29 October 2009

JOM LAZIMINYA...

Sebenarnya baru berhajat untuk uzlahkan diri daripada update blog,sebab sekarang dalam fatrah final exam(paper 1 saya 5hb November,doakan ye) tapi saya nak juga kongsi sesuatu kali ni,(*_*)apa yang nak sangat saya kongsikan.doa Rasulullah S.A.W,hasil pembelajaran saya ketika kelas hadis hari semalam,Rabu,kelas terakhir...:(,pesanan ustaz Abu Laith supaya kami hafal doa ni,bukan untuk exam,tapi melaziminya sebagai doa pegangan dan harian,khasnya buat perempuan(ustaz tak bagi tahu pula sebabnya)

Hadis sunan ibn majah,juz 2,mukasurat 1259,nombor 3830,Kitab Doa',Bab Doa' Rasulullah S.A.W

Hadisnya panjang,saya sertakan doa dalam hadis ni sahaja ye,doa' ini nabi baca ketika dalam 1 majlis,doanya berbunyi begini...
رَبِّ أَعِنِّي وَلاَ تُعِنْ عَلَيَّ,وَانْصُرْنِي وَلاَ تَنْصُرْ عَلَيَّ,وَامْكُرْلِي وَلاَ تَمْكُرْ عَلَيَّ,وَاهْدِنِي وَيَسِّرِ الْهُدَى لِي,وَانْصُرْنِي عَلَيَ مَنْ بَغَى عَلَيَ,رَبِّ اجْعَلنِيْ لَكَ شَكَّارًا,لَكَ ذَكَّارًا,لَكَ رَهَّابًا,لَكَ مُطِيْعًا,إِلَيْكَ مُخْبَتًا,إِلَيْكَ أَوَّاهًا مُنِيْبًا,رَبِّ تَقَبَّلْ تًوْبَتِي وَاغْسِلْ حَوْبَتِي,وَأًجِبْ دَعْوَتي,وَاهْدِي
قَلْبِي,وَسَدِّدْ لِسَانِي,وَثَبِّتْ حُجَّتِي,وَاسْلٌل سَخِيْمَةَ قَلْبِي

"Ya Tuhan,bantulah aku dan janganlah ENGKAU bantu sesiapa yang ingin berbuat jahat padaku,dan menangkanlah aku dan jangalah ENGKAU menangkan sesiapa yang mahu membuat jahat padaku,dan rancanglah untukku dan janganlah ENGKAU rancang buat mereka yang mahu merancang jahat terhadapku,dan tunjukki daku,permudahkan dalam memberi petunjuk kepadaku,dan bantulah aku dalam menghadapi mereka yang mahu menzalimiku,Ya Tuhan jadikan aku,orang yang bersyukur kepadaMU,mengingatiMU,takut padaMU,mentaatiMU,khusyu; padaMU,kepadaMU ku merayu lagi berharap...Ya Tuhan terimalah taubatku,sucikanlah dosaku,perkenankan permintaanku,tunjukilah hatiku,lancarkanlah lidahku,dan bernaskanlah dan tetapkanlah hujjahku dan hilangkan kedengkian dalam hatiku"
Free Signature Generator

28 October 2009

ANUGERAHKANLAH

Oh Tuhan, berikanlah sedikit rasa cinta-Mu padaku
Semoga seluruh cintaku untuk-Mu

Oh Tuhan, kurniakanlah sedikit rasa takutkan-Mu
Padaku... semoga ku tidak takut selain-Mu

Ya Allah dengan Rahmat-Mu kurniakanlah...


Ya Allah jadikanlah air mataku diwaktu takut dengan-Mu
Pemadam api neraka-Mu jatuhnya air mataku
Menggugurkan dosa-dosaku

Tuhan kalau bukan dengan Rahmat-Mu
Aku tidak akan selamat
Setidaknya jika bukan Rahmat-Mu
Aku tidak akan terlepas dari azab-Mu

Aku lemah bantulah aku
Untuk bermujahadah selalu
Syaitan sering menipu dayaku
Lindungilah aku darinya

~by mawaddah~

Free Signature Generator

24 October 2009

PASANGAN SEHIDUP SEMATI

Memilih Pasangan


Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin.


Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.



Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar. Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r. a:

"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat- sifatnya oleh Rasulullah saw:

"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."

Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda.

