31 December 2008

HANCUR-HANCUR!!!HANCUR KUFFAR!!!

Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.

Dari Abu Hurairah RA :
"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

Doa Qunut Nazilah dibaca setiap sholat fardhu jahriyah (mahdzab Hanafi), sedangkan selain madzhab Hanafi, Doa Qunut Nazilah dibaca setiap kali sholat fardhu.

Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.terutamanya di Gaza Palestin sekarang ni...dan seluruh dunia






اللهمﺇنانجعلك في نحورأعدائناونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم
وزلزل أقدامهموسلط عليهم كلبا من كلابك
يا قهار يا جبار يا منتقم ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم
الاحزاب
ﺇهزمهم وانصرنا عليهم

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.



P/S:sama-sama doakan saudara seislam kita.dan salah satu cara untuk kita menolong mereka,let's boycotte their products!!!bayangkan dengan setiap duit kita dgn membeli barangan mereka,mereka gunakan untuk mengebom saudara2 kita...maka,secara sedar xsedar kita juga adalah penyumbang keganasan ini berlaku.buka mata wahai umat islam semua...Allahuakbar3x.

28 December 2008

MUHARAM MENJELMA KEMBALI

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.






Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:


~Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

~Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

~Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

~Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

~Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

~Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

~Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

~Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

~Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

~Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

~Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

~Hari pertama Allah menciptakan alam.

~Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

~Hari pertama Allah menurunkan hujan.

~Allah menjadikan 'Arasy.

~Allah menjadikan Luh Mahfuz.

~Allah menjadikan alam.

~Allah menjadikan Malaikat Jibril.

~Nabi Isa diangkat ke langit.

"perkara yang paling aku menyesal sekali dalam hidupku ialah apabila terbenamnya matahari,umurku berkurangan,akan tetapi amalanku tidak bertambah"(ibn Mas'ud)

tahun 1429H tahun yang paling banyak aku diuji,
paling banyak membuatku mengenal diri,
paling banyak ku mengenal dunia hakiki lakonan insani,
semoga tahun baru hijri 1430 menjadi diriku lebih beerti,
menginsafi tahun yang sudah berlalu pergi
dan suci dari dinodai nafsu yang bertakhta di sana sini...

(wah bermadah pujangga lak...hik3)






p/s:selamat menyambut tahun baru Islam 1430H,tahun baru,azam baru,kos baru...hehe.semoga tahun ini adalah lebih baik daripada sebelum ni buat saya dan semua(*_*)


BACK TO "SCHOOL"



Alhamdulillah,subhanallah...asykurulaka ya rabbi,syukran lillah...itulah ungkapan yang mampu ku ungkapkan.sudah 2 kali saya dalam dilema untuk membuat keputusan...alhamdulillah Allah permudahkan buat saya...pertamanya hari itu saya mahu ke program anak negeri dan program sempena nak 'perang':-)tapi dalam masa yang sama mak saya ajak balik johor...maklumlah da lama tak balik,program program gak,hati mak kita perlu juga dijaga,atas nasihat dan pendapat beberapa sahabat,saya memutuskan untuk ikut mak balik...kalau ada rezeki dapatlah saya turun ke 2 program tersebut.Alhamdulillah dengan izin Allah,dapatlah saya mengikuti kedua-dua program tersebut walaupun ada skip.itu pun da memuaskan hati saya(*_*)amat-amat puas hati.

satu lagi dilema minggu lepas ni,saya nak turun matrik,nak jenguk adik-adik di sana,dan hari sabtu nye pula ada gathering alumnai darul quran.saya nak sangat turun ke darul quran sebab da lama sangat tak kembali merasai biah bumi barakah darul quran.lagipun da susah nak masuk.tanya-tanya sahabat di Gombak mereka semua ada masyaqqah(kesulitan) dan hal-hal masing-masing.jadi saya kuburkan sajalah niat saya untuk ke darul quran,jadi saya turun ke matrik petang jumaat dengan 3 orang adik-adik saya:-)dalam perjalanan mesej dengan anak usrah saya di darul quran dan matrik,saya paggil dia achik...dalam borak-borak dia tanya saya"angah pegi ke gathering dq"saya cakaplah tak ada kawan.pastu dia jawab matrik ada sediakan bas untuk ke darul quran untuk esok harinya.masyaAllah,betapa gembiranya saya masa tu,saya terus minta dia bagi kan nama saya kepada 'person in charge'.Alhamdulillah,daptlah saya 'back to school' ke matrik dan darul quran(*_*)teringat firman Allah"wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin" kita merancang,Allah juga merancang,tapi perancangan Allah lah yang terbaik."inna maal 'usri yusra"setiap kesusahan ada kesenangan"...

Maka minggu lepas saya, 26-28/12/08 saya habiskan di matrik dan darul quran.hati merasa puas,kerana da lama tak menjenguk adik-adik di matrik dan da lama tak kembali ke darul quran.Alhamdulillah dapat bermalam di matrik dan darul quran.Bertolak ke matrik dah nak dekat maghrib,sampai memang da maghrib cepat-cepat kami ke musollah mahallah Zainab,selesai je solat...sorang-sorang adik kami turun.kami tunggu isya' sekali dan lepas tu makan sama-sama.ada orang belanja...langkah kanan.tapi tak tahu siapa...moga dilimpahkan rezeki yang luas pada adik tu:-)sambil-sambil tunggu makanan siap, tanya khabar adik-adik dan perkembangan gerak kerja dakwah mereka.alhamdulillah melihat wajah-wajah mereka yang ceria dan gembira membuat hati saya tenang dan senang.walaupun mereka dalam fatrah sibuk dengan kerja dan midterm exam...kerana Allah tahu mereka mampu, maka merekalah orang pilihan Allah untuk berada di jalan dakwah ini.semoga mereka terus thabat di jalannya.



Keesokkan paginya saya bertolak bersama adik-adik bekas darul quran yang lain,saya sorang je yang batch 06,mereka semua batch 07,saya menumpang kasih je...hehe.alhamdulillah rezeki dapat juga ke darul quran.adik-adik saya dari Gombak pula ada agenda mereka yang lain...nak ajak ke darul quran pun saya segan pula,sebab tu untuk pelajar bekas darul quran,nanti orang kata saya pandai-pandai buat kepala sendiri.lagi pun mereka pun ada agenda mereka masing-masing lepas tu.

