
Kini saya ingin fokuskan,bagaimana pula kita nak tahu taubat kita diterima Allah?Antaranya yang disebut dalam kitab Mukasyafatul Qulub oleh Imam Ghazali ialah:
- Orang itu nampak bersih dan lebih suci daripada perbuatan maksiat dan lebih berupaya menahan diri.Dia seolah-olah mempunyai himpunan tenaga yang kuat yang menghalang dirinya daripada melakukan dosa.
- Hatinya selalu lapang dan tenang baik semasa berseorangan ataupun bersama orang lain kerana hatinya sudah dihiburkan oleh Allah sehingga jernih dan tulus.
- Dia selalu bergaul dengan orang baik-baik dan mencari kenalan yang baik-baik.Jika masih mencari kenalan-kenalan yang tidak baik,maksudnya kita tidak ikhlas dalam bertaubat,hanya di bibir sahaja melainkan bertujuan untuk berdakwah.
- kualiti amalannya meningkat.Solatnya semakin khusyu',puasanya lebih baik,lebih banyak bersedekah.
- Sentiasa menjaga lidah,semakin teliti mengendalikan lidahnya.Sentiasa teliti dengan mengikuti perkembangan amalannya.Fikiran dan ingatannya dijuruskan kepada Allah semaksimum mungkin.Hingga cinta dan rindunya kepada Allah semakin menebal.











0 comments:
Post a Comment