Rasulullah saw bersabda:

"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih saying antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:

"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.






mujahidah:sedikit perkongsian daripada group yang saya sertai dalam mail yahoo(*_*)
Free Signature Generator

19 TAHUN


Kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang kini sudah menjangkau 19 tahun mendapat ucapan tahniah daripada Datuk Norzula Mat Diah (BN-Paloh) dan berharap kerajaan dapat mempertingkatkan usaha mencari pelbagai sumber pendapatan baru.
Iklan

Beliau berkata sedemikian ketika membahas ucapan titah Pemangku Raja semalam.

Norzula juga berkata sehingga kini terlalu banyak jurang diadakan dalam usaha untuk merapatkan hubungan dua hala yang sebaik mungkin di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

"Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kepada saya sendiri yang kini sudah menjadi wakil Rakyat selama sembilan belas tahun,"katanya lagi.

Norzula berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS ini seharusnya mencari pelbagai usaha di samping kini berharap agar mendapat royalti minyak dari petronas dan kerajaan pusat.

"saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan tidak sahaja merangka usaha penanaman pokok depu yang mengambil masa yang lama bagi mendapat hasil,ia seharusnya memikirkan sesuatu yang membolehkan hasil yang segera kepada rakyat negeri ini,"ujar beliau lagi.

Sementara itu, Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Pasir Tumboh) pula ketika ucapan perbahasan titah Pemangku Raja pula turut merakamkan ucapan tahniah kepada Nik Aziz yang berjaya mentadbir Kelantan sehingga berusia sembilan belas tahun.

Ahmad Baihaki berkata, walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang dilalui oleh kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru, namun kecekalan dan kesabaran yang tersemat di jiwa seorang bertaraf ulama telah membuktikan kepada dunia bahawa pentadbiran sesebuah negeri maupun negara bukan sekadar terletak kepada mereka yang bertaraf doctor maupun jurutera,malah ulama juga mampu mentadbirnya.

Beliau juga telah menggariskan beberapa kejayaan PAS mentadbir negeri ini seperti berjaya membuktikan ulama juga mampu mentadbir negeri, melahirkan sebuah kerajaan yang bersih dari gejala rasuah,dapat menafikan bahawa politik dan agama berasingan di pemikiran rakyat,dapat menjelaskan bahawa bukannya umno/BN sahaja yang dapat memerintah negeri,Konsep Membangun Bersama Islam jelas menjadi panduan kepada seluruh rakyat negeri ini.

Di samping itu, Ahmad Baihaki turut merakamkan ucapan tahniah kepada ucapan sulung Yang Maha Mulia Pemangku Raja yang ingin melihat Kelantan terus maju dari segi fizikal dan rohani dengan menekankan aspek pertanian dan harapan baginda agar Kelantan dapat menjadi sebuah negeri Jelapang makanan negara dan memperkenalkan konsep bertani satu ibadah.

Adun Pasir Tumboh ini juga berharap pihak kerajaan dapat memperkasakan sistem pengajian pondok di negeri Kelantan dan meneruskan kesinambungan sistem ini ke seluruh negeri disamping mempertingkatkan sumbangan dana kewangan kepada pondok-pondok di negeri ini.

Menyentuh kepada sektor pelancongan pula,Ahmad Baihaki berkata harapan agar dapat melihat Kelantan dikenali sebagai tempat Pelancongan Agama iaitu sesuai dengan jolokan Kelantan Serambi Mekah.

Beliau juga mencadangkan agar pihak kerajaan memperkasakan tulisan jawi di seluruh negeri dan memperbanyakkan papan tanda yang menerangkan terdapatnya kawasan pondok agama,masjid maupun madrasah di seluruh pelusuk negeri.

sumber:harakahdaily

Ya Allah Ya Aziz Ya Rahman Ya Rahim
pengetahuanku pada kemurahanMU
itulah yang memberhentikan aku
di pintuMU

Bagaimana aku akan kecewa?
sedangkan ENGKAULAH harapanku
bagaimana aku akan hina?
sedang ENGKAULAH tempat sandaran
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
sedang ENGKAU menempatkanku
dalam lemah dan hina

Bagaimana aku akan miskin?
padahal ENGKAULAH ysng mencukupkan
hidupkanlah hati-hati ini
dengan makrifatMU

Matikanlah kami sebagai pejuang agamaMU
puaskanlah keluargaku dengan aturanMU
berbanding aturan kami sendiri
Bantulah aku dalam menunaikan
tanggungjawab selaku pemimpin

Ingatkanlah aku
bahawa aku hanya seorang hamba
supaya tidak lupa
Ya Allah...perkenankanlah permintaan ini.

~Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat~

(petikan daripada buku "Bidadari daripada Timur")

mujahidah:masyaAllah,subhanaAllah...pejam celik,pejam celik dah 19 tahun tok guru memerintah Kelantan walaupun pelbagai tohmahan dan cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkannya.semoga tok guru terus tabah dan cekal menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang diredhai Allah.ameen.
Free Signature Generator

18 October 2009

PROGRAM 1

MAJLIS KHAS BUAT BAKAL JEMAAH HAJI KELUARGA HAJI MD SAID

YANG DIRAIKAN
keluarga Hj Fauzi Salleh&Hjh Norashikin Md Said

keluarga Khairul Anwar Mastor&Salmiah Md Said

Alhamdulillah,17/10/09 sepatutnya adalah sambutan Deepavali buat mereka yang beragama Hindu,tapi bagi keluarga kami(keluarga Md Said Omar),kami meraikan 2 keluarga yang bakal mengerjakan haji di peringkat keluarga kami sahaja,iaitu perintis program setelah organisasi keluarga kami ditubuhkan(*_*).Selepas ini banyak lagi program keluarga kami yang bakal menyusul,insyaAllah.Alhamdulillah semuannya berjalan lancar dan kebanyakkan ahli keluarga kami dapat pulang ke kampung kami di Serkam,Melaka,cuma keluarga kami daripada Kelantan sahaja tidak dapat turut serta,iaitu keluarga Mak Wan(Nor Aisyah Md Said&Wan Zulkifli Wan Omar) dan beberapa sepupu saya yang sibuk dengan urusan di kampus,Along Hazwani ,dan ada yang bakal menduduki peperiksaan SPM,Along Firdaus(rugi korang tak ada...hehe).

Kebanyakkan keluarga sampai di Serkam,pada hari Sabtu,ada juga yang sampai pada hari Jumaat,tapi hanya 2 buah keluarga,selebihnya pada hari Sabtu(diri ni sendiri sampai sabtu...)anak-anak hj md said omar(makcik-makcik dan pak cik-pakcikku)cucu-cucu hj md said omar(sepupu-sepupuku)dan juga pembantu-pembantu rumah mak cik dan pak cikku juga turut serta memeriahkan program keluarga ini.
dimulai solat maghrib berjemaah & solat hajat diakhiri solat isya

sedikit inzar oleh atukku(hj md said omar,dlm bilik tak nampak...hehe)

setelah selesai bacaan yassin dan tahlil

tuan pengerusi majlis,merangkap timb.pengerusi keluarga kami...adikku omar

sedikit cenderahati buat wakil keluarga yang bakal ke tanah suci

makan besar di ikan bakar cikgu jeon,serkam

antara menu ditempah

keluarga jaapar mahmud & Noraini Md Said

bergambar beramai-ramai setelah menjamu selera(*_*)

jemput ke blog keluarga kami:familysaid

SEMOGA BAKAL JEMAAH HAJI SELAMAT PERGI DAN PULANG DAN MEMPEROLEHI HAJI YANG MABRUR KHASNYA BUAT MAK CIK-MAK CIK & PAK CIK-PAK CIKKU..AMEEN.
Free Signature Generator

16 October 2009

INTERESTING(*_*)

Taxi without the driver

Who did say that in the taxi compulsorily must be the driver? In London Heathrow airport, for example, appeared the taxi, which excellently manages also without human control [im]. taxi drivers - are double phenomenon. From one side, with them it is sometimes interesting to have a talk along the road, with another, sometimes they are excessively obtrusive or do not, generally, know road. It is here in Heathrow airport, that in London having, apparently, weighed everything "after" and "against" the taxi drivers as such, they decided from them to refuse. Certainly, these four-place taxi will not transport the passengers into any point of city arrived in Heathrow. They will act exclusively in the territory of airport itself as the connection between the terminals, by [avtoparkovkami] and other construction of [aeroportnogo] complex. To passenger there remains only to sit down into this taxi, the sensory screen, where it should move, and taxi auto will transport it there and, of course, without the tip. The money terminal, which stands in this taxi, will remove from your card exactly as many money, as is necessary, and not by kopeck it is






ULTra is a battery-driven, 200-mpg-equivalent, elevated personal rapid transit system with many four-person vehicles. First deployment is scheduled for London Heathrow Airport in Spring 2010, to serve Heathrow's new Terminal 5. Working as circulator transit for airports, office parks, universities, and other major activity centers, ULTra is faster than a car. In these applications, ULTra solves the "last mile problem."