Kami tiba di darul quran lebih kurang jam 1opagi,ketika di darul quran dulu saya suka mersai suasana bila sudah berada di kawasan kuala kubu bharu,udaranya yang nyaman dan di kelilingi tasik,belum masuk dalam darul quran lagi...kalau bas tu ada tingkap da lama saya buka;-)da sampai di darul quran kami masuk ke dewan dulu untuk sedikit majlis...kalau ikut hati nak terus ke tempat paling digemari...tempat penuh ketenangan...masjid darul quran.antara tentatifnya forum untuk hamlatul quran,tak ingatlah tajuk ape...tapi yang saya ingat antara isi forum tersebu yang memberi kesan yang amat pada saya ialah,"perjuangan para huffaz ialah dalam menjaga al-quran supaya dekat di hati dan setiap perbuatan kita mesti berakhlakkan al-quran,sebagaimana saidatina Aisyah ditanya mengenai akhlak nabi,lalu beliau menjawab akhlak nabi adalah al-quran".seorang forumer yang lain pula menceritakan "bagaimana adik Mohammad Ahmad Zahin,adik yang telah hafal quran sejak dari kecil yang baru memenangi hafazan peringkat antarabangsa baru-baru ni,adik mohammad ditanya berapa juz dia ulang quran satu hari?adik mohammad menjawab 2juz sehari untuk hari sekolah dan 5juz sehari untuk hari cuti,ini menunjukkan betapa dia ada disiplin dalam menjaga al-quran"masyaAllah kagum bercampur malu dengan diri sendiri.macam mana dengan aku???dan kamu wahai hamlatul quran yang lain???

Selepas forum,ada resolusi sedikit dan perasmian oleh Ketua Pengarah JAKIM dan alunan bacaan al-quran oleh adik Mohammad Ahmad Zahin.bacaan yang mampu membuat orang menitiskan air mata,dan menjentik hati-hati mereka yang lalai.subhanallah.insyaAllah bakal mujahid dan mujahidahku jua akanku didik sebagaimana adik Mohammad, bahkan lebih baik...insyaAllah.



Mengimbau kenangan di darul quran,bumi tarbiyyah bagiku.bumi yang mengajarku erti perjuangan islam sebenar.syukran jiddan ilaallah.di sinilah mengenalkanku usrah,mengasah bakat kepimpinanku walaupun tak cukup tajam...hehe,mengajarku senyum(*_*)hehe saya ni, selalu 1st impression orang kat saya,saya ni garanglah,sombonglah...memang betul pun,dulu nak bergambar pun tak pandai nak senyum...nak beramah dengan orang pun tak reti.alhamdulillah berkat tarbiyyah di darul quran macam-macam skill saya dapat.skill jadi naqibah,jadi exco tarbiyah,skill boleh bercakap depan orang ramai,skill senyum...hehe...tu yang penting tu.saya kene marah sebab tak boleh senyum je...ingat lagi kata-kata ni"muka kau kenapa macam toye je....tak boleh nak senyum ae?macam mana nak berdakwah dengan muka macam ni?mad'u tengok muka kau lari tau tak..."kata-kata tu takkan saya lupakan...;-)lepas tu semua sahabat-sahabat saya kalau jumpa saya diorang akan cakap..."akak...senyum"...dapat bermalam sehari je di tempat yang ku sayangi manalah cukup...ku gunakan sebaik-baiknya meronda sekitarnya...tak banyak sangat perubahannya.alhamdulillah dapat ku tunaikan solat 5 waktu di masjid...di tempat ku mencari ketenangan,mencari 'modal' untuk dihafal depan ustazah;-)masa masuk je masjid automatik saya cari tempat yang selalu menjadi port saya cari 'modal'...mengimbau kenangan manis dan pahit.semoga ketemu lagi darul quran...

26 December 2008

"BAGIMU AGAMAMU,BAGIKU AGAMAKU"

Perayaan Krismas akan disambut setiap tibanye 25Disember oleh orang yang beragama Kristian.teringat saya seorang adik ni mesej kepada kawan saya dan menanyakan mengenai 'wish' merry christmas kepada sahabat handai seagama mahupun sahabat handai dari agama kristian.kawan saya meminta saya 'reply'nya.adik tu menanyakan lebih kurang begini soalannya"betul ke kak,kita nak wish kat sahabat2 kami yang merry christmas tak boleh...just wish je pun tak boleh?tapi dalam televisyen tu tunjuk boleh je":-)lebih kurang begitulah soalannya.

Mengucap(wish)perayaan agama seperti krismas,deepavali,wesak,chap goh mei dan sebagainya adalah haram.mengapa begitu?ia seolah-olah kita meraikan dan mengiyakan apa yang agama mereka amalkan apatah lagi merayakan bersama mereka dengan mengunjungi rumah mereka.seolah-olah kita meredhai apa yang mereka lakukan dan raikan.perayaan mereka tu atas dasar kepercayaan atau boleh saya katakan aqidah(pegangan) mereka dalam agama mereka.ingat ini perayaan agama...bukan perayaan bangsa.kalau perayaan bangsa seperti 'Tahun Baru Cina' ia dibolehkan kerana hanya perayaan yang bersifat bangsa bukannya kepercayaan.

Malangnya kita di Malaysia kononnya atas dasar satu padu,perpaduan antara semua bangsa...kita tak sedar akan perkara ini.ingat!!! perpaduan antara bangsa sahaja...bukan perpaduanantara agama.think about it.ramai yang tidak mengetahui mengenai hal ini.teringat saya seorang sahabat seislam YM saya,dia tulis mesej di id dia"happy deepavali",lalu saya menegurnya,mula-mulanya dia agak pelik betul ke tak boleh?setelah diperjelaskan dia boleh terima dan terus padam mesej tu:-)pihak-pihak berwajiblah dan masyarakatlah yang ada kesedaran yang perlu untuk menerangkan atau memperjelaskannya.di media-media begitu banyak menonjolkan pahaman boleh meraikan dan mengucap kepada perayaan-perayaan beragama baik media elektronik,media cetak dan macam-macam lagi.That's why ramai masyarakat kita terutamanya dah tentu orang Islam...tidak menyedari hal ini,kerana kebanyakkan mereka lebih bergantung di media-media seperti televisyen,internet,surat khabar,majalah dan macam-macam lagi.janganlah kita hanya menjadi orang yang hanya menerima bulat-bulat dari sumber yang kita dapat,cuba kajinya...even hebat macam mana sekalipun orang tersebut...kerana kita hanya manusia biasa yang tak terlepas dari kesilapan.wallahua'lam.


