" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

10 February 2014

I love my family

Alhamdulillah,berjaya mengadakan family day keluarga kami buat kali ke-2 pada 30/2/14-1/2/14,kali ni di Pulau Langkawi :) Tahniah,wajib diucapkan kepada adik saya,Omar Jaapar,kerna dia yang banyak berusaha dalam memastikan family day kali ke-2 ni tercapai :) 

Sedihnya kali ni,kami kekurangan 3 ahli keluarga,yang telah meninggal dunia pada tahun lepas.Al-fatihah buat arwah mak cik,Fatimah Nordin dan Rohana Mohamad.Dan juga family day kali ni juga tanpa penasihat family kami,iaitu arwah atuk,Hj.Md Said Omar.Al-Fatihah!

Alhamdulillah,di Pulau Langkawi,perjalanan kami dirancang oleh agen di sana,antara tempat yang dalam list,kami ke tempat gamat di hasilkan,then menyelusuri paya bakau,dapat ke gua kelawar,mlihat helang makan,melihat ikan sumpit,subhanaAllah tak tahu pun akan kewujudan makhluk tersebut,dia mengambil makanan dengan menyumpit guna air :)

Esoknya,jadual agak padat dengan orang lelaki nak solat Jummat lagi,esoknya pagi kami pergi ke 3 pulau by boat,ni kali ke-2 saya berpeluang naik boat,sebelum ni masa ke Sabah.Memang best naik boat ni,boleh hilang stress ;) then pulang ke motel,yang lelaki ke solat jumaat,yang perempuan boleh rehat dan tolong beli makanan :) petangnya aktiviti naik cabel car,uishhh fening jugak la....Alhamdulillah seronok...

Lepas tu,kami ke gedung membeli belah di Ismail group,subhanaAllah terjumpa dengan sahabat yang memang duduk di Langkawi,Nor Hapishah Brahan,,my acik :) Malamnya,dah keletihan...:D

Esoknyabertolak balik,Alhamdulillah semuanya berjalan baikinsyaAllah lepas ni boleh buat program lebih berbentuk kerohanian pulak,ada  cadangan untuk tunai umrah 1 family,insyaAllah mudah-mudahan :)








"Ya Allah,Engkau lindungillah keluarga kami daripada kejahatan manusia,jin dan syaitan...Ya Allah,rahmatilah kami semua,semoga kasih sayang kami hingga ke syurgaMU "

mujahidah : Langkawi suhunya panas,Langkawi dunia pelancongan keduniaan,tersentak kami di sana,berhadapan suasana keduniaan tanpa sempadan,segalanya demi keuntungan keduniaan...Langkawi,seruan dakwah perlu diperhebatkan dalam menuju Tuhan...

Related Posts by Categories



No comments:

Post a Comment