" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

23 December 2011

ANDA BIDADARI!

” Awak tak cantik ”

” Awak tak ada rupa..”

” Saya kurang berkenan..”

” Gelap..tak putih “

Bukan mudah untuk seorang wanita menerima hakikat dirinya ditolak semata-mata atas faktor rupa parasnya sahaja. Apatah lagi jika sebelumnya, dia telah bersungguh-sungguh mempersiapkan diri supaya kelihatan cantik dan anggun.

Lelaki pula, kebiasaannya menggunapakai kaedah ‘ mata adalah hakim pertama ‘. Tidak berkenan di mata, maka tidak adalah peluang meneruskan langkah seterusnya.

Menjadi wanita, soal cantik atau tidak adalah soal yang besar. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ia antara dilema yang seringkali menghantui minda wanita dalam fasa menanti jodoh.

KENALI FITRAH

Secara semulajadi, wanita mempunyai keinginan yang kuat untuk kelihatan cantik dan dipuji pula akan kecantikan tersebut. Sebab itu, wanita suka melawa. Mereka mempunyai set alat solek dan mereka memerlukan masa yang agak lama untuk berhias. Ini perkara normal yang memang Allah ciptakan khusus kepada wanita.

Apabila sifat semulajadi itu cuba ‘dirampas’ oleh lelaki, maka dunia akan serta merta menjadi songsang.

Namun begitu, sebagai wanita, anda sewajarnya mengenali fitrah dalam diri anda sebaik mungkin supaya fitrah tersebut tidak menjadi fitnah.

Fitrah dalam diri seorang wanita – secara hakikatnya – adalah supaya dirinya kelihatan cantik dan dipuji oleh seorang lelaki yang merupakan satu-satunya insan terpenting dalam hidupnya ; iaitu suami.

Fitnah pada mereka pula adalah, apabila sejak dari awal berusaha supaya menjadi cantik dan disanjung-sanjung oleh semua orang, termasuklah lelaki-lelaki yang mempunyai penyakit di dalam hati.

Mengenali fitrah anda dengan baik, akan menjadikan anda seorang wanita yang bijak. Anda tidak akan sewenang-wenangnya menjadikan ‘fitrah’ melawa, berhias dan kelihatan anggun itu untuk menonjolkan kecantikan anda sebagai santapan mata lelaki yang bukan mahram.

ANDA CANTIK

Berbalik kepada isu ditolak kerana ‘tidak cantik’, perkara pertama yang perlu anda jawab kepada diri sendiri adalah : anda sebenarnya cantik.

Lelaki itu, atau sesiapa sahaja yang mengatakan anda tidak cantik, sebenarnya langsung tidak ada hak untuk mengatakan demikian. Ya, mungkin atas prinsip ‘demokrasi’ mereka boleh katakan demikian, tetapi itu bukan bermakna apa yang mereka katakan itu suatu hakikat yang perlu diimani. Tidak sama sekali.

Memahami itu, maka untuk apa pula anda bersedih sekiranya dikatakan demikian, ataupun ditolak oleh mereka atas alasan demikian?

Hakikatnya, anda langsung tidak perlu bersedih kerana itu petanda yang sangat jelas, bahawa anda sedang berada di atas landasan yang betul.

Kerana apa?

Telah saya sebutkan di atas, bahawa fitrah dalam diri anda sebenarnya adalah untuk menjadi cantik dan dipuji sebagai cantik oleh suami. Maknanya, apabila suami telah mengakui bahawa anda cantik dan memuji pula kecantikan anda, itu sudah lebih dari memadai buat anda sebagai isteri. Pada waktu itu, anda langsung tidak akan kisah kiranya sekalian alam mengatakan anda tidak cantik.

SECANTIK BIDADARI

Sebagai wanita, anda memang cantik. Secantik bidadari.

Bidadari yang hanya layak dipuji dan disunting oleh putera kayangan. Dalam dunia ini, hanya putera kayangan itu sahaja yang diberi peluang oleh Allah untuk melihat kecantikan anda.

Hari ini, anda ditolak dan tidak diterima. Bermakna, mereka-mereka itu bukan putera kayangan yang ditakdirkan untuk bidadari secantik anda.

Suatu ketika nanti, akan datang seorang putera kayangan kepada anda. Dan dia tidak akan teragak-agak untuk memuji anda sebagai wanita yang paling cantik. Tidakkah pujian yang keluar dari mulutnya waktu itu suatu kalimah yang cukup untuk membawa anda terbang tinggi di awangan? Waktu itu, masihkah bersisa saki baki kesedihan waktu anda ditolak hari ini? Sudah tentu tidak. Bahkan kesemua perkara itu tidak lagi penting bagi anda.

Yang penting, anda adalah bidadari paling cantik untuk seorang suami.

JANGAN SERIK

Justeru, janganlah serik untuk terus menjadi cantik.

Caranya pula, bukan sekadar membeli dan berlatih dengan pelbagai alatan solek.

Cara paling ampuh adalah dengan memakaikan make-up termahal untuk hati nurani anda. Dari situ, kecantikannya akan tembus ke luar.

Pernah tak anda berjumpa dengan wanita yang berkulit agak gelap dan tidak mempunyai rupa paras yang cantik? Tetapi anda sangat menyenangi wanita tersebut. Apabila anda bercakap, dia akan mendengar dengan tenang. Apabila dia memberi pandangan, tutur katanya sungguh sopan. Apabila dia berjalan, pandangannya fokus dan tidak melilau-lilau. Apabila berpakaian, dia kelihatan sungguh selesa dan terjaga.

Jika anda berjumpa dengan wanita seperti itu, rapatilah dia dan tanyakan kepadanya, apa rahsia dirinya menjadi cantik sebegitu rupa. Mungkin, anda akan beroleh pencerahan dan panduan mencantikkan jiwa.

Jika mereka yang tidak dikurniakan rupa paras yang cantik pun mampu menonjolkan kecantikan sebegitu rupa, mengapa tidak anda juga menempa kejayaan yang sama? Mulai sekarang, teruskanlah berusaha.

Ingat, bukan mudah untuk menjadi bidadari. Jadi, jangan serik berusaha untuk terus menjadi cantik.

