Gambar ehsan,daripada adik :)
Balik daripada kerja hari Khamis hari tu,tibe-tibe nampak objek ni depan rumah.Bila ditanya ahli rumah,'kerja' Ajk PAS Serkam rupenya :)Rumah ni dah macam markas dah hasil 'touch up' oleh adik dengan pasang bendera keliling rumah.hihi.
Bila dah nak hampir PRU 13 ni,teringat akan arwah atuk.Bila muncul macam-macam video lucah nak dekat-dekat PRU ni,pun teringat arwah atuk.Teringat nek pernah cerita ketika dalam perjalanan daripada Kelantan-Melaka,yang diri ni sendiri pun tak pernah tahu.Tahu sikit-sikit je pasal arwah atuk ketika atuk bertanding PRU.ke berapa tak ingat.Arwah pernah bertanding PRK dan PRU.Arwah atuk dulu bekas guru,bila bekas guru jadi calon,calon PAS pulak,memang tak puas hati tu timbul di kalangan orang UMNO.Arwah atuk dimalukan di Sekolah Kebangsaan Serkam,Mak cik saya yang bongsu sendiri ketika itu adalah pelajar di situ mendengar dan melihat sendiri seorang insan memalukan yang mengaibkan arwah atuk ketika perhimpunan.Bayangkan seorang anak mendengar mengenai ayahnya yang buruk di khalayak ramai?(nenek dan mak cik ada cakap pasal apa,tapi biarlah rahsia,nak cerita pun segan).Politik masuk dalam sekolah ni,UMNO je boleh.Daripada dulu diorang dah buat.hmmm
Lepas tu,arwah atuk juga pernah difitnah dengar gambar edit dengan seorang perempuan.Kisah ni pernah diceritakan ustaz saya di sekolah menengah dulu,dan disahkan oleh nek.Yang mana akhirnya,orang yang fitnah arwah atuk tu mati disambar petir.Itulah BN.fitnah+lucah+samseng=BN,berpisah tiada.
Bila dah habis belajar dan kembali ke Melaka ni,lebih rasa jijok,dan 'lebih terisi' .InsyaAllah jejak arwah atuk untuk terus memartabatkan Islam ni,akan kami cuba,bukanlah sampai jadi calon,dan tak pernah terfikir pun nak jadi calon,dan sejujurnya tak berminat :)Adik mungkin boleh.hehe. Cukuplah jadi kuli sahaja.
Buat semua penggerak PAS terutamanya,sentiasa kita cuba jaga niat kita,insyaAllah thabat kita dalam perjuangan.Ujian tetap akan ada,ia proses pentarbiyyahan yang berterusan.Teringat ustaz Maszlee Malik cakap di K-Fiqh Politik,orang baik-baik,buat baik ni memang selalu diuji.Semoga kita semua sentiasa menjadi insan pilihan Allah untuk menyambung rantai perjungan Islam ini,bukannya menjadi insan tapisan Allah daripada terus menjadi penggerak gerakan Islam.Nauzubillah!
Memperjuangkan Islam,makin akrab dengan Allah dan sunnah Nabi, atau sebaliknya?
" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah
wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan
Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)
No comments:
Post a Comment