" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

01 July 2009

PINDANG ATAU SINGGANG?

Pernah dengar atau lihat tak 2 perkataan di atas?pasti pernah kan.rasa macam dah lama tak post entry mengenai menu.ok hari ini nak kongsi menu yang menjadi tajuk entry kali ni.

BAHAN-BAHAN
  • kunyit
  • belacan(wajib sebab orang melaka kan ;) )
  • halia sikit
  • bawang putih 3ulas
  • ladah basah 1
  • garam
  • gula(ganti pak aji)
  • asam jawa segenggam
  • ikan(saya guna ikan parang,tenggiri pun ok)
CARA-CARA
  • tumbuk belacan dan kunyit sehingga sebati
  • halia dan bawang putih dihiris
  • lada merah di koyakkan di tengah(ni tak de pun takpe...hiasan je)
  • masukkan hasil tumbukan:) belacan dan kunyit tadi,hirisan halia dan bawang putih serta air asam jawa ke dalam periuk masakan,dan gaul sehingga rata semuanya.
  • Kemudian,tenggekkan atas dapur sehingga agak mendidih masukkan ikan,garam,gula secukup rasa,dan lada basah.siap.


ok siap dah,senang je kan,sebenarnya ia ada 2 cara,yang di atas ni cara rebus,pindang rebus,1 lagi pindang tumis,kalau tumis kena masuk minyak,makanan lain dah berminyak tu yang saya buat rebus je...kalau tumis,tumis gaulan antara belacan dan kunyit tadi,pastu baru masuk air asam dan yang lain-lain.
ni namanya zorro,peneman saya di dapur...(iye ke peneman....ke pengacau...hihi)

ok mengenai tajuk di atas,kenapa ada 2 nama?ni atas pemerhatian saya la,orang timur sebut singgang,yang saya orang selatan sebut pindang.ke keluarga saya je yang panggil macam tu...hee(*_*)apa pun namanya asalkan boleh makan,kita sapu;-)yang pasti kuah pindang ni sedap dimakan dengan sambal apa orang melaka?hehe sambal belacan,tapi ada lagi sedap sambal belacan telur...sodap sangat.ok selamat mencuba,test,acu,try...hee(*-*)

Free Signature Generator

Related Posts by Categories



No comments:

Post a Comment