" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)
31 July 2011
ISLAH NAFSI
29 July 2011
أهلا وسهلا
Yahudi :"Wahai Muhammad,terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala
yang diperolehi daripada berpuasa.?"
Sabda Rasulullah:"seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan IKHLAS
kepada Allah,dia akan diberikan Allah 7 perkara":
- Dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya-makanan pada hari ini banyak yang tanpa kita sedari haram,telah menjadi sebahagian darah daging kita,yang mana bila daging haram ini bermaharajalela dalam badan kita,menyebabkan kita susah menerima teguran,susah membuat kebaikan bahkan mudah melakukan kemaksiatan...maka bilamana seseorang itu berpuasa dengan penuh keikhlasan,Allah akan hapuskan yang haram itu daripada tubuh badan seseorang itu-subhanaAllah,lagi mudah kita melakukan kebaikan,dan liat untuk kerjakan kejahatan lepas tu,insyaAllah!
- Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya-teringat saya ketikamana ustaz Hadis saya,Ustaz Abu Laith masuk-masuk dalam kelas dia bertanyakan kepada kami mengenai hadis yang mengatakan 10 awal Ramadhan rahmat,apa yang dimaksudkan dengan rahmat di situ( sebenarnya ustaz pun tak pernah terfikir soalan tu,tapi ada orang tanya ustaz)kami pun terkedu dan terdiam...,ustaz pun teruslah menjawab"rahmat Allah ni,bilamana... contohnya sebelum ni kita ni jenis liat solat awal waktu,tapi dalam bulan Ramadhan ni mudah pulak,sebelum ni baca quran waktu tertentu maghrib je ke ,tapi dalam bulan ramadhan ni,tiap-tiap lepas solat rajin pula baca quran dan macam-macam lagi,pendek kata ada peningkatan dalam amalannya(kalau sesiapa yang tak ada perubahan tu...hmm tak ikhlas la puasa tu kot.Allahua'lam.
- Diberi oleh Allah sebaik-baik amal-amalan puasanya ini dikira sebaik-baik amalan,sebab apa?sebab keikhlasan tu.
- Dijauhkan daripada merasa lapar & dahaga- tepuk dada tanya iman kita.seringkali mendengan dengusan yang berkata "lambatnya lagi bebbuka,lapar/haus dah ni...".muhasabah.
- Diringankan baginya siksa kubur-MasyaAllah nikmat yang tak terkata!
- Diberikan cahaya oleh Allah pada hari kiamat untuk menyeberang Titian Sirath-Allahuakbar!1 lagi nikmat yang tak ternilai,Allah akan memudahkan kita dalam melalui titian sirath.
- Allah akan memberinya Syurga di kemudian hari-Subhanallah,Allahuakbar,impian semua orang...SYURGA...inilah pemberian yang paling besar buat mereka yang berpuasa dengan penuh keikhlasan.ku hadiahkan buat semua pengunjung.mujahidah :♥ Ia bakal membuka tirainya...Semoga kita semua berpeluang ketemunya.Jika ada kesempatan lagi dariNYA buat kita semua,warnailah setiap detik bersamanya dengan penuh rasa kehambaan dan keikhlasan ...barangkali ia yang terakhir buat kita.Sampaikan kami kepadanya ya Allah...!ketemukan kami dengannya ya Allah...!Rahmati kami dengan kehadirannya ya Allah...![RAMADHAN YANG SAMA,NATIJAH YANG BERBEZA] ♥
28 July 2011
SAUDARAKU ANGGOTA POLIS
Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.
Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.
Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.
Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.
Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.
Bahaya kuasa
Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.
Saudaraku anggota polis,
Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.
Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.
Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).
Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.
Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.
Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?
Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.
Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.
Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”.Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.
25 July 2011
TAUBAT DITERIMAKAH?
Kini saya ingin fokuskan,bagaimana pula kita nak tahu taubat kita diterima Allah?Antaranya yang disebut dalam kitab Mukasyafatul Qulub oleh Imam Ghazali ialah:
- Orang itu nampak bersih dan lebih suci daripada perbuatan maksiat dan lebih berupaya menahan diri.Dia seolah-olah mempunyai himpunan tenaga yang kuat yang menghalang dirinya daripada melakukan dosa.
- Hatinya selalu lapang dan tenang baik semasa berseorangan ataupun bersama orang lain kerana hatinya sudah dihiburkan oleh Allah sehingga jernih dan tulus.
