" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

10 July 2009

NAFSU OH NAFSU

Alhamdulillah,dapat juga nak update blog hari ni.tadi internet rumah ni buat hal pula,sampailah malam.hmm,kali ni saya nak kongsi mengenai apa yang saya dapat hari ni.Hari ni,ditakdirkan Allah,Allah memberi peringatan kepada saya semua mengenai NAFSU.Pagi-pagi saya dah dah dapat mesej mengenainya,mesej tu berbunyi:

"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri,
satu ketika aku mengalahkannya.
dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya"
(Sufyan At-Thauri)

Memang betul,ada masa kita memang dapat kalahkan nafsu kita...bilamana iman kita naik insyaAllah nafsu juga dalam kawalan dan panduan kita,tapi malangnya bilamana iman kita kurang,nafsu yang mengawal dan pandu kita.nauzubillah.Sedang saya menyambung bacaan sebuah buku yang masih belum saya habis baca,saya terjumpa mengenai nafsu lagi...wah hari ni topik dan peringatan untuk saya mengenai nafsu nampaknya,AlhamdulillahsenyumIa adalah kunci untuk kita mengekang hawa nafsu kita.kuncinya ialah:

"Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu,
sedangkan ketika ia menyerang,
ia menguasai 2/3 akal.
Maka tiada jalan lain melainkan SABAR"
(Imam As-Syafie)

Subhanallah,besar peranan sabar rupanya dalam kehidupan kita.patutlah dalam Al-Quran banyak menyebut kelebihan orang bersabar.seringkali kita diingatkan dan diberitakan Allah dalam Al-Quran"BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA YANG BERSABAR",dan dalam ayat yang lain"SABAR ITU CANTIK/INDAH" dan Allah juga berjanji bahawa "ALLAH BERSAMA MEREKA YANG BERSABAR",masyaAllah bersabarkah aku dan dirimu dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ni?Ya Allah,jauhi aku daripada pautan nafsu syaitan durjana ya Allah.Saya teruskan bacaan saya lagi,dalam ayat seterusnya menceritakan mengenai PENCINTA ALLAH,bagaimana SI PENCINTA ALLAH ITU?apa kaitan dengan nafsu pulaksoalPENCINTA ALLAH ITU IALAH:

"seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu,
tidak putus-putus mengingati Allah,
berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya.
Apabila dia berbicara,dia berbicara dengan Allah,
apabila dia berdiskusi,diskusinya tentang Allah.
Dia bergerak dengan perintah Allah.
Diamnya bersama bersama Allah.
Maka dia dengan Allah,Untuk Allah,dan bersama Allah"
(Abu Bakar al-Kattani)

Let's recheck ourself,ada kita punyai ciri-ciri di atas?honestly,saya masih bermasalah dalam mengawal nafsu,maka masih tidak layak bergelar PENCINTA ALLAH.mengatakan sayang dan cinta amat mudah,tapi dalam membuktikan rasa sayang dan cinta itu amat payah,ditambahi lagi dengan ujian-ujian yang menimpa diri.ingatlah kita,"NAFSU SENTIASA MENGARAH KEPADA KEMUNGKARAN!.bila nafsu kuasai diri,ini yang akan terjadi:

Italic"Apabila hawa nafsu sudah dominan,maka hati akan gelap.
Apabila hati gelap,maka dada kan menyempit.
Apabila dada menyempit,maka akhlak jadi buruk.
Apabila akhlak buruk,maka makhluk akan membencinya"
(Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)


Ya Allah Ya Tuhanku,jauhkan kami daripada pautan nafsu syaitan durjana
&
kami berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami
&
Jadikan kami daripada golongan orang yang SABARros

Free Signature Generator

Related Posts by Categories



7 comments:

  1. salam.syukran kak imah. hehe~ suka dpt mesj dr kak imah. tp, x tereply. ayah ajak kuar seharian rini. ank die kan da nk balik. dipaksanya juga yan kuar.huhu~ turutkan lah. ari tu plak ayh pksa yan berendam dlm kolam air pnas. nk rawt nyakit keturunan.huhu~

    emm. nafsu. wat can we do with it?kill 'em or teach 'em?

    ReplyDelete
  2. masyaAllah..nafsu diri ini trlalu besar..mampukah iman d dada mengawalnya?benarlah, sabar itu munci kpd nafsu..layakkah aku bergelar pencinta illahi?YA aLLAH terimalah segala taubatku dan shbt2 ku..syukran k.imah atas nukilan ini sbg pengajaran kita bersama..=)

    ReplyDelete
  3. pencinta Allah aka pencinta Ilahi kan hehe
    http://cintailahi39.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam.syukran adik2ku sekalian mengomen di sini ;) .to yan to kill nafsu o to teach them :-/ ajar nafsu yg terbaik:) kita yg pandu n didik ia ke arah kebaikan.nak hapuskan...hmm mustahil.wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. really luv dis post..
    keep it up,ya ukhti...

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak dtang ke sini, apa khabar kak

    ReplyDelete
  7. salam..akak... post ni btol2 dpat mendorong utk muhasabah diri kita seoagai seorg mukmin... smoga iman dan taqwa dapat menundukkan nafsu yang boleh membinasakan diri kita semua... ya ALLAH pimpinlah kami ke jalan yg ENGKAU redhai... amiinn..

    ReplyDelete