07 May 2014

SAAT LAFAZ SYAHADAH!

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni tak tahu nak cakap perasaan apa,bercampur aduk,suka,sedih,syahdu,serabut...tapi dengan lafaz,Alhamdulillah :)

Alhamdulillah ex-student sem lepas yang ambil subjek Pengajian Malaysia,selamat kembali kepada fitrah pada siang tadi,di Kompleks Balai Islam Al-Huda,Lorong Pandan Melaka.

Daripada sem lepas lagi,beliau banyak tanya berkaitan Islam dan memang menyatakan beliau berminat dengan Islam.Tapi,saat saya menawarkan untuk ajak beliau melafazkan syahadah ketika itu,beliau meminta untuk tangguh dulu untuk betul-betul sedia memeluk Islam.

Alhamdulillah,malam tadi menerima panggilan daripadanya meminta saya membawa dirinya ke pejabat agama,getus gembira di hati walaupun agak tak berapa pasti beliau maksudkan adalah untuk masuk Islam.Alhamdulillah,ternyata benar apabila ditanya untuk kepastian ketika menuju ke kompleks tersebut :)

Menjadi saksi suasana tersebut cukup menyetuh sanubari...terngiang-ngiang kata salah seorang ustaz tadi,"walaupun kamu telah masuk Islam,mak tetap mak,ayah tetap ayah,adik beradik tetap darah daging kamu,perlu hormat mereka,itu memang ajaran Islam..."

Saat lafaz syahadah dilafazkan " Sahaja aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Allah...!Alhamdulillah...Semoga dirinya menjadi muslim yang mengikut acuan yang sebenar bukan sebaliknya.


Ini perbualan yang pernah terjadi sem lepas boleh belajar baca qur'an?

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...