Sekian.

sumber :MyIlham

mujahidah :

♥ Duhai wanita ,dari sudut luarannya...cantikkah diri anda!tidak cantikkah diri anda! pegang erat-erat kata-kata ini "ANDA MAHAL!".Maka janganlah 'semurah-murahnya' menayangkan auratmu,melempar senyuman manismu dan membabaskan pergaulanmu.Yang cantik bertambah cantik,yang tidak cantik menjadi cantik... dengan luaran dan dalaman yang terpelihara molek hanya kerana DIA! ♥

COUNTDOWN 2012

20 December 2011

TERUSKAN USAHA!

♥ Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah,tidak pernah berasa bahawa dia telah menemui cinta-NYA.Dia akan terus 'berjaga' demi cinta kepada kekasihnya & akan sentiasa menunggu 'pintu' terbuka.Alhasil,dia akan berkata "AKU MASIH BERUSAHA MEMBURU,MENCARI CINTA ALLAH".Ini akan menjadikannya seorang yang tidak pernah 'duduk diam' melainkan masa yang diisi dengan melakukan ketaatan kepada-NYA.

"Sesiapa yang mengalihkan perhatiannya daripada cinta kepada Allah sekerlip mata,maka dia tidak akan sampai matlamatnya mencintai Allah! "[AHLI TASAWWUF].

"Apabila engkau telah mengecapi manisnya dekat kepada-NYA,Pasti engkau mengetahui,merasai,betapa pahitnya putus hubungan dengan-NYA! "[IMAM NAWAWI: NASAIH AL-'IBAD]

~AYUH TERUS MEMBURU CINTA-NYA~ ♥

19 December 2011

Sembang Rakyat VS Oley!

Anda dah saksikan,sembang mengarut ni!


Dan saksikan penjelasannya di sini.

14 December 2011

Redha Ibu bapa

Alhamdulillah abah selamat pulang dari menunaikan haji,moga mabrur hendaknya.

‎:. Pertimbangkanlah saranan ibu bapa kita.Dan terima sahajalah keputusan mereka,jika pelbagai perbincangan dan usaha telah dilakukan,selagi tidak bercanggah dengan kehendak agama.Sekalipun ia tidak seiring dengan kehendak dan kerelaan diri,bahkan hati turut tidak rela.Itu pun kan dianggap berbuat baik kepada 2 permata hati dalam hidup kita ini.SubhanaAllah…!barangkali kelebihan naluri yang Allah anugerahkan kepada mereka,dalam sedikit sebanyak membantu anak-anak mereka untuk berhadapan dengan kehidupan.Redha Allah itu kan terletak pada redha ibu dan bapa .:

KATA YB SALAHUDDIN

‎2 kata-kata YB Salahuddin Ayub yang suka saya share daripada Forum Pemansuhan AUKU semalam :

1)" Kami di pihak PAS,mahu AUKU dipinda bukan nak perjuangkan mahasiswa kena join PAS,bukan terkinja-kinja mahu mahasiswa sokong PAS.Tapi AUKU perlu dipinda untuk kembalikan norma-norma, harga diri & hak kebebasan intelektual & bersuara mahasiswa"

2)"Kita semua akan dipertanggungjawabkan dengan amanah yang diberi.Kita berpolitik bukan tamat di dunia sahaja,ada persoalan di akhirat kelak menanti.Sebab itu saya memilih jalan ini,dengan memilih PAS"

RAHSIA THEN SEBAR.

Tibe-tibe merindui sahabat-sahabat segerak kerja sesi 2009/2010.Ada yang dah ada bisnes sendiri,kerja dan Alhamdulillah juga,setelah beberapa sahabat telah mendirikan rumahtangga.InsyaAllah,kini bakal 2 orang lagi bakal membina masjid.Dipertemukan Allah kerana jalan yang mereka pilih adalah sama.Jalan mentaati Allah & membuat orang lain juga mahu mentaati Allah.Moga legasi dakwah terus berkembang & moga mereka istiqamah.

BarakaAllahulakuma g-ah,nazirah mukmin & u.pijan,muhammad hafizan :)

lepas ni siapa pulak,dengar-dengar insyaAllah akan ada yang nak umum lagi :)~saat kami semua di'satu'kan :) ~

BarakaAllahulakuma acik pisha & u.amin :)

mujahidah :BarakaAllahulakuma juga kepada ustaz Ashraf Shari dan pasangan :)sahabat yang pada mulanya yang hanya kenal di laman blog,rupanya '1 jalan' juga :) Seronok bila bakal pengantin ini,benar-benar mengikut tuntutan sunnah Nabi: "Pertunangan dirahsiakan,perkahwinan diwar-warkan".Alhamdulillah ramai sungguh tak jangka dan terkejut :).Suka sangat kad g-ah,sempoi gitu,dan unik,menarik dan tertarik.

12 December 2011

LULUH HATI

Rejim Israel & konco-konconya zionis tidak sudah-sudah terus meratah bumi Palestin!Doakan & Qunut Nazilah buat Saudara SeIslam kita di sana!Tadi pagi dapat berita di IKIM.fm bahawa Pakistan juga diasak oleh Amerika setelah Iran.Ya Allah bantulah saudara seIslam kami walau di mana sahaja.Begitu tidak kurang juga di Malaysia,yang makin menjadi-menjadi manusia yang makin lupa daratan bahawa mereka adalah ciptaanMU,yang sepatutnya hidup bertunjangkanMU,tapi sayang semakin lama semakin bernafsu mempermainkan agamaMU.Hancurkan mereka!Tumbangkan mereka ya Allah...!
Perkembangan di Palestin,mungkin boleh dirujuk di sini map 2 street.

07 December 2011

RINDU ATUK...

"Ya Allah aku rindu sangat pada arwah atukku ini ya Allah,rindu ketegasannya,leterannya,gurauannya,rindu semuanya...Al-Fatihah!"

HIDUP BERPASANGAN.

Tuan Guru Nik Aziz,Ustaz Asshik dan anaknya Muadz

[Tazkirah] "Atom yang begitu kecil itu ada pasangannya.
Wayar elektrik pun ada pasangannya yang disebut sebagai negatif dan positif. Jika dipasang dengan cara yang betul, lampu akan menyala.

Jika tidak, wayar itu boleh terbakar. Begitu juga dengan lelaki dan perempuan, jika dipasangkan dengan yang tidak baik, dapat anak zina, lalu anak-anak ini dibuang.

Benda ini berlaku kerana pasang tak betul. Islam datang untuk mengajar bagaimana memasang atau menyatukan manusia dengan cara yang betul iaitu perkahwinan dengan nama Allah..."

