Alhamdulillah akhirnya dapat juga pulang ke Melaka.balik melaka,teringat pak ali(YB Ali Rustam),alamak!hehe.Allah Maha Besar lagi adil!akhirnya kantoi juga pemimpin-pemimpin korup kita ni punya perangai.rasuah oh rasuah,tak sudah sudah!walaupun dah pelbagai nama dan cara digunakan.pak najib cakap kalau macam tu,siasat semua pemimpin-pemimpin umno yang lain(ha baguslah,termasuk diri tu sendiri agaknya terSPRM hehe)hmm...yang menyedihnnya lagi,ketua menteriku juga terlibat:-(sebelum ni dengan isu shah rukh khannya,sekarang ni dengan isu pak ketua menteri rasuah,lepas ni?...ntahlah.ha! saya rasakan...akan dapat ketua menteri lain agaknya(kita tunggu dan lihat!).~sumber:harakahdaily.net~
(Analisis) Apa lagi yang harus diperkatakan tentang rasuah yang berlaku dalam Umno, walaupun sebelum ini ramai ahli Umno terutamanya di kampung menafikan pimpinan mereka menjalankan amalan yang tidak bermoral ini.
Ternyata sah pemimpin Umno menjalankan partinya dengan rasuah yang melingkari dalam pemilihan Umno sedang rancak kerana lobi-melobi dan sudah dijatuh hukum kepada ejen-ejen calon yang bertanding.
Namun hingga kini fungsi SPRM sebagai Suruhanjaya yang dikata telus menjalankan tugas membanteras rasuah masih gagal bertindak ke atas perasuah yang telah disahkan Lembaga Disiplin Umno termasuk Dato' Seri Mohd Ali Rustam.
Ramai yang bertanyakan kemana hilangnya Ketua Pengarah SPRM, Dato' Ahmad Said Hamdan dalam permasalahan rasuah Umno, sedangkan dalam kes 45 ekor lembu Menteri Besar Selangor, Ahmad Said dilihat menjadi wira membanteras rasuah.Persolana ini belum dikira dengan kes-kes rasuah membabitkan Khairy Jamaluddin, dan beberapa lain yang digolongkan dalam kelompok Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ada orang Umno termasuk ahli Parlimen merungut, kenapa hanya kelompok pro-Abdullah sahaja yang dikenakan tindakan, seolah-olah kelompok pro-Najib bersih dari persoalan rasuah.
Sedangkan kata mereka lagi, banyak juga laporan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin dan SPRM berhubung politik wang membabitkan kem-Najib.
Secara jelasnya seperti kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bahawa bayangan rasuah sudah menjadi darah daging pemimpin dan ahli Umno.
Begitu juga telahan Pensyarah Politik Universiti Utara Malaysia, Dr Mustafa Ishak bahawa kemelut rasuah dalam Umno tidak boleh dirawat dengan hanya memberi pil.
Sebaliknya satu vaksin imunisasi perlu diberikan bagi menyelesaikan kemelut rasuah yang menjadi darah daging Umno sejak 30 tahun lamanya.
Perihal rasuah yang kononnya ditentang bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas hanya sebuah serangan kepada kem Abdullah, sedangkan Tun yang kini secara jelas menyokong Najib untuk menggantikan Abdullah pernah berlaku sedemikian dalam zaman pemerintahannya.
Maka Ali Rustam atau Najib ataupun Abdullah bolehlah dilihat dilihat mempunyai penyakit yang bakal memudaratkan Umno dan paling ngeri kepada negara.
Hasil kajian rawak Merdeka Centre dengan kerjasama UIAM, turut mendedahkan keraguan orang Melayu dan responden seramai lebih 1,000 orang itu, sudah tidak yakin untuk Umno menjadi peneraju kepimpinan negara.
Dalam kemelut menanti rebah yang dihadapi Umno, tercetus pula, kenyataan berani oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim yang mencadangkan kepada Yang DiPertuan Agong agar menolak Najib sebagai Perdana Menteri selepas Abdullah Badawi berundur nanti.
Hakikatnya, ia selaras dengan apa yang pernah disuarakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mahu Abdullah kekal selaku PM.
Hakikat ini sebenarnya terjelma kerana betapa Umno di penghujung hayat ini mempunyai pelbagai rekod buruk yang mendera rakyat.
Lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi global turut menyengat keselesaan hidup rakyat Malaysia yang sudah pasti ia memerlukan pemimpin negara yang tulus ikhlas, dan berjiwa kental serta terhindar daripada sebarang salah laku mahupun perbuatan jenayah!!
Janji reform yang dikeluarkan lidah Najib seolah-olah mahu memberikan satu suntikan kepada rakyat yang melihatkan dengan pelbagai persepsi buruk.
Najib sendiri seolah-olah tidak sedar, dikelilingnya dipenuhi persepsi yang wujud kerana keenganannya menjawab isu dakwaan kes Altantuya Shaariibu, kes komisen kapal selam dan beberapa kes lain berhubung penyalahgunaan kuasa.
Pada rakyat reform dibibir Najib umpama 'menanam tebu ditepi bibir'.Sudah cukuplah rakyat mempercayai kata-kata manis pemimpin Umno yang jelas di sebalik bibir yang meleret senyum terbayang hati yang busuk untuk menjunjung amanah rakyat dan negara.
Demi Tuhan Yang Esa, pemimpin yang belot dengan amanahnya pasti akan di hukum!!!
p/s:macam mana negara tak bermasalah,kadar jenayah tinggi,masalah tu,masalah ni...kalau pemimpin-pemimpin sendiri melakukan salah.bila atasan rosak,yang bawah pun akan ikut sekali.moga Allah memberi hidayah kepada pemimpin-pemimpin kita dan kita semua yang bergelar rakyat.ameen.