06 July 2013

Terus terpilih?

Bismillah... 

MasyaAllah,beberapa hari ni,tak tergambar perasaan yang mencengakam.Dalam nak menuju Ramadhan, dikejutkan dengan perkhabaran di Mesir,semalam dan hari ini,diri ini pula mendapat khabar berita kematian.Seorang Tok Imam yang dikenali di Serkam ni,iaitu Imam Kadir,perginya tanpa tahu sebab...SubhanaAllah beliau meninggal pada hari semalam,hari Jumaat,Hari ni pula,dapat berita kematian seorang mak cik yang agak sinonim nama beliau dengan diri,tapi wajahnya tak terkeluar daripada memori.

Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fuanhum!

2 hari berturut-turut berita kematian, 
Adakah berterusan menjadi insan pilihan, 
dalam menempuh bulan tarbiyyah,bulan Ramadhan? 
Allah,beriku kesempatan,
Untuk terus memperbaiki segala keburukan dan kejahatan,
Ku mohon usia berpanjangan,
Melalui panjangnya perjuangan dalam dunia kehidupan ,
DaripadaMU ku bergantung harapan dan ku mohon kekuatan!

mujahidah : fikiran mula berfikir bukan-bukan,setelah asakan demi asakan di Mesir.Ia bukan sahaja memberi kesan saudara seIslam di sana,bahkan di Palestin dan lainnya.Ya Allah...apa pun pentarbiyyahan yang bakal dilakukan oleh musuh-musuh Islam yang nyata dan tidak nyata(fasik dan munafiq!) menuju Ramadhan ini,tiada lain dan tiada pergantungan dan kekuatan,melainkan daripadaMU.Hancurkan perancangan jahat dan angakatan mereka!

Wahai Saudara seIslam,janganlah bila umat Islam mula ditindas,barulah kita nak terhegeh-hegeh berdoa,tapi bila selesa,tiada khabar yang bikin semua tak keruan,langsung dalam doa kita,tiada pun dihadiahkan buat seluruh umat Islam di dunia ini...Wahai saudara seIslam ku,itu bukan sifat mukmin sejati,mukmin sejati itu dia ingat saudara seIslamnya ketika susah mahupun senang.Sedangkan saat ini,doa itulah yang kita di Malaysia, yang kita mampu titipkan.Allah...Allah...Allah...!


Cakna Mesir...! di Mesir Kini

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...