04 June 2009

SEBAB TU RUPENYE...

Hari ni nak kongsi sikit tazkirah yang saya sampaikan dalam usrah dengan adik-beradik seperjuangan saya semalam.yok!

Ketika Ibrahim bin Adham(seorang ahli tasawwur yag masyhur)berada di tengah-tengah pasar Basrah,beliau dikerumuni oleh orang ramai.Di antara mereka ada yang bertanya:mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan padahal mereka sering berdoa pada Allah.Beliau menjawab:kerana HATI BUTA disebabkan 10 PERKARA,iaitu:

  1. Mengaku mengenal Allah,tetapi tidak menunaikan haqNYA.
  2. Mengaku cintakan Rasulullah,tetapi tinggalkan sunnahnya.
  3. Membaca Al-Quran tapi tidak beramal dengannya.
  4. Telah makan dan rasai nikmat-nikmat Allah,tapi tidak bersyukur.
  5. Tahu syaitan itu musuh,tapi beramal untuknya(ikut telunjuknya)
  6. Sedar syurga itu benar dengan nikmat,tapi tidak beramal untuknya.
  7. Sedar neraka itu benar dengan azab,tapi tidak lari daripadanya.
  8. Tahu mati itu benar,tapi tidak bersedia baginya.
  9. menceritakn aib orang lain,tapi lupa aib diri sendiri.
  10. Kebumikan mayat-mayat manusia,tapi tidak ambi pengajaran daripadanya.

mujahidah:inilah rupa-rupanya perkara yang menyebabkan doaku,dan mungkin doa pengunjung sekalian terhalang...tapi jangan jadikan ia asbab untuk tidak berdoa lepas ni,kadang-kadang Allah lambat tunaikan hajat kita sebab Allah nak uji kesabaran kita dan Allah nak beri yang lebih baik untuk kita.teruskan berdoa kepada Allah,insyaAllah Allah makbulkan(*_*)
Free Signature Generator

2 comments:

  1. Salam kak.. =) semoga kita sntiasa ditetapkan iman dan sentiasa istiqamah di jln ini..

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...