08 July 2009

HANYA TAKUT PADANYA


Anak-anak orang mukmin sedang asyik bermain di pinggir kota Madinah.Tiba-tiba suasana gempar seketika.Anak-anak tadi bertempiaran lari menyembunyikan diri.Mengapa?rupa-rupanya mereka melihat Saiyidina Umar Ibn Khattab sedang berjalan melalui tempat mereka bermain.Anak-anak kecil itu gerun dengan sikap tegas yang ada dalam jiwa Umar.

Namun dalam kekalutan itu,ada seorang budak yang tidak ikut lari,bahkan terus bermain seolah-olah tidak apa-apa yang berlaku.Saiyidina Umar melihat keberanian budak itu lalu bertanya,"Mengapa engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?"

Anak itu menjawab dengan berani,"Ibu saya mengajar agar takut pada Tuhan sahaja,bukan pada manusia."

"siapa namamu?"

"Abdullah bin Zubair."

Abdullah bin Zubair adalah anak Asma' binti Abu Bakar.Hasil didikan ibunya,apabila Abdullah dewasa,ia menjadi seorang abid dan mujahidstar

"Setiap anak yang lahir adalah dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi".

(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)



mujahidah:masyaAllah,sungguh bagus budak tu kan:pandacloud_19:ia bermula daripada tarbiyyah(didikan)keluarganya iaitu ibunya.Bagaimana pula dengan masyarakat kita hari ni?adakan mendidik anak dengan perkara yang lebih mendekatkan diri kepadaNYA,atau menjauhkan diri daripadaNYA.Mendidik anak takut pada PENCIPTA atau takut pada ciptaanNYA:pandacloud_45:seringkali melihat,bilamana anak-anak nakal,ibu bapa akan menakutkan anak-anak dengan binatang,dengan hantu dan perkara-perkara yang membuatkan anak-anak lebih cenderung takut akan benda.Maka lahirlah generasi yang lebih takut pada hantu,pada kucing pada yang entah apa-apa daripada AllahmerajukLihat sahaja generasi sekarang,kebanyakkan mereka melakukan perkara yang langsung tidak mendekati diri kepadaNYA.Alangkah indah kita semua ditarbiyyah dengan hanya takut pada Allah.SubhanallahrosInsyaAllah mujahid dan mujahidahku nanti akan cuba ku bentuk mengikut acuan Islam sebenar...insyaAllahsenyumkenyit

kata hukama':

التَّعَلٌّمُ فِى الصِّغَرِ كَالنَّقْشِ عَلَى الحَجَرِ
"pendidikan ketika kecil seperti ukiran atas batu"
(didikan sedari kecil amat berkesan)
Free Signature Generator

1 comment:

  1. tarbiatul aulad.hehehe~
    a'ah, demam...kak imah pon sama eh? pening sangat.
    yan tgh cari pinjaman pengajian ni.huhu~ x jmpak. k.imah blik uia ble?

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...