“Ya Allah, ampunilah bagi atukku dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah atukku dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah atukku ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”ameen!
Sedikit belasungkawa buatarwah atuk :
Nama: Hj.Md Said Omar
Tarikh lahir:7 Februari 1936
Umur:75tahun
pekerjaan:pesara guru,mengajar agama setelah pencen di beberapa tempat
Tarikh lahir:7 Februari 1936
Umur:75tahun
pekerjaan:pesara guru,mengajar agama setelah pencen di beberapa tempat
Adik beradik:2 orang(adiknya pergi terlebih dahulu lagi)
Balu:Hjh.Maimunah Abdul Hadi
Cahaya mata:8orang termasuk mak saya.
Pekerjaan :
-Dulu seorang guru di beberapa buah sekolah di Melaka.Mengajar matematik,bahasa Inggeris Pencen tahun 1999.
-terlibat dengan PAS secara langsung
-tok pawang :)
-doktor homoepathy :)
-pengerusi surau umri serkam
Jawatan dalam parti :
-YDP PAS Jasin tahun 1991-2001
-ajk perhubungan PAS(tak pasti tahun berapa)
-pernah jadi calon PRU ke 9.
(sumber daripada Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka,bonda Kinta dan Pesuruhjaya PAS 2,abi Mohd Noor Omar)
ziarahnya seorang bekas anak murid yang kini bergelar ketua menteri Melaka,Ali Rustam ke teratak arwah gurunya
antara yang hadir untuk solat jenazah,alhamdulillah 3x solat dibuat,sekali di rumah(kami sekeluarga,sebelum jenazah berangkat pergi),di masjid dan di kubur.
antara lain yang hadir
unit amal turut memainkan peranan membantu mengawal kelancaran keadaan jalan.teirma kasih.
Selandasan seperjuangan,Pesuruhjaya PAS 1 dan 2,ustaz adli(merah) dan abi(batik hijau) turut hadir.
Sifat yang atuk yang boleh kami sekeluarga contohi:
-setelah pencen walaupun sakit atuk tetap 'berdegil' untuk mengajar di kelas pengajian agamanya di beberapa tempat.Daripada budak-budak hinggalah golongan tua(optimis)
-Susah menolak permintaan,menghampakan perasaan orang,walaupun tengah malam ada yang minta untuk berubat atuk tetap meraikan,hatta terpaksa ke rumah pesakit.
-jika ada berlaku kematian,jika atuk tidak dapat hadir pada pengkebumiaan,atuk akan ziarah juga keluarga arwah tersebut dan buat tahlil(alhamdulillah itulah juga yang dibalas Allah pada arwah atuk)
-atuk selalu menikahkan kan orang(ini juga harapanku tak tercapai),mengajar orang nak pergi haji,turunkan orang nak pergi umrah/haji,mengetuai kenduri dan tak tersebut lagi.
-hubungan atuk sepanjang pemerhatian saya,atuk memang luas connection nya bukan sekadar di Melaka,bahkan negeri-negeri lain,hubungan atuk memang baik sehingga ada yang bersuara pada hari kematiannya "lepas ni tak tahulah nak mengadu dan rujuk dengan siapa",sehingga ada seorang ustaz yang baik dengan atuk menyatakan masa saat pengkebumiaan atuk "lampu besar telah padam" .Juga atuk,baik dengan kaum lain seperti cina dan india,bahkan atuk boleh berbahasa cina serba sedikit bahkan ada juga di kalangan kaum cina yang minta bantuan kewangan daripada atuk(tak pelik la jika atuk pernah tercalon sebagai calon PR)
-atuk baik dengan teman dan lawan,sehinggakan pada malam sebelum arwah dikebumikan,Ketua Menteri Melaka,Ali Rustam(bekas anak murid atuk) juga datang ziarah arwah.
-dalam berjuang atuk juga tidak terlepas teruji dengan asam garam politik.Atuk pernah difitnah melalui gambar(belum mendapatkan cerita lebih lanjut),mereka(BN) marah sebab atuk seorang guru menyebelahi pihak pembangkang.Jadi atuk 'dihadiahkan hadiah' daripada konco mereka.Dan dengar khabar insan tersebut telah meninggal dengan cara selayaknya.
