04 October 2009

KUALITI JIWA VS KUANTITI HARTA

Ramadhan telah berlalu, dan kemudian bertamu pula Syawal. Saat-saat ini sesungguhnya menghadiahkan detik yang indah untuk terus bermuhasabah. Beberapa purnama lagi tahun baru akan menjengah, apakah pecutan diri menuju taqwa semakin goyah atau semakin gagah? Ya, hakikatnya hidup perlu dijalani dengan semangat “sentiasa bersedia untuk mati”. Bila hati benci mati, itu petanda jelas bahawa aku dan kamu belum mencintai Ilahi…

Apakah cukup hanya dengan keluhan? Padahal hidup memerlukan kayuhan. Kayuhan amal yang tidak putus-putus dan tanpa jemu-jemu. Kita boleh senyum ketawa dan mesra ketika bersama manusia, namun jauh di sudut hati, biar tetap sedih dan merintih kerana mengenangkan dosa lampau, dosa kini dan dosa akan datang. Sesekali kita boleh tertawa dengan kebodohan diri, tetapi lama kelamaan jika kebodohan itu berulang, hati akan terdera oleh satu pertanyaan: Bilakah lagi aku akan matang?

Malam yang dulu tidurku terganggu. Kira bicara hati tidak menentu. Walaupun yang kukira adalah wang-wang pada nisab dan haul menjelang hujung tahun… tetapi hakikatnya yang kutimbang adalah soal hati. Hati yang masih tamak. Hati yang hanya ingin menerima tetapi begitu sukar memberi. Yang kucongak adalah zakat. Namun hakikatnya, neraca muhasabah ini ialah antara mahmudah dan mazmumah. Aku boleh menipu angka dan timbangan, tetapi mampukah aku menipu diri sendiri? Lebih-lebih lagi mampukah aku menipu Ilahi?

Yang paling penting dalam hidup ini ialah punya hati yang qanaah – hati yang berpada-pada dengan apa yang ada. Sedikit, mencukupi. Banyak, boleh diagih-agihkan. Pernah aku berjanji dengan diri sendiri, agar menjaga keinginan agar tidak melewati batas-batas keperluan. Jangan sekali-kali terjerumus ke jurang pembaziran. Keinginan yang melampaui batas, jika tidak dapat dikawal akan mengundang resah jiwa. Gejolaknya akan terus mengganggu. Sedikit tidak cukup, banyak tidak puas. Aku pernah tersiksa kerana itu!

Kemudian aku tersedar… bahawa kekayaan sebenar bukanlah kerana ‘memiliki’. Kekayaan sebenar bila tidak ‘dimiliki’. Justeru, Allah itulah zat yang Maha Kaya. Benar, milik Allah segala yang ada. Tetapi bukan kerana itu DIA digelar Al Ghani – Yang Maha Kaya. Allah itu Maha Kaya kerana DIA tidak memerlukan segala sesuatu, sebaliknya segala sesuatu yang memerlukan-Nya. Begitulah manusia. Jika inginkan kekayaan sejati, kurangkanlah keperluan terhadap dunia dan manusia … bukan dengan meningkatkan keperluan kepada keduanya.

Pernah aku temui orang kaya yang memilki harta berjuta. Segala-galanya bagai berada di hujung jarinya. Kereta, rumah, hartanah dan wang simpanannya berjuta-juta. Tetapi alangkah sedih, dia begitu miskin di sudut jiwanya. Keinginannya pada dunia sentiasa meluap-luap. Ingin itu, ingin ini. Selepas satu, satu pula keinginannya. Jiwanya sentiasa resah. Dia umpama meneguk air laut, makin banyak diminum semakin haus. Pantang ada kereta model terbaru… dia resah. Pantang ada hartanah yang nak dijual… dia gelisah. Oh, alangkah siksanya sikaya yang hidup dalam kemiskinan itu.