Free Signature Generator

15 October 2009

"TEDDY BEAR"

Assalammualaikum buat semua.Hari ni saya lampirkan hasil pertanyaan saya kepada ustaz pondok(Ustaz Rahim),pondok pasir Tumboh,Kelantan(pernah dok ngaji 2 minggu je di sana...hehe)


Halimah Jaapar
October 13 at 2:12pm

salam ust.ana nak tanya."teddy bear" tu ble ke?sbb remaja n budk2 permpuan mmg suka.ana ad dgr tzkirh hr 2,ust tu ckp bg busk2 harus.tp yg dh cukp umur haram.btl ke ust,ble tak jelskn.sykrn.

Ayimsya Mdshah October 14 at 1:29am

Saya dah jawab kat blog saya tu.nanti tengok .Kalau jawab kat sana kan banyak manfaat .ramai yang boleh tahu .bagus juga awak timbulkan soalan ni sebab banyak berlaku pada kanak2 yang dah besar (yang dah aqil baligh).tengok pada soal jawab sana k .

Ustaz menjawab:

Mainan anak patung diharuskan bermain oleh kanak-kanak yang belum baligh iaitu patung yang tidak berbentuk binatang .Alasannya supaya dapat melatih kanak-kanak itu untuk menyayangi dan menjaga kanak-kanak yang lebih kecil darinya .Adapun perempuan yang sudah aqil baligh maka haram hukumnya berpandukan pada alasan yang tersebut .

Ada yang menimbulkan lagi persoalan:

perempuan yang sudah akil baligh haram hukumnya berpandukan pada alasan tersebut,….apa alasannya ustaz.??hari tu ustaz ada ckp, aisyah r.a pun ada bermain dgn anak patung kn?so, macam mana tu ustaz?

Ustaz menjawab:

Masyaallah lihat pada alasan kanak-kanak tu.Adapun yg sudah aqil baligh tak ada sebab kerana sudah mempunyai aqal yg mantap .Takkan nak belajar mengasuh kanak-kanak dengan anak patung kot .Ada juga di tanjung rambutan .Apabila tiada mempunyai alasan , maka ketika itu patung itu merupai berhala .Aisyah ketika itu umur berapa ? Beliau kahwin umur berapa ? Kan umurnya 9 tahun dan ketika tu beliau belum baligh lagi .Wallahualam .


bye nemo...bye bear... :(

mujahidah:hmm sesiapa yang sudah akhil baligh,sudah jelas jawapan sudah...bagi sesiapa yang ada sebarang yang berbentuk "teddy bear" boleh lah buang atau bagi pada kanak-kanak yang tak akhil baligh lagi ye...:(

Free Signature Generator

09 October 2009

TAUBATLAH!

KHAS BUATMU...

ان الله لايغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشأ
Inna Allaha la yaghfiru ainsyushraka bihi wayaghfiru ma duna zalika limaiyasya'...

Mafhumnya:Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syikrik,Dan Allah mengampuni dosa bagi siapa yang dikehendaki ...(An-nisa' 4:48)

ayat di atas menjelaskan pada kita bahawa Allah akan ampuni apa sahaja dosa terhadap sesiapa sahaja yang dikehendakinya,melainkan dosa syirik.Jadi bagi sesiapa yang pernah terlajak jauh daripada landasan sebenar,maka janganlah anda merasakan bahawa kamu tiada harapan dan peluang untuk dimaafkan.

JANGAN SEKALI-KALI MERASAKAN KAMU TIADA PELUANG UNTUK KEMBALI KE PANGKAL JALAN DAN TIDAK ADA MAAF BAGIMU,ALLAH MAHA PENGAMPUN KECUALI PADA ORANG YANG MENSYIRIKKANNYA.

A:Bagaimana untuk kita jadi orang pilihan Allah,orang yang diampunkan Allah.
B:Bilamana kita sudah melakukan dosa,kita perlulah bertaubat kepada Allah

A:Taubat yang bagaimana?
B:Taubat Nasuha...