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu.

sumber : Kak su ^_^

06 December 2011

LIKE!

Tuan Guru Hadi Awang bersama Dr Kamal Halbawi pemimpin besar Ikhwan Muslimin Mesir dan juga pemimpin Parti Saadat Turki seketika rehat di salah satu persidangan.

mujahidah : Suka sangat tengok gambar ni :) Biarlah gambar ini berbicara ;)

AGM MA'RUF CLUB 2011/2012


mujahidah: Allahuarabbi!cepat sungguh masa berlalu.Nak turun jawatan dah sesi kepimpinana tahun ni.Teringat detik-detik AGM 2010/2011 tahun lepas di saat diri jua dicampakkan untuk memegang salah 1 amanah di dalam club ini.Semoga pemimpin untuk seterus-seterusnya lebih amanah dalam menjalankan amanahnya.Semoga lebih baik daripada sebelumnya.Sirru a'la barakatillah!

اللّهمّ صلّى على سيّدنا محمّد

♥ Semalam berkesempatan menghadiri closing ceremony PROTAZ IIUM,IIUM berselawat.Allah...!syahdu sangat-sangat.Membawa hati kita untuk segar mengingati,menyatakan cinta dan mengagumi Rasulullah S.A.W.Ditambah lagi,yang menarik perhatian,antara insan-insan yang terlibat tu bekas-bekas kumpulan nyanyian malaysia 1 masa dulu,ruffedge,V.E,Allah...!mereka telah berubah,jika dulu menyanyi menyatakan cinta yang melalaikan,tapi kini menyatakan cinta yang bermanfaat lagi berpahala.Hopefully setiap daripada kita sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W sekurang-kurangnya 100x setiap hari.

"Wahai Thoibah,Wahai Thoibah,
penyembuh duka kami,
kami rindu padamu,
namun kejahatan selalu menggoda kami"

Pengisian daripada Ustaz Azhar Hasyim Hadrame:

Selawat daripada Allah,RAHMAT,
Selawat daripada Malaikat,ISTIGHFAR,
Selawat daripada orang-orang beriman,DO'A.

Sesiapa yang berselawat 100x sehari,akan ditunaikan 30 hajatnya di dunia,dan 70 hajatnya di akhirat .

*Cadangan saya,kalau nampak banyak sangat nak habiskan 100x sehari tu langsai pada 1 masa,amalkan berselawat sebanyak 33x setiap kali sesudah solat bersama zikir-zikir yang lain.dapatlah 165 selawat sehari :)

[JOM BERSELAWAT SETIAP HARI 100x]♥

02 December 2011

لا تيئسوا من روح الله

firman Allah: (maksudnya)“Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Zumar: 53).

Justeru, sesiapa yang menyebabkan manusia putus harapan terhadap Tuhan maka dia akan dihukum. Dalam konteks itu Nabi s.a.w bersabda: “Jika seseorang berkata: binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa” (Riwayat Muslim). Maksud jika dia menyatakan bahawa sudah tiada rahmat atau keampunan untuk orang lain, maka dialah yang paling jauh dari rahmat dan keampunan.

Ini kerana, apabila manusia putus asa dari rahmat Allah maka dia akan terus menjadi pemaksiat atau penderhaka kepada Allah. Apa lagi yang hendak dilakukan apabila sudah tiada ruang keampunan dan kerahmatan melainkan meneruskan hidup ‘menikmati’ dosa. Maka, sesiapa yang menyebabkan orang putus asa, dia amat ‘celaka’. Segala kerosakan akan berlaku akibat putus asa tersebut.

Dalam kehidupan duniawi, sesiapa putus harapan maka dia akan putus asa. Sesiapa yang putus asa sanggup melakukan apa sahaja bagi menamatkan kehidupan, atau menghidupkan harapan yang baru. Jangan hairan jika orang yang putus asa itu membunuh diri, atau meletupkan diri bersama orang lain, ataupun melakukan kerosakan yang dahsyat. Tiada apa yang hendak dibimbangkan lagi. Tiada apa yang hendak ditakutkan lagi. Itulah yang akan terjadi akibat putus harapan.

~Dr.Asri Zainal Abidin~

01 December 2011

DIA di hatiku

Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah SWT. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti?

" Tidak, cinta kepada-Nya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. "

Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:

Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. " Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Ali 'Imran: 31)

Dari Abu Hurairah RA katanya :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "

(Riwayat Bukhari)

Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :

" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "

Al-Quran

Di antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT ialah membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya.

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

( Surah Yunus: 57)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari akhirat kelak. "

Bukti DicintaiNya

Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.

Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.

Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.

Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.

"Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintaiNya?"

Asy-Syaukaani berpendapat :

" Allah SWT memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan. "

Siapa Bertakhta Di Hati ?

Firman Allah SWT :

قُلْ إِنْ كَانَ أبَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: " Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusan-Nya ". Dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. "

(At-Taubah: 24)

Kecintaan kepada Allah SWT pasti membuahkan cinta kepada teman hidup dan keluarga. Cinta insani itu adalah buah daripada cinta kepada Allah SWT. Kecintaan kepada teman hidup dan keluarga perlu didasari dengan cinta kepada Allah SWT.

Kebahagiaan bergantung kepada sesuatu yang menjadi neraca nilai. Andai syara' diambil sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah SWT pasti bersama. Kebaikan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai buruk. Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta. Allah Al-Khaliq. Harta adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yang akan menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azab-Nya.

sumber:IluvIslam

Tanpa...Cinta-MU aku resah,
Tanpa...Kasih-MU aku hampa,
Tanpa...Diri-MU aku mati,

Tuhan ENGKAU rasakanlah hatiku sentiasa bersama-MU,
Supaya aku rasa ada kawan melindungku,
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku.
[DIA di ♥ ]

28 November 2011

KEKALKAN FITRAH

‎:: Kadang-kadang,seseorang itu berkongsi mengenai hal perkahwinan,berhadapan dengan sahabat2nya,atau di laman FB, blog atau laman2 lain,bukan dia seronok sangat akan hal tu,tergedik-gedik dengan hal tu,barangkali dia sedang dalam proses memujuk diri,memotivasi diri,memastikan fitrah insani kekal dalam diri,tak anti akan sesuatu kaum,baik perempuan/lelaki setelah dia mempunyai sejarah tersendiri yang diberi harapan menggunung tinggi,diperbodohi dan dipermainkan hati sesuka suki.Itu barangkali cara mereka untuk kebalkan diri dan sepenuhnya redha dan sabar dengan apa yang telah terjadi.Itulah pentingnya tidak menghukum sesuatu yang cuba dikongsi oleh empunya diri.Alhamdulillah fitrahnya masih seiring kehendak Illahi!Manusia mempunyai pelbagai ragam dan pemikiran,untuk memastikan dirinya kekal bahagia dan gembira dengan pentarbiyyahan rabbul 'Izzati .Semoga mereka kekal ketemu dan berjaya mengharungi ujian yang mematangkan hidup seiring redha Allah pemilik makhluk yang haqiqi ::