Lihatlah perancangan kewangan musim yang lalu. Betapa kekadang berlaku sesuatu di luar di luar dugaan. Disangka cukup, tiba-tiba mengurang. Dijangka sempit, tiba-tiba lapang. Tidak salah merancang di batas tadbir… tetapi segalanya terlaksana di alas takdir. Sebab itu pasakkan ke dalam hati selalu, Allah itulah Ar Razzak – Maha Pemberi Rezki – yang mampu memberi melalui jalan-jalan yang misteri. Jalan yang tidak mampu dijangkau oleh akal yang terbatas, justeru upaya-Nya yang Maha Luas.

Wahai diri yang bakhil, keluarkanlah hak orang lain yang kau anggap hakmu. Jangan jadi seperti Qarun yang menganggap kekayaan diri kerana kepandaiannya. Ya, kau yang memerah keringat. Ya, kau yang penat berfikir. Tetapi dengan tenaga siapa kau berusaha? Tangan, kaki, bahu dan segala pancainderamu itu milik siapa? Kau bukan pemiliknya. Kau hanya peminjam… Begitu juga dengan akal, hati dan perasaan yang kau gunakan untuk berfikir, merasa dan bertindak… milik siapa segalanya? Bukankah segalanya milik Allah?

Oh, rupanya aku sering terlupa bahawa usahaku semuanya, segalanya, adalah dengan ‘modal pinjaman’. Aku perlu membayarnya. Kepada siapa? Kepada Allah? Ah, Dia Maha Kaya. Dia tidak memerlukan apa-apapun daripada hamba-hamba-Nya. Namun, Allah memerintahkan agar ‘modal pinjaman’ itu dipulangkan kepada hamba-hamba-Nya yang memerlukan. Itulah golongan 8 – asnaf zakat yang memerlukan. Merekalah pemilik yang berhak ke atas harta Allah yang dipinjam oleh Sikaya. Lalu aku akur, ya Allah alangkah berdosanya aku. Aku masih tamak, aku masih rakus. Bagaikan akulah pewaris harta Qarun nan sejati – hati yang sentiasa merasa miskin!

Dulu, aku pernah menjerit kerana tidak cukup. Tapi kini aku menjerit kerana ingin lebih. Ah, apakah esok aku akan terus menjerit kerana tidak puas? Wahai diri, milikilah kematangan rasa. Jangan sekali-kali bertindak ‘terlalu’. Samada terlalu ‘mahu’ atau terlalu ‘benci’. Kesederhanaan itu selalu menyelamatkan. Ingat selalu pesan Al Quran, tangan jangan terlalu dibukakan… tetapi jangan pula terlalu digenggamkan. Titik tengah antara boros dan bakhil, itulah pemurah.

Jika wang boleh menyuburkan kasih-sayang, hulurkanlah. Jangan lokek ‘memeriahkan’ persaudaraan. Bukan Rasulullah SAW pernah bersabda sedekah terbaik ialah yang didahulukan kepada kerabat terdekat. Tetapi ingat, bukan wang itu yang mempertautkan persaudaraan… tetapi hati yang jujur. Kejujuran mampu ‘membeli’ kasih-sayang lebih dari jumlah wang yang aku miliki… Aku tidak ingin menjadi pewaris hati Qarun!

Antara kualiti jiwa dan kuantiti harta sering diri alpa dan terkesima. Jiwa dibiarkan buruk dan gelap, badan kereta pula yang asyik dilap dan digilap. Rumah ditukar langsir, dicat baru dan dihiasi perabot pelbagai jenama, tapi sayang… jiwa berterusan terus kusam, kelam dengan mazmumah yang terus bermaharajalela.

Duhai diri, apakah kamu lupakan mati? Di mana Qalbun Salim (hati yang sejahtera) yang menjadi penjamin mu di Hari yang tidak berguna semua saudara dan segala harta?