- Dia selalu bergaul dengan orang baik-baik dan mencari kenalan yang baik-baik.Jika masih mencari kenalan-kenalan yang tidak baik,maksudnya kita tidak ikhlas dalam bertaubat,hanya di bibir sahaja melainkan bertujuan untuk berdakwah.
- kualiti amalannya meningkat.Solatnya semakin khusyu',puasanya lebih baik,lebih banyak bersedekah.
- Sentiasa menjaga lidah,semakin teliti mengendalikan lidahnya.Sentiasa teliti dengan mengikuti perkembangan amalannya.Fikiran dan ingatannya dijuruskan kepada Allah semaksimum mungkin.Hingga cinta dan rindunya kepada Allah semakin menebal.
21 July 2011
KARISMA '11
20 July 2011
BUAH BERDURI
19 July 2011
PUTUSKAN JE!
Saya amat bersetuju.Mutakhir ini masyarakat kita terlalu mengangap perkahwinan ini sesuatu perkara yang remeh,dipandang enteng,jadi tak pelik la bilamana terlalu banyak penceraiaan berlaku.Baru-baru ini saya pernah terbaca mengenai 2 kes,yang melibatkan hal baitul muslim ini.1 kes di keratan akhbar,dan 1 lagi di laman blog.
1- kurang kasih sayang dari kecil
2- mahu perhatian dari semua wanita yang dia kenal
3- tidak cukup dengan seorang wanita, nak ramai2
4- memang jenis yang tidak serius n suka permainkan wanita
5- dendam
6- ada masalah jiwa
dan banyak lagi sebab2 yang lain.
18 July 2011
adeh!dia buat hal lagi...
Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.
Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.
Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.
Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.
Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.
“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.
“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.
Ditentang pelbagai pihak
Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.
Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.
Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.
"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.
"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.
Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.
"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.
17 July 2011
PERGINYA SEORANG MUJAHIDAH ISLAM
UMUR: 53 TAHUN
TEMPAT LAHIR/ASAL: KUALA KANGSAR, PERAK
PEKERJAAN: DOKTOR
LATAR BELAKANG AKADEMIK:
1. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN CONOLLY, IPOH
2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH
3. KOLEJ ISLAM KLANG
4. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – IJAZAH PERTAMA (KEDOKTORAN)
5. ADELAIDE ALTERNATIVE MEDICINE & SURGERY – ACUPUNTURIST
KEGIATAN DI UNIVERSITI:
1. AHLI MPP UKM
2. EXCO PERSIAP UKM
PERTUBUHAN NGO:
KHIM
Yayasan Amal Malaysia
PPIM
PAPISMA
Persatuan Allergy & Aesthetic
Persatuan Hypertension
AFMY
ABIM
Al Khadeem
JIM
Persatuan Alumni FPUKM
Alumni ALKIS
Alumni SISTA.
KEGIATAN DALAM PAS:
AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
Ketua Pengarah Al-Nisa’
Ajk Kerja Pas Pusat
Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.
JAWATAN KINI: PENGARAH EKSEKUTIF DI PUSAT PERUBATAN KOHILAL
AHLI PARLIMEN TITIWANGSA
PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA:
PERNAH BERTANDING DI PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG DALAM PILIHANRAYA KE-11.
Memenangi Kerusi Parlimen Titiwangsa pada 8 Mac 2008 dengan menewaskan Aziz Jamaludin (Umno-APCO) dengan majoriti 1,730 undi.
15 July 2011
FAITH IN HIM!
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
HE knows what’s in your heart
HE’s the one who knows you best
If you just have faith in HIM
YOUR name is mentioned every day
I’ll follow YOU no matter what
My biggest wish is to see YOU one day
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?
In a man who used to be
So full of love and harmony
HE fought for peace and liberty
And never would HE hurt anything
A teacher till the end of time
No creature could be compared to HIM
So full of light and blessings(Muhammad)
Your name is mentioned every day
I’ll follow You no matter what
If GOD wills we’ll meet one day
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
I believe I believe, I believe I believe
HE's the one who knows my best
If I just have faith in Him
PERGINYA Si Hitam :'(
فاستبقوا الخيرات
Alhamdulillah,siang tadi berpeluang mendengar perkongsian di IKIM.fm,mengenai Palestin ketika membawa atuk ke hospital,appoinment doktor.Apa yang menariknya?Saya 'suka' statement ini "Malaysia setakat ini,pernah memberi bantuan setakat 17 sahaja,berbanding dengan negara-negara lain,7,000",adeh saya yang mendengar tu pun terkejut,ingatkan banyak sangat dah bantuan Malaysia ni pada Palestin.Termasuk tertanya-tanya balik la pada diri,ada ke sumbangkan apa-apa bantuan pada Saudara SeIslam di sana?Termasuk sekali ke dalam yang 17 tu?Bagaimana cara nak salurkan bantuan?Ha,di takdirkan Allah saya ternampak la post aman palestin di facebook.Sempena Ramadhan ni ada projek Ramadhan Palestin,yok kita sama-sama cuba memberi bantuan dengan salah 1 caranya,di 'lubuk pahala' ini,insyaAllah!berlumba-lumba dengan negara lain untuk kebaikan tak mengapa rasanya kan?"