MOHONLAH

Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! & sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada ♥ yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi) ::

24 November 2011

SOLAH

:: Maka CELAKAlah orang yang bersolat,iaitu orang yang LALAI terhadap SOLATnya[Surah Al-Ma'un : 4-5]~LALAI (melalaikan perlaksanaan solat & melewatkan waktu solat!)~

Solatlah di awal waktu ,Sabda Rasulullah SollaAllahu 'alaihi wasallam "SEBAIK-BAIK AMALAN ialah SOLAT di AWAL WAKTU"(HR Tirmizi & Hakeem) ::

[SOLAT TIANG AGAMA]

22 November 2011

Tahajjud CINTA

"Dan pada sebahagian malam,maka bersujudlah kepadaNYA dan bertasbihlah kepadaNYA pada bahagian yang panjang di malam hari"(Surah Al-Insaan : 26)

Tahajjud merupakan solatnya para Nabi dan Rasul,kerana ia merupakan senjata pemusnah iblis dan penghancur keangkuhan,kesombongan dan kebodohan di dalam diri.Oleh itu menunaikan tahajjud bermakna menunaikan wasiat para Nabi dan Rasul di mana para kekasih Allah ini menjalinkan komunikasi dan dialog dengan Allah menerusi solat,doa dan istighfar.

Kerana kuatnya pengaruh ibadah Qiamullail,maka para Nabi dan Rasul diberi habuan berupa kekuatan fizikal,fikiran dan rohani.Oleh itu salah satu hikmah terbesar dengan menunaikan Qiamullail ialah melahirkan sifat berani,tawadhu' dan tawakkal yang tinggi.

Ketika bertahajjud,khusyu' ketika melaksanakannya dan hal tersebut dapat terlaksana jika terlebih dahulu memaksakan diri untuk khusyu' dengan cara memahami dan menghadirkan makna yang tertuang dalam tasbih disertai dengan rasa ta'dzhim(mengagungkan Allah),haibah(rasa takut),raja' (berharap) dan haya' (malu).

"Sesungguhnya mereka itu ialah orang yang berlumba-lumba dalam berbuat kebajikan dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harapan dan ketakutan.Dan mereka adalah orang khusyu' kepada Kami"(Al-Anbia' : 90)

sumber rujukan: Rahsia & keajaiban Cinta Allah oleh Dr.Abdullah Aidh Al-Qarni

mujahidah : Jika kita mampu bersekang mata dan buat kerja terbaik untuk dipersembahkan kepada manusia,Mengapa tidak kita sanggup bersekang mata untuk mempersembahkan rasa cinta kita kepada DIA!Cinta haqiqi lagi abadi!Untuk mendapatkan cintaNYA salah 1 nye dengan cara inilah,bertahajjud cinta denganNYA.Pasti rasa 1 kepuasan,ketenangan,keyakinan dan segala rasa kebahagiaan terdakap.Buat para pejuang agama Allah terutamanya,ibadah ini wajib!Cuba sedaya upaya melakukannya setiap hari!Jadikan ia 1 rutin harian ,sebagai makanan rohani utama!

"Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk DIA,pasti DIA aturkan seluruh kehidupanmu kepadaNYA"

19 November 2011

ROKOK & KOPIAH


"Kita memang tak boleh hidup sendiri,selagi kita tak bergantung pada yang TAK MATI"

‎"Selagi mana manusia tak bersangka baik pada setiap apa jua yang datang,
maka hikmah tidak akan wujud sama sekali,
tapi kalau manusia sentiasa bersangka baik dalam setiap detik dalam kehidupannya,
maka yang ada hanyalah hikmah,
ujian kasih sayang,ujian tahap keimanan,
yang pahit jadi manis,yang luka jadi penawar,
yang sakit jadi sembuh,selebihnya diri kita sendiri tentukannya
SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH! "

17 November 2011

JIHAD TA'LIM(PENDIDIKAN)

Moto 'ajarkan apa yang anda tahu',boleh memberi kesan yang baik dalam perluaskan 'ilmu Islam.Jika kamu ajarkan apa yang kamu tahu,maka akan kekal apa yang kamu tahu itu di samping orang lain mendapat mengambil faedah darinya.Kaedah yang dipegang oleh para ulama' kita ialah seseorang yang tidak mahu mengajar sehingga dia sempurna ilmunya selamanya tidak dianggap belajar.Sesungguhnya untuk menerangkan jalan yang lurus adalah merupakan haq Allah!

PETIKAN: JUNDULLAH OLEH SA'ID HAWWA
mujahidah : Tiada alasan nak tunggu dah sempurna ilmu,baru nak ajarkan pada orang lain.Nabi pun ada bersabda yang bermaksud "sampaikan dariku walaupun 1 ayat" dari situ Nabi menyeru walaupun sedikit perkara yang didapat dan ia bermanfaat maka sebar-sebarkanlah.Allahua'lam!

16 November 2011

HATI-HATI YE...

Ahaaa suka saya nak share perihal ni bersama anda semua yang orang panggil apa ...'dah berpunya'? dah ada pilihan tetap hati la senang cerita :) ni khas untuk yang 'dah berpunya' dah la,yang tak berpunya pun ambil pengajaran jugak macam saya ;) opsss promote pulak,bukan promote,tapi takut orang salah sangka je.Zaman sekarang ni,tak boleh cerita pasal kahwin sikit,pasal cinta sikit terus dikatanya orang tu dah berpunya la,dah bertunang la.Awas!Sila pastikan dahulu sebelum 'tuduhan' itu dibuat.

Hati-hati dengan cinta sebelum
kahwin.
Mula-mula ustaz-ustazah,ana anti,
Kemudian awak-saya,
Kemuncaknya abang-ayang /
nama sendiri)

Ia bukan sekadar panggilan di
bibir mungil,
tapi akan turun ke hati jadi cair
macam jus koktil,
kemudian turun lagi bawah
memanggil manggil.

