" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)
Alhamdulillah dengan nikmat Iman dan Islam dan nyawa dapat lagi ku menemui bulan selepas Ramadhan,bulan Syawal,hari kemenangan umat Islam selepas selesai dengan menjalankan ibadah puasa di bulan mulia,bulan Ramadhan.Macam mana dengan Ramadhan yang baru berlalu,adakah lebih baik dan bermakna daripada sebelum ini atau sebaliknya.tepuk dada tanya iman kita,kita sendiri dapat nilainya dan sebaik-baik penilainya ialah Allah(*_*)
Bagiku hari raya kali ni agak memenatkan,memang selalunya hari raya pertama jarang dapat beraya,sebab rumah atuk dan nenek ni,pagi-pagi raya orang dah ramai berkunjung,dan secara tradisinya akan ada marhaban selesai sahaja solat hari raya.Jadi nak tak nak tuan rumah kenalah sediakan juadah istimewa untuk lebih kurang 40 orang.Kali ini,ada chef daripada Kelantan ;),menunya ialah laksa penang,ketupat,rendang,sambal udang pun ada juga dan juadah sampingan yang lain,maka bertungkus lumuslah pagi tu.
hari raya ke-3 barulah saya mula beraya,ada jga sahabat-sahabat sekolah menengah dulu bertandang ke rumah,Raudah,Fathiyah dan Hafizah,mereka ajak beraya sekali ke rumah sahabat-sahabat yan lain,memang itu selalunya aktiviti tahunan kami,sebab masa tu je nak jumpa sahabat-sahabat yang lain,maklumlah masing-masing di kampus lain,tapi malangya kali ini tak dapat nak join sebab pak cik mengadakan rumah terbuka khusus untuk keluarga kami.
Pada hari raya ke-4 barulah dapat saya beraya bersama sahabat-sahabat anak-anak Melaka,muslimin dan muslimat,kami berkumpul di rumah Ustaz Azam lebih kurang jam 9.30 pagi,kami berkonvoi,beraya ke rumah sahabat-sahabat yang menjemput ke rumah,rumah saya pun ada juga,tapi pada keesokkan harinya,hari raya kelima,itu pun bagi tahu lambat sebab tak tahu pula kena bagi tahu awal...hehe maaf :(
Gambar di bawah,gambar ketika kami beraya ke rumah sahabat-sahabat anak melaka,kami daripada pelbagai tempat pengajian,kami selalu dapat berjumpa ketika program yang melibatkan negeri tercinta kami,MELAKA(*_*),bagi memastikan adanya penyambung rantai-rantai perjuangan Islam di Melaka khususnya da Malaysia amnya.insyaAllah.konvoi raya sampai 2 hari,tapi saya hanya dapat join raya ke-4,beraya sakan kami masa tu,sampai malam.
menjamu selera di rumah ustaz aidil
ketika di rumah Syaziela
mujahidin melaka
mujahidat melaka
ketika di rumah saya(*_*)
Alhamdulillah yang menariknya buat keluarga kami kali ini,1 mesyuarat khas telah diadakan untuk menubuhkan 1 organisasi keluarga dalam menjalankan pelbagai aktiviti kekeluargaan.Yang terharunya itu adalah idea kami,cucu-cucu,tak sangka dapat kerjasama yang baik daripada mak cik-mak cik da pak cik-pak cik.Pengerusi untuk organisasi keluarga ini ialah pak cik kami yang paling tua,kami panggi pak nor,naib pengerusi adik saya,omar,setiausaha...hehe saya sendiri,dan bendahari mak cik bongsu kami,mak adah untuk kutipan yuran setiap bulan,untuk yuran,bagi yang bekerja rm 100 sebulan(nak lebih pun tak pe..hee)dan yang tidak bekerja rm20 sebulan.
Bersemangatya pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik kami ni,sampai meeting atas katil hehe,menarik kan,sampai setiausaha pun rasa kelakar je nak tulis tempat meeting diadakan...malam tu macam-macam yang kami bincangkan untuk aktiviti khuwah keluarga kami,punya tmbah semangat lagi,saya dah kena buat borang keluarga malam tu,atas arahan tuan pengerusi kami(*_*),dan ada juga yang tak sabar-sabar membayar yuran.terima kasih mak cik dan pak cik kerana sudi terima idea kami(*_*),semoga apa yang telah dan bakal rancangkan dan adakan aktiviti keluarga lepas ni,akan diberkati Allah dalam mengukuhkan ukhuwah sesama keluarga kita,ameen.