Allah berfirman:"bagi kamu agama kamu,bagi aku agama aku"
(surah Al-Kafirun:ayat 6)

p/s:perkongsian bersama untuk diriku dan diri kamu semua(*_*).wallahua'lam.

23 December 2008

LURUSKAN HATIKU TUHAN


Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain


Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu


Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat
dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini



~YA ALLAH,Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,bertemu untuk mematuhi perintahMU,bersatu memikul beban dakwahMU,hati-hati ini telah mengikat janji setia untukmendaulat & menyokong syariatMU,maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya...Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA yang sebenar,Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunkung malap,Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU,Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,Jika Engkau mentakdirkan mati,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,Engkaulah sebaik-baik sandarandan sebaik-baik penolong,YA ALLAH,Perkenankanlah permintaan ini~
(DOA RABHITOH)






#ubahsuai penterjemahan hukum Al-Quran

Terdapat pelbagai percubaan untuk melaksanakan hukum Al-Quran menurut kehendak masa kini berteraskan pemikiran moden.Dengan demikian,manusia tidak akan terasa kezaliman hukum Islam,dalam masa yang sama,pesalah terlepas dari tuntutan hukumAllah ke atasnya.Pandangan ini sememangnya merupakan anasir pemusnah aqidah umat Islam.Tuntutan hukum Allah agar dilaksanakan adalah 1 anugerah yang besar daripada Allah untuk menyelamatkan pesalah agar tidak diazab di akhirat kelak.Perlaksanaan hukum Islam walaupun pada pandangan kasar bersifat keras,namun begitulah hakikat Islam yang meletakkan sesuatu hukum untuk kemaslahatan umum dan demi kebahagiaan di hari yang kekal abadi kelak.

Oleh sebab itu,Islam menitikberatkan proses penghakiman ke atas sesuatu jenayah yang dilakukan sebelum daripada dilaksanakan hukuman.Umapamanya dalam masalah mencuri,hukum potong tangan tidak akan dilaksanakan kecuali setelah mencukupi kadar pada nilai harta yang dicuri dan mesti mempunyai bukti-bukti yang nyata.Hukuman ini juga akan dilaksanakan di khalayak ramai sebagai peringatan bersama.Keadaan ini sebenarnya dapat membasmi kes-kes kecurian kerana manusia akan gerun dan takut terhadap hukum Allah tersebut.Apakah kemaslahatn sebegini yang dianjurkan sendiri oleh Allah adalah 1 kezaliman???

~bilalah dapat rasai nikmat hidup dalam negara Islam sebenar..Ayuh umat Islam,mari kita bersama2 terus berusaha dan berjuang memastikan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi ini...Allahuakbar!!!~


19 December 2008

#campurtangan di medan pendidikan

Sistem pembelajaran Al-Quran diketepikan.sedikit demi sedikit telang hilang pelajaran berteraskan Quran & sunnah terutamanya di peringkat menengah dan juga di universiti2 yang akhirnya menatijahkan kepada kerosakan aqidah sebagaimana yang berlaku di Turki.

Al-Azhar sebagai institusi yang mengekalkan sistem berteraskan Quran dan sunnah,juga yang melahirkan tokoh ulama' Islam telah dicampurtangan oleh puak westernisasi ini.Mereka menekan agar Al-Azhar mesti menerima pembaharuan.Di sini jelas kelihatan apabila tenaga2 pengajar di Azhar sendiri mula terkesan dengan pemikiran barat ini.Bahkan tokoh2 yang terkenal di Al-Azhar sendiri pada asalnya,menjadi pencemar dan perosak kepada Al-Azhar.Maka lahirlah karangan-karangan yang merosakkan pemikiran umat Islam sendiri antaranya kitab Adwa' ala As-Sunnah Al-Muhammadiah(Dr.Mahmud Abu Riyat) dan Min Huna Nabda(Dr.khalid Mohamed Khalid).begitu juga di Universiti kaherah,lahir tenaga pengajar yang terkesan dengan pengaruh barat hingga mengenepikan terus rujukan daripada nas Quran dan sunnah,bahkan bagi beliau manusia adalah bebas untuk menggunakan akalnya.akibat daripada pencemaran pemikiran yang berlaku di institusi pengajian ini dan di Al-Azhar khususnya,tradisi keilmuan al-Azhar yang unggul terhakis serta hilang keizzahan(keagungan)status ulama' yang keluar darinya.

p/s:how to settle down and bring back the islamic education system?think about it...next entry,insyaAllah... kejayaan puak jahat terhadap Islam dalam medan seterusnya.

15 December 2008

PERANCANGAN MUSUH ISLAM

Tokoh-tokoh Westernisasi(tokoh pembaratan Islam),missionary Barat & Orientalis berusaha sedaya upaya mungkin menggunakan pelbagai cara untuk menghancurkan nur Islam.Mereka mewujudkan organisasi pelbagai dalam rancangan ini.paderi Lamnes Al-Yasu'ie umpamanya telah mengatur strategi perpecahan ke atas umat Islam setelah kejatuhan Khilafah Islamiah pada tahun 1924.Lamnes telah menyatakan bahawa:

#Islam mula akan ahncur apabila umat Islam sukar untuk mewujudkan persefahaman di aklangan mereka dan didapati ramai di kalangan muslim golongan yang taqlid dan jahil yang sememangnya menguntungkan perancangan di sebelah musuh mereka.