Sekarang zaman sudah moden.
Iblis juga sudah moden. Syaitan
sudah tak guna perangkap keluar
dating atau pegang tangan,
Tapi guna perangkap FB dan
balas mesej / calling-calling
dengan handset yang skrin luar
tulisan Allah tapi dalam
'masyaAllah'.

Mungkin alasannya “saya kejut
dia subuh saja”. Atau
“saya selalu bagi nasihat agama
pada tunang saya”.

Alasannya, mesej Islamic,
FB Islamic,
Handset Islamic,
Skype Islamic,
Alasan lagi, “sebelum mesej saya
siap bagi salam dengan lafaz
penuh, ASSALAMUALAIKUM lagi”.

Heheh, apa nak hairan, syaitan
pernah direct bicara dengan
Tuhan. Jadi jangan bangga dan
rasa selamat dengan topeng
islamik tapi penuh polemik.
waktu cakap, sebut ukhuwwah
islamiah, waktu mesej tulis 'muah
muah'.

waktu cakap , "apa yang boleh
ana bantu?", waktu mesej, I love
u.
jangan ingat iman dah power,
sebab iblis lagi senior.
Iblis tak pilih bulu nak
menangguk,
Orang awam tunduk,
Ustaz ustazah pun kemaruk.

JADI, HATI-HATI DENGAN
PERTUNANGAN, HATI-HATI
DENGAN CINTA SEBELUM KAHWIN.

mujahidah : Maka berhati-hatilah.Ini memang realiti pada masa kini.Syaitan untuk mereka yang makin tinggi agamanya,makin banyak ilmu agamanya,makin tinggi jawatan syaitan tu kan?lagi power dia punya bisikan jahat,hasutan durjana,ayat madah pujanggan,silap-silap kalah daripada insan yang kurang ilmu agamanya.Maka berhati-hatilah menjaga hati kita yang 1,terlalu banyak perkara bergantung dengan hati yang 1 ini.Kuatkan diri kita dengan memberi sepenuh hati buat Illahi,insyaAllah DIA akan pandu hati kita ini seiring redhaNYA DIA dengan membawa iman bersama.

Wah,sodapnya cik mujahidah cakap yek :)Saya menasihati buat diri sendiri terutamanya barangkali akan diuji selepas ini?Allahua'lam!Apa-apa pun saya tetap minta jauh daripada perkara terlaknat ini.Hanya menjalankan amanah sebagai seorang mukmin,nasihat menasihati dalam perkara yang baik.Apa yang penting saya dan anda semua kena bersedia dan berusaha untuk menjadi terbaik di sisiNYA.Sentiasa berusaha melakukan perkara yang hanya diredhaiNYA.Jika anda 'sudah berpunya' dan mempunyai situasi yang sama seperti di atas,anda masih ada masih untuk merubahnya.Itu yang pentingnya tautan hati kita yang utuh dengan Allah,agar sentiasa diberi petunjuk yang haq itu haq,yang bathil itu bathil! InsyaAllah!

15 November 2011

KENAPA MELAKA LAK?

-Cadangan agar guru bekerja 9 jam wajar ditolak.

-Beban tugas yang ada pada guru hari ini sudah banyak.

-Guru bukan sekadar bekerja disekolah, kerja guru hari ini dibawa hingga kerumah.

-Kerajaan harus memberikan fokus kepada meningkatkan insentif kepada golongan guru.

-Bekerja 9 jam akan memberi tekanan kepada guru, sekaligus akan memberi kesan lansung
kepada mutu pendidikan negara.

-Fokus yang harus diberi kepada guru adalah penyelarasan tugas, mencukupkan bilangan disamping meningkatkan kualiti disamping perhatian serius kepada peningkatan gaji dan insentif.

-Melaka diberitakan akan dipilih selaku projek perintis bagi cadangan bekerja 9 jam. Amat malang, dan kenapa Melaka dipilih.?

-Mendengar 9 jam bekerja sudah meresahkan guru, mereka sudah cukup terbeban dengan tugas sediada.

-Langkah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menolak cadangan itu juga adalah disokong.

-Tekanan beban 9 jam ini pasti memberi kesan lansung kepada mutu generasi akan datang.

-Cadangan kerja 9 jam wajar ditolak dan tak perlu dijadikan ujikaji.

-Sebaliknya cadangan PR dalam buku jingga bagi memberikan insentif RM5oo sebulan kepada semua warga pendidik adalah lebih praktikal bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.


mujahidah : Allah...!makin nak pilihanraya makin tak berkebajikan pulak.Makin banyak keje lah mak cik2 dan pak cik2 saya yang bergelar guru.Duhai para guru bertindaklah! Bak kata ustaz Riduan Mohd Nor "wahai kaum guru,jika tidak mahu berjuang untuk nasibmu....kuucapkan belasungkawa atas kematian jiwa!".

14 November 2011

PESANAN AL-KHATTAB

‎" Tinggalkan ucapan berlebihan,
dapat hadiah berupa hikmah...

tinggalkan penglihatan berlebihan,
dapat hadiah khusyu' dalam hati...

tinggalkan makan berlebihan,
dapat keni'matan beribadah...

tinggalkan ketawa berlebihan,
dapat perasaan takutkan Allah...

tinggalkan jenaka berlebihan,
dapat hadiah berupa keindahan,

tinggalkan suka dunia berlebihan,
dapat cinta akhirat...

tinggalkan memperhatikan aib orang lain,
dapat kemaslahatan dalam meneliti aib sendiri...! "

12 November 2011

PILIHAN DIA


Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang KAU sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya KAU kirimkanlah
Mahu aku pada siapa, KAU jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
PadaMU ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi namaMU ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutusMU itulah kesempurnaanku

"Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepadamu & berSABARlah hingga Allah memberi keputusan.DIALAH HAKEEM TERBAIK! "[SURAH YUNUS : 109]

mujahidah : Dalam melakukan istikharah ni,banyak sangat Allah didik kita.Adakalanya hati kita kata iye dah,betul dah,tapi kita sendiri sebagai orang yang memohon pada Allah,hati kita kena betul-betul berharap pada Allah,dan hati kena dalam keadaan yang baik,jangan disebabkan kita dah suka kat orang tu,dah cenderung pada 1 nama,dah mindset bahawa insan itu adalah si dia...disebabkan itu tak pelik la bahawa yang kita dapat itu adalah jawapan kita bersandarkan dan seiring jawapan kita jua,jawapan yang kita dah 'bulatkan' dalam hati,bukannya jawapan yang kita dapat itu benar-benar dariNYA,bukannya kita serahkan bulat-bulat,sepenuhnya pada Allah.Kita ni manusia,setiap hari ada je dosa yang kita lakukan,adakalanya dengan dosa itu,Allah hijabkan kita dengan jawapan yang sebenarnya.Nauzubillah!

