02 October 2011

I LOVE MY SISTER IN ISLAM



mujahidah : Allah...tak tahulah mengapa jumpa video ni bila tengok terkeluar pulak butiran permata mengalir daripada mata.Barangkali sebab video ini berbicara mengenai kaum sejenisku,kaum wanita.Allah...!sungguh kesian akan mereka yang berkeadaan begini.Hakikat wanita zaman kini...Aku percaya ada di kalangan mereka yang tidak faham dalam melakukan laranganMU,tapi tidak dinafi jugak ada yang sedar tapi buat-buat tidak tahu.

Peliharalah saudari seislamku ya Allah!
Beri petunjuk kepada mereka,
Aku tahu ada di kalangan mereka tidak redha dan tidak ingin melanggar laranganMU.
Jika ada ruang & peluang ingin sekali ku bersahabat dengan mereka.
Alhamdulillah ada yang sudi,
Ada juga yang menjauhi,
Barangkali ku masih kena berseni dalam mendekati dan mengambil hati.

Daku tahu ada di kalangan mereka ada yang mengamalkan sunnah lebih daripadaku sendiri,
Ini realiti dan memang ku pernah temui insan begini,
Mereka yang berpakaian ketat,mereka yang memulakan salam kepadaku,
Mereka yang tak bertudung mereka yang senyum dulu kepadaku,
Mereka yang tidak sempurna tutup auratnya mereka bersungguh dalam menanyakan hal agama.

Mereka sedang mencari hidayahMU ya Allah.
Moga KAU ketemukan mereka,dan membawa mereka daripada jalan yang gelap
Kembali ke jalan yang terang.ameen!
Aku juga ya Allah,barangkali aku terleka atau terperasan bagus sangat dalam menutup aurat,
Perasan sangat dah tutup sempurna aurat,
KAU kejutkan aku,
KAU bangunkan aku,
Jika ada ketikanya ku tersasar daripada landasan yang ditetapMU.

Duhai saudari seislamku...
kita semua cantik...
Tapi biarlah cantik kita,seiring redhaNYA DIA,
Biarlah cantik kita beerti dan bermakna di sisiNYA...
Bukan sebaliknya duhai saudari seislamku...

Daku sayang saudari seislamku,
Peliharalah mereka untukku ya Allah,
Peliharalah kami ini yang bergelar perempuan ya Allah,
Supaya menjaga diri dan peribadi,
Biarlah kami memasuki syurgaMU bersama-sama,
Bukan hanya mementingkan diri sendiri,
Bukan hanya nak jadikan diri kita sahaja yang 'berlagak baik',
Tapi seluruhnya ya Allah,
Alangkah indah,
Kami semua tergolong dalam golongan wanita solehah lagi bertaqwa!
Allah...Allah...Allah...!
Sentiasa lindungi kami dan tunjukki kami,
ke jalan diredhaiMU...
ameen!

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...