Gambar di bawah,gambar meeting & gambar beraya ke rumah tuan pengerusi,hee pak nor...di Bachang.
meeting atas katil...
apalah yang diborakkan tu,yang duduk tu tuan pengerusi(*_*)
mak&abah
wajah kecil yang memeriahkan suasana rumah(*_*)
mujahidah:Moga pertarbiyahan ramadhan lepas dapat kita kekalkan,moga berjumpa lagi ramadhan yang mendatang.salam lebaran buat semua keluargaku, sahabat-sahabat,adik-beradik seperjuangan.maafkan kesilapan sepanjang perkenalan.makin lama perkenalan,makin banyak silap yang sedar atau kita tidak sedar.maaf zahir & batindan semoga syawal ini dapatlah kita merebut pahala dengan menjalani ibadah puasa 6.insyaAllah.
Alhamdulillah,hari ni dapat kad raya daripada Jordan,hehe(*_*),syukran kak izzah,akak kenalan blog(*_*)selamat hari raya semua,maaf zahir batin...dah nak pergi dah ramadhan :(
Alhamdulillah,pada hari ini,14 September bersamaan 24 Ramadhan 1430H genaplah umurku 23 tahun(tua dah).Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi mendoakan,dan beri ucapan baik menerusi SMS dan laman maya (*_*).Kali ini,kali kedua ulangtahun kelahiranku jatuh di bulan yang mulia ini,moga ada keberkahan disebaliknya.ameen. Beli kek,saja suka-suka,potong masa sahur...hehe.atuk pun membacakan doa"Ya Allah,kau berkatilah halimah jaapar sempena hari lahirnya yang ke-23,kau permudahkanlah urusannya,beri kejayaan kepadanya...dan bla..bla...bla.(*_*) mujahidah:orang pertama yang wish ialah adikku baim,walaupun jam akak tak menunjukkan waktu 12am lagi,hehe kira baim lah juara kali ni.dahulu kembar baim,zai.. terima kasih buat semua atas doa-doa dan ucapan kalian(*_*)
“Sesungguhnya apabila seorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solah lima waktu maka gugurlah dosanya seperti gugurnya daun-daun ini.”
Kemudian Baginda SAW membaca ayat yang berikut:
“Dan dirikanlah solah pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu (terutamanya solah) akan menghapuskan dosa. Perintah-perintah ALLAH TAALA yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan.”(Hud :114)
(Hadith riwayat Imam Ahmad, Nasai dan Tabarani.)
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapimasalah komunikasi dan rezeki
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud . Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan
menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Waktu Asar Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana
spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan , pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya
bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semua nya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s. w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisipli
Diriwayatkan daripada Hazrat Jabar bin ‘Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan kufur,”
Dalam riwayat yang lain,
“Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan syirik dan kufur.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad, Muslim)
:.artikel ini ehsan daripada Ustaz Aidil,syukran ustaz(*_*)& sedikit tambahan info daripada saya.:
Salam.hari ni dapat e-mail untuk "beramal" di bulan mulia ini,yang berbunyi:
Assalamualaikum, minta sahabat/sahabiah tolong FLAG blog ini agar ia di'block' secepat mungkin,http://messengerofg odtoday. blogspot.com/ blog 'rasul palsu melayu kahar' (*_*)cara flag: -buka blog tu. -klik gambar bendera on top of the blog (kat sebelah bendera tu ada tulis FLAG) -pilih kategori 'hate violation' kemudian ikut arahan seterusnya sehingga akhir proses. -tahniah, sekurang2nya anda telah berusaha menyekat satu lagi ajaran sesat akhir zaman, hanya perlu luangkan masa kurang dari 3 minit (ikut keadaan internet jugak la...bulan2 pose ni berbaloi bersabar kan...)syukran
mujahidah:apa lagi saudara seislam sekalia,ayuh sama-sama kita mengekang daripada ajaran sesat terus beraja!