12 October 2011

AMEEN...

" Ya Allah KAU permudahkanlah perjalanan hidup anak-anak dan cucu-cucuku,dan juga perjalanan hidup menantu-menantuku(tak sebut takut kecil hati pulak-sambil berlawak&gelak-)Ya Allah KAU permudahkanlah perjalanan rohku(seolah-olah sudah dapat rasa ajalnya sudah makin hampir)"[DOA TERAKHIR ARWAH ATUKKU HJ.MD SAID OMAR DI SAAT MASIH MAMPU BERKATA-KATA,SEBELUM AJALNYA MENJEMPUT TIBA]

ku akan rindui wajah ini sepanjang hidupku...

Ya Allah dikau lapangkanlah kubur atukku dikau sinarilah kuburnya dengan cahaya nurMU..dikau kurangkanlah azab seksaan kuburMU terhadap roh atukku..dan diKAU tempatkanlah rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman,soleh,bertaqwa,mujahid di jalanMU.

mujahidah : Ya Habibi ya Illahi,ku mohon kekuatan daripadaMU untuk meneruskan hidup tanpa orang yang daku selalu berkongsi 'rahsia itu' dan sentiasa optimis memberi support kepada cucu sulongnya ini yang ditarbiyyah olehnya sedari berumur 7 tahun lagi.Separuh hidupku,memoriku lebih banyak dengan atuk dan nendaku daripada mak dan abahku,yang dulu aku merasakan tindakan mak dan abah menempatkan daku bersama jiwa emas itu adalah tindakan kejam,tapi setelah meningkat makin dewasa,makin matang,makin terpandu olehNYA,daku harus mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan padaNYA,dan pada kedua orang tuaku.Tiada apa yang sia-sia setiap aturanMU ya rabbi!Semoga arwah atuk tenang dan bahagia berada di sana,bahkan lebih bahagia lagi.Semoga arwah atuk ditempatkan bersama para solihin,para mutaqqin,para mujahideen.Tadi tiba-tiba dapat idea untk hasilkan buku mengenai atuk khas buat family je dulu,insyaAllah.Sedang cuba untuk dapatkan maklumat gerak kerja dalam PAS arwah atuk dahulu dan lain-lain.

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

[RAHMAT UJIAN]

2 comments:

  1. assalamualaikum..

    arap blum terlambat utk mengucapkan takziah atas kehilangan atuk tersayang..bekas YDP Pas Jasin..kehilangan besar yg tiada galang gantinya..:)moga2 rohnya ditempatkan bersama2 kalangan org yg soleh..ameen..

    ~silent reader~ :)

    ReplyDelete
  2. to silent reader : wa'alaikumussalam.sykrn,nampaknya saudara/ri mcm dh lama kenal arwah atuk saya.sama2 doakan kebahagiaannya di sana.InsyaAllah,spnjg pemergiannya hari tu,alhamdulillah d sbealik kesedihan kami,ada kebahagiaan dan kegembiraan di hati kami sekeluarga dgn pemergiannya yg baik.syukran lillah!

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...