31 March 2011

"adik nak beli masa abah "

Pada suatu hari, seorang ayah pulang daripada bekerja lewat malam. Seperti hari-hari sebelumnya, hari itu sangat meletihkan baginya. Tiba sahaja di rumah, dia mendapati anaknya yang berusia lapan tahun sudah menunggunya di depan pintu rumah. Sudah lama anak kecil itu menunggunya.

“Kenapa belum tidur?” sapa sang ayah pada anaknya. Biasanya si anak sudah tidur ketika dia pulang dari kerja dan baru bangun ketika dia bersiap untuk berangkat ke pejabat di pagi hari.

“Adik tunggu Abah pulang, sebab Adik nak tahu berapa gaji Abah?”

“Kenapa tanya pasal gaji Abah pulak ni? Adik nak duit lagi ke?”

“Adik nak tahu je Abah…”

“Ok, Adik cuba kira sendiri. Abah bekerja 10 jam setiap hari dan dibayar RM200 setiap hari. Setiap bulan Abah bekerja 25 hari. Jadi, berapakah gaji Abah untuk sebulan?”

Si anak kemudian berlari mengambil kertas dari meja belajarnya sementara Ayahnya masuk ke dalam rumah. Ketika sang Ayah ke biliknya untuk bersalin pakaian, sang anak mengikutinya.

“Jadi, kalau setiap hari Abah dibayar RM200 untuk 10 jam, maknanya Abah dibayar RM20 untuk setiap jam!”

“Sudah la tu Adik, pergi tidur ya. Sudah lewat malam ni!” namun sang anak masih tidak mahu berganjak.

“Abah, Adik nak pinjam RM10 boleh tak?” “Dah malam ni Adik, buat apa dengan duit malam-malam macam ni? Pagi esok je lah. Sekarang Adik pergi tidur…”

“Tapi Abah…”

“Dah, pergi tidur sekarang!” suara sang ayah semakin meninggi. Anak kecil itu menuju semula ke biliknya. Sang ayah kelihatan menyesal dengan tindakannya. Tidak lama kemudian, dia menghampiri anaknya di bilik. Anaknya itu sedang menangis teresak-esak sambil memegang wang RM10.

Sambil membelai ubun-ubun kepala anaknya, ayahnya berkata, “Maafkan Abah ya Adik. Kenapa adik nak duit RM10 malam-malam macam ni? Esok kan Abah boleh bagi. Bukan setakat RM10, lebih lagi pun Abah boleh bagi. Adik nak beli mainan kan?”

“Abah, Adik bukan nak minta duit. Adik nak pinjam. Nanti Adik kembalikan semula guna duit Adik sendiri.”

“Tapi Adik nak buat apa?” tanya sang Ayah.

“Adik tunggu Abah pulang kerja hari ini sejak pukul 8 malam lagi. Adik nak main ular dengan Abah. Satu jam je Abah. Mama selalu cakap, waktu Abah sangat berharga. Jadi, Adik nak beli masa Abah. Adik buka tabung ayam Adik hari ini, tapi cuma ada RM10 je. Sebab Abah cakap Abah dibayar RM20 setiap jam, duit tu masih tak cukup, jadi Adik nak pinjam RM10 lagi daripada Abah.”

Sang ayah terdiam. Lidahnya kelu seribu bicara. Dia terus memeluk erat anak kecil yang disayanginya itu sambil menangis dan meminta maaf padanya.

“Maafkan Abah sayang…” ujar sang Ayah.

“Abah telah melakukan kesilapan. Selama ini, Abah lupa sebab apa Abah bekerja keras. Maafkan Abah.” kata sang ayah dalam esak tangisan. Si anak hanya diam tanpa kata dalam pelukan ayahnya…
perkongsian daripada facebook

mujahidah: pastikan ada ruang masa ibu ayah bersama anak-anak.kita kena sedar,ibu ayah juga adalah pendidik,segalanya bermula di rumah.Allahua'lam!

1 comment:

  1. sediakan masa sebelum kita hilang masa tersebut.setuju!!

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...