27 April 2009

ANTARA 2 ALAM...

Hari ni jenguk email,dapat email daripada sahabat dalam yahoo group yang saya "join",dan terasa ingin kongsikan bersama.



ALAM PERKAHWINAN diriuh rendahkan..
ALAM KUBUR disenyap sunyikan...

ALAM PERKAHWINAN suatu pilihan...
ALAM KUBUR suatu kepastian..

ALAM PERKAHWINAN semua nak sampuk..
ALAM KUBUR semua bagaikan tersampuk..

Malam pertama di ALAM PERKAHWINAN semua tersenyum..
malam pertama di ALAM KUBUR...semua tak mahu..

Bidadari dunia semua mengejar....
Bidadari Syurga buat-buat tak nampak...

Teman ketawa dicari selalu..
Teman menangis ketika perlu...

Teman HIDUP semua nak cepat...
Teman MATI nak usahakannya beratlah amat..

Quran dibaca pembuka majlis....
Jarang sekali pembuka hati...

Teman karib di jaga hatinya...
Teman KUBUR (Quran) hiasan hanya...

KAHWIN
VS
KUBUR

Ingatlah teman...berkahwinlah kerana alam perkahwinan itu penuh rahmat dan mawaddah...
Cukuplah rasanya setakat ini dulu... kerna hati ini terlalu rendah...

Buat yang dah lepas, tahniah di ucap..
Buat yang belum.. banyak-banyak mengucap..

Buat yang dah ada, cepat-cepatlah berlangsung. .
Buat yang belum, usahlah dipancung..

Rezeki teman sampai awal..
Rezeki kita ALLAH yang kawal..
Bidadari dunia kurniaan pertama..
BIDADARI AKHIRAT kejaran UTAMA...

INGATLAH teman....
kita kan pergi..
banyakkan senyum dalam bersedih...
Usah bersedih pada dunia...
Supaya AKHIRAT tiada berpedih

KERANA CINTA HANYA MILIK NYA...

>

Free Signature Generator

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...