12 November 2014

'Ibrah Bandung

Alhamdulillah,pada 1-4 November 2014 baru-baru ni,direzeqikan Allah untuk kami sekeluarga bermusafir ke Bandung,Indonesia.Ada beberapa perkara menarik yang saya dapati di sana... 



"..Berjalanlah di muka bumi, lalu perhatikanlah..."





'Ibrah di Bandung

*Toleransi mereka tinggi,walaupun di jalan raya,jalan mereka sangat kecil dan sempit,dan sangat-sangat sesak ,traffic light pun sangat susah nak nampak,tapi toleransi mereka...sangat tinggi,mudah memberi laluan,tak pentingkan diri...bunyi hon pun susah nak dengar...kemalangan pun kami tak nampak,pada hal tengok kesesakannya memang sangat sesak dada dan serabut tengok... 

*Toilet diorang..baik di tempat pelancongan,atau tempat biasa,tak ada flush lagi...tapi...tandas mereka bersih...tak kotor,sentiasa bersih...setakat berhenti makan atau ke tempat pelancongan,memang bersih... 

*azan sentiasa berkumandang walaupun di tempat pelancongan... 

*orangnya baik-baik. 

*Kerap juga bila pergi beli barang,mesti dapat free gift. 

*Masjid bandung,tak delah macam masjid di Malaysia,tersergam indah,di sana tak ada kipas apatah lagi aircond,tapi tak rasa panas pun,mak saya smpi cakap masijd ni buat hati die tenang,masa kami sampai,baru masuk waktu Zuhur,tapi punye la penuh manusia dalam masjid tu.Dalam masjid tu,nak masuk toilet,simpan kasut,nak pinjam telekung kene bayar,tapi ikut suka kita nak bagi berapa,mula-mula macam terkejut gak,kene bayar,tapi bila difikir,diorang sangat terhad sumber pendapatan,mungkin itu mejadi lubuk pendapatan diorang,dari sudut yang lain,dengan tidak menetapkan harga ia secara xlangsung mgajar rakyatnya untuk bersedeqah seikhlas hati.

*walaupun ramai yang susah,tapi mereka tidak menjatuhkan atau nak senang sorang-sorang,atau 1 company je,tetai mereka tolong menolong.contoh macam tourist guide kami daripada company lain,tapi ditaqdirkan 1 hari tu,abah tak sihat,nak minta tolong hantar ke klinik,tapi die tak dapat,die minta kawan die daripada company lain tolong .Contoh lain lagi,diorang bila berjual beli,ada kawan barang diorang tak laku,diorang yang barang laku ni,akan share duit yang diorang dapat untuk makan sama-sama.




Kehidupan di sini,kalau nak banding dengan Malaysia...dari sudut kemajuan,memang kita menang...dari sudut kesusahan hidup,nampak di sini lagi diuji...mereka berlumba-lumba merayu-rayu untuk mendapatkan rezeqi...tapi andai kesusahan itu terus membuatkan mereka tidak susah untuk amalkan nilai-nilai murni di atas,itu adalah lebih baik... Semoga Allah merahmati, memberkati,dan mempermudahkan urusan mereka 


"Dan janganlah engkau berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong, sesungguhnya engkau sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung". [Surah al-Isra' ayat 37]

Bersama tourist guide kami sepanjang di Bandung

28 October 2014

Setahun sudah




MasyaAllah,dah setahun rupeya aku di sini...Ya Allah tuntuni aku ya Allah dalam mendidik diri dan insan sekelilingku dekat kepada ajaran Nabi Mu dan kembali meletakkan Engkau tujuan utama kami,dan merekalah (warga KAYM) telah menjadi antara orang sekelilingku,sebahagian daripada hidupku kini"


Saat melangkah 7 Oktober 2013,
diwarnai dengan ketidakpastian,
Saat ku kenali mereka,
Baru ku mengerti dan ku sedari kenapa aku dicampakkan ke sana,
Kini sudah menjangkau setahun ,
alhamdulillah...ku merasai kebahagiaan berada bersama keluarga KAYM :)

27 October 2014

Tujuan dan jalan

Pada hujung minggu baru ni,alhamdulillah berpeluang ke Konvensyen Fiqh Rasulullah Solla Allahu ‘alaihi wasallam yang diadakan di Institut Latihan DBKL,Cheras.Alhamdulillah,dapat ulangkaji serba sedikit berkaitan ilmu hadith dan dalam masa yang sama,menjemput hati kita sebagai orang Islam untuk kembali menjadikan Nabi kita Muhammad Solla Allahu ‘alaihi wasallam sebagai ‘role model’ dalam kehidupan seharian kita.Role Model ye,bukan idola,role model sebagai seorang contoh teladan terbaik,sedangkan idola,lebih kepada pemujaan,mengumpul peminat,idola satu ungkapan yang tidak
tepat.