A:Macam mana ciri-ciri taubat nasuha tu?
B:nak tahu?jom baca buku ni

A:buku apa?
B:buku ni...
A:ada apa dalam buku ni?
B:dalam buku ni ada sentuh pelbagai tajuk,salah 1 nya mengenai taubatlah...

A:ooo ye ke?apa ciri-ciri taubat ?
B:Nak tahu...jom!

Di sini saya sertakan mengenai CIRI-CIRI TAUBAT NASUHA yang dipetik daripada buku yang dalam simpanan saya "Ingat Tuhan sampai mati" ditulis oleh Aa Gym.

1.Menyesal

Taubat yang bersungguh-sungguh dilihat oleh Allah dengana rasa penyesalan yang begitu mendalam.Orang yang amat-amat menyesal akan menjauhi perkara maksiat yang pernah dilakukan sejauh-jauhnya,dia tidak mahu ingat akan dosa yang pernah dilakukan walaupun sesaat,dilemparnya jauh-jauh daripada ingatannya,dan dia buang semua benda yang boleh menyebabkan dia kembali dan melakukan kembali dosa tersebut.Begitulah sebaik-baik penyesalan pada sesuatu perbuatan dosa.Jangankan mengulanginya,terlintas di fikiran pun tidak dibenarkan sama sekali!

2.Meminta keampunan daripada Allah

Memohon keampunan daripada Allah dapat dilakukan dengan istighfar.Di sampin itu,meminta keampunan mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh,lahir daripada lubuk hati yang dalam.Linangan air mata,esakan tangisan,dan getaran jiwa adalah terjemahan daripada rasa penyesalan yang mendalam.

3.Berazam tidak mengulangi dosa

Tidak sekadar mengulangi,difikirkan pun tidak dibenarkan sekali.Manusia secara semulajadi cenderung berbuat perkara-perkaraa buruk,tetapi bukanlah bermakna boleh dituruti begitu sahaja.Bahkan sebaliknya,kita hendaklah sedaya upaya melawan dan menentangnya,kerana dari situlah kita mendapat ganjaran daripada Allah.

"Ya Allah... ampuni kami,lindungi kami,tunjukki kami,kasihi kami,sayangi kami,ya rabbul 'izzati..."

mujahidah:sayangilah diri kita,jangan kita menzalimi diri kita dengan membiarkan diri kita dan berterusan mencampakkan diri kita ke arah kebinasaan dan dilumuri dengan dosa-dosa.Allah maha pengampun lagi penyanyang buat hamba-hambaNYA yang sentiasa mahukan petunjukNYA.Allah bersama kita,jika kita juga mahu denganNYA!khas buatmu...

:.dapatkanlah buku keluaran PTS ini,buku ini bersaiz kecil,boleh dimasukkan ke dalam poket(*_*),RM 10 untuk semenanjung & RM13 Sabah&Sarawak.InsyaAllah tak menyesal beli,banyak manfaatnya.:

Free Signature Generator

MUHASABAH CINTA

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Free Signature Generator

04 October 2009

KUALITI JIWA VS KUANTITI HARTA

Ramadhan telah berlalu, dan kemudian bertamu pula Syawal. Saat-saat ini sesungguhnya menghadiahkan detik yang indah untuk terus bermuhasabah. Beberapa purnama lagi tahun baru akan menjengah, apakah pecutan diri menuju taqwa semakin goyah atau semakin gagah? Ya, hakikatnya hidup perlu dijalani dengan semangat “sentiasa bersedia untuk mati”. Bila hati benci mati, itu petanda jelas bahawa aku dan kamu belum mencintai Ilahi…

Apakah cukup hanya dengan keluhan? Padahal hidup memerlukan kayuhan. Kayuhan amal yang tidak putus-putus dan tanpa jemu-jemu. Kita boleh senyum ketawa dan mesra ketika bersama manusia, namun jauh di sudut hati, biar tetap sedih dan merintih kerana mengenangkan dosa lampau, dosa kini dan dosa akan datang. Sesekali kita boleh tertawa dengan kebodohan diri, tetapi lama kelamaan jika kebodohan itu berulang, hati akan terdera oleh satu pertanyaan: Bilakah lagi aku akan matang?

