10 March 2009

STIGMA

Daripada demo,menuju pula ke program khas buat yang bergelar mahasisiwi anjuran HELWANI GAMIS,yang disertai daripada pelbagai kampus,IPTA,IPTS,Lembah Klang dan luar Lembah Klang,.Malam tu tak ada apa sangat(kepenatan ramai yang pergi demo),program dirasmikan oleh Dr.Maryam dan sedikit “briefing”untuk perjalanan program keesokkan paginya oleh urusetia.

6.30am:Setelah selesai solat subuh,kami di hidangkan dengan santapan rohani(tazkirah subuh)oleh cikgu Azmi,presiden TERAS.antara isi tazkirahnya


“tugas kita ialah menguatkan yang benar,bukan membenarkan yang kuat,perpaduan atas kebenaran,bukan atas kezaliman,kalau sesuatu itu benar bukan setakat menyokong tapi perlulah mendokongnya,dunia sedang mencari kebenaran,ISLAM lah penyelesaiannya,kembalilah kita kepada Islam,sokonglah yang memperjuangkan Islam,dan dokonglah ia.kenapa ramai orang Islam susah terima dan sokong islam,sebab mereka jahil,kalau ada tazkirah berapa ramai yang sertai,kalau pergi pun tidur,quran ada tapi tak dibaca,kalau dibaca pun tapi tak kerap,kalau kerap pun tak faham,kalau faham pun tak amalkan,kalau amalkan pun tak ikhlas.pecahkanlah kesombongan dalam diri.PPSMI(,Pemimpin-Pemmpin Sombong Mereng & Insing).siapa yang tak pergi demo semalam rugi,siapa yang pergi tak rasa pemedih api pun rugi,semoga kita besiap sedia bertemu Allah,JADILAH MUSLIM YANG KOMITED DENGAN PERJUANGAN,menjadi jahil itu haram,berilmu itu besar amanahnya.”peutupnya beliau membaca doa.


9.30am:Forum Halatuju & Peranan Gerakan Muslimat Srikandi Muda oleh YB.Senator Mumtaz Mohd Nawi(wakil Kerajaan Kelantan),dan Saudara Dzulkhairi Mohd Noor,Presiden GAMIS.Antara isi forum

Saudara Dzulkhairi:
”dirinya bagaikan Al-Qardhawi di sisi muslimat,ada seorang muslimin menanyakan beliau soalan mengenai muslimat,maka jawab Al-Qardhawi,siapa kamu untuk menanyakan hal muslimat lebih-lebih,biar muslimat sendiri yan bertanya.saya boleh nak ambil tahu hal musimat,tapi tak boleh lebih-lebih.kepimpinan peringkat tertinggi ialah dapat bagi inspirasi pada orang ramai,contoh saidatina Khadijah,Saidatina Aisyah,Khaulah Al-Azwar yang mana dapat memberi inspirasi pada orang lain,Khaulah Al-Azwar,lincah dan bergerak ke hadapan memimpin tentera menyebabkan Khalid Al-Walid terpesona.Muslimat juga perlu besedia jd “idealog”(mengatur & merancang),buat masa ni muslimat belum sampai lagi tahap itu,pecahkan tradisi itu.Muslimat masih lemah merancang,masih berharap pada muslimin,nantikan bulan 5 ini,ada cabaran buat muslimat.kebangkitan GAMIS sebenarnya adalah bemula dengan seorang muslimat,dan saya nampak kebangkitan muslimat bemula daripada “tenure”ustzah rafdah ini(tim.presiden GAMIS) ”

Senator Mumtaz:”Yusof al-Qardahwi,Tok Guru Nik Abdul Aziz,peimimpin beginilah yang melahirkan wanita-wanita yang hebat,mereka mencontohi nabi.kita kene tahu 3 peranan utama,mentarbiyah dan ditarbiyah,dia tahu dan bersedia didakwah dan mendakwah,dan dia tahu dia adalah pemimpin dan dipimpin.perempuan adalah “check&balance”contohnya dalam rumah tangga,kalau suami tak sihat untuk memandu kereta,si isteri akan mengantinya.lelaki hebat,tapi kehebatannya tidak mampu meelahirkan pemimpin,perempuan walaupun dikatakan lemah tapi mampu melahirkan pejuang-pejuang.kita sebagai perempuan kene tanamkan yang ‘aku bakal lahirkan pejuang-pejuang dalam rahimku’.kita kena tahu semua hal rumah tangga daripada sekarang lagi,bukan selepas berumah tangga baru nak belajar semua tu,kena selesaikan masalah diri,kena pastikan rumahtangga ceria,nak tahu bakal isteri yang baik,dia menjaga keluarganya(mak,abah,adik beradik dan lain2) dengan baik,bakal suami yang baik dia menjaga mak dan adik perempuannya dengan baik dan menghormati wanita..pemimpin kena selesai masalah rumahtangga sebelum selesaikan masalah orang lain.kita kena fahamkan keluarga kita yang kita keluar rumah bukan sebagai anak/isteri/emak tapi sebagai yang memperjuangkan islam.kena selalu solat hajat untuk dapat family dan bakal,suami yang baik.untuk muslimin,hormatiah wanita,saya memuji Dzulkhari yang memberi penghormatan kepada timbalannya tadi”

12.30pm:pembentangan kertas kerja Halatuju dan pelancaran nama baru HELWANI,SIGMA(Srikandi Gerakan Muslimat Muda) oleh Timbalan Presiden GAMIS,saudari Rafidah Mohd Salleh


Saudari Rafidah:”kita perlulah mengulangi sejarah srikandi Islam terdahulu,kitalah jurubicara ummah,kita perlu lebih kehadapan daripada daripada femininisme seperti SIS(sister In Islam).muslimat perlu kuasai formula MP3(multimedia,penulisan,peka isu,public speaking(pidato)),cukuplah kita menambah hanya kuantiti tapi tiada kualiti”
2.30pm:Bengkel penulisan,bengkel multimedia dan bengkel pidato berlangsung.
En.Lutfi ket.pengarang harakah mengendalikan bengkel penulisan

6.30pm:resolusi


8pm:Dialog bersama Timbalan Ketua Muslimat PAS pusat,Ketua lajnah tarbiyah &perkaderan,Ustazah Wan Harina Wan Hassan dan Setiausaha PAS pusat,ustazah Salbiah Abd,.Wahab.

“kekalkan kemenangan dengan usaha tarbiyah”




MUSLIMAT,POWER!,POWER!,POWER!


No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...