29 June 2009

PERGILAH MENENUN KAIN


"Pergilah kamu menenun kain!",bentak Ummu Aiman R.'Anha kepada tentera Islam yang melarikan diri ke belakang dalam Perang Uhud.Suasana dalam medan perang ketika itu tidak terkawal,ditambah lagi dengan perkhabaran terkorbannya Rasulullah S.A.W.

"Berikan pedangmu kepadaku,"Ummu Aiman yang ketika itu sudah berusia namun masih memiliki semangat yang sangat kental.Berbekalkan keberanian yang luar biasa,belaiu meluru ke medan tempur dan membantu tentera Islam yang tercedera dan memberikan mereka minum air.

Namun malang menyapa beliau apabila panah Hibban bin Al-'Ariqah merenggut nyawanya.
Kematian pengasuh Nabi S.A.W itu adalah di hadapan baginda sendiri. Ini membuatkan baginda amat bersedih.Lantas baginda S.A.W meminta Sa'ad bin Abi Waqqas RA untuk memanah musuh Allah itu.

Sa'ad berjaya memanah Hibban sehingga terbunuh.Rasulullah S.A.W ketawa sehingga menampakkan gigi geraham baginda kerana kematian Ummu Aiman akhirnya berbalas.

~Kerja menenun kain adalah kerja wanita.Ia merupakan 1 ejekan yang sinis daripada Ummu Aiman terhadap pejuang Islam yang melarikan diri daripada medan perjuangan.Ramai wanita telah lahir sebagai pemimpin,Khaulah Al-Azwar,dengan kelincahan dalam medan peperangan,Aisyah yang merupakan contoh wanita ilmuan yang menjadi rujukan ummah ketika itu,Ummu Salamah dan banyak lagi~


KITA MAHUKAN MUSLIMAT SEKARANG YANG:

  1. membaca bahan bacaan yang berat bukannya yang romantik.
  2. mampu membentangkan kertas kerja yang bersifat ilmiah dengan baik.
  3. mempunyai pemikiran yang kritikal serta berani mengeluarkan idea yang out of box.
  4. tidak mengalah dengan suasana dan tuntutan alam sekeliling.
  5. mampu ke hadapan sebagai pemimpin yang berwibawa dan tidak mudah mengalah dengan cabaran serta cemuhan.

rujukan daripada buku ini

mujahidah:Ayuh muslimat!take these as a challenge!pelbagaikan skill kita,terus mara bersama memperjuangkan Islam tercinta di samping menjadi sayap kiri lelaki(*_*)pesanan buat diri sendiri terutamanya dan buat muslimah yang lain juga:-)

Free Signature Generator

4 comments:

  1. kita memerlukan muslimat yg berperanan..dan yg menyumbang..
    itu yg penting..

    ReplyDelete
  2. :)yup ble ditmbh lg di peranan wanita di sini(*_*)sykrn.

    ReplyDelete
  3. ap yg ad di ats tu,psediaan tuk muslimat lbh berperanan & dgn itu ia dpt myumbang dlm pjuangan,dan dgn itu jg kehadirn muslimat lbh dirasai(*_*)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sudi memanggil ayahda :)

    Menarik kisah ini. Bila menulis kisah Saad bin Abi Waqas nanti ayahda masukkan kisah ini.

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...