Ya Allah, uzlah aku dari kejahatan diri agar tidak menjangkiti orang lain. Qanaah aku agar tidak hasad pada nikmat yang diberi kepada yang lain. Sabar aku dengan karenah insan yang menjadi “bahan uji”Mu untuk mendidik aku. Syukur aku pada nikmat yang ada tanpa mengenang apa yang tiada. Pemaaf aku pada kejahatan insan sebagai karma kejahatanku pada mereka.

Ya Allah, aku belum sampai… tetapi sungguh, aku telah mulakan perjalanan. Walau susah sungguh, untuk pasrah padaMu, penuh seluruh! Lihat aku, kesihanilah aku, kutip aku… wahai Al A’fu.

:.Ustaz Pahroul Mohd Joui.:

Free Signature Generator

02 October 2009

SESEKALI DIUJI

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

"Ya Allah moga ku sentiasa dalam rahmat & kasih sayangMU dan sentiasa mendapat petunjuk dariMU,Jangan Kau biarkan diri ini dalam kelekaan dan kealpaan dengan segala nikmat pemberiaanMU,jadikanlah aku orang yang sentiasa Sabar dengan ujianMU,Ya Allah lindungi daku,Ya Allah kasihi daku,Ya Allah sayangi daku"

mujahidah:lagu ni hadiah daripada seorang adik,setiap kali dengar lagu ni hati jadi sayu.tambah-tambah sejak akhir-akhir ni memang hati ni terlalu mudah tersentuh dan sayu dan apalagi...turunlah titisan air hujan daripada kelopak mataku ini tanpa tahu sebabnya...banyak lalai dan leka agaknya.ampuni daku ya Allah :(

Free Signature Generator

01 October 2009

BAKAL DIPINANG

InsyaAllah 11 Oktober ini bakal menyaksikan 1 lagi "peperangan" sengit antara UMNO dan PAS .harapnya kali ni N31 Bagan Pinang akan berjaya dipinang oleh calon ini...(*_*)Ayuh penduduk Bagan Pinang "pinanglah" calon ini di Bagan Pinang(*_*)...yang "hijau"

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
UMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG
AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN
FARAH WAHIDAH 18 TAHUN
MOHAMAD FADLI 14 TAHUN
MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN
FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN
MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

-PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
-TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
-SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)
-EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
-PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
-TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
-KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
-BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

-PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
-TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

-PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
-PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
-PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
-EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
-PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
-PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.


"Ya Allah bantulah jentera dan pihak yang haq bagi memastikan yang haq tertegak."ameen.

Free Signature Generator

25 September 2009

RIANG RIA RAYA

Alhamdulillah dengan nikmat Iman dan Islam dan nyawa dapat lagi ku menemui bulan selepas Ramadhan,bulan Syawal,hari kemenangan umat Islam selepas selesai dengan menjalankan ibadah puasa di bulan mulia,bulan Ramadhan.Macam mana dengan Ramadhan yang baru berlalu,adakah lebih baik dan bermakna daripada sebelum ini atau sebaliknya.tepuk dada tanya iman kita,kita sendiri dapat nilainya dan sebaik-baik penilainya ialah Allah(*_*)

Bagiku hari raya kali ni agak memenatkan,memang selalunya hari raya pertama jarang dapat beraya,sebab rumah atuk dan nenek ni,pagi-pagi raya orang dah ramai berkunjung,dan secara tradisinya akan ada marhaban selesai sahaja solat hari raya.Jadi nak tak nak tuan rumah kenalah sediakan juadah istimewa untuk lebih kurang 40 orang.Kali ini,ada chef daripada Kelantan ;),menunya ialah laksa penang,ketupat,rendang,sambal udang pun ada juga dan juadah sampingan yang lain,maka bertungkus lumuslah pagi tu.

hari raya ke-3 barulah saya mula beraya,ada jga sahabat-sahabat sekolah menengah dulu bertandang ke rumah,Raudah,Fathiyah dan Hafizah,mereka ajak beraya sekali ke rumah sahabat-sahabat yan lain,memang itu selalunya aktiviti tahunan kami,sebab masa tu je nak jumpa sahabat-sahabat yang lain,maklumlah masing-masing di kampus lain,tapi malangya kali ini tak dapat nak join sebab pak cik mengadakan rumah terbuka khusus untuk keluarga kami.