#Dengan wujudnya perpecahan di kalangan golongan sunnah dan syiah akan memberi ruang kepada kejayaan perancangan mereka.

#Diadakan usaha untuk menumpukan strategi dengan menanamkan semangat kebangsaan di kalangan orang Islam.Hal ini akan menjatuhkan imej dan perpaduan mereka.


#Selepas kejatuhan Kerajaan Uthmaniah di Turki,orang2 Turki telah berpaling daripada Islam,sehinggakan mereka tidak mahu menggunakan huruf-huruf Arab dalam penulisan mereka .Demikian juga halnya dengan puak Parsi,sementara orang2 Mesir mulai kembali mengagung-agungkan kebesaran zaman firaun mereka.

Lamnes telah menggambarkan keputusan pakatan jahat perang kebudayaan yang dihalakan kepada Islam hingga ke tahun 1930.Didapati terdapat beberapa kejayaan mereka terutamanya:


*campurtangan di medan pendidikan

*Ubahsuai dalam penterjemahan hukum Al-Quran

*Kebebasan wanita

(bentuk2 kejayaan mereka akan saya huraikan di posting akan datang...insyaAllah)(*_*)



يريدون ليطفؤا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكافرون
Mereka ingin memadamkan cahaya(agama)Allah dengan mulut(ucapan2)mereka,dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNYA(agama)meskipun dibenci orang2 kafir
(As-Saff ayat 8)

p/s:dipetik dari buku pertentangan Islam & Barat oleh Mohd.Asri Mat Daud di bawah selaiaan Prof.Dr. Abdullah Yusuf As-Syazli...carilah buku ni tuk dibaca...saya pun tak habis baca lagi...hehe

14 December 2008

LUAHAN HATI

Macam jiwang je kan tajuk tu...ni bukan masalah jiwang atau ape...tapi saya luahkan ia melalui hati saya yang bergelar perempuan.bila perempuan pasangannya lelaki la kan...ke lain?lelaki la kan...semenjak akhir-akhir ni saya jumpa 3 perangai orang lelaki yang sama,kalau perangai baik,tak kisahlah,tapi...hmm sebaliknya.ia berlaku depan mata saya sendiri,walaupun bukan terkena pada diri sendiri...tapi sebagai seorang perempuan saya amat menyampah,benci dan geram dengan perangai lelaki sebegini.

Apa perangai mereka yang menyebabkan saya geram dengan diorang ni?mereka mengaku telah mempunyai pilihan hati sendiri(calon isteri),tapi dalam masa yang sama boleh tanya pasal perempuan lain untuk dijadikan calon.sayalah salah seorang orang tengahnya...boleh tanya pulak kat saya,"si polanah tu da berpunya ke?"masa tu saya tak tahulah dia da ada calon da...kalau tahu...memang nak kena berus budak tu.dan dalam masa yang sama,saya pernah berborak dengan sahabat nak pergi tasmi' ke ustaz,cerita dengan dia pasal kenapa lelaki mudah ingat quran walaupun ada masalah hati?...tiba2 masuk la hal sorang ni(org yg sama)...pastu tibe2 sahabat saya tu kata,yang si polan tu(lelaki yg sama) pernah minta dia tuk jadi calon isteri dia...ha?terkejut sangat2 saya dan masa tu memang saya da tau die da ada calonnye ...makin bertambah geram saya dengan sikap lelaki ni...



Di matrik dulu pun begitu jugak,ramai gak da tahu hal mereka berdua...tapi dalam masa yang sama boleh buat survey lak tanya pasal perempuan lain.hai la lelaki...ada yang sampai peringkat family da tau...yang bertambah2 sakit tu...bukan dari golongan orang yang lekeh2...bahkan bertitlekan baik2 sume...memang orang lihat atau dengar title2 tu perfect la,orang thiqahlah(ble percaya)...tapi bila diuji dengan ujian hati...macam gini pulak akhlak mereka!!!apa kes?dan saya perasan gak,mereka ni tergolong dari orang2 yang ramai peminat...ramai perempuan suka...diorang tak sedar agaknye itu adalah 1 ujian tuk diorang...janganlah salah gunakan nikmat diminati ramai orang tu...hai la lelaki...nak dapat perfect macam mana pun tak tahulah...pandang diri tu dulu...akhlak macam tu nak dapat calon isteri sebaik Khadijahlah,Aisyahlah dan srikandi2 islam dulu!!!...bersyukurlah dengan pemberianNYA.kalau rasa tak tahu nak buat pilihan,dah ramai sangat pilihan tu...buatlah istikharah dulu!!!ini tidak...pilih dulu,da buat si polanah tu sayang,family da tahu,dah berharap...dalam masa yang sama boleh lak tanya2 perempuan2 lain tuk dijadikan calon...ingat perempuan ni apa???kalau ingat perempuan ni sebagai barang untuk dipermainkan...nanti korang akan dapat perempuan yang mempermainkan korang jugak...dan bagi saya juga lelaki macam ni bukan jenis setia...

Kadang-kadang saya terfikir kenapa Allah tunjukkan semua ni depan saya?lama-lama baru ana sedar ada hikmah semuanya...untuk saya lebih mengenali serba sedikit perangai lelaki...sebab saya sendiri masalah jugak memahami lelaki ni...tapi saya tahu tak semua lelaki macam tu...tapi!!!ia juga menyedarkan saya betapa sukarnya untuk dapat yang soleh...dan juga solehah akhir zaman ini...amat-amat sukar...selama ni saya fikir banyak je...maklumlah golongan yang faham agama ni banyaklah jugak dalam Malaysia ni....tapi bila da berlaku depan mata sendiri...baru ku sedar pikiranku meleset...nasihat untuk diriku dan untuk semua...tuk kita dapat yang soleh...kita kenalah jadi solehah dulu,dan untuk dapat yang solehah kenalah jadi soleh dulu...

Lupakah janji Allah!!! perempuan baik untuk lelaki baik,lelaki baik untuk perempuan baik,perempuan jahat untuk lelaki jahat,lelaki jahat untuk perempuan jahat...pegang je janji Allah tu...yakinlah dengan apa yang telah Allah tentukan untuk kita.