Memahami Hadith 

Dalam Slot Dr.Asri Zainal Abidin,Ustaz berpesan,mutkkhir ini kerap orang salah memahami hadith secara baik,dan menggunakan hujjah hadith yang kurang tepat,jadi pesan ustaz :

1.Check Sanad-ustaz sarankan cari Kitab Rijal,di mana senarai sanad dan siapa mereka)
2.Faham matan (teks dan konteks hadith)
3.Sebab hadith diriwayatkan

Israiliyat 

Ada pertanyaan berkaitan Israiliyat,ustaz kata sekarang bukan israiliyat sahaja,tapi melayuwiyat pun banyak.Hihi...

Israiliyat ni ibarat rempah,yang untuk lebih sedapkan cerita sahaja.Tak ada masalah sangat israiliyat selagi tidak menyentuh hal aqidah,tetapi kita kena sedar hakikat ceritacerita israiliyat ni,memalingkan kita daripada tujuan asal daripada isi dan tujuan al-quran dan hadith yang sebenar.

Contoh cerita israiliyat berkaitan kisah anak Nabi Adam yang bertelagah,jadi muncullah watak Habil dan Qabil,ada kisah tu di dalam alQuran,tapi tidak pula di dalam alQuran menyebut siapa nama anak Nabi Adam tersebut.Tapi sayangnya,kita lebih memandang berkaitan nama tersebut,tak penting pun nak tahu nama tersebut,yang penting tujuan kisah itu dikisahkandan pengajaran yang perlu diambil.
Begitu juga watak Ratu Balqes dan ada banyak lagi.



Hijab Cinta Nabi

1.Sebab jahil
2.Degil,dah tahu hal sebenar,tapi tak mahu ikut,contohnya yahudi sangat kenal Nabi,tapi tak nak
 terima Nabi dan tak ikut ajarannya.

Masyarakat kita dilanda kejahilan dan kedegilan,disebabkan itu Nabi tidak diterima sebagai Qudwah Hasanah.

Kata-kata hikmah sepanjang Konvensyen 

Ustaz Pahroul 

* Cinta kepada Allah adalah tujuan,Cinta kepada Nabi adalah jalan.

“...Sekiranya kamu mencintai Allah,maka ikutlah aku(Rasulullah) nescaya kamu akan mencintai 
Allah...”(Surah Ali ‘Imran : 31)

* Love is the verb,not the word , Cinta itu adalah dengan bertindak,perbuatan bukannya dengan kata-kata.

Cinta,kasih dan sayang semuanya berkaitan rasa dan letaknya di hati.Dan manusia bertindak apa yangdia rasa,iaitu ia juga melalui hati.

Persoalanya,Siapa Allah dan Nabi di hati kita?Cinta,kasih atau sayang,ranking yang mana yang kita letakkan buat Allah dan Nabi...? 
(Muhasabah bersama)

Ustazah Dr.Nik Salida 

* Fasa didikan...

1.Taujih : explain
2.Tasbit : enhance,pemantapan,proses peneguhan
3.Himayah : enforcement,paksaan/secara tegas

Dr.Muhaya 

1.Apa yang perlu dalam hidup ni?
i.Tujuan : husnul khotimah,untuk dapat bertemu dengan Allah.
ii.Konsep hidup : buat apa yang kita nak,tapi pastikan bermanfaat.
iii.Fokus : redha Allah.

2.Dr.Muhaya minta kami lakukan aktiviti menggunakan sebelah tangan...

i.angkat tangan ke atas:berharap kepada hanya Allah
ii.gerakkan tangan tersebut secara beralun ke kiri dan ke kanan : jaga hubungan dengan sekeliling
iii.depan : pandang ke hadapan,jangan diingat perkara lama/lepas.
iv.hati : tengok dalam diri kita,jangan sibuk hal orang lain.



Dalam Slot Ustaz Zaharuddin ustaz menyentuh berkaitan perkara yang Nabi sukai,benci  dan 
bimbangi.Saya kongsi beberapa hadith :

Yang Nabi Suka :
“Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari dunia dan isinya...”
Solat Fajar,sebelum solat fardhu,antara azan dan iqamah.