Apa-apa pun dengan berterusan dalam melakukan istikharah ni,insyaAllah tidak sia-sia,jika kita dapati pilihan yang kita buat itu, pada awalnya betul...suatu hari adalah sebenarnya salah...tapi pasti dan pasti kita akan belajar mengenai sesuatu mengenai keputusan tu sendiri.Pengalaman dengan pilihan yang salah itu dapat mematangkan kita dalam memohon dan membulatkan hati kita supaya pilihan yang bakal ditunjuk adalah pilihan dariNYA,bukan nafsu atau sebaliknya.Bahkan pilihan yang salah itu jualah barangkali,hasil atau jawapan istikharah kita yang berterusan yang memohon sangat dengan hati yang tulus mulus memohon... biarlah pilihan yang kita buat itu adalah dariNYA:)yang dah berlalu tu sebagai pengajaran dan pengalaman berharga :)

Adakalanya jawapan kita positif,tapi side 1 lagi negatif,maka negatiflah(sifirnya la :) ) ,adakalanya dilema perempuan terutamanya dah dapat jawapan,tak tahu pula saluran nak sampaikan,atau mungkin tahu dah,mungkin guna orang tengah,cuma malu...atau segan menguasai diri.Mungkin di link ini dapat membantu :)Apa-pun masing-masing punya kondisi tersendiri,yang penting gunakan saluran dan cara yang diredhai Allah supaya berkahnya rumahtangga yang dibina berterusan hingga akhirnya,pesanan buat diri jua ,oh ye cuma ingat!istikharah bukan dalam hal jodoh sahaja,cuma di sini saya lebih fokuskan itu :)

اللهم أرنا الحق حقا،وارزقنا اتباعة
وأرنا الباطل باطلا،واجنبنا اتباعة
"Ya Allah tunjukkan kepada kami yang haq itu haq, dan berilah kami kemampuan mengikutinya,
dan tunjukkan kepada kami yang batil itu batil, dan berilah kami kekuatan menjauhinya"

11 November 2011

JOM UBAH!

BAIKNYA ALLAH...!

~ALLAH SEBAIK-BAIK PENOLONG,SEBAIK-BAIK PELINDUNG~

10 November 2011

KITA PEJUANG AGAMA ALLAH?

Duhai Insan yang mengaku pejuang agamaNYA,
Diriku mengajak untuk koreksi diri bersama,
Benarkah di medan perjuangan ini,
Kita makin akrab denganNYA,
ATAU
Kita makin jauh dariNYA.
Meeting,bergerak kerja adakalanya larut malam...
sehingga kewajipan harian harimu tergadai?!
Bercakap mengenai Islam,
Tapi tidak ditegakkan dulu Islam dalam diri!
Berzikir mengingati dan mengangungkanNYA,
ATAU
Mengadu domba,mencaci dan menghina peribadi manusia itu zikir harian kita!
Dulu bersahabat atas perjuangan,hanya kerana silap percaturan,
Sahabat dibawanya pincang berdebat!
Dulu dianggap adik-beradik,
Kini dianggapnya si penjelik!

Duhai insan yang mengaku pejuang agamaNYA,
Adakah selesanya,bangganya kita memilih jalan suci ini,
Kita merasa gah...!
tindakan kita semuanya betul!
kita ni bagus sangat!
Allah...Allah...Allah...
Alangkah ruginya kita berfikiran yang membawa kita
ke lembah kerugiaan,bukannya ke lembah keuntungan!

Jika benarlah perjuangan ini membawa dirimu makin jauh dariNYA,
Ayuh kita sama-sama saling ingat-mengingati,
Ayuh recheck :
1)Berjuang kerana Allah kah kita!
2)Berjuang kerana Allah kah kita!
3)Berjuang kerana Allah kah kita!

mujahidah :mutakhir ini,di laman facebook dan laman blog peribadi banyak sangat suka memburukkan peribadi,individu tertentu,sayangnya yang mengaku berdakwah,memperjuangkan agama Allah jua terjebak sama!

Allah...minta jauhlah daripada pejuang-pejuang agama Allah berakhlak hodoh macam tu,kadang-kadang kata-kata yang melampau kotornya!awat kita ni baguih sangat ka...jangan terlalu selesa dengan keadaan kita sekarang,barangkali yang kita kutuk,kita burukkan tu akan lebih baik pada masa akan datang,bahkan barangkali depa la yang akan berada di barisan hadapan perjuangan Islam.Daripada banyak mendoakan keburukan orang,baik doakan supaya dia kembali ke pangkal jalan.Begitu jua dalam hal ukhuwah sesama pejuang ni,kadang-kadang sanggup bertikam lidah,bermasam muka hanya kerana beberapa kesilapan kecil sahaja,Allah...!cukuplah!

Tidak cukup sekadar baiknya agama,tapi juga akhlak kita!nasihat buat diri sendiri yang hina lagi dina,yang pandai komplen je ni,dan buat insan yang berjuang di jalanNYA yang dirahmati Allah sekalian.

08 November 2011

TAUJIHAT BONDA

Antara Taujihat oleh Ketua Muslimat Melaka,Bonda Kintan sempena PRU 13 yang bakal menjelma:

"Kemuncak kebodohan,melakukan sesuatu gerak kerja dengan cara yang sama,tapi mengharapkan hasil yang berbeza... Kemuncak kebijaksanaan adalah meningkatkan ketaqwaan, itqan bertindak ikhlas merealisasi plan strategik bersepadu dengan berdoa serta bertawakkal kepada Allah untuk memperoleh kemenangan..."

*Jika dah jelas,strategi yang sebelum ni tak berguna pun,tak bagi kesan pun,tak perlulah guna dah,kalau mengharapkan Islam bakal bertapak di Melaka,cuba strategi yang lain pulak.Macam dalam belajar jugak,kalau sebelum ni,cara belajar itu ini buat gagal jugak,cuba cara lain pulak usaha jika mahu berjaya.Yang penting seiring usaha dan tawakkal.