Buat pengajaran semua lelaki dan juga perempuan...tak dinafikan juga ada juga perempuan yang berperangai begini.tapi jarang...sebab perempuan ni kalau dia da sayang sorang tu...sorang tu lah...tapi lelaki ni mungkin sebab dia rasa dia boleh kahwin sampai 4 tu yang potensi dia dalam perangai begini tinggi.

~Bertujuankan soleh jadilah solehah dulu wahai wanita,
bertujuankan solehah jadilah soleh dulu wahai lelaki~





p/s:perkongsian ni bukan saya bencikan lelaki tapi saya benci akan perangai lelaki yang begini.perkongsian ini buat diriku yang masih tidak matang mengenai hal-hal begini dan buat semua.pengajaran bersama,bukan berniat untuk memburukkan lelaki tapi sebagai pengajaran dan kesedaran bersama.

13 December 2008

Ledahan tsunami politik bakal landa Terengganu

SETELAH tersisih dari ledakan tsunami politik yang melanda negara ketika pilihanraya Umum 8 Mac lalu, Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bakal di adakan pada 17 Januari tahun depan dijangka menjadi kayu pengukur kepada kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan politik berlaku di negara ini.Walaupun ramai dikalangan pemerhati politik mencari-cari dimana silapnya sehingga Terengganu gagal mengusai negeri pantai timur itu ketika pilihanraya umum lalu. Walhal ketika pilihanraya umum ke-10, Pas menguasai pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

Walau apapun senarionya pilihanraya di P36 kali ini bakal menjawab segala persoalan tersebut.Rekod kemenangan bergaya di Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu mempunyai kesan yang besar terhadap haluan Pakatan Rakyat memburu kemenangan seterusnya khususnya di Kuala Terengganu ini.

Pada Pakatan rakyat, mencatat kemenangan di P36 Kuala Terengganu ini bukan sekadar akan menambahkan lagi kerusi di Parlimen malah akan menjadi kayu pengukur kepada Umno bahawa misi parti perkauman telah ditolak rakyat secara total.Selain kemenangan moral yang yang membuktikan lonjakan peralihan kuasa 16 September akan menjadi kenyataan dan Pakatan rakyat layak menguasai kerajaan ia sekali gus membayangkan pilihanraya Umum akan datang merupakan gelombang yang sudah tidak dapat dibendung lagi akan menenggelamkan Umno /BN.Sebaliknya pada Umno/BN, P36 memberi pelbagai persepsi. Isu perlantikan Menteri Besar selepas tamat pilihanraya Umum, Mac lalu masih segar dimata rakyat.

Kontroversi perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar menggegarkan polimik ketuanan Melayu apabila terdapat segelintir penyokong bekas menteri Besar, Idris Jusoh sanggup mengeluarkan kenyataan biadap terhadap instituasi raja-raja Melayu.Seluruh rakyat merasa terkejut apabila pengikut Idris mahukan beliau dilantik semula namun sultan Terengganu merangkap Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mirzan mahukan Ahmad Said.Kebiadapan dan penderhakaan terbuka umat melayu akhirnya terpamir apabila rentangan poster yang berbunyi ” kami mahu Idris, Natang” terpampang yang membuktikan Umno Terengganu adalah mempelupuri penderhakaan yang akan tercatat dalam sejarah negara.

Diatas kertas politik maupun realitinya perebutan kuasa dikalangan Umno agak berbeza dari parti-parti lain. Dendam kesumat pemimpin Umno terhadap musuhnya dalam parti sehingga boleh membawa kepada membantu parti lawan.Rentetan pilihanraya Umum ke -12 lalu adalah bukti bahawa salah satu dari kemenangan besar pakatan Rakyat adalah akibat ramai dikalangan orang Umno yang memberi sokongan kepada pembangkang kerana tidak setuju dengan calon mereka.Secara langsong P36 menjadi medan kepada pimpinan Ahmad Said yang merupakan menteri besar menyukat penerimaan rakyat tempatan berhubung kepimpinan beliau mentadbir Terengganu.

Berdasarkan laporan terbaru SPR, Kuala Terengganu mempunyai 80,229 pengundi berdaftar dan 1,035 pengundi pos dengan pecahan 88 % pengundi melayu, 10.8 % Cina, 0.6 % India dan 0.1 % laian-lain bangsa.Dalam pilihanraya lalu calon Pas , Mohamad Sabu memperoleh 31 934 undi ditewaskan Razali Ismail dari BN yang memperoleh 32,562 undi. Kelebihan undi majoriti 628 undi adalah kemenangan tipis BN yang mampu ditebus memandangkan arus kebangkitan rakyat semakin menyerlah ketika ini.

Umno/BN dijangkan mengalami kesukaran untuk menang memandangkan beberapa isu nasional seperti kenaikan harga barangan enggunaan,tol, harga minak yang masih lagi tinggi di saat harga pasaran dunia sedang turun dan isu bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Selain itu beberapa isu tempatan seperti isu royalti, piala Monsun yang merugikan dan pembaziran wang rakyat di era Idris usuh merupakan antara isu barah yang mencemar Umno/BN memenangi kerusi
di P36 tersebut.

11 December 2008

3 PERKARA

Sabda Rasulullah S.A.W:
3 perkara siapa lakukan serta iman(percaya hati)kepada Allah
nescaya masuk syurga,ikutlah pintu yg ingin dimasuki & dikahwinkan
dengan anak bidadari syurga
1)membayar hutang yg tersembunyi(tiada saksi)
2)memaafkan (waris)akan sesiapa yg membunuh(pembunuh)
3)membaca setiap kali lepas solat,surah Al-Ahad 11x
maka berkata Abu Bakar atau salah satu daripada 3 perkara tersebut.
(Riwayat At-Tabrani)

DOSA KECIL VS DOSA BESAR

Sikit je nak kongsi hari ni...Dosa kecil,besar...mana lebih buruk padahnya?tentulah dosa besarkan?tapi ingat!!!jangan pandang enteng akan dosa kecil...ingat tu.

bermula dosa besar itu menjadi kecil apabila bertembung dengan karamallah,maka ia akan jadi kecil je...tapi!!!bila kita kekal dosa kecil...maknenye dok kumpul hingga melangit...macam pepatah kata tu...sikit-sikit lama-lama jadi bukit...,jadilah dosa kecil tu kepada dosa besar.


