06 July 2013

We Support U!

Semasa tekanan pemberontak memuncak, Uthman bin 'Affan radiyallahu 'anhu telah meminta pendapat Ibn 'Umar radhiyallahu anhuma:

Uthman: Orang ramai mendesakku dengan berkata "letak jawatan atau kami akan membunuhmu!"

Ibn Umar: Adakah engkau akan hidup selama-lamanya di atas muka bumi (tidak akan mati)?

Uthman: Tidak.

Ibn Umar: Adakah mereka mendapat apa-apa manfaat dengan membunuhmu?

Uthman: Tidak.

Ibn Umar: Adakah mereka yang menentukan Syurga dan Neraka untukmu?

Uthman: Tidak

Ibn Umar: Maka janganlah sekali-kali engkau menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan buatmu. Atau nanti akan menjadi 'sunnah' (kebiasaan) kaum selepasmu setiap kali satu-satu kaum itu tidak menyukai khalifahnya, mereka memecatnya atau membunuhnya!

[Al-Bidayah wa al-Nihayah 4/198]

Bertahanlah wahai Presiden Morsi. Engkau menerim
a amanah kepimpinan itu secara sah. Maka janganlah engkau tunduk kepada tekanan perusuh munafiq itu!





By Ustaz Hasrizal Abdul Jamil(Saiful Islam)



mujahidah : lebih selesa update blog daripada update FB pulak sekarang ni.

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...