27 March 2009

TERUKNYA DIRI INI!

Minggu ni belajar bab taqlid dalam kelas Fiqh,banyak-banyak pengajian fiqh,kali ni paling rasa terkesan dan dapat ikut dengan baik(kurang faham bahasa arab:-( ).Taqlid ni kalau bahasa mudahnya kita ikut sesuatu perkara tu secara membuta tuli atau hanya ikut sahaja tanpa dalil.

MasyaAllah,rupanya banyak sangat amal ibadah yang kita lakukan tanpa mengetahui dalil-dalilnya.contohnya ustaz tanya,apa hukum tahiyat awal?sunat ab'ad.dalil daripada al-quran atau hadis mana yang mengatakan ia adalah sunat ab'ad?pada masa tu,kami semua pelajar terdiam...,ha tulah kita zaman sekarang ni,buat sesuatu tanpa dalil yang kukuh.alangkah baiknya kita melakukan sesuatu tu kita tahu asal usulnya,contohnya solat,apa hukum solat?wajibkan...mana dalil wajibnya solat?aqimussolah(dalil quran).kan indah tu,kita pun jadi yakin,dan nak terangkan orang pun mudah.

satu lagi masalah yang berlaku dalam masyarakat kita,menanyakan sesuatu bukan pada orang yang khusus bidangnya.contohnya bila kita ada masalah hukum,rujuklah pada orang yang khusus bidang fiqh,kalau meneganai penyakit,tanyalah dengan doktor,kalau nak tahu mengenai bina bangunan,tanya artkitek.ini tidak,asalkan tengok orang tu pakai kopiah,tudung labuh,ingat diorang faqih dalam hal-hal agama.contohnya,bila aje tengok pelajar daripada mesir,jordan,syria dan macam-macam lagi,dah ingat mereka ni faqih dalam hal-hal agama,padahal mereka pergi sana belajar bahasa arab sahaja,belajar nahu,saraf,syair-syair dan hal-hal khusus berkaitan dengan bahasa arab.Dan ada juga kes,diorang memang khusus bidang tu,tapi tak lulus,ha tu masalah juga tu.

Dan bertambah parahnya lagi,mereka yang bukan khusus bidang mereka dan tak lulus ni,sebab takut malu,jawab je untuk jaga populariti atau nama.Apalah salahnya jawab,nanti saya rujuk pada orang yang bidangnya,atau kalau memang tak mampu sangat,jawab saya tak tahu.oh ye,teringat ketika belajar di pondok dulu,ustaz pesan dalam banyak-banyak ilmu yang kita tahu,kita juga perlu ada ilmu tak tahu.kita ni bukan sempurna,memang mustahil kuasai semua perkara!adakah kita ingin menjadi penyumbang kesesatan umat dalam beragama?!nauzubillah.

Dan harapan ustaz pada kami,"belajarlah agama betul-betul,bidang agama atau apa-apa sahaja buka untuk "exam"tapi untuk diamalkan,jangan jadi perosak agama.Cuba dari sekarang,dalam melakukan apa sahaja mesti ada sebab dan dalilnya.Moga 1 hari nanti,muka-muka kamu inilah yang akan menjadi ulama'-ulama' dalam bidang khusus masing-masing.jangan jadi penentang agama pula,nanti saya pula menentang kamu(ustaz berseloroh)"

فَاسْئَلُوْا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ
~tanyalah pada ahlinya,sekirannya kamu tidak mengetahui~
(Surah An-Nahl:43)

mujahidah:lagi belajar bidang yang berkaitan agama,lagi diri ini sedar betapa jahilnya diri ini selama ini.moga dengan pemilihan jalan ini,dapat membuatku memahami Islam dengan sebaiknya dan sepatutnya,bukan kerana ikut orang,kerana warisan,kerana membuta tuli.namun diri ini sedar,pasti bukan mudah.berikanku kekuatan ya Allah,bantulah hambaMu ini memahami agamaMU dengan sebaiknya untuk kemaslahatan diri,agama,keluarga,masyarakat,dan masa depanku yang mendatang.

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...