02 April 2009

PRE-MARRIAGE COURSE


28 dan 29 haribulan Mac hari tu saya dan beberapa orang sahabat saya pergi menyertai kursus pra-perkahwinan.Kami pergi sebab kami nak kahwin,tapi !bukan sekarang lah,calon pun kami tak ada lagi(*_*).Semua nak kahwinkan,ke tak nak(Nabi tak mengaku umat.)Persediaan awal sahaja,menyahut seruan senator Mumtaz,kena bersedia daripada sekarang.Mak saya pun berpendapat,benda tu kan ilmu,tak mengapalah.

Ada orang kata baik pergi dengan calon masing-masing(calon pun tak ada),tapi kami berfikiran berlainanJsaya dan seorang adik saya,Ain… buat keputusan nak sertainya pada hari terakhir pendaftaran.Mula-mula saya fikir banyak kali juga,tapi disebabkan dengan beberapa sebab(harga murah), saya dan Ain sertai juga.Ada orang kata kalau pergi kursus kahwin ni boleh menyebabkan seseorang itu“excited”nak kahwin,atau takut nak kahwin atau “balance”,Alhamdulillah kami semua rasa “balance”je:-)

Pada mulanya ada je adik seorang ni cakap”akak saya nak keluar dari audi ni”sebab apa nak tahu?sebab malu dan segan,sebab bila dah cerita mengenai alam rumah tangga,mestilah hal yang tak pernah kita ketahui yang berkaitan lelaki dan perempuan.Kursus dah tentu campur lelaki perempuan.Boleh katakan semua penceramah akan menyentuh hal”privacy”suami isteri,bukan apa,dah nama pun kursus perkahwinan,jadi semua perkara akan disentuh.ok, di sini ingin saya kongsi serba sedikit perkara yang disentuh.
Antara tajuk yang disentuh dalam Kursus tersebut,ada 7 semuanya:


1. Aqidah & Ibadah Dalam Islam


-Hal ni kena “settle”,kalau tidak rumahtangga bermasalah(kekuatan iman)

-Carilah bakal ibu yang baik,cari bakal bapa yang baik

-Suami lebih berperanan dalam keluarga,dan isteri membantunya.

2. Pengurusan kesihatan

“2 nikmat yang selalu manusia terpedaya,kesihatan dan lapang masa”

(hadis oleh Ibnu Abbas)

-Bila kahwin kebanyakkan akan berubah bentuk fizikal,terutamnya suami, akan gemuk atau “look chubby”,ia menyebabkan si suami lebih penyayang dan lemah lembut

-Kesihatan kena “settle”awal supaya tiada masalah kemudian hari

-Pakar perkahwinan menyatakan bahawa pasangan akan dapat menyesuaikan (habis kenal)dalam masa 1-7tahun

-4 prinsip kesihatan(kebersihan,jaga makan &minum,riadah,cegah penyakit)

-faktor-faktor pengaruhi kesihatan(gaya hidup,keturunan,penyusunan keluarga)

p/s:beberapa video ditunjukkan seperti video melahirkan anak normal ,sonsang dan bedah,dan juga keadaan anak dalam perut(mengikut bulan).MasyaAllah begitu Agungnya Allah.

3. Pengurusan Kewangan & Masa & Bentuk-Bentuk komunikasi hubungan suami isteri.



-perancangan kewangan yang baik(tahu sumber pendapatan,aliran wang&elak bazir)

-keperluan asas70%,kehendak 20%,simpanan 10%.

-pengurusan masa dari segi(balik kampong,bersukan,ibadah,istirehat,perhatian pada keluarga)banyakkan berbincang

-Bentuk komunikasi pula,kena mengawal marah,cakap guna bahasa elok,panggilan suami dan isteri panggilan yang baik(menceriakan),kena ada sifat saling hormat menghormati.

-suami isteri kena mudah bermaafan dan berterima kasih.

4. Perkahwinan & Prosedur Permohonan

-persediaan sebelum kahwin(ilmu fardhu ain &kifayah,fizikal dan mental,ekonomi dan social)

-suami kena ambil tahu hal wanita contoh putaran kedatangan “bulan khas”.

p/s:ada menunjukkan contoh borang-borang yang perlu diisi oleh pasangan yang ingin berkahwin.


5. Pengurusan Masalah,stress & Konflik dalam rumahtangga.



-Pasangan kena ingat,bila berkahwin keluarga akan menjadi lebih besar(tambahan,mak mertua,bapa mertua,adik beradik ipar)

-suami dan isteri kena menerima diri masing-masing seadanya.

-Jangan sukar lafazkan maaf.

p/s:penting!kerana bila dah kahwin masalah pasti timbul,salah faham itu biasa,jadi kena pandai tanggani dengan baik.

6. Pengurusan Talaq,taqlid,fasakh dan prosedur permohonan penceraian.

-talaq:si suami melafazkan cerai terhadap isterinya,contoh:”aku ceraikan kau dengan talak 1”

-taqlid:si suami melafazkan cerai secara kinayah.contoh:”kalau kau keluar rumah ni,maka terjatuhlah la talak”

Fasakh:si isteri meminta dibebaskan dengan menggunakan mahkamah.


7. Akhlak Dalam rumahtangga & bentuk hubungan dalam sistem kekeluargaan Islam.

-hidup suami isteri bukan sehari,sebulan tapi selama-lamanya.

-hubungan suami isteri,hubungan yang menceriakan.

-Jaga hubungan dengan Allah,didiklah keluarga Islam yang sebenar,nescaya rumahtangga terpelihara.




(KASIHMU AMANAHKU BY ~IN-TEAM~)


Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Mujahidah:Berkahwin bukan untuk sehari,sebulan,setahun tapi selama-lamanya.Banyak masalah keruntuhan rumah tangga berpunca daripada rumah.Disebabkan itu juga saya berpendapat,perlu mengetahui”hint”mengenai alam rumah tangga ini.Bermula daripada sekarang buatlah persediaan awal untuk ke arah itu.dari segi sudut kesihatannya,ibadahnya,dan saranan juga buat bakal-bakal isteri, dan suami,terimalah calon anda seadanya, jadikanlah Rasulullah S.A.W sebagai contoh terbaik.wallahua’lam.

3 comments:

  1. salam... bagus jgk artikel ni... pengalaman diri... betol motif n tujuan pi kursus perkahwinan tu... dapat maklumat mgenai sesuatu yg mgikut Islam.. bgusla.. hehe... bukan sbb nk kahwin bru pi kursus... :)

    ReplyDelete
  2. salam.hehe,betul 2 kak,xsemestinye g kursus khwn tu sbb dah nak khwn o da ada calon;-)

    ReplyDelete
  3. Salam,
    satu perkongsian yang menarik.

    Thanks!!

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...