22 December 2010

ULANGTAHUN KE-23

HAMAS menyambut ulangtahun ke 23 penubuhan dan perjuangannya. Ia terus menekankan perjuangan yang mesti diteruskan. Ia didahului oleh perjuangan pengasasnya Sheikh Ahmad Yaasin, Dr Abdul Aziz ar-Rantisi dan mereka yang telah mendahului syahid seperti Dr Ibrahim al-Muqadamah, Solah Syahadah, Jamal Mansur, Jamal Salim, Yahya Ayyasy dan lain-lain. Pemimpin utama, Ismail Haniyya mennggegarkan pentas dengan ucapan bersemangatnya. Sempena sambutan ulangtahun ini, satu kenyataan rasmi HAMAS dikeluarkan mengandungi 10 perkara. Saya terjemahkan secara ringkas:

1. Penentangan terhadap Zionis adalah berterusan bagi membebaskan bumi Palestin.


2. Hak kembali ke Palestin dan membebaskan seluruh bumi Palestin, memerdekakan Palestin dari Zionis, ibunegaranya al-Quds.


3. Pembebasan al-Quds tetap diperjuangkan tanpa tawar-menawar.


4. Kesatuan bangsa Arab, elak perpecahan, menyeru gerakan Fatah mendahulukan kepentingan nasional dari kepentingan parti, elak campurtangan luar memecahkan kesatuan.


5. Perunding Oslo digesa menghentikan rundingan yang merugikan. Tiada jalan melainkan penentangan dan perjuangan jihad.


6. Penyelarasan aspek keselamatan di antara pihak keselamatan Palestin dan Israel adalah senjata beracun membahayakan keselamatan Palestin. HAMAS menyeru Mahmoud Abbas menghentikan penyelarasan keselamatan yang menguntungkan musuh.


7. Menyeru Liga Arab menghentikan segala bentuk kepentingan politik di bawah rundingan bersama Zionis, bantuan Amerika kepada Zionis dalam isu pendudukan haram di bumi Palestin yang berterusan.


8. Menyeru negara arab bergerak segera mengangkat sekatan dari penduduk Gaza berdasarkan ketetapan Liga Arab dan menjalankan tugas agama dan bangsa. HAMAS puji misi damai menghantar bantuan dari laut dan darat.


9. Isu tahanan Palestin adalah isu penting. Tahanan Israel Jilad Shalit tidak akan temui jalan melainkan tukaran besar dengan tahanan Palestin. Netanyahu bertanggungjawab dengan kebuntuan apa yg berlaku.


10. HAMAS bersama perjuangan rakyat 1948 yang sedang menerima tekanan dan penindasan, pembersihan etnik , diskriminasi ras yang dinafikan hak di Tebing Barat.


Let's boycott these products!

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...