09 October 2011

PLEASE PRAY FOR HIM!

keadaan di luar wad

♥ Semalam ku bertemumu di rumah sakit itu,
tanpa sempat bersalaman apatah lagi berbicara denganmu sebagaimana kebiasaanku sebelum ini.
DitaqdirkanNYA ketika rombongan 4 orang cucundamu dari bumi Kuala Lumpur tiba untuk menemuimu di malam itu,
keadaanmu tiba-tiba mengundang resah buat kami,
Bermulalah suara tangisan,munajat dan penantian penuh debaran & pengharapan.

Semalam kau benar-benar memberi kejutan membimbangkan,
sehingga kami semua mematikan langkah untuk pulang ke teratak keluarga,
sehingga ada yang tidak menang tangan untuk memaklumkan kepada kerabat kita yang lain.Akhirnya jam 4am kau mula menunjukkan sedikit kestabilan kembali,sedikit harapan juga buat kami.Moga kestabilan itu berterusan sebagai 1 peluang buat kami dan juga buat dirimu atukku![TOLONG DOA HJ.MD SAID OMAR,ATUK SAYA YANG KINI DI WAD CCU(JANTUNG)!] ♥

ketika turn saya dan mak mellihat atuk setelah keadaanya membimbangkan

mujahidah : Semalam sampai sahaja di Hospital Melaka,ramai dah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik di berada wad jantung,pada awalnya keadaan atuk ok,sehinggalah saat kami cucu yang baru sampai daripada Kuala Lumpur untuk melawatnya,apabila adikku dan seoranglagi sepupu lelakiku sedang melawatnya,keadaannya tiba-tiba tidak stabil akibat insiden 1 keadaan(adik saya sempat menyaksikannya).Kami semua tak sapai hati nak pulang ke rumah walupun telah larut malam,sehinggalah keadaan mula stabil beberapa daripada keluarga kami pulang ke rumah jam 5am,tapi masih juga yang masih berada di hospital sehingga sekarang.Semoga kestabilannya berterusan dan kembali sihat seperti sediakala.Kembali semangat untuk terus hidup sebagai hambaNYA dan pejuang agamaNYA.Harap doa kalian!

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...