29 April 2011

IKHLAS ITU RAHSIA

Kita memberi bukan untuk menerima
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
tulus,putih dan murni hati kita
memberi adalah keranaNYA jua

Tidak mengapa jika tidak dikenang
asalkan segalanya memberi 1 ketenangan
menyebut kebaikan meragut keikhlasan
bukan kerana kelebihan kita
Dalam samar mainan rasa
kekadang datang jua serpihan bangga
mengharap adanya balasan
mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula
ditagih kasih rasa di depanMU
bila terasa segalanya dariMU
rebahlah segala daripadaku yang hina

TUHAN...
dunia ini tidak panjang
tahun terasa detik di putaran usia
mengharap yang abadi
kan lenyap segala ilusi
bantulah aku
dalam memahami rahsia itu

mujahidah : ikhlas seperti yang kita pernah tahu,diibaratkan seperti seekor semut yang hitam berjalan di atas batu hitam pada waktu malam yang gelap.Allah...!Tuhan...Golongkan kami daripada golongan mukhlisin,ameen...!

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...