27 April 2011

POLITIK oh POLITIK

Hari ni nak berkongsi ilmu daripada Wacana Siswa anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) di Dewan MBPJ pada 14 April yang lalu(dah lama dah,baru ada kekuatan nak kongsi),dengan tajuk "TOLAK POLITIK JIJIK".

Apa yang saya jelas dan dapat daripada forum tersebut,yang membariskan panelis daripada PAS,PERKASA dan juga Dr.Asri Zainal Abidin.Mereka bersetuju bahawa politik Malaysia kini,menjijikan,baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.Fitnah berleluasa,pelbagai tektik kotor dalam bertanding dalam memenangkan parti masing-masing dan pelbagai lagi.

Suka saya bawakan pandangan daripada Dr.Asri yang menyatakan,tujuan berpolitik untuk menyelamatkan ummah,bukan jatuhkan orang lain dan suka-suka untuk kepentingan parti apatah lagi individu.Tambahan daripada beliau,dalam beliau mengambil pandangan Imam Qurtubi mengenai meminta jawatan.Ini pandangan Imam Qurtubi :

"Boleh ambil atau minta jawatan,bila tahu orang yang bertanding boleh membawa bahaya kepada ummat dan negara"

dan tambahan beliau juga,daripada Abu Dzar:
"dalam nak memerintah negara,tidak cukup dengan soleh sahaja tapi kemampuan dalam memimpin"

Bagi pandangan wakil PAS,politik itu bersih dasarnya,untuk mengurus negara dan mengurus masyarakat.Dan beliau membawa pandangan ahli falsafah mengenai politik:

Plato:"Sistem pemerintahan yang baik,yang dipimpin oleh orang yang berilmu"

Ditambah selepas itu,oleh wakil PERKASA,Dr.Asyraf macam mana sekalipun kita mahu berpolitik,pastikan prinsip Islam lebih tinggi daripada segalanya.Terapkan nilai-nilai ukhuwah Islamiyyah dalam berpolitik,berakhlak,bukan sekadar nama sahaja parti yang mendokong Islam,tapi langsung tidak mencerminkan akhlak dan prinsip-prinsip Islam dalam organisasi tersebut.
Tambahan beliau lagi,dan saya suka pencerahan yang dibuat olehnya dan Dr.Asri,fikirkan sesuatu untuk parti,merentasi parti.Bukan dengan hanya bila parti tetapkan itu dan ini,kita ikut sahaja tanpa cuba mengkritik,membangkang atau berani bersuara sekiranya apa yang ditetapkan oleh parti tidak sepatutnya.(Pandangan saya,saya setuju,cuma janganlah sampai buat jemaah atau parti baru sebab hanya sedikit kekurangan seperti yang pernah terjadi sebelum-sebelum ni...opsss...tegur dan nasihat itu terbaik,janganlah nak membanyakkan parti dan jemaah di Malaysia ni)

Terakhir sekali(akhir dah?sebab saya kongsi sampai saya dapat dengar sahaja,kena pulang ke kampus awal,kalau tak alamatnya kena "tazkirah" free daripada pak guard).Rakyat perlulah berani untuk berubah jika didapati mana-mana parti yang memerintah kawasan,negeri dan negara sekirannya terang lagi bersuluh pemimpin tersebut tidak layak sebagai seorang pemimpin dan boleh mengakibatkan kerosakan ummat dan negara.Allahua'lam.

mujahidah: Saya sedang mengasah lagi,untuk mencoret dan mengulas mengenai sesuatu berkaitan politik :) Terus saya simpulkan,cuba tanamkan pemikiran merentas parti dan pastikan prinsip Islam diterapkan dalam parti.Allahua'lam!

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...