07 November 2011

HADIAH

Baru-baru ni dapat hadiah daripada adik beradik seperjuangan di Melaka,hadiah birthday :) dah lama dah dia nak bagi tak berkesempatan,maklumlah kampusnya di Melaka,saya di Selangor.Ni pun dapat jumpa semasa perjumpaan khas kami dan beberapa yang lain sebelum raya baru-baru ni.Terima Kasih ude,Siti Sara Alizaman :)Buku ni antara yang kak long nak dapatkan,alhamdulillah :)

Bestnya buku ni,insyaAllah makin membuat kita lebih mengenali kekasih Allah,RAsulullah SollaAllahu 'alihi wasallam.Nak share salah satu isi dalam buku ni :

BAB : CARA RASULULLAH TERTAWA

Abdullah Al-Hariths berkata :
"Aku tidak pernah melihat seseorang yang tersenyum lebih banyak daripada Rasulullah"(H.R.At-Tirmizi)

Abdullah Al-Hariths berkata :
"Rasulullah tidak pernah ketawa,cukup sekadar tersenyum"(H.R.At-Tirmizi)

mujahidah : Suka nak share berkaitan ni,lebih dekat dengan diri :) Maka murahkanlah senyuman anda ye cik mujahidahputeri ;)buat yang selayaknya,orang perempuan ni kena banyak hati-hati dalam senyuman ni :)




06 November 2011

التعلم


ومَنْ لَمْ يذُقْ مُرَّ التَّعلُّمِ سَاعَةً * تجَرَّعَ ذُلَّ الجَهْلُ طُوْلَ حَيَاتِهِ
ومَنْ فَاتَهُ التَّعَلُّمِ وقْتُ شَبَابِه * فَكَبِّرْ عَلََيْهِ اَرْبَعاً لِوَفَاْتِهِ
وَذَاتُ الفَتىَ واللهِ بَالعلمِ واتُّقَى * إذا لم يكُوْنَا لاَ اعْتِباَرَ لذاتهِ

Bersabarlah di atas kepahitan perangai guru kita
Kegagalan ilmu itu bila ia berlari daripada kita
Barangsiapa yang tiada merasa kepahitan itu walau sedetik
Telanlah kejahilan yang hina sepanjang hayat
Barang siapa yang terlepas belajar di usia mudanya
Maka, takbirlah ke atasnya 4 kali tanda kematiannya
Demi Allah, diri pemuda itu memerlukan ilmu dan taqwa
Apabila tiada kedua-duanya, maka tiada erti dalam diri tersebut
(SYAIR IMAM SYAFI'E)

mujahidah : Salam Eidhul Adha,tahun ni beraya tanpa 2 ayah di sisi,arwah atuk yang telah meninggal pada 9/10/11 yang lalu & abahku yang sedang menunaikan rukun Islam kelima di tanah suci,iaitu Haji.Al-Fatihah buat arwah atukku & selamat memperhambakan diri kepada Illahi dan semoga mendapat haji yang mabrur,ameen...!

02 November 2011

MUJAHADAHLAH DALAM MEMBOIKOT!

klik untuk lebih jelas

Apalah nak dibandingkan sangat dengan penderitaan saudara seIslam kita,dengan tak nak boikot barangan tertentu sebab kualiti barangan alternatif tak berkualiti.Allahurabbi!Di Palestin entah apa jelah saudara-saudara kita tu makan,roti yang keras agaknya,bak kata seorang ustaz,roti kita lembut,keras-keras pun boleh makan lagi,tapi saudara kita di sana makan roti,baling ke kucing pun kucing boleh mati(ia diselangi dengan tawa)harapnya ketawa itu,disusuli rasa simpati dan empati bahkan cuba untuk membantu mereka di sana!Tolonglah jangan kita retorik memperjuangkan Palestin,jika barangan sepertiKFC, Mc'D,Nestle,Colgate,Coca-Cola,Starbucks(ni antara yang popular dan tumpuan utama)dan macam-macam la lagi pun tak mampu kita nak jauhi.Ye bukan isu halal haram,tapi sedarlah isu Palestin isu aqidah,isu kemanusiaan,nak berangkat senjata di sana,di Malaysia pun kita tak teruji lagi....hmm.

Bagi sayalah jika tak pasti sesuatu barang tu boikot ke tak boikot pun,boikot je la.Bukan kita cuba mengharamkan yang halal...macam saya bagi tahu tadi ,boikot bukan sebab barang tu haram,tapi sebab cuba kita bayangkan 1 barangan boikot kita beli,kita membantu musuh Islam membunuh saudara seIslam kita!Maka secara tak langsungnya kita dipergunakan!Kita sanggup dipergunakan untuk kehancuran Islam!

Jika mampulah kita laksanakan,InsyaAllah ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang di sana dengan sediki demi sedikit melumpuhkan ekonomi yahudi dan Amerika.Ulang sekali ni pendapat saya.Malulah,orang non-muslim pun sanggup membantu dan memboikot!Kita sesama Islam tak sanggup mujahadah hanya sebab nak makan sedap dan berkualiti je!Apa sangatlah yang dapat kita bantu mereka di sana,cuma minta untuk bantutkan tangan kita daripada menghulur bantuan pada diorang yang nak membunuh saudara seIslam kita di sana!~Kita mampu merubahnya!~
mujahidah : cuma pesanan,kalau dah ada orang hadiahkan dan bagi apa-apa yang berbentuk pemberiaan barangan boikot ambil jela,tak ada masalah.Teringat fatwa Yusof Al-Qardhawi mengenai menyumbang duit pada barangan boikot,beerti seolah-olah menyumbang bom buat saudara seIslam di sana.Sama-samalah kita cuba dengan usaha yang sedikit ini.Moga ada kesan baiknya dan bernilai di sisiNYA.Barangkali saya tidak tahu semua barangan boikot,tegur-tegurlah sesama kitam dan juga barangkali saya juga antara yang masih seronok membeli barangan boikot ni...Begitu juga anda,jangan rasa 'benci' dan bosan jika terkeluar bunyi-bunyiaan mengenai nada-nada boikot ini :) kita sayang saudara Seislam kita dan Islam kan?Ini lah antara sedikit usaha yang semua orang sepatutnya mampu buat.Allahua'lam!

