21 June 2009

KEPASTIAN

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian!
Dan nikmat syurga adalah indah



~nikmat syurga dan azab neraka amat banyak disebut di dalam surah Ar-Rahman & Al-Waqiah,cuba hayati setiap kali membacanya,dan jadikan ia bacaan harian kita supaya kita termotivasi untuk melakukan amal ma'ruf nahi munkar dan takut nahi ma'ruf amal mu'nkar~

ALBUM:ALLAHU RABBI

ARTIS:IN-TEAM
TAJUK:KEPASTIAN

mujahidah:lagu kegemaran terbaru saya,syahdu,menjetik hati saya...yang menekankan mengenai janji Allah adalah pasti(syurga & neraka).nak syurga(yang kasih Allah,Rasul,Agama) atau neraka(yang lupakan Allah,Rasul dan Agama).Tentulah nak ke syurga,tapi setakat mana persediaan kita ke sana?...pertanyaan untuk diri yang mempersoalkan terutamanya dan semua pengunjung(*_*)


p/s:untuk dengar lagu ni,klik "button right arrow" di halwa telinga:-)
Free Signature Generator

1 comment:

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...