Yang Nabi bimbangi : 

“ Aku bimbangi ke atas kamu 6 perkara : 1) pemerintahan yang dungu 2)pertumpahan darah 3)Jualan hakim(rasuah) 4)pemutusan silaturrahim 5)kumpulan yang mengambil al-Quran sebagai seruling ( al-quran sekadar menjadi pertandingan,dilagukan bukan diamalkan) 6)bertambah banyak polis (penolong pemimpin zalim atau pembodek)

Yang Nabi benci :

Dari ‘Aisyah “ Baginda Nabi paling benci orang yang berbohong”






Itulah sedikit perkongsian daripada banyak kertas kerja yang dibentangkan.
hakikatnya terlalu sarat dengan ilmu program ni,baik secara akademik mahupun santai berisi.Semoga bermanfaat.

ole-ole K-Fiqh Rasulullah


Mujahidah : Tak kesampaian mahu mendengar taujihat Tok guru Nik Aziz,doakan beliau,kerna 
dikhabarkan banyak kuliyyah terpaksa dibatalkan kerna kondisi kesihatan tok guru.Allahu yashfihi.

18 September 2014

Bidan terjun siri 2

Alhamdulillah selesai sudah Muktamar Muslimat PAS semalam di Pulai Spring Resort,Skudai Johor.

Pertama kali berpeluang menjadi perwakilan Kawasan Jasin,Melaka,dan pengalaman pertama di peringkat Pusat,membuat ucapan pergulungan wakil Melaka yang bertajuk "Muslimat Prihatin,masyarakat sejahtera dari sudut kebersamaan dengan non-muslim pelbagai kaum... bidan terjun:) malam sebelum muktamar diminta untuk jadi wakil Melaka.Alhamdulillah ramai wakil anak muda daripada negeri lain yang turut berucap.Allahuakbar!




"Jangan bawa suara musuh dalam jemaah!"

[Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man]

11 September 2014

Hari ni punye cerita...

Assalammualaikum ^^

Lamanya tak membebel kat sini :D Semoga semua umat Islam kembali kepada Islam yang sebenar dan orang bukan Islam diberi hidayah untuk memeluk Islam yang sebenar.

Hari ni saje nak cerita-cerita je :)

Pulang daripada bengkel di UTMKL siang tadi,berhenti solat di R&R Seremban,sesudah solat,ada seorang anak 3-4 tahun mencari ibunya dalam surau tersebut...dicari-cari tak jumpa...muka macam dah cemas,sahabat-sahabat pensyarah yang lain pun berbual-bual dengan dia,sebab kesian juga tengok dia cari tak jumpa,dan risau juga,sebabnya sekarang ni macam-macam kes hilang budak...akhirnya die keluar,rupenye mak nya telah pun ada di luar,alhamdulillah :)

Cuma masa keadaan tersebut,saya hanya melihat dari jauh,dan saya terfikir...fitrahnya seorang budak yang masih tidak tahu banyak perkara itu tadi,bersungguh-sungguh mencari si ibu,memerlukan ibunya,tapi fitrah itu boleh jadi tidak kekal apabila tiba waktu dewasa...Semoga kau terus mencari dan merasakan ibumu tetap kepentingan bagimu di saat dewasamu kelak nanti nak,semoga dirimu nak tidak tergolong dalam golongan yang membuang mak ayahnya sendiri nak... :'(

mujahidah : Terlalu banyak kes,anak membuang mak ayahnye apabila tiba dewasanya mereka,bila dah berkerjaya,berkeluarga sendiri dan sebagainya..."Ya Allah jadikan  kami anak soleh solehah penyejuk hati ibu ayah kami..."

07 May 2014

SAAT LAFAZ SYAHADAH!

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni tak tahu nak cakap perasaan apa,bercampur aduk,suka,sedih,syahdu,serabut...tapi dengan lafaz,Alhamdulillah :)

Alhamdulillah ex-student sem lepas yang ambil subjek Pengajian Malaysia,selamat kembali kepada fitrah pada siang tadi,di Kompleks Balai Islam Al-Huda,Lorong Pandan Melaka.

Daripada sem lepas lagi,beliau banyak tanya berkaitan Islam dan memang menyatakan beliau berminat dengan Islam.Tapi,saat saya menawarkan untuk ajak beliau melafazkan syahadah ketika itu,beliau meminta untuk tangguh dulu untuk betul-betul sedia memeluk Islam.

