Jika kita banyak fikir apa yang kita nak miliki,sudah pasti kita akan fokus kepada siapa yang kita nak jadi,sedangkan ada ungkapan mengatakan siapa "SIAPA ANDA AKAN MENENTUKAN APA YANG ANDA BUAT & APA YANG ANDA BUAT ITULAH YANG ANDA AKAN DAPAT".Jadi kalau kita hendak hasil yang lebih besar,lebih hebat maka kita kena memikirkan kena memberi tumpuan kepada soal siapa kita nak jadi(*_*),nak jadi soleh,solehah ke,nak jadi kaya ke,pemimpin berpengaruh ke,itu ke,ini ke...
Apa-apa pun siapa yang kita nak jadi perlukan 2 PERKARA,HATI&AKAL.Kedua-dua ini perlu dibangunkan.Hati perlu dibangunkan supaya sihat dan akal perlu dibangunkan supaya cerdas dan cerdik.Kalau kita hanya menumpukan pada pembangunan akal dan kesihatan fizikal sahaja,tetapi mengabaikan pembangunan hati,maka kehidupan kita menjadi celaru,kerana kita tidak memiliki arah tuju yang tepat.Sedangkan syarat utama untuk seseorang itu berjaya dalam kehidupan,dia perlu memiliki arah tuju yang tepat dan jelas.Alat utama yang boleh memandu seseorang ke arah matlamat yang tepat dan jelas hanyalah HATI YANG SIHAT.
"pada hari yang mana harta dan anak-anak tidak berguna,kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera"(as-syuara'88-89)
Anak-anak,harta,pangkat,kedudukan melambangkan kejayaan di dunia,tetapi tanpa disertai dengan hati yang sihat,ia tidak berguna di sisi Allah.Jika tiada nilai di sisi Allah,,ia pasti akan membawa kepada kebinasaan kepada tuan punya diri di dunia,bahkan juga akhirat.
Allah pencipta dan pemilik kehidupan ini telah memberi panduan kepada kita untuk membangunkan akal dan hati supaya kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.
"Sesungguhnya orang yang paling baik untuk diberi kerja ialah ORANG YANG KUAT LAGI AMANAH"(al-qasas:26)
ORANG YANG KUAT:kuat fizikal,tubuh badan dan cerdas akal
AMANAH :baik kelakuannya,sihat hatinya,hanya hati yang sihat menjurus kepada
kebaikan.
Daripada sini,timbullah konsep MUKMIN PROFESIONAL,iaitu orang yang amanah(mukmin)dan kuat(profesional) dari segi usahanya atau cerdas akalnya.
mujahidah:hmm apa yang anda fikirkan?nak jadi yang bagaimana?apa-apa pun kita nak jadi,pastikan 2 perkara tersebut,akal yang cerdas dan hati yang sihat.contohnya untuk jadi soleh dan solehah,daripada fizikal sahaja tidak cukup,tapi apa yang pasti hati kita perlulah bersih daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah,bila hati dah suci dan bersih daripada dosa dan noda,insyaAllah ita jadi akan Allah perkenankan.sekiranya kita tidak menjadi apa yang ingin kita jadi,soleh atau solehahnya,cuba "check"hati kita...mungkin bermasalah di situ.apa-apa pun...pastikan apa kita fikirkan dan apa yang ingin kita jadi,adalah apa yang diredhai Allah.wallahua'lam(*_*)
No comments:
Post a Comment