Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta
Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang KAU sedia
Sepenuh jiwa aku redha
Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya KAU kirimkanlah
Mahu aku pada siapa, KAU jelaskanlah
Istikharah.. Istikharah..
PadaMU ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi namaMU ya Allah
Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutusMU itulah kesempurnaanku
"Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepadamu & berSABARlah hingga Allah memberi keputusan.DIALAH HAKEEM TERBAIK! "[SURAH YUNUS : 109]
mujahidah : Dalam melakukan istikharah ni,banyak sangat Allah didik kita.Adakalanya hati kita kata iye dah,betul dah,tapi kita sendiri sebagai orang yang memohon pada Allah,hati kita kena betul-betul berharap pada Allah,dan hati kena dalam keadaan yang baik,jangan disebabkan kita dah suka kat orang tu,dah cenderung pada 1 nama,dah mindset bahawa insan itu adalah si dia...disebabkan itu tak pelik la bahawa yang kita dapat itu adalah jawapan kita bersandarkan dan seiring jawapan kita jua,jawapan yang kita dah 'bulatkan' dalam hati,bukannya jawapan yang kita dapat itu benar-benar dariNYA,bukannya kita serahkan bulat-bulat,sepenuhnya pada Allah.Kita ni manusia,setiap hari ada je dosa yang kita lakukan,adakalanya dengan dosa itu,Allah hijabkan kita dengan jawapan yang sebenarnya.Nauzubillah!
Apa-apa pun dengan berterusan dalam melakukan istikharah ni,insyaAllah tidak sia-sia,jika kita dapati pilihan yang kita buat itu, pada awalnya betul...suatu hari adalah sebenarnya salah...tapi pasti dan pasti kita akan belajar mengenai sesuatu mengenai keputusan tu sendiri.Pengalaman dengan pilihan yang salah itu dapat mematangkan kita dalam memohon dan membulatkan hati kita supaya pilihan yang bakal ditunjuk adalah pilihan dariNYA,bukan nafsu atau sebaliknya.Bahkan pilihan yang salah itu jualah barangkali,hasil atau jawapan istikharah kita yang berterusan yang memohon sangat dengan hati yang tulus mulus memohon... biarlah pilihan yang kita buat itu adalah dariNYA:)yang dah berlalu tu sebagai pengajaran dan pengalaman berharga :)
Adakalanya jawapan kita positif,tapi side 1 lagi negatif,maka negatiflah(sifirnya la :) ) ,adakalanya dilema perempuan terutamanya dah dapat jawapan,tak tahu pula saluran nak sampaikan,atau mungkin tahu dah,mungkin guna orang tengah,cuma malu...atau segan menguasai diri.Mungkin di link ini dapat membantu :)Apa-pun masing-masing punya kondisi tersendiri,yang penting gunakan saluran dan cara yang diredhai Allah supaya berkahnya rumahtangga yang dibina berterusan hingga akhirnya,pesanan buat diri jua ,oh ye cuma ingat!istikharah bukan dalam hal jodoh sahaja,cuma di sini saya lebih fokuskan itu :)
اللهم أرنا الحق حقا،وارزقنا اتباعة
وأرنا الباطل باطلا،واجنبنا اتباعة
وأرنا الباطل باطلا،واجنبنا اتباعة
"Ya Allah tunjukkan kepada kami yang haq itu haq, dan berilah kami kemampuan mengikutinya,
dan tunjukkan kepada kami yang batil itu batil, dan berilah kami kekuatan menjauhinya"
No comments:
Post a Comment