Malam yang dulu tidurku terganggu. Kira bicara hati tidak menentu. Walaupun yang kukira adalah wang-wang pada nisab dan haul menjelang hujung tahun… tetapi hakikatnya yang kutimbang adalah soal hati. Hati yang masih tamak. Hati yang hanya ingin menerima tetapi begitu sukar memberi. Yang kucongak adalah zakat. Namun hakikatnya, neraca muhasabah ini ialah antara mahmudah dan mazmumah. Aku boleh menipu angka dan timbangan, tetapi mampukah aku menipu diri sendiri? Lebih-lebih lagi mampukah aku menipu Ilahi?

Yang paling penting dalam hidup ini ialah punya hati yang qanaah – hati yang berpada-pada dengan apa yang ada. Sedikit, mencukupi. Banyak, boleh diagih-agihkan. Pernah aku berjanji dengan diri sendiri, agar menjaga keinginan agar tidak melewati batas-batas keperluan. Jangan sekali-kali terjerumus ke jurang pembaziran. Keinginan yang melampaui batas, jika tidak dapat dikawal akan mengundang resah jiwa. Gejolaknya akan terus mengganggu. Sedikit tidak cukup, banyak tidak puas. Aku pernah tersiksa kerana itu!

Kemudian aku tersedar… bahawa kekayaan sebenar bukanlah kerana ‘memiliki’. Kekayaan sebenar bila tidak ‘dimiliki’. Justeru, Allah itulah zat yang Maha Kaya. Benar, milik Allah segala yang ada. Tetapi bukan kerana itu DIA digelar Al Ghani – Yang Maha Kaya. Allah itu Maha Kaya kerana DIA tidak memerlukan segala sesuatu, sebaliknya segala sesuatu yang memerlukan-Nya. Begitulah manusia. Jika inginkan kekayaan sejati, kurangkanlah keperluan terhadap dunia dan manusia … bukan dengan meningkatkan keperluan kepada keduanya.

Pernah aku temui orang kaya yang memilki harta berjuta. Segala-galanya bagai berada di hujung jarinya. Kereta, rumah, hartanah dan wang simpanannya berjuta-juta. Tetapi alangkah sedih, dia begitu miskin di sudut jiwanya. Keinginannya pada dunia sentiasa meluap-luap. Ingin itu, ingin ini. Selepas satu, satu pula keinginannya. Jiwanya sentiasa resah. Dia umpama meneguk air laut, makin banyak diminum semakin haus. Pantang ada kereta model terbaru… dia resah. Pantang ada hartanah yang nak dijual… dia gelisah. Oh, alangkah siksanya sikaya yang hidup dalam kemiskinan itu.

Lihatlah perancangan kewangan musim yang lalu. Betapa kekadang berlaku sesuatu di luar di luar dugaan. Disangka cukup, tiba-tiba mengurang. Dijangka sempit, tiba-tiba lapang. Tidak salah merancang di batas tadbir… tetapi segalanya terlaksana di alas takdir. Sebab itu pasakkan ke dalam hati selalu, Allah itulah Ar Razzak – Maha Pemberi Rezki – yang mampu memberi melalui jalan-jalan yang misteri. Jalan yang tidak mampu dijangkau oleh akal yang terbatas, justeru upaya-Nya yang Maha Luas.

Wahai diri yang bakhil, keluarkanlah hak orang lain yang kau anggap hakmu. Jangan jadi seperti Qarun yang menganggap kekayaan diri kerana kepandaiannya. Ya, kau yang memerah keringat. Ya, kau yang penat berfikir. Tetapi dengan tenaga siapa kau berusaha? Tangan, kaki, bahu dan segala pancainderamu itu milik siapa? Kau bukan pemiliknya. Kau hanya peminjam… Begitu juga dengan akal, hati dan perasaan yang kau gunakan untuk berfikir, merasa dan bertindak… milik siapa segalanya? Bukankah segalanya milik Allah?

Oh, rupanya aku sering terlupa bahawa usahaku semuanya, segalanya, adalah dengan ‘modal pinjaman’. Aku perlu membayarnya. Kepada siapa? Kepada Allah? Ah, Dia Maha Kaya. Dia tidak memerlukan apa-apapun daripada hamba-hamba-Nya. Namun, Allah memerintahkan agar ‘modal pinjaman’ itu dipulangkan kepada hamba-hamba-Nya yang memerlukan. Itulah golongan 8 – asnaf zakat yang memerlukan. Merekalah pemilik yang berhak ke atas harta Allah yang dipinjam oleh Sikaya. Lalu aku akur, ya Allah alangkah berdosanya aku. Aku masih tamak, aku masih rakus. Bagaikan akulah pewaris harta Qarun nan sejati – hati yang sentiasa merasa miskin!