14 July 2011
BIRTHDAY 2A
Alhamdulillah,hari ini 14 Julai 2011 Allah masih panjangkan umur antara insan yang paling saya sayang iaitu anak usrah saya,Atikah Abd Rahman,gelaran dalam usrah adik & Aisyah Anasmosa.
Kepada adik Atikah Abd Rahman,mengenalimu pada awalnya mengerunkan mama(gelaran saya dalam usrah,supaya rasa tua yang amat),apatah lagi ditaklifkan untuk memberi usrah kita sekarang ini,Usrah Kejora Ummah,kerna kalian semua insan hebat,menakutkan hehe,sehingga tanya pada ummi Nisa' dan ka G-ah,nazirah abu bakar@nazirah mukmin(ex mak usrah kalian),bagaimana nak beri pengisian untuk anak-anak yang hebat ni,alhamdulillah mama sungguh rasa sebati dengan kalian sekarang ni dan banyak belajar sesuatu dengan kalian,kita memberi,kita akan terima balik,tak gitu? :)
Semoga pertambahan umur adik,seiring bertambah ketaqwaanmu kepadaNYA,Semoga terus thabat di jalanNYA,semoga menjadi insan solehah permata hati ibu dan ayah dan insan sekeliling adik.Semakin bertambah umur kita,semakin dekat kematian dengan kita,Allahurabbi!Wakafa bilmauti wa'izahan!
Kepada insan yang baru ku kenali pada tahun ini,segalanya bermula pada bulan 5,di tempat istimewa dan terindah,Akademi Quran Cinta Madinah,Aisyah Anasmosa,Kak Aisyah lurus :p hehe,nice song yang dicipta oleh Aisyah."k.aisyah lurus,nabilah senget,k.imad bengkok,k.imah tegak,k.nurul condong,,,nayli bulat3x"(hanya kita berlima je faham,hehe,arghhh rindu pula di sana dan insan-insan di sana).Mengenalimu 1 anugerahnya jua.Banyak belajar sesuatu daripada Aisyah ketika di sana.Alhamdulillah sebulan dah bagaikan setahun perkenalan kita,masa mula-mula kenal,segan silu,tapi lama-lama seronok dan terasa ikatan ukhuwah terjalin antara kita.Akak kagum insan seperti Aisyah ada semangat untuk menghafal quran,walaupun bukan kos agama...berapa juzu' dah?semoga mencapai target yang Aisyah tetapkan,insyaAllah Aisyah mampu!
Semoga pertambahan umur Aisyah,seiring bertambah ketaqwaanmu kepadaNYA,Semoga terus bersemangat untuk menghafal quran dan kuat untuk menjagannya,semoga menjadi insan solehah permata hati ibu dan ayah dan insan sekeliling.Semakin bertambah umur kita,semakin dekat kematian dengan kita,Allahurabbi!Wakafa bilmauti wa'izahan!
13 July 2011
MEMBERI & MENERIMA
12 July 2011
YOK SERBU!
JANGAN NAFI REALITI!
05 July 2011
DUHAI LELAKI,CEMBURULAH!
*cemburu yang disukai ialah kerana adenya perasaan cinta.Seperti cemburu melihat isteri ,anak perempuan,adik perempuan,tidak menutup auratnye sehigga dilihat orang yg bukan mahramnya.Allahua'lam!
هو الذي لا يغار على أهله
*Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya)قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
UNBREAKABLE
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...
-
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...
-
❤ Pertama Saya akan bahagikan 3 bahagian. Bahagian 1 : Juzuk 1 - Juzuk 10 Bahagian 2 : Juzuk 11 - Juzuk 20 Bahagian 3 : Juzuk 21 - Juzu...
-
Jom ambil pengajaran daripada komik di bawah(*_*) situasi 1 situasi 2 situasi 3 situasi 4 p/s:sila klik gambar untuk lebih jelas:-)