11 April 2011

MUHASABAH DA'IE

Layakkah kita menjadi da'ie?

Jika diri sendiri belum di islahi

Bercakap bukan main tinggi

Nak laksanakan,masyaAllah,beralasan sekali!


Layakkah kita menjadi da'ie?

Qiamullail seminggu sekali pun,erm...azab sekali!

Baca quran pun tengok bila "free" dan tengok hari

Ada hati nak jadi kekasih Ilahi

tapi perkara-perkara mendekatkan diri padaNYA?

langsung tak bagi peluang pada diri

dan langsung tiada hati!


Layakkah kita menjadi da'ie?

Sedangkan masalah hati penuh dalam diri

Muamalat pun sesuka hati

Panggilan abang sayang dah jadi lali dan sebati!


Layakkah kita menjadi da'ie ?

Akhlak pun macam tahi

Gelak tak tengok kanan kiri

Orang sekeliling jenuh dok perhati


Ya Allah Ya Rabbi

Pimpilah diri kami ini

Yang sentiasa diuji

Dari pelbagai posisi


Kami sedar segala kelemahan diri

Semoga dengan sentuhan kasihMU

Memberikan kekuatan untuk kami mengubah diri

Menjadi mukmin sejati

Yang mampu berjuang sepanjang hari

Demi memburu cintaMU ya Rabbi

Demi menempatkan diri di syurgaMU ya Ilahi!


::perkongsian daripada adik-beradik seperjuangan dan pengubahsuaian daripada diri mujahidahputeri::


mujahidah :layakkah kita menjadi kekasih Illahi jika ciri-ciri pendakwah hakiki tiada dalam hati dan diri!


"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan,sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri...!"[Al-Baqarah 2:44]

1 comment:

  1. Jauh sgt kalau nak bandingkan diri ini dgn ciri2 seorang da'ie yg sebenar... Jauh panggang daripada api... Mudah-mudahan ciri2 tersebut menjadi sebati dgn diri ini...

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...