15 April 2013

CALON KITA DI MELAKA

Malam Semalam,munajat+pengumuman calon PAS Melaka.Suka nak quote doa' daripada Ketua Dewan Ulama' PAS Melaka,Ustaz Zulkifli.Dan suka cara ustaz,mengingatkan,sebelum melakukan solat Hajat,ustaz ingatkan mengenai NIAT.Biar benar-benar kerana Allah,baik petugas-petugas,mahupun calon.Maka lakukan solat dengan khusyu' dan khudu'.Tiada daya dan upaya,melainkan Allah!

"Ya Allah,kau berikanlah kemenangan kepada calon Parti Islam,semoga kemenangan mereka menjadi asbab,syiar Islam kembali di bumiMU ini.Semoga daripada tangan-tangan mereka ini,terkuncilah segala kejahatan"

Panjang sangat doa' semalam,amat bermakna,dan sangat touching.Semoga ada doa' di kalangan hambaNYA yang hadir malam semalam dimaqbulkan!ameen!

*Gambar : Calon PAS Melaka,insyaAllah,mereka terbaik!

Timbalan Presiden ajar rentak ABCD semalam :)

A=Asal, B=Bukan, C=Calon,D= Dacing :)



Mujahidah : Semalam secara bidan terjun,drive Hilux bawa Calon N28.Sg.Rambai,Hjh.Kintan Man @ bonda,satu-satunya dan buat pertama kalinya srikandi bertanding :) Pada mulanya drive Vios bonda sendiri ke rumah pengantin di kawasan peti undi UMNO yang paling tinggi dalam Melaka,iaitu Seri Mendapat,Sg.Rambai,Memang masa sampai,rasa bahang keUMNOan nye,then,dalam perjalanan pulang,dapat panggilan untuk tukar dengan Hilux yang bakal di 'touch-up'selasa ni,tapi malam tadi guna dulu ke munajat + pengumuman calon PAS Melaka,tawakkaltu 'ala Allah je la masa tu,tapi bila lihat dalam macam Innova,dah agak biasa drive Innova,jadi agak lega,cuma kelebarannya merungsingkan.Alhamdulillah selamat kereta orang ;)


Suka juga nak quote lirik lagu ni,sesuai juga dengan bahang PRU ni :)

"Kita laungkan Allahuakbar,Allah Maha Besar,
Seiring sehaluan,satu cita dan impian,
susah dan senang kita tempuhi bersama,
bertemu berpisah kerana Allah "

Mudah-mudahan laungan zikir Allahuakbar itu,benar-benar tanda ingatan kita kepada Allah,tanda tiada yang Maha Besar melainkan Allah,tiada daya dan upaya kita serahkan hanya kepadaNYA.

Bukan sebaliknya,merasakan apa yang dilakukan adalah daripada penat lelah sendiri,lalu muncul riak,lalu hancurlah amalan tersebut kerna lari daripada niat kerana Allah!

"Ya Allah,berikan seluruh penggerak-penggerak,jentera-jentera Islam,IKHLAS!"




No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...