Alhamdulillah,malam tadi menerima panggilan daripadanya meminta saya membawa dirinya ke pejabat agama,getus gembira di hati walaupun agak tak berapa pasti beliau maksudkan adalah untuk masuk Islam.Alhamdulillah,ternyata benar apabila ditanya untuk kepastian ketika menuju ke kompleks tersebut :)

Menjadi saksi suasana tersebut cukup menyetuh sanubari...terngiang-ngiang kata salah seorang ustaz tadi,"walaupun kamu telah masuk Islam,mak tetap mak,ayah tetap ayah,adik beradik tetap darah daging kamu,perlu hormat mereka,itu memang ajaran Islam..."

Saat lafaz syahadah dilafazkan " Sahaja aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Allah...!Alhamdulillah...Semoga dirinya menjadi muslim yang mengikut acuan yang sebenar bukan sebaliknya.


Ini perbualan yang pernah terjadi sem lepas boleh belajar baca qur'an?

21 February 2014

GOPOH?

Sabda Rasulullah SollaAllahu 'alaihi wasallam 



"Doa seseorang itu sentiasa diqabulkan selagi dia tidak terlibat dengan dosa,atau pun dia tidak memutuskan silaturrahim,dan juga selagi dia tidak gopoh.

Rasullullah ditanya,"Apakah yang dimaksudkan dengan gopoh?" 

Baginda menjawab,"Dengan berkata,'Aku berdoa,tetapi tidak mendapat apa-apa hasil' lalu,dia pun menjadi putus asa dan berhenti berdoa"

-Hadis riwayat Muslim-

[Jangan berhenti berharap dengan Allah]

10 February 2014

I love my family

Alhamdulillah,berjaya mengadakan family day keluarga kami buat kali ke-2 pada 30/2/14-1/2/14,kali ni di Pulau Langkawi :) Tahniah,wajib diucapkan kepada adik saya,Omar Jaapar,kerna dia yang banyak berusaha dalam memastikan family day kali ke-2 ni tercapai :) 

Sedihnya kali ni,kami kekurangan 3 ahli keluarga,yang telah meninggal dunia pada tahun lepas.Al-fatihah buat arwah mak cik,Fatimah Nordin dan Rohana Mohamad.Dan juga family day kali ni juga tanpa penasihat family kami,iaitu arwah atuk,Hj.Md Said Omar.Al-Fatihah!

Alhamdulillah,di Pulau Langkawi,perjalanan kami dirancang oleh agen di sana,antara tempat yang dalam list,kami ke tempat gamat di hasilkan,then menyelusuri paya bakau,dapat ke gua kelawar,mlihat helang makan,melihat ikan sumpit,subhanaAllah tak tahu pun akan kewujudan makhluk tersebut,dia mengambil makanan dengan menyumpit guna air :)

Esoknya,jadual agak padat dengan orang lelaki nak solat Jummat lagi,esoknya pagi kami pergi ke 3 pulau by boat,ni kali ke-2 saya berpeluang naik boat,sebelum ni masa ke Sabah.Memang best naik boat ni,boleh hilang stress ;) then pulang ke motel,yang lelaki ke solat jumaat,yang perempuan boleh rehat dan tolong beli makanan :) petangnya aktiviti naik cabel car,uishhh fening jugak la....Alhamdulillah seronok...

Lepas tu,kami ke gedung membeli belah di Ismail group,subhanaAllah terjumpa dengan sahabat yang memang duduk di Langkawi,Nor Hapishah Brahan,,my acik :) Malamnya,dah keletihan...:D

Esoknyabertolak balik,Alhamdulillah semuanya berjalan baikinsyaAllah lepas ni boleh buat program lebih berbentuk kerohanian pulak,ada  cadangan untuk tunai umrah 1 family,insyaAllah mudah-mudahan :)








"Ya Allah,Engkau lindungillah keluarga kami daripada kejahatan manusia,jin dan syaitan...Ya Allah,rahmatilah kami semua,semoga kasih sayang kami hingga ke syurgaMU "

mujahidah : Langkawi suhunya panas,Langkawi dunia pelancongan keduniaan,tersentak kami di sana,berhadapan suasana keduniaan tanpa sempadan,segalanya demi keuntungan keduniaan...Langkawi,seruan dakwah perlu diperhebatkan dalam menuju Tuhan...

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...