Dulu, aku pernah menjerit kerana tidak cukup. Tapi kini aku menjerit kerana ingin lebih. Ah, apakah esok aku akan terus menjerit kerana tidak puas? Wahai diri, milikilah kematangan rasa. Jangan sekali-kali bertindak ‘terlalu’. Samada terlalu ‘mahu’ atau terlalu ‘benci’. Kesederhanaan itu selalu menyelamatkan. Ingat selalu pesan Al Quran, tangan jangan terlalu dibukakan… tetapi jangan pula terlalu digenggamkan. Titik tengah antara boros dan bakhil, itulah pemurah.

Jika wang boleh menyuburkan kasih-sayang, hulurkanlah. Jangan lokek ‘memeriahkan’ persaudaraan. Bukan Rasulullah SAW pernah bersabda sedekah terbaik ialah yang didahulukan kepada kerabat terdekat. Tetapi ingat, bukan wang itu yang mempertautkan persaudaraan… tetapi hati yang jujur. Kejujuran mampu ‘membeli’ kasih-sayang lebih dari jumlah wang yang aku miliki… Aku tidak ingin menjadi pewaris hati Qarun!

Antara kualiti jiwa dan kuantiti harta sering diri alpa dan terkesima. Jiwa dibiarkan buruk dan gelap, badan kereta pula yang asyik dilap dan digilap. Rumah ditukar langsir, dicat baru dan dihiasi perabot pelbagai jenama, tapi sayang… jiwa berterusan terus kusam, kelam dengan mazmumah yang terus bermaharajalela.

Duhai diri, apakah kamu lupakan mati? Di mana Qalbun Salim (hati yang sejahtera) yang menjadi penjamin mu di Hari yang tidak berguna semua saudara dan segala harta?

Ya Allah, uzlah aku dari kejahatan diri agar tidak menjangkiti orang lain. Qanaah aku agar tidak hasad pada nikmat yang diberi kepada yang lain. Sabar aku dengan karenah insan yang menjadi “bahan uji”Mu untuk mendidik aku. Syukur aku pada nikmat yang ada tanpa mengenang apa yang tiada. Pemaaf aku pada kejahatan insan sebagai karma kejahatanku pada mereka.

Ya Allah, aku belum sampai… tetapi sungguh, aku telah mulakan perjalanan. Walau susah sungguh, untuk pasrah padaMu, penuh seluruh! Lihat aku, kesihanilah aku, kutip aku… wahai Al A’fu.

:.Ustaz Pahroul Mohd Joui.:

Free Signature Generator

02 October 2009

SESEKALI DIUJI

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

"Ya Allah moga ku sentiasa dalam rahmat & kasih sayangMU dan sentiasa mendapat petunjuk dariMU,Jangan Kau biarkan diri ini dalam kelekaan dan kealpaan dengan segala nikmat pemberiaanMU,jadikanlah aku orang yang sentiasa Sabar dengan ujianMU,Ya Allah lindungi daku,Ya Allah kasihi daku,Ya Allah sayangi daku"

mujahidah:lagu ni hadiah daripada seorang adik,setiap kali dengar lagu ni hati jadi sayu.tambah-tambah sejak akhir-akhir ni memang hati ni terlalu mudah tersentuh dan sayu dan apalagi...turunlah titisan air hujan daripada kelopak mataku ini tanpa tahu sebabnya...banyak lalai dan leka agaknya.ampuni daku ya Allah :(

Free Signature Generator

01 October 2009

BAKAL DIPINANG

InsyaAllah 11 Oktober ini bakal menyaksikan 1 lagi "peperangan" sengit antara UMNO dan PAS .harapnya kali ni N31 Bagan Pinang akan berjaya dipinang oleh calon ini...(*_*)Ayuh penduduk Bagan Pinang "pinanglah" calon ini di Bagan Pinang(*_*)...yang "hijau"

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
UMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG
AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN
FARAH WAHIDAH 18 TAHUN
MOHAMAD FADLI 14 TAHUN
MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN
FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN
MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

-PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
-TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
-SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)
-EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
-PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
-TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
-KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
-BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

-PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
-TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

-PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
-PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
-PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
-EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
-PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
-PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.


"Ya Allah bantulah jentera dan pihak yang haq bagi memastikan yang haq tertegak."ameen.

Free Signature Generator

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...