01 November 2011

Si Penegur & Ditegur

Kadang-kadang niat kita baik untuk menegur seseorang.Tapi tak semua orang boleh terima cara kita tegur.Ada yang suka menegur secara senyap,ada yang melalui orang tengah,ada yang menegur direct terus pada yang ditegur dan tidak kurang juga laman sosial dan laman web,blog digunakan juga untuk memberi nasihat dan teguran.Penegur dan ditegur 2 elemen penting dalam hal ini,seorang memberi nasihat/mengkritik dan seorang menerima nasihat/kritikan.Tapi bagaimana?Sedikit perkongsian daripada hasil pertanyaan di sebuah blog.

a) Si penegur; Kena memahami dan cuba mendekati yang ingin ditegur dengan pendekatan yang sebaik mungkin yang boleh diterima yang ditegur. Mungkin mengambil masa, tapi lebih penting untuk menyampaikan sedikit demi sedikit supaya yang ditegur tidak lari si penegur. Penegur @ Da'ie tidak boleh merasakan dirinya sempurna dan lebih baik dari yang ditegur. Tegurlah kerana Allah, kerana mahukan dan sayangkan yg ditegur supaya menjadi lebih baik dalam satu aspek yg kita nampak tidak menepati syariat. Letakkan dalam hati sipenegur bahwasanya (mungkin darjat orang yang ditegur itu jauh lebih baik dan mulia disisiNya). Moga2 dengan teguran 'cara' dan 'isi' yg baik sipenegur sampaikan, akan kembali balik kepada si penegur. Kalau buruk cara yang disampaikan sang penegur, mungkin reaksi buruk akan kembali semula kepada yang ditegur. "What you give you get back". Perbahasan tentang ni banyak dibahaskan ulama'2. Salah satu buku yang baik untuk perbaiki sikap dan cara kita mengajak kepada kebaikan ialah buku 'uslub dakwah; Dr Abdul Karim Zaidan'.


b)Yang ditegur; ingatlah dan berlapang dadalah. Orang menegur kita biasanya kerana orang sayangkan kita. Kalau orang membiarkan kita sesat dan terus dalam kemaksiatan itu tandanya orang bencikan kita. Moga Allah terus letakkan kita dalam lingkungan orang-orang yang disayangi-Nya melalui perantaraan kasih sayang hamba-hamba-Nya yang ditunjukkan kepada kita melalui teguran2 pembaikan kepada kita.


mujahidah : Apa yang penting budaya ingat mengingati,jika salah dibetulkan,jika betul diikuti adalah amat penting dalam kehidupan seharian kita.Ia membawa manfaat buat individu atau kelompok tertentu.InsyaAllah!~Alhamdulillah satu lagi paper lepas :) InsyaAllah esok pagi 1 lagi paper,doakan! :) ~


3 in 1

Assalammua'alaikum.Berapa hari yek tak update blog?3 hari,dalam bahasa arab dah kira banyak dah tu(jama').Tak tahulah kenapa tak update.Nak kata tiada idea ada je.Cuma mungkin kekuatan nak menulis sejak akhir-akhir ni kureng sikit,ditambah dengan internet yang agak lembap ditambah dengan lambakan assignment dan exam period(alasan demi alasan ek...)

  • apa khabar atuk di sana?Alhamdulillah ramai dah yang mimpikan arwah atuk,alhamdulillah semuanya mimpi yang baik.Bila atuk nak maghi lawat imah dalam mimpi?Sungguh imah jealous bila dengar yang lain dah mimpi atuk.Atuk marah aku agaknya sebab lambat jenguk dia sejurus atuk dimasukkan ke hospital~masih menanti~
  • Alhamdulillah,abah telah selamat sampai di tanah suci Mekah,alhamdulillah abah dapat menunaikan haji walaupun pada mulanya mohon untuk mengerjakan haji bersama mak,tapi tak dapat dengan alasan mak dah pernah tunaikan haji satu ketika dulu,tak pelah hikmahnya terserlah kini,supaya dengan adanya mak di rumah,dapat menjaga nek ditambah atuk telah tiada di sisi dan mak cik yang bongsu bekerja di siang hari.Semuanya yang berlaku ada hikmahnya.Semoga abah mendapat haji yang mabrur dengan persediaan yang baik daripada abah sebelum berangkat ke sana.~Haji Mabrur buat abah,insyaAllah! ~
  • Alhamdulillah,dapat menghadiri Ijtima' Tarbawi anjuran DPPP 28-30hb.Rugilah jika yang dekat pun tak dapat nak join.Alhamdulillah,bagusnya program sebegini untuk refresh dan membetulkan dan mendapat lebih pencerahan mengenai perjuangan yang sama-sama dilalui daripada dulu sehingga kini.Semoga kami semua thabat di jalanNYA ini!
  • Nak share 1 isi daripada Ketua Pemuda pada malam pembukaan IT,biasa didengar tapi luar biasa dapat diamalkan semua penggerak Islam masa kini,Jundullah kenalah: 1)mantap hubungan dengan Allah!2)mantap gerak kerja dengan Islam!Perlu ada dua-dua tu,kena seiring.Kalau tidak ada salah 1 tu,maka tempang la.Bila dengar kata-kata ni daripada ustaz,teringat ayat dalam surah al-Maidah ayat 35 ‎" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung"(Al-Maidah : 35) Allah kata 'dan' bukannya 'atau',maka kena seiring hubungan dengan Allah dan gerak kerja untuk Islam.
  • Nak share 1 pengisian daripada Ketua Dewan Muslimat PAS pusat,Ustazah Zailah yang mendapat gelaran Zainab Al-Ghazali Malaysia oleh Mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin,Dr.Mehdi Akif.Saya suka sangat ayat tu " Muslimin jangan kurung isteri-isteri di rumah,beri peluang mereka berbakti pada masyarakat di luar sana,bergerak kerja untuk Islam..."ha dengar tu para muslimin sekalian.
  • Allahua'lam!Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah!Nikmat Tuhan Yang mana lagikah ingin kau dustai!?~Perkasa Amal Tarbawi, Menangi Pilihanraya~
mujahidah : Alhamdulillah lepas 1 exam tadi,insyaAllah malam ni pulak 1 paper,esok pagi 1 lagi paper,doakan saya :) paper yang menakutkan...(Aishh dah tahu menakutkan boleh pulak update something di blog?) :) salah satu cara release fizikal dan mental ,salah 1 nye melalui medan ini la :)