-saat atuk meninggal pun,terlalu mudah cara perginya dia dan pengurusan baik di hospital mahupun sehingga dikebumikan.Ketika malam sebelum dikebumikan,anak-anak murid tahfiz atuk menyerah diri untuk mengaji 30 juz untuk atuk sehingga pagi menjelma.Di saat malam itu jualah,fenomena bulan,bulan yang dilingkari gelang,subhanAllah sangat indah dan cantik berlaku.Saat nak mandikan arwah,orang berebut-rebut memandikan atuk sehinggakan anak-anaknya tidak berpeluang,atuk punya kubur pun digali oleh orang lain,sehinggakan pak cik yang biasa gali kubur tak menyempat pun tak bantu.Tempat kubur atuk pun,masjid yang sediakan tempatnya.Saat nak solatkan,saya terharu melihat rakaman video yang direkod pak cik,ketika mahu solat masih ramai yang sedang berwudhu',seorang pak cik hadir lantas menyatakan "nanti dulu,jangan sembahyang lagi,ramai lagi tengah ambik air sembahyang"
subhanaAllah!fenome bulan yang dilingkari relung
-1 perkara yang menyayat hati,si mujahid kecil kelantan,sepupuku,wan mujahid saat setelah dikucupnya ke dahi atuk,dia mendapatkan mak cik saya yang seorang doktor sambil menangis" mak ikin,mak ikin kan doktor,kenapa tuk boleh mati!"(aid,dirimu masih kecil dik,1 hari dikau bakal mengerti,kita jua bakal pergi)
wan mujahid dan atuk pada raya 2 tahun lepas
-arghhh terlalu banyak yang ingin diceritakan tentang arwah atuk.Aku tidak berani menipu solat sebab atuklah,disebabkan separuh daripada hidupku dengan atuk dan nendaku,aku juga tidak terlepas daripada kena 'azab' dengan atuk.Tanyakan sahaja pada anak-anaknya,semua ada pengalaman kena balasan akibat kedegilan masing-masing.Ada yang kena tali timba,kena kurung bawah rumah dan macam-macam lagi.Cucu yang tinggal dengan dia ni kena tali pinggang sebab tak nak sembahyang.Dulu atuklah yang sering ambil bila balik daripada sekolah,aku kenal ma'thurat daripada atuk,aku kenal bacaan solat jenazah juga dengan atuk,kenal sifat 20 juga daripada atuk.Terima kasih atuk,atuk bukan sekadar guru dan pendidik di sekolah bahkan juga di rumah.Atuk seorang yang tegas,garang,pandai berjenaka dan juga penyayang.terlalu banyak kenangan.Dalam keluarga,hanya atuk sahaja mengerti jalan yang aku pilih kini.Kau tetap ku kagumi!
ini yang terakhir ku dapat hadiahkan masa hayatnya,tak sempat di UIAM.Allahua'lam!
aku tahu inilah cintaMU
dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
tak semuanya yang ku mahu...
aku tahu inilah kasihMU
aku tahu inilah cintaMU
dan ku tahu di segenap ruang rasaku
telah KAU titipkan kekuatan oh Tuhan... ♥
mujahidah :Kesedihan kami semua sedikit sebanyak terubat dengan cara pemergiaan atuk yang baik.Senyuman terakhirnya yang kekal di ingatan.Dulu sedikit terkilan,sebab saat sampai di hospital menziarah atuk,seorang mak cik saya berkata ke saya " atuk tanya kau siang tadi,halimah dah sampai?",saat ku tunggu giliran untuk bertemu denganmu seolah-olah mahu ku katakan "atuk,imah dah sampai"(dengan ceria) saat itu jualah,keadaanmu mula tidak stabil(koma),ku tidak berpeluang berbual denganmu,hanya berpeluang melihatmu dalam keadaan merisaukan itu,saat itu hanya mampu ku bisikkan di telingamu sambil tangisan mengiringi kerna tak tertahan lagi melihat keadaan dirimu "atuk,imah datang ni tok,atuk maafkan imah..." lantas ku akhiri kalamku dengan menghantar kalimah syahadah di telingamu.imah mengharapkan atuk dengar dan maafkan imah dengan kedegilan imah sepanjang hidup dengan atuk.Imah kena ambik semangat atuk!(itu pesanan mak cik bongsuku),imah yakin,berpeluangnya kami anak-anak muda di Melaka berpeluang berprogram di surau atuk pada ramadhan hari tu,perjumpaan mereka dengan atuk,kata-kata semangat atuk buat mereka,insyaAllah sedikit sebanyak memberi kesan untuk kelangsungan dakwah dan perjuangan Islam di Melaka!(itu jua yang mereka nyatakan pada imah)insyaAllah!
salam k.imah, takziah dr yan..maaf dah seminggu atuk akak pergi tp, yan baru tahu... apa2pun syukur pemergiannya cara baik dengan izin Allah, bakti dicurahkan untuk islam terlalu banyak..insyaAllah semoga rohnya dicucuri rahmat Allah sentiasa...amiin~
ReplyDelete