Aqiqahnya pada esok hari tu,25hb(Ahad),seekor lembu,2 ekor kambing,seekor je sebenarnya...tapi sekor lagi orang bagi...baik betul orang tu.jazakallah/jazakillah dan beberapa ekor ayam...kalau ikutkan sunnahnya aqiqah ni hari ke 7 selepas bayi dilahirkan....kalua perempuan sekor kambing,lelaki 2 ekor...ramai betul orang yang hadir...sampai malam pun ada,majlisnya selepas zuhur.tuan puteri sorang tu,asik tukar baju je....ummi die la hiaskan dia...tapi sayang tak dapat nak ambil gambar....sebab masa tu adik tak sampai lagi.masa balik baru dapat ambil.ramai juga pak cik dan mak cik saya yang turun.yang dari Bangi dan Nilai.yang dari Subang Jaya pun nak turun sekali...dah separuh jalan terpaksa patah balik sebab jln sesak sangat-sangat sebab diorang bertolak lambat...anak mcik ada kelas pagi tu.
berehat sebentar di rumah besan pcik van...pak dollah
PENGERTIAN ‘AQIQAH
- ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
- Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
- Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
- Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .
Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
SYARAT ‘AQIQAH
- Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
- Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.
PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH
- Berdoa semasa hendak menyembelih:
بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".
- Menyembelih ketika matahari sedang naik.
- Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
- Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
- Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
- Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
- Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
- Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.
- Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
- Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
- Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
- Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
- Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.
- Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
- Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
HIKMAH ‘AQIQAH
- ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
- Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
- Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
- Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
- Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
- Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
No comments:
Post a Comment