15 February 2011

PERUTUSAN 12 RABIUL AWAL

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.Jasa besar Nabi Muhammad saw adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.Sedangkan pada diri Rasulullah itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah SAW telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad SAW inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah SAW yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam. Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

::Perutusan daripada:Ayahda Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang::

Bertepukkah tangan kita menyambut cinta yang agung itu?CINTAKAH kita pada PENCINTA yang AGUNG itu?Hati kecil kita tidak mampu berbohong.Kita tahu di mana CINTA itu di hati kita.Sedangkan CINTA itulah yang menjamin kita ke jannah.Tapi kita lebih mudah menyambut cinta yang belum pasti membawa ke syurga.Sedangkan daripada insan agung itulah segalanya mengenai cinta.[ALLAHUMMA SOLLI 'ALA
SAIYIDINA MUHAMMAD!]


mujahidah:mulut mudah mengata rindu dan cinta pada insan agung itu,tapi,bukti kita menyintainya hanya palsu dalam setiap tindakan dan kehidupan kita seharian.Allah...Allah...Allah berilah kami rahmat dan peluang merasai sebenar-benarnya nikmat mencintaiMU dan kekasih agungMU,bukan sekadar di bibir bahkan jua di qalbu yang tulus lagi ikhlas.Cukuplah selama ini hanya hipokrit dengan menjaja menyatakan cinta dan rindu.Muhasabah bersama.

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...