"لا صغيرة مع الإسرار ولا كبيرة مع الإستغفار"

"Tiadalah jadi dosa kecil bila ia berkekalan,dan tiadalah ia jadi dosa besar bila dengan beristighfar"

mujahidah:jangan kumpul dosa-dosa kecil tu ye...jangan dok berulang kali buat dosa kecil...lama-lama jadi banyak...kalau pahala tak pe gak...kumpul pahala kecil-kecil lama-lama sama dengan pahala besar...best kalau mcm tu(*_*)wallahua'lam

09 December 2008

PERASAN BAGUS!!!


"Bush laknatullah...patut x kita cakap mcm tu?"tanya ustaz rahim pd kami.kami jawab"patut".ustaz kata xpatut!"kalau amerika,yahudi laknatullah xmengapa...sbb berbentuk general,yg tadi tu bbentuk individu...kita tak tahu keadaan bush satu hari nanti,boleh jd Allah bg hidayah ke dia,dia masuk Islam dan dia bkl mnjadi org hebat Islam 1 hari nanti...kita tak tahu apa perancangan Allah...septtnye kita doaknlah semoga dia diberi hidayah...begitu jg dgn diri kita,kita tak tau keadaan kita 1 hari nanti...sama ada kekal dgn 2 nikmat tbesar(iman&islam)atau sebaliknya...nauzubillah!!!"

Itulah antara ilmu yg saya dpt dr pondok...ingin saya kaitkan pulak dgn keadaan masa kini...kdg2 kita lihat orang buat maksiat,org tak tutup aurat...apa perkataan yg sering keluar dr mulut kita...terutama bg org yg fhm agama,tutup aurat?ada yg antara kita yg mgatakan"diorg tu tak takut kat Allah,sbb tu buat mcm 2","diorang tu ahli neraka sbb langgar suruhan Allah",diorg tu xde otak ke...xbeljr agama ke"dan mcm2 lg kata2.molek x ayat tu?sedap didengar x?sbb apa kita ckp mcm tu ye?sbb kita PERASAN BAGUS...PERASAN DA PERFECT...apalah salahnye kalau kita ckp baik2...doakan diorang berubah...diorang pun saudara kita,saudara seislam...jgnlah pentingkan diri!!!kita je ke nak jd baik.doa tu kan senjata bg org mukmin...Allah pun berfirman;"...berdoalah nescaya AKU perkenankan..."lambt atau cepat lain cerita.Allah berfirman lg:"Allah tidak memberi petunjuk kpd org yang kamu suka,sayang,cinta... tapi Allah menunjukki orang yang Allah kehendaki".

Ada seorang sufi atau wali xsilap saya...dia masuk ke dalam kelab malam...saja melihat kehidupan manusia skrg.beliau melihat keadaan mereka dalam keadaan melakukan maksiat dgn gembira dan riangnye hati mereka...maka beliau berdoa"Ya Allah semoga mereka bahagia dan gembira pd hari kelak(akhirat)sebagai mana terserlahnya kegembiraan mereka sekrg,dan KAU berilah hidayah kepada mereka,tunjukki mereka jln yg lurus"hmm...mcm mana?baik tak?molek tak kalau buat mcm tu?xde ruginye kan kalau kita ckp elok2.insyaAllah natijahnye besar.so,janganlah kita perasan diri da ckp baik,perasan bgs sgt...asik perasan...perasan...perasan!silp2 mereka yg sesat akan berada di jln yg lurus 1 hari nanti,tp sebaliknye kita...nauzubillah.begitu juga dgn hal2 lain,berkaitan politik atau ape2 saja.wallahua'lam.

"bencilah pada perbuatan yg buruk,tp janganlah dibenci si pembuat perbuatan buruk itu",

"bencilah pada kemungkaran,tapi janganlah dibenci si pemungkar itu",

"bencilah pada kemaksiatan,tapi janganlah dibenci si kaki maksiat itu",

~berdoalah agar hidayah Allah mengiringi mereka,tegurlah mereka secara berhikmah~


"Al-Hasan ra mngatakan,janganlah kau jadi orang yg mengumpulkan ilmu
ulama' & hikmah hukama' tetapi berakhlak seperti orang bodoh!!!"

p/s:enrty ini adlh dituju pd sesiapa yg rasa die kritik saja tanpa bertindak...mulut lancang berkata...drp dok kata bukn2 baik doakn tbaik buat mereka...sebaik2nye adlh apabila kita liht kemungkaran...kita gunakn kuasa(tgn),nasihat(mulut)dan selemhnye2 hati...muhasabah buat diriku dan sume pembaca.


08 December 2008

SEPUPU BONGSU KAMI





NAMA:WAN MAHIRAH WAN ZULKIFLI
TARIKH LAHIR :15/10/2008 BERSAMAAN 15 SYAWAL 1429H
TEMPAT LAHIR :HOSPITAL USM KELANTAN
BERAT:2.84KG








Wan Mahirah tomei:-)

aid...kaco adik ae..."apalah abg ni...kaco irah"


ummi&baba wan mahirah

cayang...irah(*_*)


si comei dari kelate ni akhirnye sampai la ke rumah nenek die di serkam melaka pd 3/11/08 ari 2...ramai la sanak saudara menyerbu,maklum la dok jauh,kelate...ssh nak balik melaka... dan kebetulan gak cuti raya haji...so penuh la rumah ni...rumah ni mmg penuh dgn budak2...sepupu semua kecik2...paling besaq pun umur 22(sape la tu ek?hik3)...dan cik mahirah ni yg paling bongsu wat masa ni...hehe.ramai tol pengasuh die...dari org tua sampailah ke budak2...cik mahirah ni kuat nangis...kuat susu gak...sampai ade mcik saya kalau nak pujk die ckp arab lg..."ya humaira' la tabki"erk...asal humaira' lak...mgkn sbb id ym mcik... humairak kot...hehe.mujahid jadi da abg...ummi die ckp mujahid cemburu...berebut nak ummi...cuma kat melaka ni die xbuat perangai lg sbb ramai melayannye...mujahid makin kuat bcakap,xhenti2...da besa da...hehe padanlah jd abg kan...ok...selamat datang ke dunia baru ya wan mahirah...dunia yg penuh tipu daya...tempat menguji keimanan kita sebagai hamba...semoga dirimu menjadi anak yg solehah dan pejuang agama Allah suatu hari nanti...kene jd gi2 sbb awk ank tok imam...hehe.insyaAllah.

