Khamis,11/4/2013.
[Antara point usrah yang suka untuk dikongsi]
Tanggungjawab khalifah :
Tanggungjawab khalifah :
-Jadikan diri kita baik.
-Bantu orang lain jadi baik.
-Mengurus alam dengan baik.
*Actually,antara bait ikrar anak-anak di little caliph sama seperti di atas.
Menarik juga,berkaitan mendidik diri, anak-anak,anak murid dan lain-lain:
-Bina kata hati yang baik,akan menghasilkan tabiat yang baik.
-Ajar diri,anak-anak,cakap dalam hati perkara yang baik.Ia lebih memagari diri daripada melanggar,merempuh daripada sesuatu yang tidak baik.
Contohnya ajar anak cakap dalam hati."Ikut mama cakap ni,tapi dalam hati bukan dengan mulut"..."kalau ejek kawan,kawan sedih,nanti Allah marah.Bila Allah dah marah,Allah tak sayang,tak dapat masuk syurga "
Contohnya ajar anak cakap dalam hati."Ikut mama cakap ni,tapi dalam hati bukan dengan mulut"..."kalau ejek kawan,kawan sedih,nanti Allah marah.Bila Allah dah marah,Allah tak sayang,tak dapat masuk syurga "
*Gambar di bawah,antara ahliusrah yang setia,setiap minggu :)
Mujahidah :Bila dah sentiasa berhadapan dengan anak-anak di tadika,dan berusrah dengan semuanya dah kahwin dan beranak.Bila banyak juga perkongsian sampingan mahupun memang tajuk utama usrah.Rasa takut nak kahwin.Bagus juga,ada perasaan tu,jadi tak fikir sangat mengenai kahwin.Orang nak tolong carikan calon pun rasa tawar hati nak terima tawaran tu,ada orang nak padankan dengan orang tertentu pun,jawapan tetap 'TAK',orang tanya bila nak kahwin pun,rasa ok je,tak tertekan.Bila mak sendiri pun dah bagi hint ready nak dapat menantu seorang lagi,awal-awal je rasa nak bertindak sesuatu,tapi lama-lama tawar juga hati.Alhamdulillah.Cuma 1 diri cuba pegang,kahwin ni tak tentu ada lagi untuk kita,tapi mati itu pasti.Cuma persiapan kedua-duanya mesti ada,usaha ke arah kedua-dua tersebut tetap kena ada.Sebagai mana kita tak dapat jangka bila kita mati,begitu juga dengan jodoh kita dengan siapa :) Lebih suka mengikut kemantapan hati,dan kecenderungan hati,apa-apa pun hati tu kena sentiasa dengan Illahi,supaya memang kata hati itu,ilham dan naluri tepat daripada Illahi.
No comments:
Post a Comment