" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

15 March 2009

FATAHAJJUD

Saidina Umar Al-Khattab:"sesiapa mengerjakan solat malam(tahajjud)dengan khusyu',nescaya dianugerahkan Allah 9 perkara.5 di dunia,4 di akhirat.
5 kurniaan di dunia:
  • lahir kesan taqwa pada wajahnya.
  • dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
  • percakapan mengandungi hikmah.
  • dikurniakan kekuatan & rezeqi(halal &diberkati).
  • jauh daripada segala penyakit.
4 kurniaan di akhirat:
  • dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
  • dipermudahkan hisab.
  • cepat dan mudah melalui sirat al-mustaqim seperti kilat.
  • diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
"Sebutir airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah 1,000 kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan,sesaat bersedih kerana redha Allah adalah lebih mulia daripada seharian bersedih kerana cinta manusia,sejernih wajah kerana wudhu' yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata,sesuci hati hanya kerana Illahi itulah hakikat cinta abadi dan haqiqi"
p/s:waaa...banyaknya dan bertuahnya sesiapa yang bertajjud.apa lagi sahabat sahabiah sekalian!mari sama-sama kita taqarrub ilaAllah di sepertiga malam dengan bertahajjud.

Related Posts by Categories



No comments:

Post a Comment