07 December 2008

Eidul Adha

salam eidul adha...kullu am waantum bikhair...maaf zahir batin.
"tingkatkan pengorbanan,suburkan keikhlasan",
semoga pengorbanan kita,pengorbanan yg diredhai,
pengorbanan terhadap masa,harta dan sebagainya lillahita'ala...,
pengorbanan yg tidak menuntut balasan...
wallahua'lam(*_*)

06 December 2008

Ziarah

selepas tamat pengajian di pondok...saya dok dulu di rumah sahabt2 yang ade di kelantan...mula2 dok sebentar di rumah fadhilah...pah2 malam tu g rumah azlina bermalam di sana...masyaAllah saya amat kagum dgn layanan org di kelantan ni...saya pernah jugak sebelum2 ni g kelantan...sbb ade mcik di kub kerian...mulanye saya nak g ke rumahnye...tp die pulak balik melaka...awl dr saya 2hb ari 2...so tu yang g rumah shbt2 di kelantan.nak katanye org kelantan ni cukup menghirmati dan melayani tetamu dgn baik...teringat saya pernah turun di PR kecil di kawasan pasir puteh ke pasi mas dulu...xingt...jd anak angkat di rumah slh sorg mcik ni...mak angkt tu layan...lbh dr ank sendiri...xberhenti2 die surh saya dan shbt saye seorg lg makan,tanye slesa ke x...n mcm2 lg...mmg x mati kelaparn la nak ckp...tp tu la pelik...ade sstgh pihk dok kate org kelntn ni ssh...sush2 diorg...diorg bahgia...dan ckp serba serbi...sbb trf hidp diorg ikut tmpt...klu agk bndr tggi ckit...klu kg...kurg ckit...

tirulah org kelntn...mmg bgs cara mereka memulikn tetamu...rumh shbt yg smpt saya kunjungi rumah Fadhilah(ilah)...nazirah(jie)dan azlina(na)...sempt la jln2 di kota bharu...seblm balik mlm tu...g kuliyyah tok guru dulu bdekatan markas dan jaffar rawas...then jln2...janji jgk dgn shbt2 kuantan...hajar dan wani...mereka pun menemani kami berjalan...pas da penat jln..ilah jempuy g rumh die ade kendiri cukur jambul anak buah nye Nur Dayyan adani...ramai anak buahnye...yg saye suka tgk sgt2 si comel Maghfirah:-)cute sgt...namenye pun da cukp bgs...xsempt nak g rumh yg lain2...rmi kwn2 di kelntn...xpe la...lain kali na...insyaAllah.seronok g kelantan(*_*)hehe ckp mcm xpnh g kelntn lak...sbb bg saya kali ni pgalamn lain dr yg lain buat diri saya:)

Hadiah Buat diriku

Alhamdulillah...dengan nikmat nyawa,iman dan islam yang Allah masih berikan pada hambanya ini,dapatlah diri ini untuk meneruskan karya di blog ini:)hari ini 6/12/08 baru saja saya sampai di Melaka setelah berada di Kelantan mengikuti pengajian di pondok bersama sahabat seperjuangan UIA,UPSI,USM(Kub.Kerian)dan IPT yang lain....selama lebih kurang dekat 3minggu.sampai saja di melaka central dok dulu rumah kawan yg saya pggl "angah"...nisa' sbb nak terus ke bukit katil ade liqa' anak negeri di sana jam 10am.

di sini inginlah saya kongsi serba sedikit pengalaman ketika pengajian saya di sana.bagi saya program begini saya nantikan sebagai 1 titik untuk penyucian hati...dan menimba ilmu akhirat di tempat bernama Pondok Pasir Tumboh.saya bertolak ke kelantan bersama angah nisa' dan adinye mohd khidir pada 19/11/08 jam 8pm...awal2 lagi kami telah ditarbiyah di dalam bas...kenapa saya kata gitu...bas yang kami naiki tu tak ade air cond...nasib baik saya dok di seat depan sekali dapt jugak tempias angin semulajadi...orang belakang la kesian...tapi Allah uji setiap org tu ikut kemampuan masing2 kan...diorang xde plak bising2 xde air cond...cuma ade cina tu je la yang bising gak awal2...tapi lama2 ok je...alhamdulilah sampai di Kelantan jam 6.30am...kami cepat2 cari surau berdekatan...selps solat akh Fathi dan akh Taqiyudin pun sampai ambik kami...dengan hujan sekali lagi mengiringi perjalanan kami...katanya akh Fathi Kelantan da start hujan...mmg musimnye dan mungkin banjir besar...hanya mengiyakan...

antara kitab yang dipelajari

program ni ade 2jenis...btl ke ayt tu ek?mcm xbest je...hm xpe la...satu tuk budk2 sekolah,1 lg tuk budak2 IPT.budak2 sekolah sempena cuti sekolah ni la diorg join prog2 mcm ni...diorg ade prtandingan hafazan,khutbah dan mcm2 lg kot..,sayu hati melihat masih ramai ibu bapa yg mpunyai kesedaran tuk menghantar ank2 mereka ke program2 bbntk agama.stp ibu bapa pasti inginkn yg tbaik untk ank2nye kan...program ni disertai dr pelbagai negeri...yg sedihnye neg melaka xde wakil lngsung...sdh tol...hu...johor n neg9 pun ade gak wakil...hai...diorg xdpt maklumat ke...hmm