Pada hari raya ke-4 barulah dapat saya beraya bersama sahabat-sahabat anak-anak Melaka,muslimin dan muslimat,kami berkumpul di rumah Ustaz Azam lebih kurang jam 9.30 pagi,kami berkonvoi,beraya ke rumah sahabat-sahabat yang menjemput ke rumah,rumah saya pun ada juga,tapi pada keesokkan harinya,hari raya kelima,itu pun bagi tahu lambat sebab tak tahu pula kena bagi tahu awal...hehe maaf :(

Gambar di bawah,gambar ketika kami beraya ke rumah sahabat-sahabat anak melaka,kami daripada pelbagai tempat pengajian,kami selalu dapat berjumpa ketika program yang melibatkan negeri tercinta kami,MELAKA(*_*),bagi memastikan adanya penyambung rantai-rantai perjuangan Islam di Melaka khususnya da Malaysia amnya.insyaAllah.konvoi raya sampai 2 hari,tapi saya hanya dapat join raya ke-4,beraya sakan kami masa tu,sampai malam.
menjamu selera di rumah ustaz aidil

ketika di rumah Syaziela

mujahidin melaka

mujahidat melaka

ketika di rumah saya(*_*)

Alhamdulillah yang menariknya buat keluarga kami kali ini,1 mesyuarat khas telah diadakan untuk menubuhkan 1 organisasi keluarga dalam menjalankan pelbagai aktiviti kekeluargaan.Yang terharunya itu adalah idea kami,cucu-cucu,tak sangka dapat kerjasama yang baik daripada mak cik-mak cik da pak cik-pak cik.Pengerusi untuk organisasi keluarga ini ialah pak cik kami yang paling tua,kami panggi pak nor,naib pengerusi adik saya,omar,setiausaha...hehe saya sendiri,dan bendahari mak cik bongsu kami,mak adah untuk kutipan yuran setiap bulan,untuk yuran,bagi yang bekerja rm 100 sebulan(nak lebih pun tak pe..hee)dan yang tidak bekerja rm20 sebulan.

Bersemangatya pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik kami ni,sampai meeting atas katil hehe,menarik kan,sampai setiausaha pun rasa kelakar je nak tulis tempat meeting diadakan...malam tu macam-macam yang kami bincangkan untuk aktiviti khuwah keluarga kami,punya tmbah semangat lagi,saya dah kena buat borang keluarga malam tu,atas arahan tuan pengerusi kami(*_*),dan ada juga yang tak sabar-sabar membayar yuran.terima kasih mak cik dan pak cik kerana sudi terima idea kami(*_*),semoga apa yang telah dan bakal rancangkan dan adakan aktiviti keluarga lepas ni,akan diberkati Allah dalam mengukuhkan ukhuwah sesama keluarga kita,ameen.

Gambar di bawah,gambar meeting & gambar beraya ke rumah tuan pengerusi,hee pak nor...di Bachang.

meeting atas katil...

apalah yang diborakkan tu,yang duduk tu tuan pengerusi(*_*)

mak&abah

wajah kecil yang memeriahkan suasana rumah(*_*)


mujahidah:Moga pertarbiyahan ramadhan lepas dapat kita kekalkan,moga berjumpa lagi ramadhan yang mendatang.salam lebaran buat semua keluargaku, sahabat-sahabat,adik-beradik seperjuangan.maafkan kesilapan sepanjang perkenalan.makin lama perkenalan,makin banyak silap yang sedar atau kita tidak sedar.maaf zahir & batin dan semoga syawal ini dapatlah kita merebut pahala dengan menjalani ibadah puasa 6.insyaAllah.
Free Signature Generator

