA}


Dato' Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
17 Mei (Khamis)
9.00 mlm
1. Pantai Kundur
2. Durian Tunggal

Hanifa Maiden
AJK PAS Pusat
18 Mei (Jumaat)
9.00 mlm
Lendu & Telok Mas

Ustaz Idris Ahmad
AJK PAS Pusat
18 Mei (Jumaat)
9.00 mlm
Jln Hassan, Kg Sebatu, Sg Rambai

YB Khalid Samad
AJK PAS Pusat
19 Mei (Sabtu)
9.00 mlm
Tanjung Bidara

Dato' Ambiga Sreenevasan
Pengerusi Bersama Bersih 3.0
19 Mei (Sabtu)
9.00 mlm
Merlimau

YB Nasir Mustafa
ADUN Kubang Rotan
20 Mei (Ahad)
9.00 mlm
1. Asahan
2. Merlimau

Hj Adly Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka
22 Mei (Selasa)
9.00 mlm
Kuala Linggi

Ust Mohd Noor Omar
Timb. Pesuruhjaya 2
22 Mei (Selasa)
9.00 mlm
Air Limau

Hj Yuhaizad b Abdullah (Ketua Pemuda PAS Melaka)
Ust Zulkifli Ismail (Ketua Dewan Ulama' PAS Melaka)
23 Mei (Rabu)
9.00 mlm
Taboh Naning

Hj Adly Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka
23 Mei (Rabu)
9.00 mlm
Pantai Kundor

Tamrin Ghabar
Anak kpd Almarhum Tun Ghafar Baba
24 Mei (Khamis)
9.00 mlm
Ayer Molek

Dr Raja Iskandar Al-Hiss (Naib Ketua Pemuda PAS Pusat)
Sany Hamzan (Exco Pemuda PAS Pusat)
Hj Yuhaizad Abdullah (Ketua Pemuda PAS Melaka)
27 Mei (Ahad)
1.00pm
Merlimau

Ust Kamarudin Sidek (Timb. Pesuruhjaya 1)
Ust Ashraf Mukhlis Minghat (Ketua Penerangan PAS Melaka)
27 Mei (Ahad)
9.00 mlm
Asahan

Nga Kor Ming
Ahli Parlimen Taiping
30 Mei (Rabu)
9.00 mlm
Pjbt DAP Ayer Keroh

sumber: PAS Melaka


64 YEARS

15 MEI 1948 : NAKBAH PALESTIN 

60 tahun yang lalu, lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal dan harta benda mereka, ladang dan perniagaan mereka, pekan dan bandar-bandar. Militia Yahudi yang berusaha untuk mewujudkan sebuah negara dengan majoriti Yahudi di Palestin, dan kemudian, tentera Israel, menghalau mereka keluar. Israel pesat bergerak Yahudi ke dalam rumah baru dikosongkan Palestin. Nakbah bermaksud "malapetaka" dalam bahasa Arab, dan Palestin merujuk kepada kemusnahan masyarakat mereka dan pengambilalihan tanah air mereka sebagai Nakbah, "malapetaka."

Sepuluh Fakta tentang Nakbah

1. Nakbah adalah punca masalah Israel / Palestin.

Ia ditanda pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1948.

2. Ini peristiwa traumatik mewujudkan krisis pelarian Palestin.

Menjelang akhir tahun 1948, dua pertiga daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri. Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Lain-lain melarikan diri sebagai penyebaran berita pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin Yahudi melihat "pemindahan" sebagai satu langkah penting dalam penubuhan Israel.

Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka keperluan untuk menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang mungkin sebelum negara-negara Arab yang lain boleh datang ke pertahanan mereka. Dalet Rancangan militia Haganah adalah rangka tindakan untuk pembersihan etnik ini. Menteri 1 Israel Perdana, David Ben Gurion, berkata "Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, perampasan tanah, dan yang memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan yang Galilea penduduk Arab di." (Lihat apa yang lain Israel terkemuka telah berkata mengenai pemindahan ).

4. Beratus-ratus kampung-kampung dan bandar-bandar Palestin telah musnah.

Tentera Yahudi mengusir lebih daripada 450 bandar Palestin dan kampung-kampung, sebahagian besar yang telah dirobohkan.

5. Harta Palestin dan harta benda hanya diambil.

Kerajaan baru ditubuhkan Israel merampas tanah pelarian dan harta tanpa berkenaan kepada hak Palestin atau keinginan untuk kembali ke rumah masing-masing.

Sejarah Israel Tom Segev melaporkan bahawa: "Seluruh bandar-bandar dan beratus-ratus kampung dibiarkan kosong yang memenuhinya dengan baru [Yahudi] pendatang ... orang Percuma - Arab - yang telah pergi ke pengasingan dan menjadi pelarian melarat; pelarian melarat - Yahudi - telah mengambil tempat orang buangan langkah pertama dalam kehidupan mereka sebagai orang yang bebas. Satu kumpulan [Palestin] kehilangan semua mereka mempunyai manakala yang lain [Yahudi] menemui semua yang mereka perlukan - jadual, kerusi, almari, periuk, kuali, pinggan, kadang-kadang pakaian, album keluarga, radio buku, haiwan peliharaan ....

6. Beberapa pihak Palestin tinggal dalam apa yang menjadi Israel.

Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang kekal dalam apa yang menjadi Israel. Walaupun rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966. Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada penduduk Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan, tetapi lebih daripada 20 undang-undang Israel keistimewaan orang-orang Yahudi dengan jelas ke atas orang bukan Yahudi. Hampir satu perempat Palestin Israel adalah "pelarian" orang, tidak dapat kembali ke rumah dan tanah yang telah diambil daripada mereka.

7. Masih terdapat berjuta-juta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia.

Hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan sekurang-kurangnya satu lagi anggaran 1 juta yang tidak didaftarkan sedemikian. Oleh itu, majoriti rakyat Palestin, kira-kira 10 juta orang, adalah pelarian.

8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Semua pelarian menikmati hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang mereka telah melarikan diri atau dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan, dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta mereka atau menerima pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolusi 194 tahun 1948. Israel, bagaimanapun, tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, walaupun seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap di Israel.

9. Adil menyelesaikan hak pelarian adalah penting kepada keamanan Timur Tengah.

Satu majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak pelarian perlu dipenuhi bagi keamanan antara Palestin dan Israel untuk bertahan. Dan mengikut tinjauan 2007 Ogos Baitulmuqaddis oleh Media dan Komunikasi Pusat, hampir 70 peratus percaya bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada "tanah asal mereka".

10. Nakbah mempunyai implikasi untuk rakyat Amerika.

Penafian berterusan hak rakyat Palestin Israel dan tanpa syarat sokongan kewangan dan diplomatik AS untuk Israel - bahan api sentimen anti-Amerika di luar negara. Satu tinjauan 2002 Zogby, dijalankan di lapan negara-negara Arab menunjukkan bahawa "persepsi negatif Amerika Syarikat adalah berdasarkan kepada dasar Amerika, bukan tidak suka Barat." Poll yang sama menunjukkan bahawa "isu Palestin telah disenaraikan oleh banyak orang Arab di kalangan isu-isu politik yang memberi kesan kepada mereka yang paling peribadi. "Resolusi isu orang-orang pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej antarabangsa Amerika, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong permohonan yang konsisten dengan undang-undang antarabangsa.