Perginya Allahyarham,mengingatkan saya tentang salah sebuah cerita di televisyen,tak silap saya tajuk cerita bersiri tersebut,Tanah Kubur.Cerita yang bagi saya,apabila kita menontonya kita akan ingat akan kematian.Setiap minggu,akan menceritakan kisah orang yang berlainan,yang menunjukkan gaya hidup mereka dan akibat gaya kehidupan mereka,akhirnya kematian mereka bagaimana?Sama ada husnul khotimah(kematian dengan cara baik) atau su'ul khotimah(kematian yang buruk).Kisah bersiri ini,menampilkan pelakon tetap,iaitu pengali kubur,Nasir Bilal Khan dan Fauziah nawi sebagai isteri seorang penggali kubur.
Yang cuba saya nak kaitkan di sini,adalah bilamana salah satu siri yang baru-baru ini saya 'berkesempatan' menontonnya,yang dilakonkan oleh Allahyarham Zami Ismail sendiri,kisah yang menceritakan bagaimana seorang lelaki tua yang tinggal seorang diri,tidak berdaya sangat untuk melakukan ibadahnya di tempat lain selain rumahnya.Tapi sayangnya,penduduk kampung terutamanya mereka yang rajin ke surau,selalu ingat bahawa insan tua itu tidak solat dan tidak suka beribadah.Sebenarnya alasan si tua itu,beliau tidak berdaya,jika ada kudratnya dia akan ke surau.Tapi sayangnya bila tiba di surau,orang suka mengata si tua itu.Disebabkan itu,beliau lebih suka beribadah di rumah.Dialog yang amat saya suka,ketika si penggali kubur itu,ada bertanya tentang mengapa beliau tidak ke surau,jawapan yang amat indah "Bukan aku tak mahu ke surau,kadang-kadang aku tak berdaya sangat.Tapi bila aku pergi ke surau,orang mengata aku,menghina aku,daripada aku pergi surau,orang buat dosa, mengata aku,disebabkan aku diorang berdosa,baik la aku beribadah di rumah aje,diorang pun tak berdosa" murni sungguh hati si tua itu sehingga si penggali kubur itu juga turut kagum.
Akhirnya,tiba saat kematian si tua itu,yang dilakonkan Zami Ismail tadi. Ketidak puasan hati orang kampung yang kononnya kaki surau ini bising.Merka menyatakan mahu melihat wajah si insan tua itu,dia mahu lihat balasan orang yang tak suka ke surau itu.Si penggali kubur pada awalnya tidak beri kebenaran,dengan alasan mayat telah di tanah perkuburan dan telah pun diberi lihat pada saat dia di kafankan tadi.Tapi penduduk kampung berdegil jugak nak lihat wajahnya,macam seolah-olah menjangkakan bahwa insan tua itu mati dalam keadaan buruk.Tiba-tiba datang seorang lelaki yang memegang wasiat si tua itu tadi,ingin berjumpa dengan si penggali kubur kerana kepercayaan si tua kepada si penggali kubur.Rupanya si tua itu telah mendermakan banyak harta untuk surau,untuk meluaskan kawasan perkuburan.
Walaupun begitu,orang kampung tetap ingin melihat wajah si tua itu,dengan alasan diorang yang mengatakan si tua itu tahu dah dia dah nak mati,sebab tu derma duit ke tempat lain.Akhirnya,si penggali kubur itu mengalah dengan membuka juga wajah si tua itu.SubhanaAllah,terpaku semua orang yang melihatnya,si tua itu mati dalam keadaan yang baik,wajah yang tenang.Semua penduduk kampung insaf,lalu si penggali kubur tadi mengatakan,bahawa apa yang dilemparkan oleh pendududk kampung adalah tidak betul,kerna si penggali tua lebih kenal si tua itu,kerna dia yang selalu menziarah si tua itu dan mendengar luahan hati beliau dan pernah sendiri melihat depan mata si penggali si tua itu,yang mana dia bersedekah kepada seorang peminta sedekah,bukan sekadar bersedekah bahkan menasihati lagi si peminta sedekah tersebut 'jangan asyik minta sedekah ye,kudrat masih kuat ni,cuba cari keje ye,tak elok minta sedekah".Begitulah serba sedikit salah 1 episod dalam Tanah Kubur.
Kesimpulannya,biarlah kita beribadah dalam diam,tidak dilihat manusia,tapi tawadhu' daripada suka beribadah di surau,kaki surau,tapi riak.Nauzubillah!Terngiang-ngiang wajah Allahyarham Zami Ismail ketika dalam lakonan tersebut,saat wajah bersihnya.Semoga ia bukan sekadar lakonan,moga ia nyata saat kematiannya yang sebenar.Ameen.
Kisah ni turut saya kongsikan bersama dengan mak cik bongsu saya,ketika sambil-sambil memandu pulang daripada Bangi menghantar mak cik yang tinggal di sana,untuk hilang-hilang mengantuk.Kira usrah la jugak ;)Lalu mak cik saya yang bongsu ni turut menambah mengenai kematian juga,dia kata "orang yang kena tali gantung tu sebenarnya beruntung,sebab dia dah tahu dia nak mati bila,kalau diorang guna masa yang diorang ada bertaubat sungguh-sungguh,insyaAllah mati dalam keadaan baiklah diorang" Saya setuju dengan pandangannya,banyak juga yang kami kongsikan bersama,sampai 'rahsia' saya yang saya tidak share dengan sesiapa pun lagi(memang tak ingin share kerna tak pasti ia nyata atau sebaliknya),yang sebelum ni hanya saya dan DIA sahaja yang tahu,akhirnya dia tahu juga disebabkan pujukan dia,tapi disebabkan saya yakin dengan mak cik saya dengan hal-hal sebelum ni pun dia ok,jadi saya percaya dan berkongsi juga disebabkan dia juga sudi mendengar.Kira sesi heart to heart.Terima Kasih mak cikku merangkap teman gaduhku,hehe.Rahsia kita bertiga,imah ,DIA dan mak cik bongsuku :)
mujahidah : "wakafa bil mauti wa'izahan!cukuplah sekadar mati itu menjadi peringatan" sentiasa berdoa kita mati dalam keadaan yang baik.insyaAllah.Janganlah hanya berfikir bilakah saat kematian kita akan tiba,tapi persediaan ke arah itu yang perlu kita laksanakan dan pertingkatkan,insyaAllah!
Innalillah.. Semoga arwah ditempat bersama orang beriman dan bertaqwa.
ReplyDeleteal-fatihah
ReplyDeletesmga arwah ditptkan bersama org yg baik2