18 September 2009

KAD RAYA

Alhamdulillah,hari ni dapat kad raya daripada Jordan,hehe(*_*),syukran kak izzah,akak kenalan blog(*_*)selamat hari raya semua,maaf zahir batin...dah nak pergi dah ramadhan :(

Free Signature Generator

14 September 2009

23 YEARS OLD

Alhamdulillah,pada hari ini,14 September bersamaan 24 Ramadhan 1430H genaplah umurku 23 tahun(tua dahxpasti).Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi mendoakan,dan beri ucapan baik menerusi SMS dan laman maya (*_*).Kali ini,kali kedua ulangtahun kelahiranku jatuh di bulan yang mulia ini,moga ada keberkahan disebaliknya.ameen.
Beli kek,saja suka-suka,potong masa sahur...hehe.atuk pun membacakan doa"Ya Allah,kau berkatilah halimah jaapar sempena hari lahirnya yang ke-23,kau permudahkanlah urusannya,beri kejayaan kepadanya...dan bla..bla...bla.(*_*)
mujahidah:orang pertama yang wish ialah adikku baim,walaupun jam akak tak menunjukkan waktu 12am lagi,hehe kira baim lah juara kali ni.dahulu kembar baim,zai.. terima kasih buat semua atas doa-doa dan ucapan kalian(*_*)
Free Signature Generator

09 September 2009

RAHSIA SOLAT,RUGINYA TAK SOLAT!!!

Baginda SAW bersabda:

“Sesungguhnya apabila seorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solah lima waktu maka gugurlah dosanya seperti gugurnya daun-daun ini.”

Kemudian Baginda SAW membaca ayat yang berikut:

“Dan dirikanlah solah pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu (terutamanya solah) akan menghapuskan dosa. Perintah-perintah ALLAH TAALA yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan.”(Hud :114)

(Hadith riwayat Imam Ahmad, Nasai dan Tabarani.)


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud . Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan
menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana
spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan , pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya
bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semua nya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s. w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisipli

Diriwayatkan daripada Hazrat Jabar bin ‘Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan kufur,”

Dalam riwayat yang lain,

“Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan syirik dan kufur.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad, Muslim)


:.artikel ini ehsan daripada Ustaz Aidil,syukran ustaz(*_*)& sedikit tambahan info daripada saya.:
Free Signature Generator

THE MANY COMMENTS GOES TO...


Salam Ramadhan Kareem semua...di bawah senarai "posting" THE SHARING WORLD yang paling banyak dan lebih cenderung pengunjung komen(*_*)
mujahidah:terima kasih buat teguran,kutukan,komentar,cadangan,semangat dan macam-macam lagi(*_*)untuk blog ini.sudi-sudilah bagi komen lagi...ros
Free Signature Generator

08 September 2009

FLAG THAT BLOG


Salam.hari ni dapat e-mail untuk "beramal" di bulan mulia ini,yang berbunyi:

Assalamualaikum,
minta sahabat/sahabiah tolong FLAG blog ini agar ia di'block' secepat mungkin, http://messengerofg odtoday. blogspot.com/
blog 'rasul palsu melayu kahar' (*_*) cara flag:
-buka blog tu.
-klik gambar bendera on top of the blog (kat sebelah bendera tu ada tulis FLAG)
-pilih kategori 'hate violation' kemudian ikut arahan seterusnya sehingga akhir proses.

-tahniah, sekurang2nya anda telah berusaha menyekat satu lagi ajaran sesat akhir zaman, hanya perlu luangkan masa kurang dari 3 minit (ikut keadaan internet jugak la...bulan2 pose ni berbaloi bersabar kan...)
syukran

mujahidah:apa lagi saudara seislam sekalia,ayuh sama-sama kita mengekang daripada ajaran sesat terus beraja!
Free Signature Generator

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...