07 May 2009

FITRAH TO FITNAH

Kita sebagai manusia,secara fitrahnya tidak terlepas daripada ujian daripada pencipta kita iaitu Allah Yang Maha Esa.Tapi samada kita sedar atau tidak,kadang-kadang fitrah ini,ujian ini boleh menjadi fitnah kepada seseorang.Bagaimana ia boleh menjadi fitnah?Dan bagaimana yang dikatakan daripada benda tu fitrah ia menjadi fitnah.sila jawab ye cik halimah:-)(tanya diri sendiri lak...hehe)

Ujian tu tarbiyyah daripada Allah,tanda sayang Allah pada hambaNYA.tarbiyyah(mendidik)seseorang tu dalam sesuatu perkara untuk lebih matang dan untuk Allah beri pengajaran melalui ujian yang dihadapinya.contohnya,ujian susah untuk mendidik sifat sabar dan memberi pengajaran supaya bersyukur dengan apa yang ada.

Tapi kadang-kadang ia boleh jadi fitnah bilamana,seseorang itu tidak sedar dirinya diuji atau pun mereka sedar diuji tapi melalui ujian tersebut tanpa membawa iman mereka sekali,tapi lebih kepada nafsu semata.

Contohnye,seseorang atau sekumpulan manusia yang diuji dengan kesusahan,hidup dalam serba kekurangan,ia adalah tarbiyyah dan tanda sayang Allah pada golongan tersebut,tapi ia menjadi fitnah apabila,golongan tersebut menganggap bila susah...mencari rezeki dengan melacur,mencuri,terlibat dengan sindiket minta sedekah.dan ia menyebabkan sesetengah masyarakat kita memandang serong terhadap golongan ini.ada la suara-suara sumbang"ni mesti kerja orang fakir sangat ni,sampai mencuri","hai tak ade keja lain la fakir miskin ni,asik dok minta sedekah je.."

Begitu juga hal hati,saya lebih sentuh mengenai hal antara lelaki dan perempuan,"cinta".ia benda fitrah manusia.cuma cara sahaja yang menyebabkan ia fitnah.sekarang ni heboh hal "couple",sampai ada yang fikir,kalau tiada pasangan tu,memalukan je.Seolah-olah menjadi adat dan berlaku dalam masa yang singkat dan terlalu mudah.Dahtu,ada yang fikir dan memang dah jadi adat dah,adat yang sangat-sangat perlu dibetulkan,bila dah tunang,sesuka suki mereka,keluar bersama-sama tanpa mahram,dan tanpa menjaga batasnya.Bagi saya pandangan masyarakat kita pada "cinta"sesama manusia pada era sekarang ni,bagi saya mengedikkan(ntah perkataan apa ntah saya guna...tanda geram),sesuatu yang fitrah,tapi dipandang dari sudut yang tak ikut garis panduan agama(ikut telunjuk barat),kalau dibuat "survey"saya pasti ramai yang akan setuju dengan budaya "couple",bertunang lagak macam dah kahwin nih.

Kita kena ingat,Allah dah sebut dalam surah Al-Ankabut,ayat 3,Allah uji untuk tahu kita ni benar-benar beriman,atau hanya cakap kosong sahaja!setiap orang ujiannya berlainan,ujian susah,ujian kaya,ujian pangkat,ujian itu,ujian ini...Jangan kita pandang apa yang Allah timpakan,tentukan pada kita adalah sebab kita manusia tak berguna,tapi...lagi banyak Allah uji,lagi sayang Allah pada kita lebih.ada pahammm anak murid sekalian;) (termasuk diri ni sekali nasihatnya...)wallahua'lam.



"bila Allah cepat kabulkan doamu,

Maka Allah menyayangimu,

bila DIA lambat makbulkan doamu,

maka DIa ingin mengujimu,

bila DIA tidak memakbulkan doamu,

DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,

sentiasalah bersangka baik dengan Allah,

kerana kasih sayangNYA lebih daripada kemurkaanNYA"

mujahidah:ujian tarbiyah daripada Allah,ujian tanda sayang Allah pada hambaNYA,sentiasalah husnozhon(bersangka baik)dengan Allah,pandang segala apa yang Allah takdirkan ke atas kita adalah sesuatu yang positif ,semoga kita bahagia dalam dakapan tarbiyyah Allah.insyaAllah.sama-sama doakn.nasihat buat diri yang lemah,hina lgi dina terutamanya,dan juga buat semua(*_*)


Free Signature Generator

4 comments:

  1. salam. saya seringkali melihat tajuk sebegini ditulis dalam blogspot. masih tidak ada suatu penyelesaian yang konkrit. mungkin perlu dinukilkan penyelesaiannya (lebih konkrit) pada penulisan akan datang. insyalllah akan menjadi manfaat.

    ReplyDelete
  2. salam.
    doakan moga kita sama2 dpt tempuhi ujian daripadaNya.
    k.imah da banyak tolong yan. syukran kakakku yang amt disayangi... =)

    ReplyDelete
  3. salam kepada ibnramlee.syukran ziarah blog ana.hm pyelesaian yg konkrit?insyaAllah akn cb diusahakn.xpun mgkn saudara ble bg cdgn.

    kepada adikku yan yg comei,afwan dik:-)sama2 bn2 mbantu.kita kan adk brdk;-)

    ReplyDelete
  4. salam kak..erm..nak ckp same cam yan lah..hehe..same2 kite doa..^^

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...