setibanya di pondok tu kami dok dulu rumah mcik sorang ni...mcik ni asalnye org Perak...awal2 lagi saya dan angah saya da dpt halwa telinga...bgs mcik tu die pun pelajar di situ...di pondok sistem pembelajarannya bukan macam di IPT o sekolah2...pembelajaran diorang bukan berdasarkan exam oriented semata2 tapi pengamaln ilmu itu yg penting...di situ juga tiada had umur untuk masuk di situ...tiada kedatangan kehadiran di ambil...ikut masing...fikir sendiri la kan...sapa nak belajar...kene datang dr diri sendiri...xperlu paksa2...ikhlas tu yg penting.di sana ade 3 madrasah...madrasah tinggi,tengah dan madrasah kubur...yang mengkagumkan lagi,tenaga pelajarnye juga(mualim mualimat)nak kata betapa ikhlasnye mereka mengajar mereka tiada pembayaran gaji ttp...sapa nak bagi...bagi.mereka ade juga yang ditawarkan ke pekerjaan yang berpendapatan tetap dan tinggi...tapi sebab mereka tahu kalau mereka pergi adalah sebab gaji sbnrnye bukn sbb ikhlas maka mereka terus memilih jalan ini.

Bila ikhlas...ilmu yang diajar pun mesti mudah masuk dan kita kan rasa seronok.itulah yg kami rasai...walaupun hujan setiap hari pengajian kami...tapi kami tetap sanggup ke kelas mereka sebab terasa rugi sekiranye tidak mengikuti pengajian para mualim yg ikhlas dan bersungguh dtg mengajar kami.mereka sedar kepentingan ilmu akhirat ini,mereka sanggup redah hujan...dan mengajar kami dgn penuh semangat...masyaAllah sungguh kagum kami melihat kesanggupan mereka mengajar walaupun tiada pendapatan tetap.dapat kami rasai keikhlasan mereka dengan wajah2 ceria dan semangat dalam memberi kefahaman kepada kami.walaupun haya lbh kurg 2 mggu di sana tp ukhuwah yg dibina seolah2 da lama kami kenal dan sedih dan sayu untuk berpisah.

kenangan yang lain jugak ialah bila kami sama2 meredah hujan ke kelas...hujan lebat lagi,tambah air memang naik...kalau kat U ni saya rasa,saya xg kelas...tp mgkn sbb keikhlasan mereka mengajar myebakn kami sggp redah hujan...begitu juga masa g ziarah rumah ustazah khadijah dan ust kamariah...mengharungi banjir...hehe...best.pengalaman tu.tambahan lagi yg mengembirakan saya dan angah saya...hehe...ustaz2 kat pondok tu ramai org melaka...bangga jap jd org melaka.selalu g mana2 mesti kedah,kelantan...kedah,kelantan...tgk2 g kelantan tbalik lak...hehe seronok3x;-)

bersama sahabat2 UPSI

1 pengalaman yang xdapat saya lupakan,saya sebelum ni tak pernah langsung fikir tuk pakai purdah...tp di pondok ini mjadi 1 titik permulaaan tdetiknye hati saya untuk memakai purdah...memang di pondok tersebut pelajar muslimatnye kene pakai purdah....wajib...nak tak nak kami kene ikut rules mereka,wlpn pd awlnye agk kekok.insyaAllah 1 hari nanti saya akan cuba untuk pakai purdah...bak kata ustaz itu harus tapi terbaiknye pakai sbb perempuan pnh dgn fitnah...pandangan lelaki lain2...kdg2 kita tgk die xcntk pun...tp org lain kata die cntk...tp pd pndgn or lain...mgkn die cntk...untk elak sume tu...better pakai...tapi yg utamanye aurat prmpuan yg wajib di tutup mcm dlm solat...dagu pun kene tutup...saye baru tahu...so bila da tau kene la ikut...so permulaaan ni saya berkeputusan tuk berekek dulu...tdk bpurdah lg...nak beubah kene slow2 xleh mendadak sgt...itulah pesanan ust rahim.teringat lak masa 1 hari tu,mak cik saya dtg melawat...buah hati saya mujahid tgk saya mcm terkejut...hehe mgkn die tgk k.imah die bukn mcm dulu kot(bpurdah)...hehe...nsb baik blk melaka die smbt saye..."imah..."pggl aid...ingt die tkt ke saya lg...hehe.cayang aid

di sana kami belajar dgn Ust.Rahim,Ust.Bahaudin,Ust.Fuad,Ust.Halim,Ust.Alias,Ustz Kamariah dan Ustz Khadijah.mereka sume best...da macam ibu bapa kami da...sampai ustz Kamariah masa hari terakhir kami di sana...ustz samapi xleh nak rskn pengajian...ustz nangis da myebabkn saya dan shbt2 yg lain jg turut menitikn air mata...

pengajian di pondok menyebabkan saya sedar betapa sedikit,cetek dan jahilnye lagi saya dalam ilmu akhirat ini...cukup sentuh bab solat sahaja...masyaAllah ruprnye teruk lagi solt aku selama ni...lintang pukang lagi...sedangkan solt la yg akn dihisab awl2 nanti...kalau teruk la soltku yaAllah...hbslh ibadahku yg lain"SIAPA2 YG MENJAGA SOLAT DGN BAIK,SOLAT ITU MEMBERINYA CAHAYA,CAHAYA2 ITU MENJADI BUKTI,JIKA SIAPA2 TAK JAGA SOLAT TIDAK ADA BAGINYA CAHAYA DAN PD HARI KIAMAT BERSAMA QARUN DAN UBAI BIN KHALAF (IMAM AHMAD&TABRANI)"...dan pengajian di pondok jugak myebabkn saya tersedar kita xboleh menerima bulat2 dari org2 yg alim ugama ni hanya kerana die pernah buat buku,die popular di tv dan radio...kite ble ikut membuta tuli sahaja pndpt mereka dan kata2 mereka...kene kaji dan buat rujukn...cukup di sini dulu kot...nanti saya teringat nak tls ape saye edit kemudian...last sekali pertama kali pengalamn pgajian d pondok ini...bg saya bukanlah yg pertama dan terakhir...insyaAllah akn mjadi aktiviti tahunan saya...dan insyaAllah sehingga dah berkeluarga sekalipun...insyaAllah...



UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...