21 April 2009

BIDADARI DARI TIMUR

Buku ini mengisahkan epilog bahagia seorang isteri kepada Ulama' serta pemimpin berjiwa besar yang menyentuh nurani."BIDADARI DARI TIMUR",memoir isteri seorang pejuang!

Buku ni saya beli ketika "bookfair" hari tu,buku pertama yang berjaya menambat hati saya.Disebabkan ia bersaiz kecil,nipis dan yang pertama yang menambat hati saya,maka saya berkeputusan untuk membaca buku ini terlebih dahulu daripada buku-buku lain yang saya beli.

Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak,penyeri dan permaisuri hati Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.Mereka mendirikan rumah tangga melalui keluarga,tanpa kenal,apatah lagi bertentang mata.ketika itu isteri tok guru berumur 14 tahun,dan tok guru berumur 31tahun,terdetik dalam hati ni,bagaikan Nabi kita dan Siti Aisyah yang amat berbeza jarak umur mereka dalam mendirikan rumahtangga.

Antara yang dikongsi oleh Datin Tuan Sabariah,bagaimana mulanya hanya melayari hidup dengan suami tercinta yang pada mulanya hanya menjadi pendidik,pendakwah dan akhirnya kepada seorang yang kita kenali sekarang ni,seorang pejuang agama Allah dan ditambah lagi dengan menteri besar.Mengisahkan detik-detik hidup mereka,daripada berdua, ditambahkan seri dengan 10 cahaya mata,ditambah lagi dengan melayari hidup sebagai seorang isteri pemimpin masyarakat bahkan pejuang agama Allah.Ditempuhnya dengan penuh ketenangan,walaupun pelbagai cubaan dan dugaan yang dihadapinya,Datin Tuan Sabariah tetap tegar dan tabah mengharunginya.contohnya ketika anaknya Nik Adli dimasukkan ke dalam ISA(nak tahu lebih lanjut nanti beli ye:-)).

"Dalam menghitung perjalanan waktu yang kian mengengsot detik usia,aku terus tegakkan diri menerima suratan takdir menjadi isteri seorang pejuang.Biarpun ruang waktu untuk bersamanya kian berkurang aku redha.Biarpun tanggungjawab di rumah kian bertambah tatkala kehadiran zuriat kian bertambah,aku tidak pernah merasa terhimpit".

"Bagiku andai dia tega berjuang di luar demi menobatkan Islam di ancala kehidupan insan,aku akan sentiasa membina kekuatan untuk berjuang di rumah tangga ini.Dan nubariku ku bujuk untuk sentiasa bersyukur menerima segala takdir hidup ini".

"Buat mereka yang tertanya-tanya,Indahkah hidup menjadi suri hidup Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat???hadirnya dia dalam hidupku adalah 1 anugerah yang tiada ternilai.Hadirnya adalah wasilah untuk aku merandai hidup ini.Dia membawakan aku menemukan diri sendiri.Dia umpama lantera yang tidak pernah jemu menebarkan cahaya ke segenap ruang hidupku,lantas aku bisa terus mengatur katih mendepani segala cabaran dan dugaan hidup ini.Dunia kami yang berliku panjang,tiada puisi selayaknya yang mampu menggambarkan segalanya dengan tepat.Tiada akal yang dapat melukiskan segalanya secara terang nyata".
"inilah kisah hidupku.
Aku memilih
untuk menghidu bau syurgaMU
dengan setia bersama suamiku...

telah aku angankan menjejak ke dalamnya
melalui mana-mana pintu yang aku sukai.
Ya Allah,aku mohon redha dan syurgaMU
Amin..."

~Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak~

Ya Allah Ya Aziz Ya Rahman Ya Rahim
pengetahuanku pada kemurahanMU
itulah yang memberhentikan aku
di pintuMU

Bagaimana aku akan kecewa?
sedangkan ENGKAULAH harapanku
bagaimana aku akan hina?
sedang ENGKAULAH tempat sandaran
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
sedang ENGKAU menempatkanku
dalam lemah dan hina

Bagaimana aku akan miskin?
padahal ENGKAULAH ysng mencukupkan
hidupkanlah hati-hati ini
dengan makrifatMU

Matikanlah kami sebagai pejuang agamaMU
puaskanlah keluargaku dengan aturanMU
berbanding aturan kami sendiri
Bantulah aku dalam menunaikan
tanggungjawab selaku pemimpin

Ingatkanlah aku
bahawa aku hanya seorang hamba
supaya tidak lupa
Ya Allah...perkenankanlah permintaan ini.

~Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat~
Free Signature Generator

3 comments:

  1. 'Dia umpama lantera yang tidak pernah jemu menebarkan cahaya ke segenap ruang hidupku,lantas aku bisa terus mengatur katih mendepani segala cabaran dan dugaan hidup ini.'

    best nya kata2 ni. moga kt smua dikurniakn lantera yg juga x jemu menerangi hidup kita.amin.. (hehe~ xpekan ckp cm gini ;P)

    k.imah, yan pon nk belilah buku ni. insyaAllah.

    yan amek shotsem la kak. da la kena g awal. 27 da kna ada kt uia..huhu~xpe, mga2 misi ke perak berjaya. aja2! k.imah amek s.semkan?

    ReplyDelete
  2. salam...td bila bca tajuk ingt bidadari syurga..hu3...xpa isteri org korban.....

    ReplyDelete
  3. salam dik yan.beli3.ad guna nye 2.to anak pendang,isteri org korban?xphm...

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...