Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya.Bagaimanakah?
Rasulullah SAW dalam riwayat Tarmizi bersabda:
Maksudnya: “Tiada pemberian daripada seorang ayah yang lebih baik daripada adab yang mulia”
Dalam sabda lain melalui riwayat Al-Tabarani, Baginda SAW menyebut, maksudnya:
“Lengkapkan anak-anak mu dengan tiga perkara: Cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”
Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa, golongan terdahulu dalam sejarah Islam telah menunjukkan contoh kesungguhan mendidik anak-anak melalui guru-guru yang soleh dan baik. Beliau membawa contoh dari kitab Muqaddimah Ibn Khaldun yang menyebut: Bahawasanya Harun Al-Rasyid, apabila menyerahkan puteranya Al-Amin kepada pendidiknya, telah berkata:
“Wahai Ahmar! Sesungguhnya Amirul Mukminin telah menyerahkan kepada mu buah hatinya, maka letakkan tangan mu ke atasnya dengan lemah lembut, dan ketaatan mu kepadanya wajib, letakkan dirimu kepadanya, seperti engkau meletakkan diri mu kepada Amirul Mukminin. Ajarkan dia membaca al-Quran, dan kenalkanlah dia dengan sejarah, pupuklah dia dengan syair-syair, penuhkanlah dadanya dengan Hadis-hadis Nabi, tunjukkilah dia cara-cara bertutur, dan jarangkanlah dia dari ketawa melainkan pada waktu yang sesuai, dan jangan sampai berlalu satu saat pun melainkan engkau asakkanlah dia dengan perkara-perkara yang berfaedah tanpa menyusahkannya, kelak akan mati pula otakknya, dan jangan terlalu beringan-ringan untuk memberikannya masa lapang, kelak dia akan merasa sedap dan sentiasa ingin berlapang-lapang, dan luruskan dia sekadar yang termampu dengan mendekatkan diri kepadanya, dan dengan lemah lembut, tetapi jika dia menolak sikap ini, maka hendaklah engkau mengambil sikap tegas dan keras.”
Demikianlah pesanan panjang Khalifah Harun AL-Rasyid kepada guru anaknya. Apa yang penting, kita dapat menceduk pengalaman silam ini untuk menjadi kayu ukur kepada keperluan pendidikan anak pada hari ini.
wajah-wajah ketenangan
wajah-wajah soleh solehah yang ku rindui lagi ku sayangi.
mujahidah: anak-anak kecil,melihat wajahnya apatah lagi telatahnya mampu mengundang ketenangan dan kebahagiaan hati,kerna barangkali sucinya mereka daripada dosa dan noda.SubhanaAllah!Andai ditaqdirkan berpeluang untuk melahirkan penyejuk-penyejuk mata dan hati(anak),kita sebagai ibu bapa mereka,didiklah sebaik-baiknya.Ia bukan bermula ketika anak itu lahir ke dunia,tapi daripada sekarang!nak anak yang baik soleh dan solehah!ayuh jadi soleh dan solehah dulu!
No comments:
Post a Comment